SAH SOHEH
NAJIB TELAH
KANTOI MANTOI
SRC International minggu keenam, apa yang kita tahu
WALAUPUN pinjaman pertama RM2 bilion Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kepada SRC International bukanlah kerana arahan terus Najib Razak, kedudukan dan sokongannya mempengaruhi keputusan memberikan pinjaman itu, mahkamah dimaklumkan tentangnya pada minggu keenam perbicaraan.
Bekas CEO KWAP Azian Mohd Noh berkata beliau menganggap bekas perdana menteri dan menteri kewangan itu sebagai “bos teratasnya” dan tidak dapat menafikan pengaruhnya dalam keputusan KWAP meluluskan pinjaman kepada SRC International Sdn Bhd.
Azian menerima surat permohonan pinjaman daripada seorang pembantu Najib di sebuah hotel. Surat itu bertatikh 3 Jun 2011 mengandungi tandatangan sokongan Najib terhadap pinjaman RM3.95 bilion. Jumlah itu kemudiannya dikurangkan kepada RM2 bilion oleh panel pelaburan KWAP.
“Tiada pemaksaan undang-undang, tetapi saya tak boleh kata tiada pengaruh,” kata Azian mengenai surat itu.
“Surat itu datang daripada menteri kewangan, perdana menteri dan menteri bertanggungjawab ke atas KWAP. Dia bos besar saya. Saya tak boleh nafi ada pengaruh,” katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sementara itu, pasukan pembelaan pula membangkitkan isu mengenai bekas pengerusi SRC International Ismee Ismail berkaitan percanggahan yang didakwa wujud antara keterangan lisannya dan keterangan bertulis enam muka surat direkod oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lepas.
Peguam Harvinderjit Singht memberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang pasukan pembelaan akan membangkitkan dakwaan percanggahan keterangan Ismee pada tarikh ditetapkan kemudian kerana mereka memerlukan masa meneliti semua keterangan lisannya sejak minggu lepas.
Percanggahan itu didakwa wujud antara keterangannya bahawa lembaga pengarah SRC International menggunapakai resolusi lembaga pengarah, atau perjanjian tidak terabit, iaitu bertindak atas nasihat Najib dalam kapasitinya sebagai pemegang kepentingan.
Pembelaan berhujah yang ini bercanggah dengan keterangan bertulis Ismee, yang berkata lembaga mengikut arahan Najib kerana beliau adalah penasihat emeritus. – 16 Jun, 2019.
BILA BOS
KALAH SEMUA
MACAI CABUT
LARI
BUKAN SAJE LARI
UNTUK SELAMAT
RAMAI
PALING TADAH
JADI SAKSI
PENDAKWA
KAH KAH KAH
-------