RAKYAT NAK
TENGKOK BUKTI
BETUL KE CAKAP
MUNKEE NI
ATAU HANYA
BERMUNKE MUNKE
KAH KAH KAH
Wakil rakyat langgar PKP tetap kena tindakan, kata Ismail Sabri
WAKIL rakyat tidak dibenarkan berhimpun, bergerak dalam kumpulan besar dan mengadakan jamuan sewaktu bertugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.
“Tiada siapa akan terlepas dari tindakan undang-undang jika ingkar dan tidak patuh undang-undang PKP
“Tidak betul tanggapan ada perbezaan dari segi pendekatan polis kepada setiap pesalah atau yang ingkar PKP,” katanya ketika ditanya dalam sidang media hari ini.
Katanya, beliau maklum mengenai kes yang dimaksudkan dan menambah, polis sudahpun bertindak ke atas kes terbabit.
“Polis sudah ambil tindakan dan kita serah kepada polis,” katanya dan mengingatkan wakil rakyat dan pemimpin kerajaan supaya mematuhi garis panduan untuk bertugas menja kepentingan rakyat kawasan.
Katanya, wakil rakyat tersebut antara lain tidak dibenar mengadakan jamuan dan perhimpunan bersar sewaktu bertugas untuk menyerahkan bantuan kepada rakyat.
Individu berkenaan juga tidak dibenar bergerak dalam gerombolan yang besar dan melibatkan banyak kenderaan
“Cukup dua atau tiga orang sahaja. Sebaik-baiknya guna petugas barisan hadapan yang sudah kita tetapkan di kawasan masing-masing,” katanya.
Beliau mengulas kes melibatkan wakil rakyat dan pemimpin kerajaan Perikatan Nasional, antara membabitkan exco Perak Razman Zakaria dan Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali.
Gambar menunjukkan jamuan disertai Razman dan Noor Azmi itu tular di media sosial. Polis dilaporkan akan mengambil keterangan Noor Azmi.
Turut tular, gambar seorang lagi timbalan menteri Abdul Rahman Mohamad sedang meraikan hari lahir bersama sekumpulan penyokong pada 13 April. – 19 April, 2020.
JANGAN PUTAR
JANGAN BERMUNKE
MUNKEE NI BIJAK
BERMUNKEE
MUNKEE
KAH KAH KAH