JADI
KENG
RAMAI LAGI
DAPAT DUIT
1MDB
DARI NAJIB
TANGKAP
SATU SATU
Bustari Yusof mohon selesai saman tuntutan RM11.92 juta SPRM
AHLI perniagaan Sarawak dan orang kepercayaan Najib Razak, Bustari Yusof memohon penyelesaian dalam saman lucut hak berkaitan 1MDB.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini memfailkan saman untuk menuntut RM11.92 juta dari Bustari.
Peguam Bustari hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur surat berkenaan cadangan penyelesaian saman akan dihantar kepada Peguam Negara Tommy Thomas.
Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan 1 November untuk mahkamah mendengar keputusan peguam negara.
Selain itu, Sequerah juga menetapkan tarikh sama bagi sebutan kes selepas Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abd Jumaat memohon sedikit masa untuk meneliti hujahan bertulis pembelaan bagi bantahan awal terhadap saman tersebut.
Mahadi memberitahu hakim kes tersebut melibatkan isu yang belum pernah didengar di mahkamah belum ini, yang perlu diberi keutamaan.
“Bagi pihak kami, kami memerlukan masa yang cukup untuk mengkaji semula, meneliti dan kemudian membalas hujah bertulis,” katanya.
Bustari yang juga abang bekas menteri kerja raya Fadillah Yusof tidak hadir di mahkamah hari ini.
Beliau diwakili oleh bekas peguam cara negara Yusof Zainal Abiden, Kamarul Hisham Kamaruddin, Hisyam Teh Poh Teik, Cliff Sion Juan Wen dan Tiara Katrina Fuad.
Bustari dilaporkan meninggalkan negara selepas Pakatan Harapan menang pilihan raya umum 9 Mei tahun lalu.
Perbicaraan hari ini sebahagian daripada saman lucut hak SPRM terhadap 41 pihak dan individu untuk menuntut semula RM270 juta dana 1MDB. – 4 Oktober, 2019.
NAK LEPAS
PASTI BOLEH
JADI KENG
PECAH LUBANG
MASUK NAJIB
DALAM PENJARA
-----------