Khamis, 10 Oktober 2019

SATU LAGI KEJAYAAN PAKATAN HARAPAN






SORANG

LAGI

JADI

KENG


Merdeka Palace dibeli 50 peratus lebih mahal dari harga semasa, kata saksi


MAHKAMAH Tinggi diberitahu bahawa pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak oleh anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada RM160 juta, 50 peratus lebih mahal daripada harga semasa.

Pemangku Ketua Pegawai Kewangan (CFO) FICSB Azlan Mohamed Ismail, 51, berkata anggaran harga semasa hartanah itu pada 2017 adalah RM80 juta manakala bagi 2018 sebanyak RM77.5 juta.

FICSB membeli hotel itu dengan harga RM160 juta pada 2014 daripada Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn  Bhd. 

Azlan berkata pada 2017, Ahli Lembaga Pengarah FICSB  telah mengarahkan penilaian semula dibuat ke atas MPHS berdasarkan satu laporan mengenai pembelian hotel tersebut yang melebihi nilai sebenar.

Beliau berkata Syarikat CH Williams Talhar Wong & Yeo Sdn Bhd telah dilantik untuk membuat penilaian itu dan nilai semasa MPHS dianggarkan pada RM80 juta.

 “Di samping itu, satu proses tender bagi penjualan MPHS dibuat oleh Saville Malaysia Sdn Bhd pada 2018. Dua tawaran pembelian diterima dan harga ditawarkan adalah pada RM69 juta dan RM85 juta.

Bagaimanapun, tawaran pembelian RM85 juta telah ditarik balik setelah kajian teliti dan menyeluruh dijalankan, manakala tawaran RM69 juta dinaikkan kepada RM77.5 juta,” kata saksi pendakwaan keempat  itu ketika membaca penyataan saksinya pada perbicaraan hari kedua kes bekas pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Azlan berkata berdasarkan penilaian semula yang telah dibuat syarikat CH Williams Talhar Wong & Yeo Sdn Bhd, pada tahun kewangan 31 Dis 2016, satu ‘impairment’ dibuat ke atas MPHS bernilai RM80 juta dan berdasarkan kepada proses tender dibuat Saville Malaysia Sdn Bhd tahun kewangan 31 Disember 2018, nilai semasa MPSH diturunkan kepada RM77.5 juta.

“Oleh itu boleh disimpulkan bahawa pembelian MPSH ini telah menyumbang kepada kerugian belum direalisasi berjumlah RM82.5 juta kepada FICSB berdasarkan perbezaan harga pembelian pada RM160 juta dan harga semasa RM77.5 juta,” katanya. 

Saksi itu berkata kerugian belum direalisasi itu ada dinyatakan di dalam penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 dan Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018. 

Terdahulu, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz mengenai siapa Ahli Lembaga Pengarah FICSB yang mengarahkan MPSH dinilai semula, Azlan berkata ia dibuat Pengerusi FELDA sebelum itu Shahrir Abdul Samad dan sembilan pengarah yang baharu dilantik pada 2017.

Bagaimanapun, Azlan berkata sembilan pengarah itu tidak termasuk Mohd Isa. 

Ketika ditanya mengenai status terkini MPSH, saksi berkata hotel itu masih beroperasi.

Pada 14 Disember 2018, Mohd Isa mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pecah amanah, dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta yang didakwa dilakukan di Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC antara 29 April 2014 dan 11 Disember 2015.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan bersambung esok. – Bernama, 8 Oktober, 2019.-----------


SATU LAGI

KEJAYAAN 

PAKATAN 

HARAPAN

TANGKAP ISA

BAWA

KE MAHKAMAH

MASUKKAN 

KE PENJARA


Tiada ulasan: