Khamis, 2 Julai 2020

KESAH ALONG BUKAN KESAH JANDA BAIK





BAHAYA UTANG

TERGADAI NEGARA 

Kerana hutang, lelaki maut dibelasah


“MASIH terngiang-ngiang suara Farid merintih dan meminta tolong dalam hening subuh yang sunyi,” kata Zaleha Muda, 51, ibu kepada Allahyarham Ahmad Farid Mohammad, 28, yang meninggal dunia dalam satu pergaduhan dengan tiga lelaki di Kampung Bukit Gasing, di Marang, Terengganu, awal pagi tadi.

Menceritakan kembali kejadian Zaleha berkata, peristiwa malang tersebut berlaku kira-kira pukul 6 pagi, di satu lorong kecil, kira-kira 200 meter daripada kawasan rumahnya yang didiami bersama suami, Mohammad Awang @ Sulaiman, 52, seorang pesara tentera dan dua anak yang lain.

Katanya ketika kejadian, beliau sedang bersiap-siap untuk solat Subuh sebelum terdengar rintihan seseorang yang dalam kesakitan, meminta tolong daripada arah belakang rumah.

“Memang kalau ikutkan jarak rumah saya dengan tempat kejadian agak jauh, tetapi dengan kuasa Allah saya dapat mendengar suara tersebut, yang pada mulanya saya sangkakan suara jiran.

“Tetapi selepas diamati ia adalah suara anak saya, Farid dan tanpa berlengah saya terus bergegas ke tempat kejadian dalam keadaan yang masih gelap,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Bukit Gasing, hari ini.

Menurut Zaleha ketika sampai di tempat kejadian, beliau terkejut apabila melihat anaknya terbaring di atas tanah dalam keadaan terlentang dan mendapati terdapat sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki sedang cuba melarikan diri.

Bagaimanapun, cubaan lelaki tersebut pada mulanya tidak berjaya kerana dalam keadaan tergesa-gesa cuba melarikan diri, tayar kereta suspek tersekat oleh tunggul pokok dan beliau sempat mengecam dua daripada tiga lelaki berkenaan, yang juga rakan sekampung.

“Saya sempat bertanya kepada salah seorang daripada suspek alasan dia memukul Farid sehingga teruk sebegitu. Dia hanya jawab yang Farid ada berhutang wang sebanyak RM1,000 lama dahulu dan belum menjelaskannya.

“Malah lelaki itu juga sempat memberi amaran, bahawa dia masih belum menyelesaikan urusannya dengan Farid dan akan datang lagi pada masa depan,” katanya yang masih tidak percaya kehilangan anak sulungnya itu dalam sekelip mata.

Zaleha berkata, beliau kemudiannya memapah arwah Farid ke dalam rumah dan menelefon ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Bagaimanapun, mangsa yang juga menghidap penyakit asma menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 7 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang Deputi Supt Mohd Zain Mat Dris berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu kira-kira pukul 8 pagi tadi.

“Siasatan awal di lokasi tidak menemui sebarang objek dan dipercayai pergaduhan hanya menggunakan tangan.

“Identiti dua suspek sudah dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Nur Zahirah (HSNZ),” katanya. – Bernama, 1 Julai, 2020.


PEMUNGUT

HUTANG MAKIN

BERANI

BUKAN JUTA 

BUKNA BILION

MACAM KES

1MDB NAJIB

RATUS RATUS

RINGGIT SAJE

AMIN

Tiada ulasan: