Rabu, 22 Januari 2020

STED SADDIQ DALAM BAHAYA




WOIT

SAPA KENAL

DENGAN MAMAT NI

JANGAN BERANI

SANGAT KRITIK

PEMIMPIN ISLAM

BAHAYA BESAR



Isu peralihan kuasa: Syed Saddiq tegur penyokong Anwar

PEMIMPIN Pakatan Harapan perlu menghormati konsensus parti mengenai peralihan kuasa perdana menteri dan tidak terus-terusan mendesak Dr Mahathir Mohamad supaya letak jawatan, kata Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau yang juga ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan berkata tindakan mereka – yang beliau simpulkan sebagai “penyokong kuat Anwar Ibrahim” – tidak bertanggungjawab dan tidak berdisiplin.

Lebih daripada itu, tindakan mereka boleh dianggap tidak mengutamakan kepentingan negara dan rakyat, katanya.

“Jika mereka boleh membelakangkan konsensus dan persetujuan bersama PH, bolehkah saya lakukan yang sama, jika saya mahu?

“Betulkan parti sendiri dahulu! (Get your house in-order!)

“Berhenti desak perdana menteri yang terpilih secara demokrasi untuk letak jawatan, dan tolong hormat konsesus PH!,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Saddiq membuat teguran itu susulan kenyataan Setiausaha Agung Pemuda PKR Syukri Razab mendesak Dr Mahathir letak jawatan untuk bertanggungjawab atas kegagalan pentadbiran Pakatan sehingga kalah beberapa pilihan raya kecil.

Syed Saddiq menamakan pemimpin PKR seperti naib presiden Rafizi Ramli, dan ahli majlis pimpinan pusat Johari Abdul dan Abdullah Sani Abdul Hamid, serta ketua pemuda Akmal Nasir dan Syukri sebagai penyokong Anwar.

Turut dinamakan ialah bekas timbalan presiden PKR Syed Husin Ali, yang pada Oktober lepas menyelar pimpinan Pakatan kononnya takut kepada Dr Mahathir sehingga tidak mahu menetapkan tarikh perdana menteri berundur.

Sementara itu, Syed Saddiq menamakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy, dan Adun Sungai Pelek Ronnie Liu sebagai pemimpin DAP penyokong Anwar.

Liu mencetuskan kontroversi pada Oktober lepas apabila mendakwa Pakatan boleh bertahan sebagai kerajaan tanpa Bersatu.

“Bagaimana Dr Mahathir ingin mentadbir negara jika setiap hari didesak, ditekan dan diserang oleh mereka yang dianggap sebagai sekutu Anwar?” tanya Syed Saddiq.

Syed Saddiq menjelaskan sejak konsesus Majlis Presiden Pakatan mengangkat Dr Mahathir sebagai perdana menteri, dan menamakan Anwar sebagai calon penggantinya, Dr Mahathir tidak pernah mungkir pada janjinya.

“Setiap kali ditanya berkenaan transisi, Tun sentiasa menjawab dengan tegas bahawa beliau akan melepaskan jawatan kepada Anwar.

“Walaupun didesak kiri dan kanan oleh sekutu Anwar, Tun masih tetap dengan pendirian ini.

“Beliau amat menghormati konsensus PH,” katanya.

Konsensus Pakatan tidak menetapkan tarikh peralihan kuasa, dan tempoh peralihan itulah yang selalu dipersoalkan oleh beberapa pihak.

Mereka mendakwa tempoh peralihan yang tidak jelas menyebabkan keadaan yang tidak menentu yang tidak membantu perniagaan dan pelaburan.

Pemimpin kanan Pakatan antaranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu minggu lalu juga menyeru pemimpin Pakatan supaya fokus kepada agenda perubahan yang dijanjikan, dan bukan pelan peralihan kuasa. – 21 Januari, 2020.


MAMAT BERSATU

INI TAK FAHAM2

BERANI SANGAT

KRITIK ABAM

KAH KAH KAH

TOLONG

BERI AMARAN

PD MAMAT INI

SENTIASA

TOLEH BELAKANG

KAH KAH KAH

NANTI TAK SEDAR

ABAM TERKAM

TAK SEMPAT

BUANG KULIT

PISANG TEJULUR

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


yang komen jangan jambu sangat... kena terkam, gua tunggu berita ja dari tt...