UGUT- BLACKMAIL
“Saya bagi polis habis siasat, sebab dia (penulis) ugut kalau tak bayar RM400,000, …..’’ Ini potongan kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan oleh portal Suara Keadilan pada 24 Jun 2019.
Kata kunci disini ialah ugut.
Johari : Penulis ugut Anwar bayar lebih tinggi. Ini ialah tajuk berita MalaysiaKini pada 19 Jun 2019.
Kata kunci disini ialah ugut.
Anwar leaves it to cops to probe author for blackmail .Ini adalah tajuk berita StarOnLine pada 20 Jun 2019. Blackmail dalam Bahasa Inggeris bukan bermakna surat hitam. Blackmail maknanya ialah ugut.
Kata kunci disini masih lagi ugut a.k.a blackmail.
Ugut bermakna memberi seseorang tekanan, memaksa dengan ancaman untuk membocorkan atau mengumumkan sesuatu maklumat, rahsia, kejadian atau babak yang benar atau tidak benar kepada umum, kepada anggota keluarga, kepada sahabat handai sahingga apa yang diminta diberikan kepada tukang ugut.
Dalam bahasa cool anak muda ugut ialah pau. Kena ugut ialah kena pau. Anwar Ibrahim telah diugut oleh Yahya Ismail dalam lorat anak muda ialah Anwar Ibrahim kena pau oleh Yahya Ismail.
Kes ugut Anwar Ibrahim muncul minggu lalu. Ini diumumkan oleh YB Johari Abdul disatu sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat. Mengikut laporan media seorang penulis bernama Yahya Ismail telah mengugut Anwar Ibrahim untuk mendapat 400,000 ringgit.
Cara ugutan ini dijalankan agak senang. Yahya Ismail menulis tentang Anwar. Apa yang ditulis oleh Yahya Ismail pada tahap ini hanya Guru Nanak sahaja yang mengetahui. Yahya menghantar manuskrip ini kepada YB Johari Abdul. Apa yang ditulis dalam manuskrip buku ini sedang dijadikan peluru ugutan oleh Yahya Ismail untuk mendapatkan 400,000 ribu ringgit dari Anwar Ibrahim.
Apa yang saheh ialah pada ketika ini orang ramai tidak tahu apa yang ditulis oleh Yahya Ismail. Tapi Yahya Ismail yakin apa yang ditulis dan dipaparkan dalam mansukrip ini pastilah sesuatu yang Anwar Ibrahim tidak mahu orang ramai rakyat Malaysia mengetahui.
Yahya mengugut jika dia tidak dapat 400,000 ringgit maka manuskrip ini akan dicetak dan dijadikan buku. Melalui buku orang ramai akan tahu apa isi buku ini. Jika Anwar Ibrahim atau YB Johari tidak mahu orang ramai rakyat Malaysia, anak semua bangsa dan bangsa semua agama tahu siapa sabenarnya Anwar Ibrahim – sila bayar 400,000 ringgit. Ini jelas kes ugut. Amin.
Ugutan ini hanya akan berjaya jika apa yang ditulis oleh Yahya Ismail adalah sesuatu yang Anwar dan YB Johari tidak mahu umum mengetahui. Apa pekara itu? Jeng jeng jeng.
Hakikatnya sesiapa yang memiliki rahsia gelap berkemungkinan diugut. Salah. Ini ayat yang salah. Kerana kita semua memiliki rahsia gelap. Tidak ada sesiapa yang tidak memiliki rahsia gelap.
Saya sendiri ada rahsia gelap. Pada cuti sekolah tahun 1960, ketika dalam darjah tiga saya pernah terberak dalam kepok padi milik jiran kerana tak tahan sakit perut. Sampai sekarang babak ini menjadi rahsia gelap saya.
Justeru ayat yang betul dan tepat ialah sesiapa yang memiliki rahsia hitam dan tidak mahu maklumat hitam ini diketahui orang ramai berpotensi diugut. Betul.
Kata kunci ialah - tidak mahu rahsia hitam diketahui umum. Kes saya terberak dalam kepok padi boleh diketahui ramai. Pada tahun 2019 apabila saya buka cerita ini ianya hanya menjadi bahan lawak. Kah kah kah.
Sabar dulu. Sabar. Apabila saya ulang baca saya dapati ayat tentang potensi diugut ini juga belum saheh seratus peratus.
Untuk menjadi tepat dan betul makna konsep ugut ini perlu tambahan. Yang tepat dan betul jika maklumat hitam ini diketahui umum maka sosok yang diugut akan … akan apa?
Jeng jeng jeng.
Mamat yang kena ugut jika ada kuasa akan hilang kuasa. Jika ada duit maka akan hilang duit. Jika ada kedudukan maka akan hilang kedudukkan. Jika dihormati maka akan dilihat hampeh. Jika dipercayai maka sosok ini akan tidak lagi dipercayai.
Mat Kati Kenaboi bukan sahaja tidak berduit malah namanya tidak diketahui umum. Dikampong sendiri pun tak ramai orang mengenali siapa Mat Kati . Mat Kati tidak ada kuasa, tidak ada nama dan bukan calon untuk menggantikan Datuk Undang Jelebu. Jika Yahya Ismail cuba mengugut Mat Kati saya rasa saya kentut masam dari Mat Kati pun tidak akan dapat dihidu.
Jadi Mat Kati dengan Anwar Ibrahim ini jauh bezanya. Mat Kati tidak memasang apa-apa rancangan untuk menjadi Datuk Undang malah tak pernah bermimpi untuk menjadi Ketua Kampong. Tetapi Anwar bin Ibrahim ini bukan sahaja merancang malah memasang stratiji untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kah kah kah.
Merancang untuk menjadi Perdana Menteri inilah yang memunculkan ugutan dari Yahya Ismail. Niat , mimpi dan keberahian si Anwar ini untuk menjadi PM sedang diugut oleh Yahya Ismail.
Maknanya – Yahya Ismail mengetahui sesuatu tentang Anwar Ibrahim yang anak semua bangsa rakyat Malaysia tidak tahu. Pada hemat Yahya Ismail jika rakyat Malaysia tahu pekara yang Yahya Ismail tahu maka rakyat Malaya akan menolak Anwar Ibrahim dari dipilih untuk menjadi Perdana Menteri.
Dalam bahasa sempoi - jika Yahya Ismail buka cerita maka Pak Sheikh akan kantoi. Kah kah kah.
Apa rahsia hitam Anwar Ibrahim yang hanya Yahya Ismail tahu? Apa rahsia hitam Pak Sheikh yang kita semua tidak tahu. Pekara yang hanya Yahya Ismail seorang sahaja yang tahu ini menjadikan ugut itu bahaya.
Untuk memahami bahaya ugut mari kita lihat apa yang berlaku pada tahun 1961 – setahun sesudah saya terberak dalam kepok padi. Kes ini berlaku di United Kingdom. Babak kesah ini saya ikuti dalam Utusan Melayu yang menggunakan huruf Jawi. Ketika itu pemahaman saya tentang dunia luar amat-amat kurang jauh sekali memahami apa itu politik. Tetapi ingatan saya tidak pernah mengagalkan saya hingga ke hari ini. Ingatan saya ini dibantu pula oleh internet.
Seorang Minah cun 19 tahun yang bekerja sebagai model di Soho bernama Christine Keller telah menjalin persahabatan dengan Stephen Ward seorang doctor. Melalui Dr Stephen, Christie telah dapat menerbus masuk ke dalam kelas elite kota London. Nak memecah masuk kelas elit British bukan senang anak. Bayangkan Sultan Melayu yag dikatakan berkahwin dengn Minah Salleh itu hanya dapat berkahwin dengan anak tukang kebun. Bila pulang ke Malaya baru dihebohkan kepada orang kampong – rajo kito kawin orang puteh. Kah kah kah.
Musim panas Julai 1961 Christine telah dipertemukan oleh Dr Stephen dengan John Profumo anak seorang Baron. John Profumo ialah Secretary for State of War – Setiausaha Perang. Tugas Profumo bertaraf menteri ini diwujudkan kerana dalam tahun 60’an adalah era Perang Dingin’ . Ketika itu kapitalis Eropah dan Amerika sedang bermusuh dengan sosialis Soviet Union.
Soire musim panas ini diadakan di kediaman Viscount Astor. Ini juga rumah kerabat. Disurahkan pada petang itu Profumo telah mengentot Chrstine Keller. Malah dari Utusuan Melayu (Jawi) saya mendapat tahu bagaimana Si Christine ini telah berbogel mandi dalam kolam renang Viscount Astor. Bayangkan berahi saya ketika itu. Tapi berahi saya tak sampai ke tahap berahi nak jadi Perdana Menteri.
Sabenarnya kesah Minah cun kelas bawah bertemu lelaki kacak kelas atasan adalah kesah biasa. Malah ianya berlaku setiap hari. Mengentot dalam kolam renang kini telah menjadi program reality tv di Rusia. Tapi pada tahun 1961 suasana berbeza. Ini kesah entot dalam kolam renang di Musim Perang Dingin.
Tup tup berita meledak. Ada kes kes tembak menembak. Korek punya cari muncul kesah Christine dengan Lord Profumo. Media dunia heboh. Sama heboh saperti ketika berita Anwar Ibrahim dituduh meliwat Azizan pada tahun 1998 dahulu.
Nak menjadikan cerita – rupa-rupanya si Christine Keer ini juga telah dientot oleh Yevgeni Ivanov – attache tetera laut Kedutaan Soviet Union. Jeng jeng jeng. Minah cun ini bijak mencari pelanggan.
Ini kes keselamatan negara. Pecah perang dingin dalam cabinet Perdana Menteri Harold Macmillan. Sama saperti perang yang berlaku dalam kabinet Mahathir pada tahun 1998.
Tup tup Dr Stephen Ward membunuh diri. Dr Stephen tidak sanggup diugut oleh media. Rupa-rupanya Dr Stephen seorang homosexual. Pada tahun 1962 homosexual masih satu jenayah di Britian. Setiusaha Perang berkongsi kekasih dengan pegawai Rusia berpotensi diugut. Ini keputusan laporan badan itel M15 dan MI6 Britain.
John Profumo meletak jawatan. Menghilangan diri dari diugut media. Bukan saperti Harziq yang ke hulu ke hilir mencari media.
Setahun sesudah apa yang dipanggil ‘The Profumo Affairs’ kerajaan konservatif Perdana Menteri Harold Macmillan kalah . Kerajaan Buruh Harold Wilson masuk ke No 10 Jalan Downing.
Kata kunci disini masih lagi ugut. Dr Stephen takut diugut kerana keberahian terhadap lelaki. Profumo diugut meletak jawatan kerana dia dianggap membahayakan keselamatan negara. Profumo boleh diugut oleh Soviet Union. Bahaya kerana berkongsi kekasih dengan ajen Sovet Union.
Tapi apa sangkut paut Christine Keller, Profumo dan Dr Stephen dengan negara kita?
Sabar dulu bro… yang mengikat semua berita yang saya tulis ini ialah ugut. Saya membuka surah 1961 ini kerana Anwar Ibrahim telah dan sedang diugut oleh Yahya Ismail dua minggu dahulu. .
Yahya Ismail ini hanya bertaraf cicak kubin. Cicak kubin pun telah berani mengugut Anwar 400,000 ringgit. Bayangkan jika Anwar Ibrahim ini diugut oleh China Merah? Anwar Ibrahim diugut oleh Amerika? Anwar Ibrahim diugut oleh Singapura?
Apa yang Yahya Ismail tahu yang China Merah tidak tahu. Apa yang Yahya Ismail tahu yang CIA tidak tahu. Apa yang Yahya Ismail tahu yang ajen Singapura yang berselirat di Kuala Lumpur tidak tahu.
China Merah mengidam satu perlabuhan tentera laut di bumi Melayu ini. Amerika mahu Malaysia menyokong pertarungan kuasa Zionis-Anglo-Amerika dengan China Merah. Singapura mahu ruang angkasa di Tanah Melayu. Singapura mahu pasir. Singapura mahu air terus lima sen satu gelen sampai dunia kiamat.
Ugut ugut ugut.
Jelas sesiapa yang memiliki rahsia hitam akan berpotensi diugut. Lagi gedebe sosok itu lagi hebat ugutan sampai. Profumo Menteri Perang – menghilangkan diri. Dr Stephen seorang homosexual membunuh diri. Apa jadi dengan Christine Keller?
Pada lewat petang musim panas 1992 ketika Hishamuddin Rais sedang memburuh menyapu dan menyusun meja di Restoran Jakarta dialamat 150 Shafterbury Avenue London, sosok bernama Christine Keller melintas dihadapan restoran menuju ke Covent Garden.
‘Demi Zeus… Minah ini memang cun’. Ini ucapan yang terpancut dari mulut Hishamuddin Rais pada petang musim panas itu. (TT)
-------