Jumaat, 3 Julai 2020

MAK DATIN JANDA BAIK







MEDIA MELAUSIA

TERUS AMAL

BUDAYA

LANCHAU 

Wanita bergelar Datin ditahan kes tipu pelaburan Bitcoin 

SEORANG ahli perniagaan wanita bergelar ‘Datin’ ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penipuan pelaburan Bitcoin membabitkan kerugian RM388,090 di Bukit Jambul, dekat George Town Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, ACP Mohd Rosni Mohd Lazim berkata wanita berumur 39 tahun itu ditahan selepas pihak polis menerima laporan berhubung urusan pelaburan terbabit oleh seorang lelaki yang menjadi mangsa kegiatan itu.

“Menurut lelaki itu, dia menyertai pelaburan Bitcoin selepas wanita berkenaan yang juga kenalannya menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak 30 peratus sebulan dan mangsa mula melabur sejak Jun 2016.

“Mangsa telah memindahkan wang sebanyak RM388,090 secara berperingkat ke akaun milik wanita itu, namun lelaki tersebut tidak mendapat keuntungan seperti yang dijanjikan dan membuat laporan polis,” katanya di George Town hari ini.

Beliau berkata kes disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu dan Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2003 kerana menerima deposit haram.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan sama ada terdapat individu lain yang turut menjadi mangsa wanita itu dan beliau turut meminta kerjasama orang yang pernah ditipu berhubung pelaburan tersebut agar tampil di balai polis. – Bernama, 3 Julai, 2020.

ADA 4027 ORANG

MAK DATIN

DI MALAYSIA

MAK DATIN

YANG MANA

TERLIBAT  DENGAN

KES JANDA BAIK

OPPS... SILAP

TERLIBAT  KES

TIPU  BITCOIN

KAH  KAH KAH

3 ulasan: