AWAS
CHINA
MERAH
China selar rakyat Malaysia sokong protes Hong Kong
RAKYAT Malaysia yang menyokong protes di Hong Kong tidak tahu perbezaan antara yang betul dan salah, kata pegawai kedutaan China.
Dalam laporan Oriental Daily, penasihat menteri Chen Chen dari Kedutaan China di Kuala Lumpur, mereka yang menyokong penunjuk perasaan di Hong Kong juga tidak tahu makna demokrasi sebenar.
Chen berkata demikian ketika memberi ucapan pada majlis memperingati mangsa Perang Dunia II di Kuala Lumpur.
Chen tidak menamakan kumpulan tertentu di Malaysia, tetapi Bersih 2.0 dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada Jun lalu mengeluarkan satu kenyataan bersama yang mengutuk tindakan polis Hong Kong terhadap penunjuk perasaan.
Ketua Pemuda DAP Howard Lee juga mengeluarkan kenyataan menyokong penunjuk perasaan berkenaan.
Protes di Hong Kong bermula dengan bantahan terhadap rang undang-undang antiekstradisi sejak Mac lalu.
Chen berkata menyokong penunjuk perasaan tidak akan membantu membaiki keadaan di Hong Kong dan menggesa rakyat Malaysia untuk melihat perkara itu secara objektif.
Beliau berkata, rakyat Malaysia sepatutnya menyokong pihak berkuasa Hong Kong untuk menamatkan keganasan.
“Penunjuk perasaan telah melampaui batas kebebasan bersuara dan perhimpunan aman serta menganggu kedaulatan undang-undang selain mengancam keselamatan orang awam dan harta benda,” katanya.
Malah katanya, Beijing tidak akan membenarkan demokrasi digunakan untuk mendapatkan kemerdekaan Hong Kong. – 15 Ogos, 2019.
HAK
ASASI
KITA
MEREKA
NAK
KAWAL
---------