SATU INGATAN
PENGAJARAN
WAJIB WASPADA
47 petugas kesihatan positif Covid-19 selepas hadir kenduri kahwin
SEMUA 73 petugas kesihatan yang disahkan positif Covid-19 terkena jangkitan bukan semasa mengendalikan rawatan penularan virus itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Majoriti mereka, atau khususnya 47 orang, dijangkiti selepas menghadiri majlis perkahwinan yang juga dihadiri oleh peserta perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling, katanya.
Majlis perkahwinan itu berlangsung di Bangi pada 6 Mac dan di Putrajaya sehari kemudian, tambah Dr Noor Hisham.
“Lain-lain punca adalah seperti sejarah melawat ke luar negara dan dari kontak keluarga yang positif Covid-19,” katanya pada sidang media perkembangan harian di Putrajaya, hari ini.
Mereka adalah antara 1,796 kes yang disahkan positif Covid-19 di Malaysia setakat hari ini.
Dr Noor Hisham juga memaklumkan 708 lagi anggota kesihatan kementerian masih menunggu keputusan ujian, selepas 1,895 anggota yang menguruskan kes Covid-19 menjalani pemeriksaan pengesahan jangkitan.
Beliau juga memohon anggota kesihatan kementerian yang hadir atau mempunyai kontak dengan peserta perhimpunan tabligh pada 27 Februari hingga 3 Mac lalu, serta dua majlis perkahwinan itu, agar berhubung dengan ketua jabatan masing-masing.
Awal hari ini, Dr Noor Hisham menyeru seluruh kakitangan Kementerian Kesihatan yang kini di barisan hadapan supaya meneruskan usaha memerangi Covid-19.
“Kita adalah benteng pertahanan terakhir dan negara kita kini bergantung kepada kita.
“Sama ada berjaya atau tidak, terpulang kepada kita sekarang untuk memimpin dan melakukan yang terbaik untuk Raja dan negara,” katanya. – 25 Mac, 2020.
TIDAK ADA
JALAN LAIN
HANYA SATU
IKUT ARAHAN
JANGAN DEGIL
KEDEGILAN AKAN
BAHAYAKAN
DIRI DAN JUGA
ORANG RAMAI
AMIN
--------