Rabu, 5 Februari 2020

APA EZAM TAHU









SEMUA NAK TAHU

APA EZAM TAHU

JULUR PISANG





JULUR PISANG
TT yang selalu julor pisang ni siapa? Yang selalu masuk pintu belakang ni siapa? Kalau menyokong orang yang selalu masuk pintu belakang ni kira bersubahat kan? Agak agaklah mati tu ikut tua atau muuda ke? Kalau umur dah 70 tahun tu lambat mati ke? 
on 
BETUL KE?
Publish | Delete | Spam
hamim
at 17:19

De




--------

AMBO RASO PELIK





AMBO RASO

PELIK 

PASAI APA
BERATIP MAKIN SENYAP
MINGGU NI AMBO
TAK DENGAR APO APO

GAPO DIO
MAKNO REALINGMENT
AMBO SOH SEH SOH SEH
AMBO TAK RETI
KAH KAH KAH




---------

TUNGGU DAN LIHAT







TUNGGU DAN LIHAT
Ini orang sangat kelakar. 
Hari-hari meratip mau Abam jadi PM. 
Siap doakan Madey mati. 
Tengok-tengok nanti dia yang gol dulu, apa macam? 
on 
BETUL KE?
Publish | Delete | Spam
dr chenor
at 18:16

T


------

PENSEJAJARN BARU




PENSEJAJARAN

BARU

MUSTAHIL TIDAK

FAHAM

Cadangan kerjasama dengan Bersatu dibincang Jumaat ini, kata MT Umno

CADANGAN kerjasama politik antara Umno dan Bersatu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno Jumaat ini, kata Armand Azha Abu Hanifah.

Armand juga berkata, selaku pemimpin parti, beliau akan menghormati suara akar umbi dalam isu berkenaan.

“Kita belum ada sebarang keputusan lagi. 7 (Februari) ini baru hendak bincang. Jadi bersabarlah,” katanya yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

“Saya konsisten dengan pendirian saya iaitu PRU15 serahkan mandat kepada rakyat untuk memilih. Ini akan saya nyatakan dalam mesyuarat MT Jumaat ini.

“Tetapi sebagai pemimpin sebuah parti, keputusan sebuah mesyuarat adalah keputusan bersama, bukan individu,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Rancangan kerjasama Umno dengan Dr Mahathir Mohamad itu didedahkan seorang lagi Ahli MT Umno Lokman Noor Adam semalam.

Beliau antara lain menggelarkan Zahid sebagai pengkhianat dan tiada jati diri kerana mahu Umno bekerjasama dengan Dr Mahathir.

Dakwanya, rancangan itu dinyatakan Zahid dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional Umno dipengerusikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Tajuddin Abd Rahman.

Menurut Lokman, Zahid dalam mesyuarat itu antara lain menyebut Umno perlu turut bekerjasama dengan Dr Mahathir kerana PAS juga berhasrat berbuat demikian.

Ia dipercayai berkaitan dengan pendirian PAS yang menyatakan ikrar untuk menyokong Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga habis penggal.

Umno bagaimanapun tidak menyatakan sebarang pendirian berhubung sokongan tersebut pada waktu itu.

Namun kini, menurut Lokman, Zahid menyatakan Umno tidak dapat menyelesaikan “masalah” dihadapi bekas presiden Najib Razak jika tidak menjalankan kerjasama dengan Dr Mahathir.

“Masalah” itu dipercayai merujuk kepada tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram yang dihadapi perdana menteri keenam itu.

Lokman mendakwa, kerjasama itu hanya untuk membolehkan Zahid, yang turut menghadapi 87 tuduhan di mahkamah menyelamatkan dirinya dengan mendapatkan hukuman lebih ringan.

Selain itu Lokman juga mendakwa Zahid menyatakan rancangan kerjasama itu juga mengambil kira bahawa Dr Mahathir berkuasa untuk mengharamkan Umno.

Dakwanya, beliau mempunyai bukti Zahid menyatakan demikian dalam mesyuarat itu dalam bentuk rakaman audio.

Umno dan PAS menjalin kerjasama rasmi melalui Muafakat Politik pada 14 September tahun lalu, yang pada asasnya bertujuan mengelakkan pertembungan sesama sendiri dalam PRU15.

Umno juga berkali-kali menegaskan tidak akan mengadakan kersekongkol dengan parti yang bekerjasama dengan DAP.

Ia ditegaskan sekali lagi oleh Ketua Penerangan Umno Shamsul Anuar Nasarah yang menyelar Lokman kerana mendedahkan rahsia parti itu semalam.

Katanya tindakan Lokman itu tidak wajar kerana rancangan seperti yang didakwa disebut oleh Zahid itu hanya rancangan awal. – 4 Februari, 2020.


BETUL KE

TANPA DAP

TANPA AMANAH

ATAU HANYA

TANPA PISANG

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



-----------

THIS IS CRICKET




THIS IS

CRICKET


Dr M pemimpin sebenar dunia Islam, kata PM Pakistan


PERDANA Menteri Pakistan, Imran Khan hari ini menyuarakan kekagumannya terhadap rakan sejawatannya dari Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, yang dianggapnya sebagai seorang pemimpin yang sebenar.

Imran Khan berkata Dr Mahathir adalah contoh seorang pemimpin yang berpendirian teguh, terutama untuk kebaikan Islam dan umat Islam.

“Sesungguhnya ada perbezaan di antara seseorang yang menjawat jawatan dan seorang pemimpin. Pemimpin sentiasa mempunyai sistem kepercayaan dan ideologi.

“Seorang pemimpin sentiasa mempunyai pendirian yang teguh, dan itu sebabnya kita amat menyayangi dan menghormati Perdana Menteri Dr Mahathir,” katanya, merujuk yang kepada kelantangan Dr Mahathir bersuara mengenai India.

Imran Khan, yang menyampaikan ceramah bertajuk ‘Visi untuk Keamanan dan Keselamatan Serantau’ di Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) di Kuala Lumpur hari ini, berkata demikian ketika ditanya oleh seorang hadirin mengenai langkah India menghentikan pembelian minyak sawit Malaysia, berikutan kritikan Dr Mahathir berhubung tindakan India di Kashmir dan undang-undang kerakyatannya yang baharu.

Bekas bintang kriket itu berkata Dr Mahathir juga dilihat sebagai suri teladan dan negarawan di dalam dunia Islam yang mengubah nasib ramai.

“Kita telah melihat bagaimana Malaysia menjalani pembaharuan dan membangun di bawah kepimpinan Dr Mahathir. Tetapi apa yang saya suka mengenai Malaysia ialah ia mempunyai masyarakat yang sangat beradab dan bertamadun.

“Saya dapati terdapat keharmonian antara agama dan kumpulan etnik di sini, yang saya fikir adalah ciri-ciri masyarakat bertamadun.

“Di era kegemilangan Islam dahulu, orang ramai dengan pelbagai agama hidup aman bersama. Terdapat toleransi dan penerimaan ...dan anda melihat di Malaysia orang ramai hidup dalam suasana harmoni, dan pada pendapat saya ia benar-benar sesuatu yang perlu dikagumi,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Imran Khan berkata 1.3 bilion umat Islam di dunia perlu menyuarakan pandangan mereka mengenai isu Kashmir, terutamanya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

“Pada pandangan saya, keadaan boleh menjadi lebih parah, jika anda tinjau sejarah, apabila ada orang yang mencetuskan api nasionalisme melampau dan menghalakan kebencian kepada komuniti lain, ia biasanya akan membawa kepada pertumpahan darah,” katanya.

Perdana Menteri itu juga berkata Pakistan sentiasa bersedia untuk berdamai dengan sebuah negara India yang percaya kepada kemakmuran dan pembasmian kemiskinan di rantau berkenaan.

Beliau berkata antara perkara pertama yang dilakukannya selepas menjadi Perdana Menteri adalah menghubungi rakan sejawatannya dari India.

“Sebilangan besar penduduk miskin tinggal di kawasan tertentu India dan cara terbaik kita dapat mengurangkan kemiskinan di kawasan itu adalah jika kedua-dua negara memulakan hubungan yang baik.

“Tahap ketegangan ketika ini semakin berkurangan, dan sekiranya kita mengurangkan perbelanjaan untuk sektor pertahanan, suasana akan jadi lebih makmur,” katanya, namun menyatakan bahawa Pakistan terus ditolak oleh negara jirannya itu.

Dalam sesi ceramah itu juga Imran Khan turut mengetengahkan visinya mengenai Pakistan, yang menurutnya diilhamkan dari kejayaan Nabi Muhammad SAW membangunkan Madinah sebagai negara Islam pertama dengan kebajikan rakyat dan kedaulatan undang-undang sebagai prinsip utama.

Beliau berkata Pakistan telah memulakan usaha menjadi negara kebajikan, di mana buat pertama kali dalam sejarah negara, insurans kesihatan diberikan kepada segmen masyarakat yang paling lemah, yang memberi manfaat kepada enam juta keluarga.

Perdana Menteri itu turut berkata universiti-universiti di dunia Islam perlu melakukan penyelidikan terperinci mengenai kota Madinah sebagai resipi untuk membina sebuah negara yang berjaya. – Bernama, 4 Februari, 2020.


LU CARILAH

APA MAKNA

THIS IS CRICKET

ATAU

THIS IS NOT 

CRICKET
---------

WANITA BESI BERCUTI KEMANA?



JENG JENG JENG

WANITA BESI

BERCUTI NAK GI

KE MANA?

JENG JENG JENG 

Zuraida bercuti daripada semua jawatan PKR 


NAIB Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mengambil cuti daripada semua jawatan parti itu sehingga proses siasatan tatatertib terhadapnya selesai.

Setiausaha politiknya, Nor Hizwan Ahmad mengumumkan perkara tersebut hari ini, lapor Malay Mail Online.

Nor Hizwan berkata, Zuraida yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan, telah menghantar surat kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim pada hari Isnin.



TUNGGU LIHAT

APA JADI

DENGAN PISANG

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH





-------

TERKINI TER NOWW TERBARU






AWAS

TERKINI

TERT NOWW

TERBARU


Lebih banyak bandar ditutup di China


JUTAAN penduduk diarah untuk tidak keluar dari kediaman masing-masing ketika pihak berkuasa China cuba mengekang penularan wabak koronavirus yang meragut hampir 500 nyawa setakat ini.

Lebih 24,000 kes dicatatkan di China, sekaligus menambahkan lagi jumlah bandar yang ditutup sejak beberapa hari lalu.

Kebimbangan di peringkat global semakin memuncak yang mana lebih banyak negara merekodkan kes yang bukan dari China.

Terbaharu, 10 penumpang kapal persiaran yang dikuarantin di Jepun, disahkan positif koronavirus.

Sejak minggu lalu, kira-kira 56 juta penduduk di Hubei terkesan dengan sekatan dikenakan yang mana Wuhan yang terletak di wilayah berkenaan kini diisytiharkan darurat.

Di Hangzhou, jalan raya berhampiran syarikat teknologi gergasi China Alibaba disekat dengan jet pejuag dilihat berlegar di atasnya.

Alibaba yang merupakan antara syarikat paling berharga di dunia kini ditutup, manakala penghantar barang dilihat keluar masuk dari kawasan perumahan berdekatan untuk menghantar barangan keperluan harian penduduk.

Syarikat berkenaan terletak di salah satu daerah yang mana pihak berkuasa hanya membenarkan seorang satu keluarga keluar bagi membeli barangan keperluan rumah setiap dua hari.

“Tolong jangan keluar, jangan keluar, jangan keluar!” bunyi amaran menerusi pembesar suara yang turut menggesa penduduk sentiasa memakai topeng muka, mencuci tangan dengan kerap dan melaporkan sekiranya terdapat penduduk dari Hubei.

Sekurang-kurangnya tiga lagi bandar di timur wilayah Zhejiang – Taizhou, Wenzhou dan sebahagian daripada bandar Ningbo – dikenakan sekatan yang sama, sekaligus menjejaskan 18 juta penduduknya.

Sebuah daerah di bandar Zhumadian di wilayah Henan yang bersempadan dengan Hubei hanya membenarkan seorang dari sebuah keluarga keluar dari kediaman mereka untuk membeli barangan keperluan setiap lima hari.

Penduduk turut ditawarkan ganjaran untuk memberi maklumat berhubung mereka yang berasal dari Hubei.

Wabak berkenaan dipercayai mula menular pada Disember lalu di pasar Wuhan yang menjual pelbagai haiwan eksotik.

Angka kematian meningkat sehingga 490 orang di China yang mana si Hubei sahaja sebanyak 65 kematian direkodkan.

Kebanyakan kematian telah berlaku di wilayah itu dan menurut pegawai kerajaan China kadar kematian, sekitar 2%, adalah di bawah angka kematian Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk.

Wabak koronavirus merupakan keluarga patogen yang sama dengan penyebab SARS, yang meragut ira-kira 800 nyawa pada 2002-2003.

Ia turut menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat kesihatan global, beberapa kerajaan mengenakan sekatan perjalanan dan syarikat penerbangan menggantung perkhidmatan ke, dan dari China.

Syarikat penerbangan United Airlines dan American Airlines turut menyenaraikan Hong Kong dalam penggantungan penerbangan.

Hari ini, Jepun mengesahkan sekurang-kurangnya 10 penumpang di kapal persiaran yang membawa 3,711 orang, positif virus berkenaan.

Pihak berkuasa Jepun menjalankan ujian terhadap penumpang terbabit selepas seorang penumpang yang meninggalkan Hong Kong disahkan postif virus itu.

Setiausaha Kementerian Luar Britain Dominic Raab menasihatkan warganya untuk keluar dari China “sekiranya mampu berbuat demikian” bagi mengurangkan risiko terdedah dengan wabak berkenaan.

Namun menurut WHO, langkah dramatik yang diambil oleh China memberi kemungkinan menghentikan penyebaran wabak itu.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata majoriti kes berkenaan adalah di China.

“Itu tidak bermakna ia akan menjadi lebih teruk. Namun yang pasti kita mempunyai peluang untuk bertindak,” katanya.

Semalam, Singapura, Malaysia dan Thailand melaporkan kes jangkitan terbaharu yang bukan dari China.

Dua kematian direkodkan di luar tanah besar China iaitu di Hong Kong dan Filipina.

Hong Kong hanya membuka dua laluan ke tanah besar China dan menutup semua laluan lain. – AFP, 5 Februari, 2020.


KITA SAMA2

BERJAGA JAGA

-----------

PRESSTITUTE






PRESSTITUTE
Wan Noor Hayati Wan Alias disiasat 
kerana menyebarkan maklumat 
kononnya ada 1,000 warga China tiba di Pulau Pinang. – 
Gambar Facebook, 5 Februari, 2020.

Wartawan penerima Kajai didakwa sebar maklumat gempar virus Wuhan

WARTAWAN penerima Hadiah Kajai 2014 Wan Noor Hayati Wan Alias didakwa di mahkamah atas tiga tuduhan kerana didakwa membuat kenyataan berhubung wabak koronavirus baharu (2019-nCoV) yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Hadiah Kajai adalah anugerah tertinggi dalam kewartawanan Malaysia yang diberikan oleh Malaysian Press Institut atau sebelum ini dikenali sebagai Institut Akhbar Malaysia.

Wan Noor Hayati, 40, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Tawfiq Affandy Chin.

Bekas wartawan Berita Harian (BH) itu didakwa membuat kenyataan tersebut secara berasingan melalui Facebook atas nama “Ibu Yati”, yang dibaca pada 10 malam 26 Januari lalu di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.


NAMPAK

HADIAH KAJAI

TAKADA NILAI

KAH KAH KAH

ATAU

TARIK BALIK

HADIAH INI

KAH KAH KAH
--------

NAJIB PEMIMPIN ISLAM JUJUR




NAJIB PEMIMPIN

ISLAM YG JUJUR
Najib sendiri memang tak pernah minta. Barua2 bangang dia dia yang mintakkan. Bila dia dapat duit Rm2.6B die belasah jolly katak sampai tak ingat dunia. Eh silap..sampai tak ingat akhirat.Bagi pada Mama Bear, Baby bear dan ramai lagi monyet,kera ,anjing , kucing tikus semua dapat merasa dedak. 
on 
YA AMPOON 
PEMIMPIN ISLAM 
DIFITNAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 05/02/20

D


---------

SUDAH SAMPAI








AWAS

2 individu pulang dari Wuhan positif koronavirus

DUA rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, China didapati positif ujian 2019 novel koronavirus, kata Dr Dzulkefly Ahmad.

Menteri kesihatan berkata lelaki berusia 45 tahun dan anaknya yang berusia sembilan tahun kini berada di wad pengasingan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

“Kedua-duanya sedang dirawat dan dilaporkan stabil,” kata Dzulkefly hari ini.

Beliau berkata dengan dua kes itu, kini terdapat 12 kes koronavirus disahkan di Malaysia



UDAH

SAMPAI


------

BETUL KE?






BETUL KE?
Kalau cukup nombor, 
Dah lama atok buat kerajaan pintu belakang. Masalah atok nak buat pintu belakang, Masih ramai yang dalam MP UMNO confident fight direct dengan atok PRU 15 nanti. Lagipun atok dah nak mati. 
on 
SOKONG MADEY 
ATAU SOKONG PISANG
Publish | Delete | Spam
azam
at 16:43

N



-----------

POLITIK KITA






POLITIK KITA
Jika semua sokong madey,
 sape selamat? Siapa untung? 
Ini politik Malaysia. 
Masih tak fhm ka? on 
APA MAKNA 
BERITA INI?
Publish | Delete | Spam
zaiakmal
on 04/02/20

Tul
----------

TAK SOKONG





TAK SOKONG
Kalau aku...
dua-dua aku tak sokong!!! 
on 
APA MAKNA
 BERITA INI?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 04/02/20

Jika




----------

SOKONG MADEY ATAU SOKONG PISANG




SOKONG MADEY 

ATAU SOKONG

PISANG

Umno nak bertunang ngan Pas, Bersatu tak nak tunang2, terus ajak Pas kahwin. Melepas Umno. Pasal sokong Madey atau sokong Abam, lazimnya dlm politik melayu Msia org akan sokong sape yg berkuasa, tak kira baik atau tak baik sebab lebih mudah takyah pikir2 lecehlah nak tukar. 
Masa pilihanraya umum okey kalu nak tukar sebab masa tu takde sape yg berkuasa. Boleh pilih sape kamu suka. Ini minda umum. 
on 
APA MAKNA
 BERITA INI?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 04/02/20

Ma



----------

APA DIA MARUAH BANI MELAYU






APA  DIA MARUAH
  BANI MELAYU

Minggu lau saya telah menunjukkan bahawa menutup sekolah China bukan tanda Bani Melayu bermaruah.    Menuntut Dong Zong diharamkan juga bukan tanda Bani Melayu  bermaruah. Memberi ancaman dan kata kata kesat kepada   Bani Pendatang  bukan tanda Melayu bermaruah. Jadi apakah dia maruah Bani Melayu? Bagaimana rupa bentuk Melayu yang bermaruah.

Maruah ialah harga diri. Maruah ialah etika  budi bahasa kita. Budi dan kesopanan wujudiah kita  sebagai  Bani Melayu sekali gus  sebagai umat manusia.  Maruah ialah kehormatan kita. Maruah ialah  rasa hati dan jati diri kita sebagai Bani Melayu. Maruah ialah nama baik kita.  Maruah ialah nilai yang dipegang dan dihayati. Maruah ialah pedoman dan kompas nilai. Maruah ialah keupayaan fikrah. Maruah ialah keintelektualan dan keilmuan.

Bani Melayu ialah penduduk asal Tanah Melayu. Bani Melayu juga adalah penduduk asal Alam Melayu yang juga dipanggil Nusantara.  Bani India dan Bani China adalah  Bani Pendatang. Ini fakta. Bukan lebong penglibur lara.

Hishamuddin Rais menulis fakta ini bukan kerana  Hishamuddin Rais  berasal dari   Bani Sakai suku Biduanda.  Menyatakan Bani India dan Bani China   Bani Pendatang  bukan satu yang  tidak betul. Ini bukan penghinaan.  Bukan mengungkit. Ini fakta  tepat dan ilmiah.  Saperti fakta matahari mucul dari Timor Timur dan terbenam di Bharat.

Bani China  berasal dari Tanah Besar China. Bani India  berasal dari Bharat.   Bahasa dan budaya yang ada dalam diri mereka  tidak berasal usul dari bumi dan Alam Melayu.

Jangan silap faham.  Ini tidak pula  bermakna Bani India dan Bani China – Bani Pendatang -  ini bertahap rendah dari Bani Melayu bani asal. Tidak.  Tujuan saya   merungai asal usul ini agar kita sesama tahu dari mana kita datang. Bila  kita tahu dari mana kita datang , dari mana asal usul kita maka kita tahu kemana arah kita tuju.

Saya timbulkan pekara asal usul  untuk melawan lupa. Untuk mengingat sesiapa yang terlupa. Untuk menyedarkan sesiapa yang lalai dan tidak sedar.

Lupa dan tak sedarkan diri ini juga satu masalah besar yang sedang melanda Tanah Melayu.  Justeru mengenal asal usul  sesama kita  adalah sikap bermaruah. Menyedarkan diri  mereka  yang lupa juga adalah sebahagian dari  tugas suci lagi bermaruah.

Justeru  dari sinilah saya memperluas dan memanjangkan  persoalan apa dia maruah Bani Melayu.

Pertama-tama pada hemat saya  Bani Melayu – bani asal ini memiliki tanggung jawab yang lebih berat berbanding dengan  bani pendatang.  Besar tanggung jawab ini kerana penduduk asal wajib menujukkan  akal budi   yang  cemerlang. Budi bahasa yang boleh ditauladani. Sebagai tuan rumah Bani Melayu wajib menunjukkan contoh dan memberi  tauladan.  

Jika bani asal  tidak bermaruah maka  bani pendatang  akan menjadi  seribu kali kurang ajar sejuta kali kurang sopan.  Ini sedang kita saksikan berlaku dihadapan  mata kepala kita semua.

Dalam tulisan ini   saya  tidak akan menimbulkan sikap kurang ajar  Ngo Pendatang atau  kumpulan politik bani pendatang. Untuk saya kritikan  wajib saya tujukan kepada Bani Melayu bani asal. Bani Tuan Rumah.

Tidak ada guna Bani Melayu memaksa  Bani Pendatang berkelakuan  sopan  walhal diri sendiri pemilik asal bumi ini tidak memiliki perangai dan maruah yang sempurna.  Ini perbuatan yang tidak masuk akal. Jika ini berlaku maka ini adalah contoh Bani Melayu yang tidak bermaruah.

Ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan lurus akhirya akan tergadai di Pasar Chow Kit. Jika Cik Gu kencing berdiri maka saya yakin anak murid  ini akan berani mengencingkan  cik gu. Jika tuan rumah tidak menjaga rumahnya sendiri maka akhirnya rumah itu akan tergadai. Ini sedang kita saksikan berlaku dihadapan mata kita.  Forest City, Pantai Dalam, Tanjung, Kampong Abdullah  Hukum adalah contoh. terkini. Amin.

Bani Melayu  yang bermaruah tidak perlu memaksa apa-apa keatas Bani Pendatang.  Paksaan tidak membawa jawapan yang molek. Tidak memunculkan silatul rahim. Pegharaman tidak akan menghasil apa yang dirancang.  

Sekali lagi saya nyatakan bahawa Bani Melayu boleh menjadi bani yang bermaruah  tanpa menutup sekolah China atau mengharamkan Dong Zong. Khalas.

Betul ke? Apa lagi  caranya untuk menjadi Bani Melayu yang bermaruah ?

Bani Melayu bani asal bumi ini  tidak ada pilihan melainkan mempertahankan Tanah Melayu. Bani Melayu tidak ada Bharat dan tidak ada Tanah Besar.  Bani Melayu terikat dengan  Tanah Melayu yang kita panggil tanah  air. Dua sumber kehidupan  - tanah dan air - ini menjadi kosep watak psikik Bani Melayu.

Tanah dan air ini dalam psikik budaya adalah  tanah tempat tumpah darah. Dibumi ini uri, tali pusat dan tembuni mereka ditanamkam.  Justeru tanah dimana iaya  dilahirkan dengan darah ibunya: menjadi konsep  tanah tumpah darah.  Konsep dan psikik Melayu yang ini amat jarang  dianalisa. Tetapi inilah kunci wujudiah Bani Melayu.

Justeru  nama asal bumi ini di panggil Tanah Melayu dan bukan Malaysia. Tanah tumpah darah – dimana tembuni dan uri ditanamkan - adalah  konsep tepat  turun temurun ajaran Datuk Nenek Moyang.  Ajaran ini telah wujud sebelum Bani China dan Bani India datang menumpang. Sebelum wujudnya Dong Zong.

Datuk Nenek Moyang juga mengajar kita bagaimana jika hujan emas  dan hujan perak di negeri orang  kita  masih  memilih negeri sendiri . Walau pun negeri sendiri dihujani oleh lembing dan panah.   Justeru Bani Melayu  kurang senang  dan kurang selesa untuk menjadi  kaum pendatang mencari kehidupan di negara asing. Atau bersedia untuk berpindah ke Negara Atas Angin.

Betapa hodoh betapa susah betapa gersang betapa kering kuntang  tanah sawah Bani Melayu akan terus bertahan di tanah tumpah darahnya. Hujan lembing dan hujan besi akan dihadapinya.

Melayu akan terus bertahan di Tanah Melayu. Ini tanda Bani Melayu yang bermaruah.

Ini amat berlainan dari budaya  Bani Pendatang. Mereka berhijrah untuk  memperbaiki kehidupan. Kelaparan dan kebuluran  pernah terjadi dinegara asal maka  Tanah Melayu menjadi  bumi  penyambung nyawa. Saygia diingati  jika di Tanah Melayu iklim dan cuaca tidak menjanjikan maka mereka dengan senang  hati Bani Pendatag akan berpindah ke Australia misalnya.  Ini sedag kita saksikan.

Malah paspot Tanah Melayu – salah satu paspot yang amat  amat bernilai  dalam dunia hari ini  hanya dijadikan  batu loncatan.  Malah ramai pendatang baru ini  singgah di Tanah Melayu hanya menunggu  peluang untuk mendapat paspot  Tanah Melayu sebelum berpindah ke negar atas angin. Khalas.

Bani Melayu yang bermaruah tidak akan membenarkan pendatang baru dengan senang menjadi warga negara Tanah Melayu. Jauh sekali dirasuah untuk  menjual paspot dan kerakyataan. Mustahil jika kamu pendatang haram di Kota London atau di New York  kamu boleh menjadi warga British  atau Amerika dengan senang. Atau dengan menggunakan jalan rasuah.

Ketika saya menulis ini ada satu manifestasi   sebagai satu  contoh terbaik  untuk memahami maruah Bani Melayu. Contoh ini  bersangkutan dengan sosok yang dipanggil Najib.  Si Najib ini telah jatuh dari tampok kuasa dalam PRU14.  Kini bekas  Perdana Menteri sedang berhadapan dengan  pelbagai tuduhan. Dari menyalah guna kuasa kepada rasuah. Dari rasuah  kepada menjual negara kepada negara  asing.

Dalam  masa terdekat Si Najib ini akan dituduh terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Satu Malaysia  sedang menunggu-nunggu pengumuan dari Peguam Negara bersangkutan dengan Akuan Bersumpah Azilah  yang mucul pada 15 Disember 2019 tahun lalu.

Azilah sedang menjalani hukum mati kerana terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.  Dalam Akuan Bersumpah ini Azilah secara jelas dan tuntas telah mensabitkan Najib. Mengikit Akuan Bersumpah Azilah Si Najib yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu telah memberi arahan untuk ‘menjimatkan’ Altantuya yang dituduh sebagai ajen asing.

Azilah seorang pegawai polis dengan seoarang lagi anggota polis bernama Sirul telah meledakan Altantuya. Meledakan ini dilakuan agar tidak ada tanda-tanda  DNA kerana menurut Azilah  model cun dari Mogolia ini sedang hamil berbadan dua. Entah membawa anak Razk atau membawa cucu Razak.

Tapi  bukan kes Altantya yang ingin saya  mahu saya Panjang lebarkan. Apa yang hendak saya timbulkan ialah  maruah Bani Melayu.  Sikap  ahli parti United Malaya National Organisation  – parti ketuanan Melayu – yang terus  menyokong  Najib yang mereka panggil sebagai Bossku.

Sikap menyokong Najib ini jelas memperlihatkan bahawa ada satu kumpulan Bani Melayu yang tidak bermaruah. Bani Melayu yang tidak memiliki nilai salah benar. Bani Melayu yang kompas  salah betul telah pencong.  Mata budaya Bani Melayu jenis ini telah rabun dan kabur.

Kumpulan Bani Melayu jenis inilah yang tidak memberi nilai contoh kepada Bani Pendatang. Tanpa contoh yang baik maka Bani Padatang tidak menghormati Bani Melayu. Malah terbukti bagaimana  dari kes mahkamah kita diberitahu bagaimana Jho Low seorang lelaki Bani China telah menipu Najib seorang pemimpin Islam dari Bani Melayu.  Tidak cukup dengan penghinaan  dari Jho Low kita  berhadapan dengan  kumpulan Bani Melayu yang masih menyokong Najib.

Kalau Bani Pendatang menyokong Najib amat  senang  difahami. Kerana selama 6o tahun yang berlalu Bani China telah kaya raya menjarah harta kekayan tanah Melayu dengan menyokong  United Malays National Organisation.. Bani Melayu  dan kumpulan Bani Melayu jenis ini saya takrifkan sebagai Bani Melayu tidak bermaruah. Bani Malayu jenis ini jugalah yang mahu menutup sekolah China dan mahu Dong Zong diharamkan.

Bani Melayu tidak bermaruh ini juga yang sering mengapi-apikan sikap kebencian terhadap Bani Pendatang. Bagaimana pula dengan sikap dan jawapan Bani Pendatang? Tunggu minggu hadapan. (TT)


  








--------

MARI TEKA






ADAKAH 

TOKAN INI

WARGA 

GERMAN JEPUN

ITALI ATAU RUSIA

KAH KAH KAH

ADAKAH DIA

DATUK

DATUK SERI

ATAU TAN SERI

KAH KAH KAH


PDRM sita beberapa lagi harta ‘kingpin’ dadah di Klang



SEPANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyita beberapa lagi harta milik seorang lelaki warga tempatan disyaki ‘kingpin’ dadah di Klang, Selangor semalam, menjadikan jumlah sitaan setakat ini bernilai RM371.7 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, harta terbaharu yang disita daripada lelaki yang dipercayai berada di negara jiran itu adalah 15 lot kawasan perusahaan bernilai RM5.56 juta.

Beliau berkata, kesemua harta berkenaan disita mengikut Seksyen 3 serta 4 Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988.

“PDRM sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa negara jiran untuk mengesan suspek dan siasatan sedang giat dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Narcotic Airport Division’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Mohd Khalil berkata, pihaknya percaya suspek mempunyai lebih banyak harta hasil daripada kegiatan pengedaran dadah.


“Siasatan akan dijalankan bagi mengesan harta milik suspek di negara ini,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, polis menyita harta seorang lelaki warga tempatan disyaki ‘kingpin’ dadah bernilai RM366 juta dan sedang memburu lelaki itu yang dipercayai bersembunyi di negara jiran.

Suspek itu berkemungkinan telah mengetahui bahawa perniagaan kokain yang dikaburi dengan perniagaan arang batu, telah terbongkar dalam satu serbuan di Pulau Pinang pada 2019.

Pada 10 September tahun lepas, polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa apabila merampas 12 tan metrik kokain dicampur dengan arang batu bernilai RM2.4 bilion dalam tiga kontena di Terminal Kargo Utara Butterworth.

Sindiket membawa dadah dalam 60 guni arang batu dari Amerika Selatan itu berjaya ditumpaskan menerusi Op Eagle yang dijalankan di sekitar Butterworth dan Bayan Baru di Pulau Pinang serta Padang Serai, Kedah. – Bernama

NEGERI   MANA

RAJA MANA

YANG BERI 

TOKAN INI

DERAJAH

KAH KAH KAH

ADAKAH  DERAJAH

INI AKAN DITARIK

KAH KAH KAH

ATAU SENYAP 

BUAT DEEEK
KAH KAH KAH

----------