Isnin, 3 Ogos 2020

KENAPA BERITA INI BERNAMA KELUARKAN



INI CARA

BERNAMA NAK

BERITAHU ORANG

RAMAI BAHAWA

NAJIB TAKKAN 

LEPAS 

AMIN

7 RIBU RINGGIT

KENA 14 TAHUN

NAJIB BERBILION

PASTI AKAN

MASUK PENJARA

AMIN

KALAU BEBAS

HURU HARA

NEGARA

AMIN


Penjawat awam dipenjara 14 tahun, denda RM7,000 guna dokumen palsu

SEORANG penjawat  awam dikenakan hukuman penjara 14 tahun dan denda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen di Ipoh hari ini selepas mengaku bersalah atas 14 pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi membuat tuntutan pembayaran berjumlah RM75,438.90 pada 2014 dan 2015.

Bagaimanapun, pembantu akauntan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Roslan Al Sidek Sulaiman, 40, hanya menjalani hukuman penjara 12 bulan selepas Hakim S. Indra Nehru memerintahkan hukuman berkenaan berjalan serentak mulai hari ini.

Tertuduh yang berkhidmat di JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, berdepan dengan hukuman penjara tambahan 12 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh, yang memakai kurta hijau dan berkopiah itu, dihukum penjara 12 bulan dan denda RM5,000 bagi setiap 14 pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 468 kanun yang sama.

Akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Bagi kesemua pertuduhan itu, Roslan Al Sidek didakwa secara tidak jujur menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu pesanan penghantaran dan invois atas nama Musmar Enterprise, Aladin Emas Enterprise dan Mizie Auto Enterprise bagi tujuan tuntutan pembayaran pembelian petrol, diesel dan minyak pelincir.

Kesalahan itu dilakukan di jabatan itu di Ipoh antara September 2014 hingga Ogos 2015.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azmi Yusuf manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun, tertuduh dalam keadaan sebak, memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana masih menanggung isteri dan tiga anaknya berusia antara 11 hingga 19 tahun selain kedua-dua ibu bapanya masing-masing berumur 69 dan 73 tahun.

“Saya tiada pendapatan lain, tiada tanah dan tiada apa-apa yang boleh saya wariskan kepada keluarga. Saya telah sedar (atas kesalahan dilakukan) dan juga telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM,” katanya. – Bernama, 3 Ogos, 2020.
 

TAHNIAH

BERNAMA 

BIJAK PILIH

BERITA DAH

PADAI SEMIOTIK

AMIN

1 ulasan:

  1. perenggan ke 4 tu berita bernama perli parti pas ke? kahkahkahdetail sangat laporan berita tu, pakaian dia pun nak cerita jugak kahkahkah

    BalasPadam