Isnin, 9 Disember 2019

PARTI KELUARGA?







PARTI KELUARGA?

DAH ADA DUA 

KELUARGA 

SEKARANG

JANGAN SILAP

ADA KELUARGA

BUKIT SEGAMBUT

ADA KELUARGA 

BUKIT GASING

Saya bukan pengkhianat, PKR bukan parti keluarga, tegas Azmin


TIMBALAN Presiden PKR Mohamed Azmin Ali kesal beliau dituduh sebagai pengkhianat selepas 20 tahun menyumbang bakti dan berkorban segala-galanya untuk parti.

Berucap di Hotel Renaissance di Kuala Lumpur malam ini – tempat PKR dilancarkan sebagai parti politik dua dekad lalu, Azmin menegaskan tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan beberapa pimpinan lain yang menyokongnya adalah sangat tidak adil.

Azmin mengingatkan ribuan ahli parti yang hadir dalam perhimpunan di hotel itu malam ini, PKR adalah parti untuk rakyat dan bukannya sebuah parti untuk mana-mana keluarga.

“Parti ini ditubuhkan oleh tuan-tuan, dan selepas 20 tahun kita berjuang, dipenjara… tiba-tiba kita ini pengkhianat… cis!

“Parti ini bukan ditubuhkan oleh seorang individu. Parti ini bukan ditubuhkan oleh sebuah keluarga. Parti ini ditubuhkan oleh rakyat Malaysia,” katanya, sambil disambut sorakan hadirin.

PKR dilancarkan pada 4 April 1999 dengan nama Parti Keadilan Nasional. Pada 2004, ia bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan namanya ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat.

“Dua puluh tahun kemudian pada 7 Disember 2019, saya digelar pengkhianat. Mereka yang memanggil saya pengkhianat tidak berada di dewan ini,” katanya.

Mengimbas perjuangan pada hari-hari awal sebelum PKR ditubuhkan, Azmin mengingatkan bahawa sebelum Presiden Anwar Ibrahim masuk penjara pada hujung 1998, beliau lebih awal lagi dimasukkan ke dalam tahanan.

“Jangan padam sejarah. Saya pernah ditelanjangkan, dipijak dan dihina… semata-mata berjuang untuk keadilan,” tambahnya.

Perhimpunan di Kuala Lumpur malam ini, yang diberi nama Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama, dilihat oleh banyak pihak sebagai “kongres kedua” selepas kongres nasional tahunan PKR di Melaka, yang berakhir beberapa jam sebelumnya.

Awal hari ini, Anwar menafikan program di Kuala Lumpur sebagai “kongres kedua” parti.

Perhimpunan di Kuala Lumpur hari ini berlangsung selepas Azmin dan beberapa pemimpin kanan PKR memboikot kongres tahunan di Melaka setelah hadir separuh hari semalam.

Mereka meninggalkan kongres selepas beberapa perwakilan semasa perbahasan menggelar kumpulan itu sebagai “pengkhianat”.

“Mereka ini baru kenal Keadilan sehari dua lepas,” kata Azmin.

Dalam sidang media selepas meninggal kongres semalam, Azmin menyifatkan serangan terhadap beliau dan beberapa pimpinan lain berlaku setelah Anwar membangkitkan kisah Si Kitol dan Raja Mandeliar dalam ucapannya.

Semalam Anwar menafikan ucapannya merujuk kepada Azmin sebaliknya hanya menyebut kisah yang ada dalam teks Sejarah Melayu, yang menceritakan tentang pengkhianatan dan rasuah.

Sementara itu, dalam ucapannya Azmin juga meluahkan rasa kesal kerana kongres parti dua hari di Melaka gagal mengupas hala tuju parti yang digariskan oleh Anwar dalam ucapan dasarnya.

Beliau juga kesal kongres itu gagal menyentuh isu besar yang melibatkan kepentingan rakyat seperti soal ekonomi, perumahan dan pekerjaan sebaliknya dijadikan pentas untuk menyerang pemimpin parti.

Sambil membanding perbahasan di Konvensyen Nasional Amanah, yang juga berlangsung serentak pada hujung minggu ini, Azmin menyifatkan perbahasan di kongres PKR tidak ada kualiti. – 8 Disember, 2019.


LU TAK CAYA

LU GI TANYA

NURUL 

PAPA TIDO

DIMANA?
KAH KAH KAH

------------

Tiada ulasan: