Isnin, 30 Mac 2020

SATU LAGI ARAHAN





SATU LAGI

ARAHAN

YANG WAJIB

DIPATUHI

Kedai hanya buka 8 pagi - 8 malam mulai Rabu

KEDAI makan, kedai runcit, pasar raya besar dan pasar raya hanya boleh beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam bermula Rabu ini, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata arahan sama dikenakan terhadap stesen minyak, bagi fasa kedua perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa.

“Keputusan dibuat dalam mesyuarat pagi ini. Semua kedai makan, kedai runcit, pasar raya besar dan pasar raya serta stesen minyak hanya beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam.

“Bagi pengangkutan awam dan perkhidmatan e-hailing, mereka boleh beroperasi dari 6 pagi hingga 10 malam.

“Kerajaan juga mengesyorkan pembelian secara atas talian bagi mengehadkan kontak antara manusia.

“Jika anda beli makanan, penghantar boleh letak makanan anda di luar pagar dan anda boleh mengambilnya selepas dia pergi. Kami mahu elakkan kontak,” katanya

Ia merupakan antara langkah memperketatkan PKP apabila masuk fasa kedua bermula 1 April, katanya.

Beliau juga berkata, kes pelanggaran PKP juga dikesan semakin meningkat dengan jumlah tangkapan seramai 858 individu.

“Tangkapan semakin meningkat menunjukkan polis ambil tindakan lebih tegas daripada sebelumnya.

“Tetapi sasaran kita bukan nak tambah tangkapan, tapi kurangkan tangkapan. Banyak tangkapan maknanya ramai rakyat tak patuh arahan, sasaran kita semakin kurang tangkapan untuk tunjuk pematuhan rakyat capai keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata, polis dan angkatan tentera juga sudah melakukan 1,210 sekatan jalan raya dan pemeriksaan ke atas 257,287 kenderaan.

“Sekatan jalan raya di plaza tol ada 23 sekatan dan mulai semalam ditingkatkan keoada 65 sekatan di plaza tol dan akan ditingkatkan kepada 114 plaza tol di seluruh negara,” kata Ismail Sabri lagi.

Katanya, setakat ini, seramai 67,774 anggota polis, Rela, tentera, dan Angkatan Pertahanan Awam yang bertugas.

“Kita mempunyai simpanan yang lebih ramai dan akan ditambah dari masa ke semasa,” tambahnya. – 30 Mac, 2020.


KITA WAJIB

BERANI MENCUBA

APA SAHAJA 

KERANA

KITA SESAMA

TAK ADA

PENGALAMAN




-------------

1 ulasan:

Awanama berkata...

kena belajar faham arahan. arahan suruh duduk di rumah dan amalkan social distancing. so duduk la dalam rumah. kalau ada tanah 100 hektar yg kosong pun tengok saja, jgn keluar dari rumah kecuali ada keperluan. berjalan jalan di tanah seluas 100 hektar tanpa tujuan pun adalah dilarang. jgn la bebal sangat. kalau penduduk sekitar semua pikir yg sama, nak jalan2 ambil angin pagi2 lama2 nanti penuh la manusia kat situ. tak bermakna laa pengorbanan frontliners. faham tak?