Selasa, 25 Februari 2020

APA MAKNA BERITA INI






APA MAKNA

BERITA INI? 

Tiada tempoh masa untuk PM interim, kata peguam negara


TIADA tempoh masa ditetapkan bagi seseorang yang dilantik sebagai perdana menteri interim, kata Peguam Negara Tommy Thomas malam ini.

Beliau juga berkata, perdana menteri interim mempunyai kuasa ke atas pejabat perdana menteri, termasuk untuk melantik menteri kabinet sekiranya memilih untuk berbuat demikian.

Thomas berkata demikian mengulas pelantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri interim oleh Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Bekas perdana menteri itu sebelum ini menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dr Mahathir turut mengadakan pertemuan dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden manah, Mohamed Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kediamannya.

Beliau menyatakan hasratnya kepada mereka walaupun dipujuk untuk tidak berbuat demikian.

Beberapa jam selepas peletakan jawatan itu, Dr Mahathir turut meletakkan jawatan sebagai pengerusi parti Bersatu yang diasaskannya sebelum pilihan raya umum ke-14.

Sementara itu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin turut mengumumkan parti itu keluar daripada Pakatan Harapan. Beliau berkata keputusan itu dibuat semasa mesyuarat khas yang diadakan semalam.

Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan petang tadi berkata peletakan jawatan Dr Mahathir diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong petang tadi.

Dr Mahathir juga katanya akan terus menguruskan pentadbiran negara sehingga perdana menteri dan jemaah menteri baharu dilantik. – 24 Februari, 2020.


MAKNANYA

MADEY JADI PM8

MAKNANYA 

MADEY

TAK TERIKAT

DENGAN APA APA

JANJI PAKATAN

MAKNANYA

MADEY CUKUP

BERKUASA

MAKNANYA

LEPAS APEC PUN

TAKDA APA APA

KHALAS

-----------

Tiada ulasan: