Isnin, 25 Mei 2020

BERSATU PECAH TERBARAI







BESATU PECAH

APA MAKNA

SEMUA INI


Bersatu pecah jika Muhyiddin hilang kawalan, kata penganalisis


BERSATU akan berpecah jika presidennya Muhyiddin Yassin gagal mengawal parti itu dari dikuasai pengerusinya Dr Mahathir Mohamad, kata penganalisis.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohd Azlan Zainal meramalkan dua kemungkinan – Dr Mahathir dan pengikutnya akan dipecat dan Muhyiddin juga mungkin keluar parti dan membentuk parti baharu.

Sekiranya Muhyiddin keluar parti, perdana menteri itu akan terpaksa membentuk parti baharu bersama menteri kanannya Mohamed Azmin Ali yang dipecat daripada PKR, kata Azlan.

“Bersatu akan berpecah. Sama ada Muhyiddin yang akan ambil terus Bersatu atau tinggalkan parti buat parti baru bersama Azmin,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Bagaimanapun beliau melihat perkembangan pada masa ini menunjukkan Muhyiddin mempunyai kelebihan sebagai perdana menteri untuk mengukuhkan pengaruhnya dalam parti.

Beliau berkata demikian dengan melihat perkembangan yang menyebabkan pencabar Muhyiddin bagi jawatan presiden, Mukhriz Mahathir hilang kuasa di Kedah.

Selain itu, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) juga bertindak mengesahkan penyingkiran Dr Mahathir dari padajawatan pengerusi parti, katanya.

“Menjelang detik akhir pemilihan parti, penyingkiran Dr Mahathir dan Mukhriz tidaklah mustahil, seperti boleh dijangka. Apa yang kita saksikan, Kedah pimpinan Mukhriz tumbang.

“Sebagai tindakan separa selamat, Muhyiddin dan MPT Bersatu terpaksa menggunakan RoS untuk mengesahkan penyingkiran Dr Mahathir,” katanya.

Azlan juga melihat, Muhyiddin berpeluang membentuk parti baharu bersama Azmin dan juga kumpulan dalam Umno diketuai Hishammuddin Hussein jika gagal menguasai Bersatu.

Beliau berkata ketika ini Umno sedar bahawa kerajaan sekarang tidak kukuh dan hanya bergantung kepada sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Malah, kerjasama dalam Perikatan Nasionnal (PN) juga tidak terikat dengan perjanjian, kesepakatan manifesto, dan tidak bersandar pada hala tuju jelas, katanya.

Bagi Azmin pula, pemimpin itu sedar bahawa kehadiran dalam Bersatu tidak membawa impak positif kepada diri dan kumpulannya, kata Azlan lagi.

Selain itu, ramai pemimpin dan ahli yang menyokongnya sebelum ini masih terkandas di dalam PKR terutama di kalangan bukan Islam, tambahnya.

“Maka, di celah-celah kompromi ini wujud idea penubuhan parti baru antara Bersatu kumpulan Muhyiddin, fraksi Azmin dan kem Hishammuddin daripada Umno-BN,” katanya.

Tambahnya, ia satu pilihan untuk menunjukkan kerajaan baharu bersih dan benar-benar mahu melawan kleptokrasi dan juga meredakan tekanan daripada Umno.

Selain itu, ia juga menjadi usaha menambah sokongan dan mmencari tapak baru untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dan memecahkan Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR dan kumpulan Dr Mahathir, katanya.

“Namun episod ini masih menjadi teka-teki,” katanya.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia Kamarul Zaman Yusoff juga berpendapat Bersatu akan runtuh-rantah salah seorang pemimpin mungkin akan keluar parti.

Beliau juga berpendapat kelebihan berada di pihak Muhyiddin dan menjangkakan Dr Mahathir, Mukhriz dan pengikutnya akan digugurkan dari parti sebelum pemilihan lagi.

Beliau mengaitkan kenyataan Lembaga Disiplin Bersatu berhubung tindakan Dr Mahathir dan pemimpin Bersatu yang enggan akur dengan keputusan parti keluar PH.

Dr Mahathir berkeras agar Bersatu mahu kekal dalam PH dan tidak bersetuju dengan tindakan Muhyiddin dan pemimpin parti itu bergabung dengan Umno dan PAS dalam PN.

Menurut pengerusi lembaga itu, Megat Najmuddin Megat Khas berkata ia menyebabkan keahlian mereka terhenti secara serta-merta selaras dengan Fasal 10 (2) (3) Perlembagaan parti.

“Jadi sekarang ini kita hanya menunggu pengumuman rasmi daripada Bersatu sahajalah mengenai pemberhentian keahlian mereka,” kata Kamarul. – 23 Mei, 2020.


MAKNANYA

MUHYIDIN LEMAH

KERAJAAN LEMAH

SATU PARTI

BARU WAJIB

MUNCUL

KHALAS

6 ulasan:

Awanama berkata...

Buat lah 10 parti serpihan PKR ke Bersatu ke aku potong *xxxx kalau boleh bertahan. Kalau kumpulan pengkhianat yg bina, pasti akan dikhianati oleh ahli. Mereka ni dah jadi sejarah. Tunggu masa aje nak pupus. Kah kah kah..

Awanama berkata...

Maknanya langkah sheraton pincang dan tempang. Yg gedik dlm PH ada 2-3 ekor jer termasuk abam. Tapi malikul sembab dan mat semburit dikuasai nafsu syaitan sebab nak jadi PM. Habis runtuh rantah kerajaan rakyat. Si sakai anak rais ni pun sama jugak, sebab dendam kesumat pada abam dia sanggup subahat runtuhkan PH. Susah sangat ke nak cantas abam tanpa runtuhkan PH?

Awanama berkata...

Sonang yo. Sapo yg kasi tumbuh bersatu? Tun pandai tanam kasi benih tumbuh segar bersatu. Dia pun pandai kasi mati itu pokok kalau ada yg sailang.hahaha.siap la

Unknown berkata...

Kerajaan Muhyidin di bawah PN sememang sentiasa goyang,Muhyidin bukan saja menerima ancaman dari PH, tetapi juga dari rakan komponen.UMNO, UMNO dengan 39 Kerusi Parlimen selayaknya mendapat kelebihan jawatan Menteri Kanan tetapi di berikan kepada kumpulan Jemin semburit yang hanya 8 ahli parlimen, kesemua menteri,4 menteri kanan, tujuan utk menidakkan pengaruh UMNO & menguatkan Bersatu, ini.lah.menimbulkan rasa x puashati kepada UMNO, tunggu lh masa nya Muhyidin akan jatuh sebagaimana beliau mengkhianati dan menjatuhkan Tun M.

Unknown berkata...

Kita tunggu dan lihat

Awanama berkata...

Muhyiddin tidak akan bertahan lama. Azmin & Muhyiddin merupakan pengkhianat & mmg akan dikhianati oleh umno. kami berharap dua ekor ini tumbang.