MASIH ADA
SOSOK
YANG DEGIL
Mulai esok, langgar PKP dakwa di mahkamah, kata menteri
HUKUMAN penjara menunggu mana-mana individu yang melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) mulai esok, kata menteri kanan Ismail Sabri Yaakob, selepas tindakan pihak berkuasa selama sebulan yang lalu tidak memberikan kesan.
Katanya, pihak polis tidak akan bertolak ansur dengan hanya mengeluarkan kompaun sebaliknya akan memohon perintah reman ke atas mereka yang ditahan dan menghadapkan mereka ke mahkamah.
Menurut Ismail, masih ramai yang melanggar larangan PKP sehinggakan kompaun RM1,000 pun tidak menakutkan mereka.
“Mungkin RM1,000 tidak dianggap tinggi untuk menakutkan mereka yang ingkar pada PKP ini.
“Oleh itu, kita telah bersetuju bahawa pihak polis mulai esok tidak lagi memberi tumpuan kepada kompaun.
“Mulai esok sesiapa yang ditahan akan direman dan dihadapkan ke mahkamah. Biarlah mahkamah yang memutuskan (hukuman) berdasarkan akta,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini, memaklumkan perkembangan pelaksanaan PKP.
Bagaimanapun Ismail menjelaskan tindakan itu masih terpulang atas budi bicara pihak polis.
Ismail memberi peringatan tindakan reman dan pendakwaan di mahkamah tidak sama dengan kompaun, yang boleh orang ramai buat sambil lewa.
“Mulai esok tiada kompromi lagi. Kita akan ambil tindakan lebih keras daripada kompaun,” katanya.
Ismail merujuk pada Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun bagi kesalahan pertama atau denda atau kedua-duanya.
Kesalahan kedua boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya, manakala kesalahan seterusnya boleh didenda tidak lebih RM200,000 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.
Sejak 8 April lalu, pihak berkuasa mengenakan kompaun ke atas mereka yang melanggar PKP, mengikut Seksyen 25 akta yang sama.
Ismail menjelaskan semalam sahaja pihak polis menahan 1,374 individu kerana ingkar PKP. Daripada jumlah itu, 931 orang dikenakan kompaun RM1,000, sementara 418 orang direman dan 25 individu dijamin polis.
Jumlah mereka yang ditangkap secara keseluruhan kerana ingkar PKP sejak 18 Mac lalu ialah 9,090 orang dengan 4,036 daripadanya dikenakan kompaun.
Dalam pada itu, Ismail mengesahkan beliau menerima maklumat daripada pihak polis bahawa lebih ramai orang ke luar untuk berurusan semalam, berbanding hari-hari sebelumnya.
Kebanyakan mereka ke bank untuk menyemak dan mengeluarkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan, katanya, walaupun sudah dinasihatkan untuk berurusan secara dalam talian.
“Pematuhan itu masih belum sampai ke tahap yang kita sasarkan. Ramai lagi yang agaknya sudah lupa atau sengaja lupa, masih keluar seperti biasa,” katanya.
Beliau juga berharap dengan bermulanya penguatkuasaan lebih ketat mulai esok, pihak berkuasa akan melihat lebih kurang orang ramai yang ke luar rumah. – 14 April, 2020.
ORANG DEGIL
BAWA BAHAYA
KEPADA
ORANG RAMAI
Benar juga. Tapi jangan cuba lupa,bagaimana tata susunan kawasan perbandaran. Sudah hampir pupus pasar basah,semuanya berpaket berplastik di gedung pasaraya. Apa tiada lagi pasar runcit?hanya butik runcit harga plastik bungkus lebih mahal dari seikat sawi.hiper gudang mahu melayan berapa ribu apartment?untung tt,anak bulunya tidak memakai lampin,hanya perlu berak dicelah pokok dan semak.tapi anak manusia perlukan lampin.
BalasPadam