Isnin, 14 Oktober 2019

AWAS BAHAYA CHINA MERAH






AWAS
DALAM MASA 20 TAHUN
CHINA AKAN KERING
TANAH MELAYU
JADI SASARAN



KEPUTUSAN BIJAK








TERBAIK

PEMIKIR 

GEROMBOLAN

BUAT 

KEPUTUSAN

AMAT BIJAK

Umno akan cabar kompaun SPRM di mahkamah, kata Ahmad Maslan

UMNO akan memfailkan semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mempertikaikan kompaun yang dikenakan ke atas beberapa pemimpin dan badan parti untuk memulangkan duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Majlis Tertinggi Umno Tuan Haji Ahmad Maslan berkata tindakan agensi anti rasuah itu tidak wajar dengan masih ada dua kes berkaitan 1MDB yang sedang dibicarakan di mahkamah, merujuk kepada pertuduhan ke atas Najib  melibatkan SRC International Sdn Bhd dan 1MDB.

“Kes SRC dan 1MDB masih lagi berjalan. Maka pada pandangan kami apa yang dibuat oleh SPRM mempunyai unsur ultra vires, melebihi kuasa. 

“Kenapa SPRM tuduh kami walhal kes itu masih lagi dibicara di mahkamah? Kami terasa dianiaya dengan apa yang berlaku,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat Umno, hari ini.

“Peguam akan memfailkan semakan penghakiman supaya perkara yang prejudis ini akan digantung sehingga dua kes Najib selesai di mahkamah,” tambahnya.

Tuan  Haji Ahmad adalah antara 80 individu, syarikat, pertubuhan, dan yayasan yang dikenakan kompaun oleh SPRM pada 7 Oktober lalu kerana menerima duit 1MDB.

Selain  Tuan Haji Ahmad, kompaun dikeluarkan ke atas bekas pengerusi Felda  Tuan  Haji Shahrir Samad; bekas setiausaha politik Najib ,  Tuan  HajiMohamad Fatmi Che Salleh dan bekas ketua Bahagian Umno Pasir Mas  Tuan haji Hanafi Mamat, serta beberapa bahagian Umno.

Mereka diberi mana dua minggu untuk membayar denda berkenaan, atau berdepan tindakan mahkamah mengikut Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla). – 14 Oktober, 2019.


DI MAHKAMAH

SEMUA AKAN 

BOCOR DAN

DAH PASTI

ADA YANG

NAK JADI KENG
 KAH KAH KAH


-----------

DATANG BULAN





DATANG

BULAN
Tadi yb norul melalui wakilnya dah bagitau beliau tak hadir sebab masalah datang bulan, de senggugut pastu aliran tenat diawal awal period. Kesian nurul sabar eh. 
Sikit je lagii.. 
on
 TAK HADIR - 
HOK GOTU
Publish | Delete | Spam
Si Luncai
at 17:25

An




----------

CHINA TEMBAM TIPU MELAYU BODOH








CHINA TEMBAM

TIPU MELAYU

BODOH

Bekas CEO 1MDB kembali memberi keterangan

SAKSI kesembilan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Shahrol Azral Ibrahim Halmi kembali memberi kenyataan pada perbicaraan Najib Razak yang memasuki hari ke-21 hari ini.

Shahrol akan disoal balas oleh peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah untuk hari kelima.

Pada Khamis, Shahrol memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ahli perniagaan buruan Low Taek Jho bertindak sebagai “penasihat” (consigliere) kepada Najib.

“Congsigliere” adalah terma Sicily untuk penasihat atau kaunselor kanan kepada bos Mafia, ia dipopularkan dalam filem The Godfather.


NASIB BAIK

ADA KENG2

BELOT

KALAU TIDAK

TANAH MELAYU

DAH JADI

PROVINSI

CHINA MERAH



----------

TAK HADIR - HOK GOTU







NURUL

TAU

HOK 

GOTU

Masalah puak bukan punca ada pemimpin tak hadir konvensyen, kata Anwar

Anggota Parlimen Nibong Tebal Mansor Othman, Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin tiada hadir di konvensyen hari ini.

PELIK KAN

YB KAWASAN

IALAH NURUL

TAPI  YB NURUL

TAK HADIR

INI BUKAN 

FITNAH 

NI MESTI

PASAI

HOK GOTU GOTU
KAH KAH KAH

----------

PEMIKIR HILANG KERUSI





ASTAGA

IDUP

LAGI

TUAN

HAJI

INI

TAK

SEDAR

AKAN

HILANG

KERUSI

‘Dongenglah kalau PH tak guna jentera kerajaan’

PONTIAN – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tuan Haji Ahmad Maslan menganggap dakwaan Pakatan Harapan (PH) tidak menggunakan jentera kerajaan satu cerita dongeng.

Lebih-lebih lagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai tidak lama lagi.



PEMIKIR

GEROMBOLAN

KETUANAN MELAYU

SAMA HEBAT

SAPERTI

LOKMAN ADAM

DALAM MASA 

DUA MINNGU

JIKA

TAK PULANGKAN

DUIT 1MDB

TUAN HAJI INI

AKAN DIBAWA

KE  MAHKAMAH

DAN KERUSI

LUCUT

PADAN MUKA
KAH KAH KAH


---------

KERABAT DIHINA






SAEKOR 

KERABAT

SAH 

SEDANG

DIHINA

OLEH KERAJAAN

PAKATAN YANG

ANTI FEUDAL

YANG ANTI

FREE LOADER


Tengku Adnan bela diri pada 10 Januari tahun depan


MAHKAMAH Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menetapkan empat hari bermula 10 Januari tahun hadapan untuk bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor membela diri atas dakwaan menerima suapan RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan, tiga tahun lepas.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 10, 17, 20 dan 21 Januari tahun hadapan untuk Tengku Adnan membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie terhadap kes tertuduh.


MANA ILANG NGO 

MELAYU

MANA PEJUANG

MELAYU

KERABAT RAJA

DIZALIMI

DIHINA 

DITUDUH

MAKAN DUIT

HARAM CHINA

MENGAPA SEMUA

SENYAP

TINGGALKAN

KERABAT 

DIRAJA 

SEORANG DIRI
KAH KAH KAH

------------

KESAH BELOT






KESAH

BELOT

Bekas CEO 1MDB kembali memberi keterangan



BERITA MENYUSUL

-----------

TAK MINAT RIMAU INDIA- MINAT RIMAU TEMPATAN







 TAK MINAT 

RIMAU INDIA

MINAT RIMAU

 TEMPATAN
Lega TT dah muncul. 
Gwa pikir TT kena sosma
 krana rindu rimau India. 
on 
LENGGANG PERUT
Anonymous
on 14/10/19

tt pi sweden nu...cari awek sana..lama dh tt tak pelok awek sweden semenjak balik ke malaya..tt kan byk duit menang saman juta juta.. 
on 
DEN CARI POTAI
Unknown
on 14/10/19



Tt napo tak bawak tongku denan skali pi lenggang perut. Dah sarat sangat tu.. Yang tu bukan 9bulan tapi dah 9tahun rasanya macam tu 
on
 LENGGANG PERUT
Si Luncai
on 14/10/19


Tt tak update sebab nak test market, nak tengok berapa ramai awek berapa ramai janda yang gelisah.. Laku lagi Tt ni quponyo eh.. Rajin rajin makang tongkat ali la yo 
on 
CARI PETAI
Publish | Delete | Spam
Al buyut
on 14/10/19

Hebat.B




----------

POTAI SYEH




POTAI SYEH

TT cari potai ko cari punai..Jgn ikut perangai burok abg Non tu.Dopan koling cakap polis terlalu keras tindakan pd LTTE. Dopan Cina kata kita adik beladik..Melaon manusia durjana ni.. 
on 
CARI PETAI
Publish | Delete | Spam
Arymanchino
on 14/10/19

Potai mimang banyak di Jolobu ..hinggo namo potai diabadikan sebagai nama tempat..PETASEH ..makan petai sampai naik syeh .. 
on 
CARI PETAI
panglimo potaseh
on 14/10/19

Bosan




------------

DARI ARKIB SEJARAH



 SURAT DARI LOW TI FANG 

Hisham/Tukartiub,

Saya baru terjumpa buku lama saudara Pilihanraya atau Pilihan jalan raya dan sempat membaca satu artikel di dalamnya, Said Zahari dan Utusan di dalam parit.

Saya cuma memanjangkan email ini untuk berkongsi semula tulisan saudara pada 5-Sept-2000 ini. 

Dengan kematian akhbar ini minggu ini, rasa tulisan lama saudara ini cukup relevan untuk mengenang perjuangan awal dan perjuangan Pak Said - sebelum dirampas Umno. Metafora akhabr ini jatuh ke dalam parit juga seperti sesuai menggambarkan keadaan akhbar ini sekarang. File ada dilampirkan jikalau saudara rasa perlu untuk berkongsi di blog tukartiub.

Terima kasih!

Said Zahari dan 'Utusan' di dalam parit

Published:   |  Modified: 

Sebelum mengenal huruf, saya telah berkenalan dengan Utusan Melayu dan Utusan Zaman - kedua-duanya bertulisan Jawi.

Ketika itu saya hanya membelek-belek dan melihat-lihat gambar. Saya tidak tahu siapa penulis dan siapa pengarangnya.

Kuala Klawang, pekan pusat daerah Jelebu, pada akhir tahun 50-an dan awal 60-an tidak mempunyai kedai menjual bahan bacaan. Jalan dan sistem pengangkutan ke daerah kami agak terhad. Kawasan kami, di hujung Banjaran Titiwangsa hanya dilihat sebagai satu daerah khusus untuk orang buangan.

Untuk menyelesaikan masalah ini, arwah ibu telah melanggan akhbar dari Seremban dan dikirimkan melalui bas pertama yang melintasi kampung kami dari bandar itu. Setiap pagi sebelum jam 9, pemandu bas akan membalingkan akhbar ini ke tepi jalan. Kaedah ini berjalan dengan baik. Hanya sekali-sekala akhbar kami datang agak lewat atau tidak sampai langsung.

Dua tahun sesudah kemerdekaan, saya mula pandai membaca Utusan Melayu , dan Utusan Zaman dijadikan bahan rujukan. Saya tidak begitu jelas tarikhnya, tetapi tiba-tiba pemandu bas dari Seremban gagal membalingkan akhbar langganan keluarga kami.

Hampir seminggu saya tidak bertemu Utusan Melayu . Kemudian saya mendengar khabar bahawa telah berlaku mogok di pejabat akhbar berkenaan di Kuala Lumpur. Inilah kali pertama saya mendengar perkataan mogok. Apa yang dimogokkan, kenapa mogok dan apa makna mogok, tidaklah pula saya mengerti.

Penjara Lee Kuan Yew

Dua minggu kemudian Utusan Melayu muncul kembali. Tapi keluarannya agak nipis. Saya menjadi kecewa, tetapi bukan kerana isinya. Akhbar yang nipis dan lebih ringan itu, apabila dibalingkan keluar dari tingkap bas, ia akan jatuh ke dalam parit dan basah. Amat mengecewakan saya.

Selang beberapa bulan kemudian, Utusan Melayu kembali seperti sedia kala. Saya langsung tidak tahu apa yang terjadi dengan "mogok Utusan" atau siapa pula yang mengendalikan akhbar kegemaran saya ini. Beberapa tahun kemudian, muncul pula Utusan Malaysia dan keluarga saya pun beralih daripada akhbar jawi kepada rumi.

Apabila menuntut di Universiti Malaya pada tahun 1971, saya terus menceburkan diri dalam arus gerakan mahasiswa. Pada era ini gerakan mahasiswa cukup hidup. Perdebatan falsafah, ideologi dan politik amat kuat dan segar. Mungkin ini sebahagian tempias Perang Dingin.

Di kampus, saya menganggotai Kelab Sosialis yang aktif. Aktiviti kelab ini telah menemukan saya dengan Usman Awang, kemudiannya saya panggil Tongkat.

Pada 1973, saya mula mendengar nama seorang insan yang dipanggil Said Zahari. Insan ini, menurut Tongkat, ialah bekas ketua pengarang Utusan Melayu dan sedang ditahan di penjara Lee Kuan Yew.

Tongkat pada ketika ini sedang berusaha menerbitkan sajak-sajak karya Said Zahari yang berjaya diseludup keluar. Kini barulah saya sedar bahawa Said pernah sampai dalam hidup saya, semasa keluarga melanggan Utusan Melayu. Hanya saya tidak menyedarinya.

Terlalu ramai SB

Apabila buku Sajak dari Penjara diterbitkan, kami dari Kelab Sosialis telah mengambil langkah untuk menjualnya secara peribadi. Kutipan wang daripada jualan buku itu bertujuan membantu keluarga Said yang tinggal di Singapura.

Buku kecil berwarna putih ini berharga tiga ringgit. Pada ketika itu agak susah juga bagi seseorang mahasiswa mengeluarkan tiga ringgit demi sebuah buku puisi - harga nasi campur di kampus tidak pernah melintasi satu ringgit.

Pada tahun ini juga seorang penyajak agung dari Russia, Yevgeni Yevtushenko, melawat Malaysia. Beliau telah diundang untuk membaca sajak di fakulti pendidikan Universti Malaya. Anggota Kelab Sosialis mengambil kesempatan ini untuk menjual buku sajak Said pada malam itu.

Ini bukanlah satu kerja yang mudah. Pertama, kami tidak dijemput. Kedua, pada malam pembacaan sajak ini, terlalu ramai SB (polis Cawangan Khas) berkeliaran untuk melihat dan memerhatikan siapakah yang berani datang mendengar suara Yevgeni Yevtushenko, penyair dari sebuah negara yang dianggap musuh.

Namun, kami berjaya juga menjual beberapa buah Sajak dari Penjara . Saya tidak akan melupakan pensyarah sastera Inggeris saya, Fadzilah Amin yang telah memberikan sepuluh ringgit untuk buku kecil ini.

Ada juga individu yang menggelarkan diri mereka sebagai "sasterawan Melayu" telah menepis kami daripada mengganggu soiree budaya ini dengan anggapan kami menjual propaganda komunis.

Minggu lepas, dua hari sesudah ulang tahun kemerdekaan tahun 2000, saya dapat bertemu dengan manusia yang bernama Said Zahari untuk kali ketiga. Kali ini dalam satu soiree yang dianjurkan oleh anak-anak muda.

Merdeka bukan agenda Umno

Suasana soiree ini agak berbeza daripada malam puisi Yevtshenko dahulu. Pada malam ini, insan yang diraikan oleh anak-anak muda ialah Said Zahari - bekas ketua pengarang Utusan Melayu dan bukan seorang penyair.

Pak Said yang kini bertongkat telah berucap dengan loghat Singapuranya untuk memberikan penilaian baru dan melihat kembali babak-babak sejarah perjuangan nasionalisme menuntut kemerdekaan.

Menurut Pak Said, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) lebih awal meniupkan api nasionalisme bagi membangkitkan semangat orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan. PKMM telah melaungkan slogan, "Merdeka!"

Pada malam ini juga, untuk pertama kalinya anak-anak muda generasi baru ini mendengar, dari mulut seorang individu yang terlibat secara langsung dalam perjuangan kemerdekaan, bahawa agenda merdeka bukanlah agenda Umno.

Parti itu, menurut Pak Said hanya menentang Malayan Union dengan slogan "Hidup Melayu." Hanya apabila tekanan dan gelombang kemerdekaan tidak dapat dibendung lagi, barulah Umno bersetuju untuk melaungkan agenda merdeka.

Tempoh 17 tahun adalah satu masa yang terlalu lama untuk seorang manusia terkurung di penjara tanpa apa-apa tuduhan atau perbicaraan. Tapi saya tidak nampak dendam kesumat dan penyesalan dari manusia yang bernama Said Zahari ini.

Dia hanya menuntut fakta sejarah diperbaiki dan nama-nama pejuang kemerdekaan yang telah dicicirkan diiktiraf semula untuk generasi akan datang. Saya melihat hati dan jiwanya masih muda - semuda anak-anak siswa yang membacakan puisi dari bukunya.


Untuk saya, pertemuan kali ini mengingatkan saya pada mogok Utusan, 37 tahun dahulu. Barulah saya mengerti kenapa akhbar Utusan Melayu , akhbar penggerak nasionalime Melayu menjadi nipis dan jatuh ke dalam parit.

Dan saya juga tidak hairan kenapa hari ini Utusan Malaysia yang semakin tebal tetapi masih lagi terperam di dalam parit. (TT)



-------

GOTO NURUL TAU




HOK GOTU

NURUL TAU
Berpecah, berpisah lumrah hidup, tiada yg kekal. Kawen pun boleh berpisah padahal penat berjuang 20 tahun, nak negak kebenaran. Bila kebenaran tersembul, anak pun boleh kecewa dan tinggalkan papa. Apa ada kalau Azmin and mak lampir nak buat party sendiri....??? Tak buat, takkan tahu gagal atau tidaknya. Better do it daripada hidup tertanya-tanya. 
on 
AWAS PUJIAN MUSUH
Publish | Delete | Spam
cikminah
on 14/10/19

Pot






-----------

TENGKU DAN RAJA NAPA SENYAP







MANA 

TENGKU RAJA

YG LAIN LAIN

NAPA TAK

 BERSUARA

SEORANG 

KERABAT

SEDANG 

DIZALAMI

OLEH KERAJAAN

PAKATAN YANG

ANTI FEUDAL

Keputusan akhir pendakwaan kes rasuah RM2 juta Ku Nan esok

KUALA LUMPUR – Nasib Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan diketahui esok sama ada bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan, tiga tahun lepas.


AMPOON

TUANKU

BILA MASUK

PENJARA

BOLEH KURUS

BADAN
KAH KAH KAH
---------

LU NAK CAKAP APA?







APA LAGI

LU NAK CAKAP

LU MAU PUTAR

Penyelewengan dana 

Lembaga Zakat, 

dua Pegawai Kanan 

RTM direman

Tiga individu termasuk dua Pegawai Kanan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ditahan reman pada 7 Oktober lalu berhubung dakwaan penyelewengan dana Lembaga Zakat untuk satu penerbitan program. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya berkata tempoh reman untuk dua pegawai itu telah dilanjutkan selama lima hari bermula Khamis lepas.

ISLAM KE

SYURGA KE

HALAL KE

ZAKAT KE

ANAK YATIM KE

BIDADARI KE

NERAKA KE

SEMUA TOLAK

BELAKANG

 INI  BUKTI

KUASA FULUS

KUASA AGONG

MENGGERAK 

DUNIA
KAH KAH KAH




-------