INI DIA
16FEB
Mahathir, Chomsky
kongsi pentas
dalam Festival Demokrasi
Dr Mahathir Mohamad dan bijak pandai Amerika Syarikat Noam Chomsky akan berkongsi pentas dalam Festival Demokrasi di ibu negara bulan depan.
Mahathir akan menyampaikan ucap utama acara, Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari akan menyampaikan ucapan alu-aluan manakala Chomsky pula akan membincangkan isu politik Asia Tenggara.
Menurut penganjur Angkatan Pembaharuan Asua Tenggara (Forsea) acara itu akan berlangsung dari 13 hingga 17 Februari 2019 di Publika, Kuala Lumpur.
Anggota lembaga pengarahnya Hishamuddin Rais berkata kegiatan itu akan melibatkan pameran, festival kesenian dan 'festival penentangan'.
“Kita ada menjemput seniman-seniman, artis-artis daripada negara-negara Asia Tenggara,”ujar beliau.
Hishamuddin berkata persidangan tersebut antaranya akan membicarakan pengalaman serantau, termasuk isu Rohingya, pengalaman pertukaran rejim secara berdarah Indonesia pada 1965 dan pengalaman Kemboja di era Pol Pot.
------------------