SATU
MALAYSIA
TUNGGU
TINDAKKAN
LAT KOYA
Pegawai kawal sempadan terlibat rasuah dikenal pasti, kata KPN
POLIS sudah mengenalpasti pegawai kawalan sempadan yang dirakam dalam video menerima rasuah untuk membenarkan penyeludupan di sempadan Thailand-Malaysia, lapor Malaysiakini.
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dipetik portal itu berkata Jabatan Integriti dan Standard (JIPS) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) telah melancarkan siasatan ke atas klip video itu sejak mereka menerima video lewat bulan lepas.
“Pihak JIPS dan KDNKA Bukit Aman sudah pun menjalankan siasatan sejak lewat bulan lepas.
“Beberapa orang anggota polis yang terpapar sudah dikenal pasti. Tindakan tatatertib sedang dirangka,” Hamid dipetik berkata.
Tambah beliau, polis juga sudah memperkenalkan penambahbaikan kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi anggota yang bertugas mengawal sempadan dan pintu masuk di seluruh negara.
Terdahulu hari ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya mendedahkan agensi anti rasuah itu menerima video dan bukti yang menunjukkan aktiviti penyeludupan dan pembolosan sempadan. – 18 Oktober, 2019.
SUPERWOMAN
AKAN DIPANGGIL
UNTUK BERSIH
SEMPADAN
-------------