Khamis, 9 Julai 2020

KHALID CAKAP BETUL



APA  YANG

KHALID SAMAD

CAKAP BETUL

LAGI BENAR



Anwar yakin dapat sokongan, kata Khalid Samad

Anwar Ibrahim yakin beliau akan berjaya dalam rundingannya untuk mendapatkan sokongan bagi membolehkan beliau membentuk kerajaan dan mengembalikan semula mandat rakyat.

Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad, perkara ini diberitahu Anwar dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan baru-baru ini.
“Anwar memberitahu mesyuarat, beliau sudah hampir dapat kejayaan dalam rundingan itu. Oleh itu, jika nama beliau digugurkan sebagai calon PM, rundingan itu akan terjejas,” kata Khalid dalam temubual dengan Jom Chanel malam tadi.

Anwar dipercayai membuat permintaan ini berikutan cadangan baru dari Dr Mahathir Mohamad,  Shafie Apdal dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Kenyataan Khalid mengesahkan berita Malaysia Dateline sebelum ini yang melaporkan Anwar sedang membuat rundingan akhir bagi membentuk kerajaan menjelang sidang Parlimen yang bermula Isnin 13 Julai ini.

Dalam temubual itu juga Khalid menegaskan PH tidak pernah menggugurkan nama Anwar sebagai calon PM.
“Anwar tetap menjadi pilihan nombor satu kita. Pilihan kedua iaitu Dr Mahathir telah ditolak oleh Keadilan. Pilihan ketiga  Shafie Apdal, sebagaimana dicadangkan oleh  Dr Mahathir, kita sedang rundingkan.

“Jadi kita ada dua opsyen sekarang, pilihan satu Anwar atau Shafie,” kata Khalid.

Menurut beliau, Anwar dan Shafie telah diputuskan agar berunding bagi mempastikan kejayaan PH untuk mengembalikan semula mandat rakyat.

“Mana-mana pilihan samada Anwar PM dan Shafie timbalan atau Shafie PM, Anwar timbalan, kita harap kedua-dua mereka berunding,” kata Khalid memaklumkan tentang keputusan mesyuarat itu.

Dewan Rakyat akan bersidang 13 Julai ini dengan agenda utama adalah usul dari Perdana Menteri agar Speaker Dewan Rakyat,  Mohamad Ariff Md Yusof dan timbalannya Nga Kor Meng meletakkan jawatan.

Jika usul ini diundi, ia akan memberikan penentu samada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ada mempunyai sokongan majoriti atau tidak.
+

RAKYAT SOKONG

ANWAR IBRAHIM

JADI PIEM

KITA TUNGGU

APA JADI

SENIN INI

KEBENARAN

CAKAP KHALID

AKAN DIBUKTI

BOLEH

EJOY DE MENJOY

AMIN


INI SEN

8 ulasan:

Albert Khoo berkata...

Kegilaan jawatan PM dan keinginan memerintah Malaysia semula oleh parti-parti bangang ni amat bahaya kepada rakyat dan negara. Orang gila ni tak peduli berapa ramai rakyat kena jangkitan Covit19 atau ekonomi merosot asalkan cita-cita mereka tercapai. Jika mereka ini berjaya dalam misi memerintah negara, apa jaminan mereka ini ambil peduli kebajikan rakyat..fikir guna otak sendiri..jangan guna otak orang yang luput tarikh.

Awanama berkata...

Orang yang tak cukup telinga saja yang percaya...

"Nukilan - Aku Prihatin" berkata...

bro .. siapa yg gila ? all those pengkianat tu sebenarnya gila ! mandat rakyat mana yg dia ambil utk memerintah negara ?? if semua ahli politik behaved macam PN .. hancur negara in future !

Unknown berkata...

Kita kena bagi peluang kpd DSAI untuk beliau melaksanakan reformasi demi rakyat.selama ini tiada peluang untunya malahan dikhianati oleh atok and the gang.In Shaa Allah,semoga beliau Bernays melaksanakan spt.mana dlm manifesto pakatan harapan.

Marhaen berkata...

Sendiri buat taik. Mandat rakyat mana ye. PRU je. Rasanya kau pn dah tahu siapa yg akan dpt mandat rakyat

Zainulabidin berkata...

Skrg ni rakyat baru saja bernafas lega sikit biarlah rakyat tenang dulu bawah PN.

Aaicuu berkata...

Mandat rakyat pada ahli2 parlimen masing2... yg bentuk kerajaan semuanya terdiri dari ahli2 parlimen yg dipilih rakyat...

Unknown berkata...

Puak yg nk jadi krjn smula la gila..
Mula2 gila nk tumbang krjn dgn manipestol gila,
gila nk sumbat konon perasuah dlm penjara, smpi skrg kes xlekat2,
Gila bebaskan org yg trlibat kes rasuah dgn ayat "No Further Action",
Gila mencatur tukar PM wlu PM msh buat keje,
Gila letak jwtn PM,
Gila nk balik jwtn PM,
Gila nak jd krjn balik,
Gila nk pilih PM smula wlu bukan dlm krjn...
Klu mcmni punya gila nk perintah negara smula, hancur lebur berkecai negara..
Banyak punya gila la...