Selasa, 4 Ogos 2020

ANAK DARA SEKALI LAGI





BELOT JANGAN

TAK BELOT

Pegawai kanan Kementerian Pendidikan lindungi Jepak, kata saksi


PEGAWAI kanan daripada Kementerian Pendidikan melindungi Jepak Holding Sdn Bhd untuk mengubah kontrak projek solar hibrid RM1.25 bilion, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Saksi ke-16 kes rasuah Rosmah Mansor, Rayyan Radzwill Abdullah memberi keterangan bahawa, dua ketua setiausaha kementerian dan menteri pendidikan gagal mengambil tindakan walaupun mengetahui Jepak Holdings mengubah kontrak asal.

Rayyan berkata Jepak Holdings mengubah hampir tujuh klausa dalam kontrak berkenaan yang bertentangan dengan syarat kerajaan.

“Ini merupakan klausa yang digazet yang tidak boleh diubah tetapi Jepak Holdings melakukannya,” kata Rayyan ketika diperiksa balas oleh peguam bela Rosmah, Akberdin Abdul Kader.

“Perubahan ini boleh menyebabkan kerugian pada kerajaan.”

Beliau memberi keterangan dalam perbicaraan Rosmah yang didakwa meminta suapan RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima RM6.5 juta untuk projek hibrid solar bagi membekalkan elektrik ke 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak.

Rosmah didakwa menerima suapan daripada pengarah urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin menerusi pembantunya Rizal.

Akberdin kemudian bertanya Rayyan sama ada ketiga-tiga mereka - Madinah Mohamad yang merupakan ketua setiausaha sehingga 2 September, 2016, penggantinya Alias Ahmad yaang kini sudah bersara dan menteri pendidikan ketika itu Mahdzir Khalid - gagal menjalankan tanggungjawab mereka kerana gagal tidak melaporkan perkara itu. Saksi bersetuju.

Akberdin: Kesemua mereka gagal menjalankan tanggungjawab dan tiada integriti sebagai pegawai kerajaan kerana mereka berpakat dan melindungi Jepak?

Rayyan: Saya tidak boleh kata mereka berpakat, tetapi mereka melindungi Jepak.

Menurut saksi, beliau menghubungi ketiga-tiga mereka untuk melaporkan pindaan yang dibuat Jepak Holdings namun tiada tindakan diambil terhadap aduannya.

Rayyan berkata beliau sekali lagi menghubungi Madinah, yang dilantik sebagai ketua audit negara pada 2017 namun beliau hanya bertindak selepas Pakatan Harapan mendapat kuasa pada Mei, 2018.

Saksi berkata, beliau tidak boleg bertolak ansur dengan apa yang Jepak Holdings lakukan kerana ia melibatkan pelajar sekolah. Beliau kemudian membawa perkara itu kepada Biro Aduan Awam dan kemudian membuat laporan polis pada 5 April, 2018 di Putrajaya. – 4 Ogos, 2020.


KENA SEBULAN

BIK MAMA

NAIK TURUN

MAHKAMAH

BIK MAMA

AKAN JADI SLIM

KAH KAH KAH

JADI DARA

KEMBALI

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: