TAHNIAH
MAZLEE
INI BARU
BETUL
Tipu proses tender, Kementerian Pendidikan batalkan lebih 140 kontrak
KEMENTERIAN Pendidikan sedang meneliti hampir 800 kontrak perkhidmatan kantin, cuci bangunan dan kawalan keselamatan di sekolah dan di institusi di bawahnya yang dipercayai diperolehi dengan menipu semasa proses tender, kata sumber.
The Malaysian Insight diberitahu, setakat ini lebih 140 kontrak dibatalkan kerana disahkan terlibat dengan penipuan.
Sumber memberitahu kontraktor berkenaan mengemukakan penyata bank palsu semasa proses tender, melibatkan kontrak yang dikeluarkan antara Januari dan Februari tahun ini.
“Kementerian bukan saja akan tamatkan kontrak tetapi sedang menyemak proses dalaman dan mengambil tindakan ke atas pegawai yang terlibat,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.
Selain pembatalan kontrak, isu ini juga akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Kewangan untuk tindakan lanjut, tambah sumber.
The Malaysian Insight difahamkan laporan siasatan terhadap hampir 800 kontrak itu sudah dimaklumkan kepada jemaah menteri, baru-baru ini.
Notis penamatan kontrak juga difahamkan sudah mula dikeluarkan kepada kontraktor terlibat sejak 31 Julai lalu.
“Sesetengah kontrak ini untuk tempoh sampai tiga atau empat tahun, dan sebab itu perlu ditamatkan segera,” kata sumber.
Mengikut prosedur, kontraktor terlibat akan dimaklumkan terlebih dulu melalui notis bahawa kontrak mereka akan ditamatkan serta sebab pembatalan. Mereka diberi masa 14 hari untuk menjawab sebelum kontrak ditamatkan melalui notis penamatan.
Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan juga akan membuka semula proses tender bagi kontrak yang terlibat, yang akan dijalankan mengikut tatacara perolehan yang terpakai.
Pihak kementerian juga sedang dalam proses melantik kontraktor sementara untuk menggantikan syarikat yang ditarik balik kontrak. – 13 Ogos, 2019.
JANGAN
HANYA
HEBOH
HAL
STOKIN
KASUT
DAN
NAK BERI
KAWAN
KERJA
-
-------