Khamis, 2 Mei 2019

DARI SINI KE SINI






DARI SINI KE SINI
setiap kali aku disini
maka disinilah aku
di wilayah yang asing
di kampong yang asing
lalu aku teringat pada kamu
yang bagitu jauh aku tinggalkan

setiap kali musim bunga ini sampai
setiap kali aku lalui denai itu
lalu aku teringat kepada kamu
yang bagitu jauh aku tinggalkan

maka aku disinilah
berteduh dibawah pokok yang asing
memandang lautan rumput

setiap pokok yang aku lihat
setiap rumput yang aku pijak
setiap tangga yang aku naiki
setiap bunga yang aku cium
aku teringat kepada kamu
yang bagitu jauh aku tinggalkan

kicuan burung burung itu
desiran angin itu
mengingatkan aku kepada engkau
yang bagitu jauh aku tinggalkan

setiap bilik yang aku tiduri
aku tinggalkan kenangan
setiap bilik yang aku tiduri
aku tingalkan sadikit hati
lalu aku teringat kepada kamu
yang bagitu jauh aku tinggalkan

tadi aku lalui denai itu
dibawah banir sebatang oak
aku membuka zip seluar
lalu aku terkencing
saperti yang kamu lakukan
sebagai tanda wilayah yang telah kamu lalui

disini aku
aku disini teringat kepada kamu
yang bagitu jauh aku tinggalkan

brandshatch place
fawkham kent
2/5/19





--------------