Selasa, 22 Oktober 2019

SAEKOR TUAN HAJI



BERMULA 

DENGAN SAEKOR

TUAN HAJI

MAT ISA

AKAN BERAKHIR

DENGAN 

 TUAN HAJI

NIK ABODOH 

Tuan Haji Nasharudin Mat Isa didakwa di mahkamah esok

BEKAS timbalan presiden PAS  Tuan Haji Nasharudin Mat Isa akan didakwa di mahkamah esok atas tuduhan mengubah wang haram, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Agensi antirasuah berkata ia sudah mendapat izin peguam negara untuk mendakwa bekas Ahli Parlimen Bachok itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pukul 9 pagi esok.

“Nasharudin bakal menghadapi pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001 dan Kanun Keseksaan,” kata SPRM dalam satu kenyataan petang ini.

Menurut SPRM, Nasharudin ditahan pada pukul 2 petang tadi di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya selepas hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir.

Beliau kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.

“Kesemua maklumat berkaitan kes ini akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan,” kata agensi itu.

Nasharudin antara yang dipanggil oleh SPRM untuk siasatan berhubung dakwaan beberapa pemimpin PAS menerima wang RM90 juta yang dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Semasa membantu siasatan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada Februari lalu, Nasharudin berkata beliau menyerahkan beberapa dokumen antaranya penyata kewangan dan akaun bank milik peribadi dan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global yang pernah diterajuinya.

SPRM turut memanggil bekas naib presiden PAS Husam Musa yang kini naib presiden Amanah, dua minggu selepas ia mengambil keterangan Nasharudin.

Beberapa minggu kemudian, pada Mac, SPRM turut memanggil beberapa pemimpin PAS antaranya Mursyidul Am, Hashim Jasin; Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan dan Ahli Jawatankuasa Pusat  Tuan Haji Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Media sebelum ini melaporkan SPRM menyiasat dakwaan PAS menerima dana yang dikaitkan dengan 1MDB selepas Presiden PAS Tuan Haji Abdul Hadi Awang menarik balik saman ke atas pengarang Sarawak Report Claire Rewcastle-Brown berhubung tuduhan berkenaan.

Tuduhan sama pernah dibangkitkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, ketika itu ahli Parlimen Pandan, yang membuat akuan bersumpah mendakwa Tuan Haji Nasharudin pernah menerima dana 1MDB.

Tuan Haji Nasharudin bagaimanapun menafikan dakwaan sebagai tidak berasas dan fitnah terhadap beliau dan PAS.

Husam juga sebelum ini mendedahkan beliau ada butiran berkaitan dana RM90 juta yang diterima PAS. – 21 Oktober, 2019.


ADA ROGOL

BERTOPENGKAN

ISLAM

KES  INI

MENCURI

BERTOPENGKAN

ISLAM
KAH KAH KAH


-----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perluke fitnah pas bang nangan marah nyamuk kelambu dibako