SATU
FITNAH
Yusoff Rawther dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi
MOHAMMED Yusoff Rawther dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi untuk memberi penjelasan kepada soalan susulan berhubung laporannya menuduh Anwar Ibrahim melakukan salah laku seksual, kata peguamnya Mohamed Haniff Kathri Abdulla.
Haniff berkata Yusoff pergi ke Bukit Aman seorang untuk melengkapkan soalan susulan, selepas lapan jam disoal siasat berhubung laporannya, semalam.
“”Ya, dia dipanggil hari ini. Bukan sesi baharu tetapi hanya untuk melengkapkan beberapa soalan susulan. Tidak lebih daripada itu.
“Dia hadir seorang, dan tidak ditemani saya kerana saya ada urusan kerja lain seharian,” kata Haniff kepada The Malaysian Insight.
Menurut The Star, Yusoff tiba di ibu pejabat polis itu tengah hari tadi.
Terdahulu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan polis memanggil Yusoff sekali lagi berkaitan tuduhannya diserang secara seksual oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Malam tadi, Yusoff ditemani Haniff berada di Bukit Aman selama lapan jam untuk memberikan keterangan kepada polis.
Haniff berkata polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
“Buat masa ini polis menyiasat di bawah Seksyen 354. Tetapi mereka mungkin masukkan pertuduhan lain jika perlu,” katanya kepada wartawan, malam tadi.
Yusoff, 26, baru-baru ini membuat laporan polis di Balai Polis Sentul terhadap Anwar yang didakwanya melakukan salah laku seksual terhadapnya dalam satu kejadian berlaku lebih setahun lalu.
Bekas penyelidik, yang bekerja di pejabat Anwar dari September 2018 hingga Mei 2019, mendakwa dalam akuan bersumpah bahawa presiden PKR cuba memaksanya melakukan perbuatan seks di Bukit Segambut, Kuala Lumpur, pada 2 Oktober tahun lepas.
Akuan bersumpah Yusoff kini tular di media sosial sejak 4 Disember, selepas Yusoff mengadakan sidang akhbar berhubung dakwaannya.
Anwar menolak dakwaan itu, berkata beliau berada pada satu program pada hari yang didakwa insiden itu berlaku dan juga sibuk berkempen untuk Pilihan Raya Kecil Port Dickson.
Anwar beri tempoh 24 jam kepada Yusoff untuk menjelaskan tuduhan itu atau berdepan tindakan undang-undang. – 10 Disember, 2019.
WAJIB SIASAT
INI SATU FITNAH
KE ATAS
ANWAR IBRAHIM
SAORANG IMAM
YANG WARAK
YANG SUCI
MUSTAHIL
ANWAR CUBA
ROGOL SAORANG
BUDAK SERABAI
INI SAHEH
SATU FITNAH
KONSPIRASI
YAHUDI ZIONIS
KAH KAH KAH
-----------
cukup mengkagumkan tidak ada wawi, tidak ada norul tidak sang anak-bini to be the fortress defending this latest accusation or alleged abused a la 1998...cerita...nampak macam sama, berlaku semacam sama, cuma masa jer tidak sama, tapi apa kehendak naluri itu sama?
BalasPadamsatu soalan yang akan seperti tilam diusung ke mahkamah nanti.....tolong persiap pemikiran anda sama ada songel sesuai untuk menerajui negara andai masaalah peribadi sering menghantui dia......sebagaimana obama berbanding trump perumpamaan songel dan Tun M...satu umpan tidak terkail dek tidak ada yang boleh sangkut kat obama atau kepada Tun M...atas sebab tidak ada masaalah nafsu nafsi.....pikir ler semua!