Ahad, 29 November 2020

ANWAR NAFI AKAN LETAK JAWATAN

 



PEMIMPIN ISLAM

DIFITNAH LAGI

AMIN

PROJEK JAHAT

SIAPA FITNAH

PEMIMPIN ISLAM?

AMIN




Anwar nafi akan letak jawatan pengerusi PH jika gagal dapat sokongan majoriti

PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim menolak laporan yang mendakwa beliau akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi Majlis Pakatan Harapan sekiranya gagal mendapatkan sokongan majoriti di Parlimen.

Menurutnya laporan yang memetik beberapa ahli Parlimen mendakwa beliau akan letak jawatan itu hanya menimbulkan kekeliruan.

“Tindakan tidak bertangungjawab ini jelas dibuat bagi mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak,” kata pejabat Anwar dalam reaksi kepada Astro Awani.

Malaysiakini hari ini yang memetik empat ahli Parlimen melaporkan ketua pembangkang berjanji akan meletakkan jawatan sekiranya gagal membuktikan dia memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Anwar kononnya membuat janji itu pada pertemuan dengan ahli Parlimen PH pada Khamis.

Pertemuan itu diadakan selepas presiden PKR itu cuba menghalang pembangkang daripada menyokong undian belah bahagi.

Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar menerusi undian suara selepas pembangkang gagal mendapatkan sokongan 15 ahli Parlimen untuk undi belah bahagi  sehingga menyebabkan Belanjawan 2021 diluluskan dengan mudah.

Anwar mengakui beliau mengarahkan ahli Parlimen untuk duduk dan tidak berdiri dalam usaha untuk mencetuskan undi belah bahagi.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata Belanjawan 2021 masih akan dibahaskan pada peringkat jawatankuasa Isnin ini dan masih ada masa untuk tidak menyokongnya pada undian kali ketiga. – 28 November, 2020.

INI SATU

KONSPIRASI 

EMPAT YB

MAHU GAGALKAN

ANWAR IBRAHIM

JADI MENJADI

CALON TETAP

PM MALAYSIA

AMIN

MENGGANTIKAN

TENGKU RAZALI

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: