Khamis, 14 Mei 2020

EKONOMI KAPITALIS NAZAK DISERANG KOBID





BERSEDIA

AMERIKA SAREKAT ADALAH
NEGARA KAPITALIS UTAMA
DALAM DUNIA
PENGGGUNA DAN PENGELUAR
IMPOT DAN EXPOT
BILA EKONOMI AMERIKA KACAU
NEGARA KAPITALIS KECIL
AKAN KACAU SAMA 


NARIROBI KENYA 

JUMAAT LALU




AMERIKA HARI INI -

APA TITAH SULTAN KEDAH





YA AMPOON

APA TITAH

SULTAN KEDAH


Semua 36 Adun dipanggil menghadap Sultan Kedah esok

SEMUA Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dipanggil menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah esok, ketika Menteri Besar Mukhriz Mahathir dikatakan sudah hilang majoriti untuk terus mentadbir negeri.

Majlis menghadap akan berlangsung di pejabat baginda di Wisma Darul Aman, di Alor Setar. 

The Malaysian Insight difahamkan pertemuan akan berlangsung dalam dua sesi, dimulai dengan barisan wakil rakyat Umno dan PAS pada sebelah pagi.

Seorang Adun PAS yang enggan dinamakan memberitahu beliau sudah menerima panggilan untuk menghadap esok.

“Sudah (terima jemputan rasmi), jam 10 pagi esok,” katanya, yang turut mengesahkan beliau dipanggil ke Wisma Darul Aman.

Adun Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee, yang mengumumkan dirinya keluar PKR kelmarin dan kini wakil rakyat bebas, juga mengesahkan menerima surat jemputan untuk menghadap Sultan Sallehuddin pada sebelah pagi.

Beberapa Adun Pakatan Harapan dari Amanah dan DAP juga mengesahkan mereka dipanggil menghadap tetapi pada sebelah petang.

Adun Alor Mengkudu dari Amanah, Phahrolrazi Mohd Zawawi mengesahkan beliau telah mendapat jemputan rasmi.

“Betul, saya baru dapat jemputan. Saya dapat jemputan sesi petang,” katanya.

Adun Kota Darul Aman dari DAP, Teh Swee Leong juga menerima jemputan sama.

“Esok akan menghadap Sultan Kedah pada jam 3.30 petang,” kata beliau.

Sehingga berita ini ditulis, Adun Ayer Hitam dari Pas, Azhar Ibrahim bagaimanapun berkata, beliau belum menerima surat rasmi daripada pihak Istana namun pada dasarnya sudah maklum mengenai majlis menghadap esok.

“Maklumat rasmi belum diterima, tapi difahamkan begitulah (semua Adun menghadap Sultan esok),” katanya.

Sementara itu, pihak polis mengesahkan kepada The Malaysian Insight sudah mendapat makluman aturan kawalan keselamatan dan pergerakan untuk orang kenamaan (VVIP).

Awal hari ini, Sultan Sallehuddin tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas pada kira-kira 11.45 pagi. Baginda sebelum ini dilaporkan berada di Kuala Lumpur.

Harakahdaily semalam melaporkan Sultan Sallehuddin sudah dipersembahkan nama calon baru menteri besarnya bersama akuan berkanun yang ditandatangani oleh 23 Adun dari PAS (15), Umno (2), Bersatu (4) dan dua wakil rakyat bebas bekas PKR. https://harakahdaily.net/index.php/2020/05/13/tiga-presiden-persembah-23-sd-kepada-sultan-kedah/

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dipetik berkata dokumen itu diserahkan oleh tiga pemimpin parti yang bersama dalam Perikatan Nasional iaitu Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Pertemuan di Kuala Lumpur itu menyusul pengumuman ketua pembangkang di DUN Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Mukhriz sudah hilang majoriti untuk kekal sebagai menteri besar.

Mukhriz semalam bagaimanapun menegaskan pentadbirannya masih wujud dan beliau masih menteri besar yang sah kerana kedudukan kerajaan tidak ditentukan melalui sidang media pemimpin atau parti politik.  – 14 Mei 2020


KITA TUNGGU

ESOK PASTI

AKAN SAMPAI

AMIN

BERBUKA KE 21






BERBUKA KE 21
SAPERTI YANG GUA RAMAL
HARI INI AGAK PANAS
TAPI BUKAN PANAS MENJERIT
ANGIN BERTIUP

JAM 5 PETANG RENYAI TURUN
KEMUDIAN HUJAN LEBAT
DI KUALA LUMPUR TAK TAHU
DAERAH MANA HUJAN
YANG GUA PASTI HUJAN
WI WILAYAH KWANTUNG

GUA TUNGGU UJAN REDA
EZI DAN TAK TAK
PERLU POO POO DAN PEE PE

PETANG INI 
GUA BUAT BUBUR KOBID
KACANG HIJAU
GULA MERAH
SANTAN KOTAK
DAUN PANDAN
DAN
PISANG

PISANG GUA DAH ABIS
SEBUTIR YANG AKHIR
GUA BUAT BUBUR KOBID
YANG TINGGAL
AIR SUAM
BUAH KURMA

UNTUK MAKAN MALAM
GUA HANGATKAN
GULAI IKAN  PETANG KELMARIN

DI LUAR MASIH HUJAN
GURUH SESEKALI BERDENTUM
BERAPA LAMA HUJAN INI
GURU BABAK PUN TAK TAHU

SELAMAT BERBUKA
SELAMAT BERSAHUR
SELAMAT BERKHALWAT

DUNIA KITA BERUBAH





DUNIA YANG

KITA KENALI

3 BULAN DULU

KINI BERUBAH


Coronavirus live news: global deaths near 300,000 as WHO says Covid-19 may never disappear


Organisasi Kesihatan Sedunia telah memperingatkan bahawa coronavirus "mungkin tidak akan pernah hilang" karena para pakarnya meramalkan bahawa krisis kesihatan mental global yang disebabkan oleh wabak itu semakin meningkat.

Badan kesihatan global pada hari Rabu mengingatkan agar tidak berusaha memprediksi berapa lama coronavirus akan terus beredar, dan meminta "upaya besar-besaran" untuk mengatasinya.

"Penting untuk menerima hakikt : virus ini mungkin menjadi virus endemik lain di masyarakat kita, dan virus ini tidak akan pernah hilang," kata Michael Ryan, ketua darurat WHO.


"Saya rasa tidak ada janji dalam hal ini dan tidak ada tarikh. Penyakit ini boleh menjadi masalah lama, atau mungkin tidak, ”katanya.

Laporan oleh jabatan kesihatan mental WHO kepada PBB memberi amaran mengenai krisis yang akan datang: "Pengasingan, ketakutan, ketidakpastian, kemelut ekonomi - semuanya menyebabkan atau boleh menyebabkan tekanan psikologi," kata pengarah jabatan itu, Devora Kestel. 

Dia mengatakan dunia boleh melihat peningkatan tekanan penyakit mental, termasuk di kalangan kanak-kanak, orang muda dan pekerja penjagaan kesihatan.

"Kesihatan mental dan kesejahteraan seluruh masyarakat telah dipengaruhi oleh krisis ini dan menjadi keutamaan untuk ditangani segera," katanya.


INILAH JAWAPAN

ALAM KEPADA

KEANGKUHAN 

PERANGAI

UMAT MANUSIA

AMIN

BILA GUAN ENG KOMUNIS ERTINY VINCENNT TAN IMAM MASJID NEGARA






BILA GUAN ENG 

KOMUNIS ERTINYA

VINCENT TAN 

JADI IMAM 

MASJID NEGARA
lancau la nak SAA apa lagi? kerajaan PN ni la yg paling sempurna; gabungan penyangak dan pengkhianat. lagipun dalam PN takde pak sheikh, mat sabu komunis dan lim guan eng komunis, kan? madey pun takde dlm PN. sempurna dah la tuu. 
on
 S.A.A - 
SUSUN ATUR AKSI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 14/05/20


SAKAI AKAN SEDIA TONGKAT ALI DI SYURGA







SAKAI AKAN JUAL

TONGKAT ALI 

DI SYURGA
hehehe poyo la brader ni, ko takpayah la nak ingatkan isham sakai ni pasal dosa. sakai mana percaya syurga negara semua ni. nanti dia tanya balik... dosa ni apa? 
kikikiki 
on 
DOSA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 14/05/20

l

LAPORAN POLIS TERHADAP ANWAR





INI KES BERAT

PEMIMPIN AMK

BUAT LAPORAN

POLIS TERHADAP

PRESIDEN PKR 

KES BERAT

ERTINYA 

RAMAI AHLI PKR

TAK CAYA PADA

PRESIDEN PARTI

KAH KAH KAH


Pemimpin AMK lapor polis

 terhadap Anwar, 

dakwa buat berita palsu

Seorang setiausaha pemuda PKR (AMK), cabang Teluk Kemang membuat laporan polis terhadap Presiden PKR, Anwar Ibrahim kerana didakwa berkongsi "berita palsu" mengenai bilangan pendatang tanpa izin di negara ini dan dakwaan kedai nombor ramalan beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Farid Hashim dalam satu kenyataan berkata, Anwar membuat kenyataan mengelirukan itu dalam dua sesi siaran langsung di Facebook. 

"Kesalahan ini amat serius memandangkan kedudukan beliau selaku presiden PKR dan ahli parlimen.

"Kenyataan beliau menjadi bahan berita banyak pihak," kata Farid yang juga koordinator Pemuda Negara, sebuah NGO yang diketuai oleh Adun Gombak Setia, Hilman Idham dan Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.

"Satu tindakan harus diambil dan saya membuat laporan ke atasnya. Jangan nanti rakyat melihat jika orang biasa memulakan berita palsu ditahan dipenjara, didenda tetapi pemimpin politik tidak dikenakan tindakan," katanya.

Pada 28 April lalu, exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo juga membuat laporan polis terhadap Anwar atas perkongsian berita palsu mengenai bilangan pekerja asing tanpa izin di negara ini.

Pada masa itu, pembantu Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjelaskan pengerusi Pakatan Harapan itu memetik angka 6.7 juta pekerja asing dan lebih kurang empat juta pendatang tanpa izin dari laporan berita yang memetik sebuah NGO tempatan.

Jabatan Perangkaan mengesahkan tidak pernah mengeluarkan sebarang data rasmi mengenai bilangan pendatang tanpa izin.

Sementara itu, Farid juga memetik kenyataan Anwar pada 5 Mei yang mempertikaikan kedai nombor ramalan yang didakwa dibuka dalam tempoh PKP.

Sedangkan katanya, unit respon pantas KKMM dalam kenyataan medianya 4 Mei 2020 menyebut semua agensi nombor ramalan tidak dibenarkan beroperasi sehingga diberitahu kelak.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menyiasat 262 kes berita palsu berkaitan Covid-19 sehingga 11 Mei.

Daripada jumlah itu, 179 masih dalam siasatan manakala 29 telah didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


KALAU AHLI

TAK CAYA PADA

PRESIDEN

ORANG RAMAI

LAGI TAK CAYA

KAH KAH KAH

TAPI INI BIASA

NI KERJA POLITIK

MAT PUTAR

KAH KAH KAH

BERITA MENAKUTKAN








MENAKUTKAN


Coronavirus live news: global deaths near 300,000 as WHO says Covid-19 may never disappear



BERITA MENYUSUL

MASIH MENUNNGU DEDAK






MASIH TUNGGU

DEDAK  - BOLEH 

TOLONG URUS
Semangat juang tt n kroni hilang hanyut kelongkang dik dedak yg menghayalkan bole tido nyenyak. sedapnya dedak free 
on 
MINGGU INI 
DI AMERIKA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 14/05/20

h

ITU NAMANYA KANCIL JADI BABI






ITU NAMANYA 

KANCIL JADI BABI
Bukan gajah dibelakang kancil la TT, tp kancil dicelah2 parking.Gua slalu trkono,carik2 parking ingatkan kosong skali ada kancil parking selit la.punyer le kecik kancil parking nmpk mcm kosong. 
on 
RAHSIA PKR
 TERBONGGENG
Publish | Delete | Spam
yeop_sepet
on 14/05/20

B

RUMAH KEK MANO








JANG OOOI

RUMAH KAO 

KEK MANO
He...He.... Lamo Den tak masuk kek Blog ni... ko nak tahu tak Sham...pisang kek belakang rumah den tu dah bebuah 2 kali lah.... itu den tak heran...tapi kalau bebuah 3 kali ...tu den heran... p/s pisang hutan kek topi sungai rumah den tu koro yo yg makan....... 
on 
SATU LAGI LAPORAN 
POLIS TERHADAP ANWAR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 15:49

d

SATU LAGI LAPORAN POLIS TERHADAP ANWAR




PASAI APA?

PISANG LAGI KE?



Pemimpin AMK lapor polis 

terhadap Anwar, 

dakwa buat berita palsu






                                        BERITA MENYUSUL

MENTERI INI BETUL




MENTERI INI

BETUL

MEREKA BUKAN

GELANDANGAN

MEREKA ADALAH

WARGA 

MISKIN KOTA
 


Annuar Musa enggan sebut ‘gelandangan’

Annuar melakukan pelepasan 39 gelandangan ke Setiawan, Perak untuk memulakan kehidupan baharu dengan bekerja di Harumi Brands Sdn Bhd

Ketika berucap sebelum pasukan pertama ini berlepas ke Perak, Annuar Musa  enggan menggunakan istilah ‘gelandangan’, sebaliknya lebih selesa menggelar golongan itu dengan panggilan ‘saudara’.

“Ini adalah kumpulan pertama, akan ada lagi selepas ini. Esok Top Glove. Apa yang saya lihat di sebalik musibah pandemik Covid-19 ini, kita sebenarnya secara keseluruhan telah ditakdirkan untuk melihat sendiri secara dekat permasalahan yang di hadapi.

GUNAKAN

ISTILAH WARGA

MISKIN KOTA

GELANDANAGN 

ERTINYA SAMPAH

MENGHALANG

LALU LINTAS

AMIN


MINGGU INI DI AMERIKA





AMERIKA 
MINGGU INI
STASTIK MENUNJUKKAN
40 JUTA HILANG KERJA

BAHAYA AKAN SAMPAI

SIAPA BAWA PENDATANG MASUK








SIAPA BAWA

PENDATANG 

MASUK

betul betul betul, apa TT cakap betul, tapi kata lah British bawa masuk dulu, selepas merdeka siapa bawa masuk? siapa jual negara ? siapa jual tanah ? pengkhianat mana khianati bangsa sendiri? siapa guna agama bangsa dan sendiri kaya raya? siapa siapa siapa ?
 masih lagi melayu layu, bagi duit terus layu, nak senang lenang dapat free, nak terus jual bangsa agama, walau cerdik tapi layu, siapa paling rasuah sampai asing masuk beribu ribu? siapa siapa Ah Chong kah ? Manikam kah ? Atau Hj Zahid ? Hj Najib atau Hj Hadi? apa melayu nak buat dengan mereka? masih sokong cium tangan ? masih anggap mereka jelmaan syurga? 
cakap senang TT semua nak mudah, nak syurga sekarang, tak payah tunggu mati, api neraka hanya untuk takut orang ? sendiri jalani syurga, kaut kaut semua kaut, mata duitan tak kisah agama jual, bangsa jual negara jual, asal aku kuasa aku kaya aku power, kah kah kah pi mampooossss lah 
on 
MERAKAM SEJARAN - 
HADI DAN XENOPHOBIA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 13/05/20

Tt

DOSA







     doṣa, द्वेष , 

Saudara Hisham!!! Jangan kerana tulisan saudara ni nanti akan mendapat dosa yg tak sepatutnya...ingat2 lah tentang kematian.... Ikhlas untuk peringatan diri saya dan untuk semua...kita ni bukannya muda lagi...tak usahlah rasa seronok sangat dengan tulisan saudara yg tanpa disedari akan membawa kebinasaan kelak.... 
Subhanallah... on 
PELUANG REMBAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 13/05/20

Don

SELANGOR TETAP PAKATAN




SELANGOR 

TETAP PAKATAN

TAPI AWAS

AWAS APA?


Pakatan di Selangor sukar tumbang


KERAJAAN Pakatan Harapan Selangor sukar untuk tumbang kerana sokongan kuat yang masih diberikan 56 Adunnya, kata pegawai parti.

Cakap-cakap mengenai risiko tumbangnya kerajaan PH Selangor dan digantikan dengan Perikatan Nasional semakin kencang selepas tumbangnya PH di Kedah.

Malah, khabar angin bertambah marak yang Selangor akan tumbang kepada PN memandangkan ramai Adunnya daripada PKR adalah penyokong kuat Azmin Ali.

Antara 10 sehingga 13 daripada 21 Adun PKR dikatakan pernah setia kepada Azmin, bekas timbalan presiden PKR dan pengerusi PKR Selangor lebih sedekad itu.

Azmin juga adalah bekas menteri besar Selangor daripada 2014 sehingga 2018, bekas pengarah pilihan raya PKR dan sehingga kini merupakan Adun Bukit Antarabangsa.

Pada hujung Februari lepas, Azmin dan sembilan ahli Parlimen daripada PKR yang setia kepadanya keluar parti. Mereka turut disertai Bersatu untuk keluar PH yang kemudiannya membentuk kerajaan PN.

Sumber PKR negeri memberitahu The Malaysian Insight yang dalam situasi paling teruk sekiranya semua Adun yang pernah setia kepada Azmin meninggalkan PH dan masuk PN, mereka masih kekurangan lima kerusi untuk membentuk majoriti dalam DUN Selangor.

Situasi itu akan berlaku sekiranya 13 Adun PKR tersebut keluar parti dan berganding bahu dengan 5 Adun Umno, 5 Adun Bersatu dan seorang Adun PAS untuk membentuk PN.

Walaupun begitu, 24 Adun tersebut masih tidak memenuhi majoriti mudah 29 Adun yang diperlukan dalam DUN Selangor untuk membentuk kerajaan negeri.

“Walaupun dalam situasi terburuk, mereka masih kurang (kerusi) kerana baki Adun PKR dikenali setia kepada Anwar Ibrahim,” kata pegawai PKR Selangor.

“Untuk mengambil alih Selangor, mereka perlu dapatkan kerjasama DAP dan Amanah, dan kedua-dua parti ini setakat ini memberi sokongan kepada PH.”

DAP mempunyai 16 kerusi, Amanah (8) dan PKR (21), PH memegang 45 kerusi DUN Selangor.

Mandat rakyat

PH tumbang di Putrajaya pada hujung Februari lalu disebabkan “Langkah Sheraton”, yang didalangi Azmin dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Azmin bersama-sama sembilan Ahli Parlimen PKR dan Muhyiddin membawa keluar Bersatu daripada PH untuk membentuk PN bersama Umno, PAS, MCA, MIC dan Gabungan Parti Sarawak.

Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 1 Mac.

Selepas itu, dalam tempoh beberapa minggu sahaja, PH turut tumbang di Johor, Melaka dan Perak.

Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Kedah berikrar terus bersama PH.

Tetapi, dalam tindakan mengejutkan dua hari lepas, dua Adun PKR dan empat Adun Bersatu di Kedah mengumumkan mereka hilang percaya kepada PH Kedah dan menyokong PN.

Perkembangan terbaru itu mencetuskan perubahan kuasa di Kedah dan tanda tanya sama ada akan berlaku perkara sama di Selangor kerana pengaruh Azmin di negeri itu.

Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim tidak menafikan wujud usaha menarik lapan Adun Amanah meninggalkan PH tetapi setakat ini semua wakil rakyat menolak menyertai PN.

“Amanah yakin dengan integriti Adun dan mereka akan terus menyokong PH dan menjunjung prinsip menghormati mandat rakyat,” kata Izham yang juga Adun Pandan Indah kepada The Malaysian Insight.

Setiausaha DAP Selangor Ronnie Liu berkata semua 16 Adun parti itu di Selangor akan terus menyokong Menteri Besar Aminuddin Shaari dan kerajaan negeri PH.

“Secara prinsipnya kami masih bersama PH. Kami tidak akan bekerja dengan orang lain yang mengkhianati mandat rakyat.” – 14 Mei, 2020.

AWAS 

RONNIE LIU

MANA MALAON

INI BERADA

AKAN JADI

HURU HARA

KHALAS

MELAYU BACOL JUAL NEGARA






MELAYU BACOL

JUAL NEGARA

Siapakah PENGUATKUASA itu....???? Jeng, jeng, jeng...... Mereka ialah...... MELAYU BACOL! Dari kepala sampai ke ekor semua bacol, menerima suapan dari seringit membawa ke berjuta-juta ringgit dpd mat bangla, Rohingya, Paki, Hindu dan Cina. Jual Ic, jual permit kerja, jual manusia, jual balak, jual tanah dan jual negara. 
Bila orang kata, Melayu bacul, Melayu marah. Kalau kamu tak bacol, kenapa biarkan pendatang asing bermahrajalela di bumi sendiri.....???? Kenapa kamu sanggup terima seringgit dpd mereka....??? Yang terima berjuta tu, toksah cakaplah. Bukan je bacol, memang mental dan korapsi. 
on 
PENGUATKUASA 
DIRASUAH
Publish | Delete | Spam
cikminah
on 13/05/20

buka

BAHAYA KAPAL TERBANG





DALAM PESAWAT

TUTUP LINGKUP

KALAU ADA 

PEMBAWA KOBID

SEMUA KENA

396 penumpang AirAsia KL-Tawau diminta tampil segera, 6 sudah dijangkiti COVID-19

TAWAU – Seramai 396 penumpang pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tawau melalui dua penerbangan berasingan diminta tampil untuk menjalani saringan kesihatan kedua dengan segera.

Pegawai kesihatan Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM) kawasan Tawau, Dr. Suzalinna Sulaiman berkata, ini kerana daripada kesemua penumpang kedua-dua penerbangan berasingan itu, enam daripadanya didapati positif COVID-19.

“Bagi penerbangan Air Asia AK5742 pada 1hb Mei 2020 ada 156 orang penumpang semuanya dan empat didapati positif dan selebihnya 152 kita minta tampil untuk menjalani saringan kesihatan yang kedua termasuk 8 pelajar dan 144 orang awam. Mereka semua ini ada di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu,” katanya di sini hari ini.

Bagi penerbangan kedua pula pada 4hb Mei 2020 melalui pesawat Air Asia AK5740 yang membawa 246 penumpang, dua daripadanya turut didapati positif COVID-19.

“Daripada jumlah itu seramai 64 adalah pelajar universiti dan 160 adalah orang awam dan melalui data mereka juga berada di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan juga Semporna. Jadi melalui kedua-dua penerbangan ini enam didapati positif termasuk seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun,” katanya lagi.

Menurut Dr. Suzalinna, sehingga tengah hari Rabu pihaknya telah menjalankan ujian saringan kesihatan kepada 31 orang awam dan 8 pelajar universiti yang tampil dan merupakan penumpang kepada kedua-dua penerbangan tersebut.

“Kita mengharapkan kerjasama daripada jumlah kesemua 396 penumpang tersebut supaya segera tampil menjalani ujian saringan kesihatan yang kedua memandangkan laporan yang diterima bagi kedua-dua penerbangan tersebut tidak mengamalkan penjarakan sosial dan itu akan menyebabkan risiko jangkitan yang amat tinggi walaupun mereka memakai pelitup,” katanya lagi.

Untuk rekod sehingga Selasa, negeri Sabah telah mencatatkan satu kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kepada 328 kes, manakala 293 kes telah sembuh dan 31 kes lagi masih menerima rawatan di wad isolasi di hospital sekitar negeri ini. – ASTRO AWANI


SAMPAI

BILA KITA

AKAN MERASA

SELAMAT 

INDUSTRI 

PELANCUNGAN 

AKAN RUNTUH

SEHINGGA ADA

VEKSIN

AMIN