Isnin, 3 Ogos 2020

SATU DEMI SATU LANUN DIDAKWA




BILA BOS KENA

SATU DEMI SATU

MACAI KENA

DAKWA

AMIN

Hafarizam didakwa semula, ubah wang haram RM15 juta

PENASIHAT undang-undang Umno, Mohd Hafarizam Harun mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan mengubah wang haram berjumlah RM15 juta selepas dihadapkan sekali lagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Tiga pertuduhan itu adalah pecahan daripada dua pertuduhan asal yang sepatutnya mula dibicarakan hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, tetapi ditarik balik atas permohonan pihak pendakwaan.

“Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata Hafarizam selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Pertuduhan pertama melibatkan sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bernilai RM7.5 juta daripada bekas perdana menteri Najib Razak, yang dimasukkan ke akaun bank milik firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak pada 17 April 2014.

Pertuduhan kedua melibatkan cek dari bank sama yang juga dikeluarkan oleh Najib bernilai RM4 juta. Cek itu dimasukkan ke akaun firma guaman yang sama pada 12 November 2014.

Dua pertuduhan ini sebelumnya disekalikan dalam satu pertuduhan, yang pada hari ini ditarik semula.

Pertuduhan ketiga pula melibatkan sekeping cek bernilai RM3.5 juta juta daripada Najib dan dimasukkan ke akaun firma guaman yang sama.

Semua kesalahan didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pertuduhan pertama dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA), yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Hafarizam didakwa mengikut Sekysen 4(1)(b) akta sama yang membawa hukuman penjara 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali jumlah wang terlibat.

Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM200,000 oleh seorang penjamin. Beliau juga mengarahkan Hafarizam menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 9 September.

Sebelum pendakwaan semula, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan Hafarizam tetapi tidak melepaskannya daripada dua pertuduhan mengubah wang haram.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu atas permintaan timbalan pendakwa raya Ishak Mohd Yusoff yang memaklumkan kepada mahkamah mengenai pertuduhan baharu.

Peguamnya Hasnal Rezua Merican kemudian menarik kembali permohonan supaya hakim menarik diri yang difailkan sebelum ini kerana isu berkenaan tidak lagi berbangkit dan telah menjadi akademik. – 3 Ogos, 2020.


JANGAN BAGI

PELUANG 

PENJAERAKAN

SEMUA BAGI

RAKYAT GUMBIRA

TENGOK ORNAG

JAHAT MASUK

PENJARA

AMEEEN

Tiada ulasan: