Sabtu, 24 Oktober 2020

TUAN HAJI DUA N TIBAI TUAN AJI SATU N

 

MENARIK MENARIK

KAH KAH KAH

TUAN HAJI DUA N

TIBAI TUAN AJI

SATU N

KAH KAH KAH 

MANA SATU 

PUTAR ALAM

KAH KAH KAH 



  

Annuar saran presiden PKR rujuk perlembagaan sebelum ulas isu darurat

                             

MENTERI Wilayah Persekutuan Tuan Haji Annuar Musa menasihatkan Ahli Parlimen Port Dickson Tuan Haji Anwar Ibrahim, merujuk kepada perlembagaan Persekutuan sebelum mengeluarkan kenyataan berkaitan spekulasi yang tersebar tentang kerajaan bakal mengisytiharkan darurat semalam.

Tuan Haji Annuar yang juga setiausaha agung Barisan Nasional (BN) berkata presiden PKR itu perlu membaca perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 150, yang menerangkan pelbagai jenis darurat.

“Apabila perkara yang menyentuh soal keselamatan negara, ekonomi dan sebagainya disenaraikan, maka pentaksirannya kena rujuk pada pakar undang-undang. Adakah pandemik Covid-19 ini tidak boleh masuk dalam kategori darurat dan keselamatan?

“32 buah negara seluruh dunia sudah pun isytiharkan darurat, Malaysia masih belum lagi kerana kita rasa masih boleh urus negara… itu pun saya tak kata kerajaan akan isytihar darurat,” katanya kepada pemberita.

Beliau mengulas kenyataan Tuan Haji Anwar semalam yang dilaporkan berkata pengisytiharan darurat hanya dilakukan apabila terdapat unsur ancaman pada keselamatan negara, dan sekiranya kerajaan yang menjadi punca pada ancaman keselamatan, maka langkah darurat adalah langkah ke belakang yang akan memungkin kediktatoran.

Tuan Haji Annuar berkata kerajaan belum memutuskan sebarang keputusan berhubung pengisytiharan darurat di negara ini, dan ia perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebelum dilaksanakan.

“Apabila sebut soal darurat, orang awam bayangkan ‘curfew’, darurat masa 13 Mei tetapi kita terlupa waktu banjir di Manik Urai, Kelantan satu waktu dahulu, kenapa kerajaan tak isytihar darurat? Itu namanya darurat banjir dan darurat ada berbagai jenis darurat.

“Apa pun kita tunggulah…kerajaan belum  membuat sebarang keputusan, kerana segalanya mesti mengikut  jalur perundangan. Kalau kerajaan belum buat sebarang keputusan tapi kita dah jatuhkan hukum kata kerajaan nak jadi diktator, itu saya fikir tidak adil,” katanya.

Bagaimanapun Tuan Haji Annuar berkata sekiranya kerajaan membuat keputusan mengisytiharkan darurat, pasti mempunyai penjelasan teliti mengenainya seperti spesifikasi (jenis) darurat, serta siapa yang memerintah negara semasa pelaksanaan darurat tersebut.

“Saya lihat analisa (kenyataan) Tuan Haji Anwar adalah analisa ‘layman’. Dia kata tiada apa-apa perkara yang mengganggu ketenteraman awam.

“Sepatutnya jangan hukum sebelum benda berlaku.. dia sendiri ramal dan dia sendiri jatuh hukum itu tidak baik. Saya fikir itu adalah tindakan tidak beretika. Lagi pun Tuan Haji Anwar kena terima hakikat bahawa dia turut terlibat, sehingga menyebabkan timbul keadaan gawat sekarang ini,” katanya.


WOIT

BUKAN ANALISA

LAYMAN

ANALISA POMEN

BAIKI LABU

KAH KAH KAH

DULU RUNTUHKAN

PAKATAN HARAPAN

SEKARANG 

NAK TUBUH 

KERAJAAN BANDUAN

KAH KAH KAH 





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang presiden PKR tak cerdik. Dia tak paham apa dia "darurat". Dia salah faham ... ingat "dara-urut" atau "dada-urut"

Tanpa Nama berkata...

YAng kakai putar tentu ler Tuan Hj Wilayah Kayangan..kakakakakak