Jumaat, 29 Mei 2020

CINTA SETIA







CINTA SETIA

Anjing ini pengsan akibat terlebih teruja melihat tuan setelah dua tahun terpisah

Bayangkan bagaimana perasaan anda jika dapat bertemu kembali dengan orang kesayangan yang sudah sekian lama terpisah. Pasti anda akan menangis kegembiraan kerana dapat bertemu semula setelah sekian lama bukan? Nampaknya perasaan ini bukan hanya dilalui oleh manusia tetapi juga haiwan.

Pada 24 Julai 2014, telah tular sebuah video berdurasi 1 minit 43 saat memaparkan gelagat seekor anjing jantan yang mengeluarkan bunyi tangisan sebaik sahaja melihatnya tuan kesayangannya telah kembali pulang ke rumah. Berdasarkan video berkenaan, anjing tersebut kelihatan terus menangis sambil memeluk tuannya, Rebecca Ehalt yang sudah dua tahun terpisah atas urusan kerja di luar negara.

Mengejutkan, selepas menangis keriangan, anjing ini secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri buat beberapa saat sebelum dikejutkan semula oleh tuannya. Rindu betul pada tuannya ya sampai pengsan kerana terlalu gembira! Anjing ini kemudiannya bingkas bangun dan kelihatan agak letih kerana terlalu teruja melihat kepulangan Rebecca.

Video peristiwa yang menyentuh hati tersebut telah dimuat naik ke YouTube dan sehingga kini meraih sebanyak 53 juta tontonan! Menurut Rebecca, tempoh perpisahan selama dua tahun itu begitu memeritkan bagi anjing kerana ia adalah bersamaan dengan 14 tahun dalam tahun anjing! Tidak hairanlah mengapa anjing ini begitu merindui Rebecca.

Selepas kejadian tersebut, Rebecca telah membawa anjingnya ke klinik haiwan bagi menjalani pemeriksaan sekali gus mengetahui punca anjingnya pengsan secara tiba-tiba. Segalanya baik-baik sahaja. Ini adalah kesan normal yang boleh berlaku bukan sahaja kepada manusia tetapi juga haiwan. Semoga kedua-duanya akan terus bersama menyemai kasih dan tidak lagi perlu berjauhan.




BERITA SAILANG MADEY






BACA TELITI

MAKNANYA ANWAR
NAK SAILANG UDI TAK CAYA
BACA BETUL

DULU ANWAR SIBUK
I GOT THE THE NUMBER
I GOT THE NUMBER

TETIBA
SEKARANG
BUKAN SOAL NUMBER

DAN 
KEMUDIAN PUTAR CERITA
BAHAWA  MUHYIDDIN
ADA PELAWA
ADA TAWARAN

MUSTAHIL
MAT SABU
GUAN ENG
SALEHUDDIN
CHIN TONG
MAHFUZ
ANTONY LOCK
TAK SEDAR
SIAPA SABENRNYA
ANWAR IBRAHIM
AMIN


Usaha dapatkan sokongan untuk cabar Muhyiddin masih dalam proses, kata Anwar


USAHA pembangkang untuk mendapatkan sokongan 129 ahli Parlimen dalam undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masih diteruskan, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim hari ini.

“Parti ini berteraskan ‘reform’, bukan soal pengakuan 129, 130 kerusi (di Parlimen).

“Ini kita sedang bincang, ini masih dalam proses,” kata presiden PKR di Facebook hari ini. 

Beliau berkata, agenda pembaharuan dan kebaikan kepada rakyat dan negara masih menjadi keutamaan. 

“Yang penting bukan soal nombor, bukan soal kuasa, kita dah banyak kali berkuasa, pergi balik, pergi balik rakyat juga jahanam…yang penting mengikat kita ke arah agenda kebaikan. 

“Dalam keghairahan parti-parti politik meraih kuasa, rakyat akan terus menjadi mangsanya,” tambahnya yang juga ahli Parlimen Port Dickson. 

Beliau juga berkata, sekiranya mahukan kuasa, beliau boleh menyertai kerajaan Perikatan Nasional dan menerima jawatan yang ditawarkan.


MAT PUTAR

AKAN PUTAR

DENGAN HARAPAN

MUHIDDIN AKAN

AJAK  DIA SAMA

KAH KAH KAH

ATUK AJAR KITA CARA MELAWAN






ATUK AJAR

KITA CARA

MELAWAN

Sazmi Miah dilantik setiausaha kerja Bersatu yang baharu, kata Dr Mahathir


MUHAMMAD Suhaimi Yahya yang dipecat dari jawatan setiausaha kerja Bersatu malam tadi akan digantikan dengan Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan Sazmi Miah, kata Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir yang menolak pemberhentiannya dari Bersatu menegaskan Suhaimi dipecat kerana bertindak melampaui bidang tugasnya, sehingga melebihi kuasanya sendiri sebagai pengerusi parti.

“Memandangkan beliau (Suhaimi) sudah melebihi dari kuasanya sebagai setiausaha kerja jadi kita lucut jawatan setiausaha  kerja, dan lantik Sazmi Miah pemimpin Bersatu Kelantan isi jawatan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya, hari ini.

Dr Mahathir menjelaskan beliau boleh memecat Sazmi kerana sehingga hari ini, beliau masih lagi pengerusi Bersatu yang sah.

Dr Mahathir turut menegaskan Marzuki Yahya masih lagi setiausaha agung Bersatu yang sah.

Semalam, Suhaimi dipecat oleh Marzuki beberapa jam selepas beliau mengeluarkan surat kepada Dr Mahathir serta empat yang lain memaklumkan bahawa mereka bukan lagi ahli parti.

Empat Ahli Parlimen Bersatu yang juga gugur keahlian parti ialah Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir (Jerlun), Ketua Pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Maszlee Malik (Simpang Renggam), dan Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu).

Alasannya, kelima-lima mereka tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu. Mereka juga duduk di blok pembangkang semasa sidang Parlimen pada 18 Mei lalu. – 29 Mei, 2020.


TAK PERLU

BANYAK CAKAP

ATUR SUSUN

AKSI


BANGUN MELAWAN CARA MADEY






CARA MELAWAN

DARI MADEY

GRANDPA SHOWING THE WORLD
 HOW TO FIGHT. 
HE WENT TO BERSATU OFFICE 
AND SAT IN HS OFFICE. 
WAITING TO BE SACKED.
 BALLS OF TITANIUM.

TERJEMAHAN

Atuk tunjukkan  pada dunia
 bagaimana nak bangun melawan. 
Atuk pergi ke pejabat Bersatu
 dan Atuk duduk dalam pejabat. 
Menunggu untuk dipecat. 
Biji telor dari Titanium.


TATANIUM
Titanium metal is a very durable metal for engineering applications because this metal is corrosion-resistant and also this metal is very strong and very light. It is 40% lighter than steel but as strong as high-strength steel. So titanium finds applications in things like aerospace


TERJEMAHAN
Logam titanium adalah logam yang sangat tahan lama untuk aplikasi kejuruteraan kerana logam ini tahan kakisan dan juga logam ini sangat kuat dan sangat ringan. Ia 40% lebih ringan daripada keluli tetapi sama kuatnya dengan keluli berkekuatan tinggi. Oleh itu, titanium menemui aplikasi dalam bidang seperti aeroangkasa


SAHEH SHERATON BERJAYA








SAHEH

SHERATON 

BERJAYA
 rakyat akan beraksi semasa pru15. rakyat percaya pilihanraya mampu mengubah kerajaan, pru14 dah buktikan. cuma rakyat tak sangka geng sheraton akan khianat mandat rakyat. 
majoriti rakyat malaysia dah matang. tak macam sakai anak lelaki rais yg tak pernah daftar mengundi tapi terkinja2 di sheraton nak mengubah kerajaan. amiin 
on 
LAKUKAN AKSI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 29/05/20

nak

APA MAKNA CAKAP ANWAR INI







APA MAKNA

CAKAP ANWAR NI


Usaha dapatkan sokongan untuk cabar Muhyiddin masih dalam proses, kata Anwar



BERITA MENUYUSUL


DON PLAY PLAY DENGAN ATUK







AWAS

DON PLAY PLAY

DENGAN ATUK

TELOR DIA

DARI TITANIUM



Muhyiddin tambah tertekan selepas singkir Dr Mahathir, kata penganalisis


PENYINGKIRAN Dr Mahathir Mohamad dari Bersatu hanya menambah tekanan ke atas Muhyiddin Yassin untuk membuktikan beliau ada sokongan yang sah sebagai perdana menteri, kata penganalisis politik.

Tekanan bertambah kerana Dr Mahathir hampir pasti akan mencabar penyingkirannya, termasuk kemungkinan mengheret Bersatu ke mahkamah, kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohd Azlan Zainal kepada The Malaysian Insight.

Selepas spekulasi berminggu-minggu, Bersatu semalam mengumumkan pengasas dan pengerusi parti Dr Mahathir, bersama empat ahli Parlimen parti, telah “terhenti serta merta” keahlian mereka kerana duduk di blok pembangkang semasa sidang Parlimen pada 18 Mei lalu.

Menurut Bersatu, mereka bukan lagi ahli parti berdasarkan Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan parti yang menetapkan keahlian seseorang anggota parti terhenti serta merta apabila mengisytiharkan diri keluar dari parti, atau menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti di Malaysia.

Dr Mahathir dan empat ahli Parlimen itu bagaimanapun menegaskan mereka masih ahli parti dan tidak menyertai mana-mana parti politik lain.

Empat yang lain itu ialah Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir (Jerlun), Ketua sayap Pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Maszlee Malik (Simpang Renggam), dan Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu).

Menurut Azlan, tindakan Bersatu semalam akan menguatkan tekad Dr Mahathir untuk terus mempertikaikan sokongan Muhyiddin di Parlimen melalui undi tidak percaya.

“Apabila beliau ada cukup sokongan, beliau akan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menafikan sokongan Muhyiddin,” katanya.

Sejak mengangkat sumpah perdana menteri pada 1 Mac lalu, sokongan Muhyiddin belum lagi diuji di Dewan Rakyat.

Walaupun sudah mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap ahli Parlimen Pagoh itu, usul Dr Mahathir tidak dibawa ke Dewan Rakyat kerana persidangan pada 18 Mei lalu ditetapkan hanya untuk mendengar titah diraja.

Selepas persidangan itu, penganalisis berkata sokongan ke atas Muhyiddin iaitu 114 ahli Parlimen di Dewan Rakyat sangat tipis – lebih dua daripada majoriti mudah 112.

Peluang Dr Mahathir seterusnya ialah pada sidang Dewan Rakyat yang ditetapkan bermula pada 13 Julai.

Musuh di dalam, musuh di luar

Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya juga memberitahu The Malaysian Insight pandangan yang sama, bahawa tekad Dr Mahathir makin kukuh selepas disingkirkan dari parti yang beliau asaskan.

“Dr Mahathir yang sebenar akan muncul selepas ini,” kata Awang Azman.

Katanya, penyingkiran itu sudah dijangka ketika Muhyiddin berdepan tekanan dari dalam Bersatu sendiri, dan malah dari luar parti.

Dalam Perikatan Nasional, Muhyiddin didesak untuk mengekalkan sokongan dengan pelantikan ahli Parlimen menerajui syarikat berkaitan kerajaan. Dalam Bersatu pula, beliau berdepan dengan Dr Mahathir dan penyokong bekas perdana menteri, katanya.

Muhyiddin juga berdepan dengan Umno yang tidak berminat untuk menzahirkan Perikatan Nasional sebagai gabungan sah. Beliau juga tidak jumpa jalan untuk meredakan ahli Parlimen Umno yang kini berdepan perbicaraan pelbagai kes rasuah dan penyelewengan di mahkamah.

“Saya tidak terkejut kalau langkah seterusnya ialah mempercepatkan pemilihan Bersatu untuk menyelesaikan isu sokongan ini,” kata Awang Azman.

Selepas tindakan “pemecatan” semalam, Muhyiddin dijangka menang tanpa bertanding pemilihan jawatan presiden kerana antara yang tersingkir ialah Mukhriz yang mencabar beliau.

Kedudukan pengerusi pula akan kosong untuk dipangku oleh Muhyiddin kerana sehingga pencalonan pada 16 Mac lalu, Dr Mahathir muncul calon tunggal.

“Muhyiddin berjaya menyekat Mukhriz dan Dr Mahathir daripada menguasai parti,” kata Awang Azman.

Tetapi beliau menambah, ini bukan satu penamat kerana Bersatu sekarang sudah terpecah.

Pensyarah sains politik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali berkata “penyingkiran” dari parti itu akan memberi Dr Mahathir momentum yang lebih untuk mencabar keabsahan Muhyiddin sebagai perdana menteri.

“Tanpa diganggu, Dr Mahathir boleh fokus sepenuhnya pada usaha mencabar Muhyiddin.

“Ini juga membuka jalan kepada beliau untuk bekerja secara rasmi dengan Pakatan Harapan tanpa ada beban Bersatu,” katanya.

Mazlan bagaimanapun tidak yakin Dr Mahathir akan menubuhkan sebuah parti baharu atau menyertai parti lain dalam Pakatan.

“Beliau hanya mahu menjatuhkan Muhyiddin. Beliau tidak perlu apa-apa yang menjejaskan tumpuannya,” tambah beliau. – 29 Mei, 2020.

PASAI APA

CARI GADUH

DENGAN ATUK

KAH KAH KAH



LAGI TER HOTT





APA SEDANG

BERLAKU ? 


Redzuan, Shahruddin akan bertemu media


MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Md Yusof dan Timbalan Menteri Kerja Raya Dr Shahruddin Md Salleh bakal mengadakan sidang media bersama di ibu pejabat Bersatu hari ini pada jam 5 petang.

Pegawai di ibu pejabat Bersatu memberitahu wartawan, kedua-duanya dijangka bercakap dengan media sebelum bekas pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad memberi ucapan kepada media.

Tidak dapat dipastikan isu bagi sidang media kedua-duanya tetapi spekulasi berlegar bahawa beberapa menteri yang berpihak kepada Presiden Bersatu dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan mengundurkan diri.


BUKAN

SERANGAN 

MAT KOBID

INI SERANGAN 

ATUK

KAH KAH KAH

BETUL KE?






BETUL?

BIJI TELOR  ATUK
DARI TITANIUM


ALJUBURI ISI CERAMAH MAT SABU





ALJUBURI

ISI CERAMAH 

MAT SABU
Ko bodoh ke TT..
kan salah najibon semua ni..
lu jilat atok lu bantai aljuburi..
apokeeer 
on 
PANDANGAN 
DARI DALAM PKR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 29/05/20

It

KALAU TAHU TAK ADIL BANGUN LAWAN IKUT CARA ATUK



DAH TAHU 

TIDAK ADIL

BANGUN LAWAN

IKUT CARA  ATUK
TT,bila difikirkan betul betul nampak sangat peraturan yang dibuat tak masuk akal, tak boleh rentas negeri, tapi KL, Putra Jaya dan Selangor dikira Lembah Klang, orang KL Putra Jaya bebas boleh keseluroh Selangor, tak adil, diUlu Selangor abang dan adik dipisahkan dengan kawat berduri kerana dipisahkan oleh sepadan Selangor dan Perak, zalim...
kerajaan telah menetapkan sesuatu kawasan mengikut ZON, zon hijau, zon kuning dan zon merah, sepatutnya MKN buat peraturan tidak boleh rentas zon, zon hijau tidak boleh rentas ke zon kuning dan merah, zon merah dan kuning dilarang sama sekali rentas ke zon hijau . 
on 
BERITA
 DARI NOKIA
Publish | Delete | Spam
hamim
on 29/05/20

Sus

MADEY - TER KINI TER NOW TER HOTT






BERITA DARI

NOKIA

GRANDPA SHOWING THE WORLD
 HOW TO FIGHT. 
HE WENT TO BERSATU OFFICE 
AND SAT IN HS OFFICE. 
WAITING TO BE SACKED.
 BALLS OF TITANIUM.

TERJEMAHAN

Atuk tunjukkan  pada dunia
 bagaimana nak bangun melawan. 
Atuk pergi ke pejabat Bersatu
 dan Atuk duduk dalam pejabat. 
Menunggu untuk dipecat. 
Biji telor dari Titanium.


TATANIUM
Titanium metal is a very durable metal for engineering applications because this metal is corrosion-resistant and also this metal is very strong and very light. It is 40% lighter than steel but as strong as high-strength steel. So titanium finds applications in things like aerospace


TERJEMAHAN
Logam titanium adalah logam yang sangat tahan lama untuk aplikasi kejuruteraan kerana logam ini tahan kakisan dan juga logam ini sangat kuat dan sangat ringan. Ia 40% lebih ringan daripada keluli tetapi sama kuatnya dengan keluli berkekuatan tinggi. Oleh itu, titanium menemui aplikasi dalam bidang seperti aeroangkasa


APA DIA ISLAM BUDAYA




ISLAM BUDAYA


BACA LAGI





Tommy Ok Tan
Memang betul budaya China ada bakak mercun & Angpow
SukaBalas12j
Brotore Saynoe
ketayap, baju kebaya & baju melayu itu berasal dr pakaian org hui di china. kopiah & serban berasal dr arab. songkok itu berasall dr tarbusnya org turki. tanjak & tengkolok itu mungkin berasal dr org scythia timur eropah. kain samping mungkin berasal dr skirt lelaki bangsa scott & viking... wahhh... international sekali budaya islam org melayu...
SukaBalas1j
Brotore Saynoe
telur pindang mungkin beerasal dr easter egg.. bubur kacang & pulut merah mungkin berasal dr menu kresyukuran prophet jacob bin abraham alias brahma. belacan & cencaluk berasal dr jepun. dodol & wajik mungkin berasal dr india atau afrika. nah... kalau diikutkan byk budaya bangsa lain telah lama ada dlm budaya melayu....
SukaBalas58m
Brotore Saynoe
melayu tak akn jd kafir hanya krn memakai baretta atau tengkoloknya pope. cina tak akn jd islam hanya krn memakai uniform sami yg luntur memutih & mengamalkan byk makan kurma. tp semuanya akn jd islam dgn memahami & perbuatannya pula sampai kpd maksud & tujuan islam.
SukaBalas33m

PANDANGAN DARI DALAM PKR








MAKIN JELAS

MAKIN TERANG

PERANAN ANWAR

MEMBAWA 

RUNTUH

PAKATAN

Anwar gagal satukan PKR punca Pakatan runtuh, kata bekas pimpinan parti


ANWAR Ibrahim gagal menyatukan PKR selepas pemilihan parti pada hujung 2018, sebaliknya lebih berminat tentang soal hendak jadi perdana menteri, sehingga menyebabkan parti terus berpecah dan akhirnya merugikan Pakatan Harapan (PH), dakwa seorang bekas pemimpin parti.

Kemuncak perpecahan itu membawa kepada episod percaturan politik yang menyaksikan pentadbiran PH tumbang dan hilang kuasa di Putrajaya, serta kemudian di beberapa negeri, pada Mac lalu, kata bekas ketua Wanita PKR Sabah Rahimah Majid.

Selepas episod hilang kuasa itu, katanya, Anwar terus mengheret parti ke kancah perpecahan apabila memilih untuk menghukum pemimpin dan ahli parti, termasuk sesetengahnya tanpa alasan yang kukuh.

“PKR parti yang caca marba sekarang. Apa yang Anwar Ibrahim patut buat kepada ahli-ahli yang masih tinggal ini ialah pujuk, satukan mereka, dan kuatkan cabang-cabang parti.

“Beliau perlu kuatkan parti, bukannya menganggap semua ahli yang pernah sokong Azmin atau Zuraida sebagai pengkhianat,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau merujuk bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan bekas naib presiden Zuraida Kamaruddin yang dikatakan antara dalang percaturan politik yang membawa kepada pertukaran pentadbiran di Putrajaya pada Mac lalu.

Selepas PH jatuh di Putrajaya, Perikatan Nasional yang menggantikannya juga mengambil alih pentadbiran di Johor, Melaka, Perak, dan Kedah. 

Azmin dan Zuraida kini anggota kabinet dalam pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

PKR berpecah teruk semasa pemilihan parti pada hujung 2018, ketika Azmin dicabar oleh Rafizi Ramli untuk jawatan timbalan presiden. 

Selepas kalah pemilihan, Rafizi dilantik sebagai naib presiden. Pelantikan itu sempat mencetuskan kemarahan dalam kalangan penyokong Azmin, yang terus mengheret perpecahan parti jadi lebih parah.

Rahimah, yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, menjelaskan Anwar bukannya tidak sedar PKR berpecah tetapi beliau tidak berusaha untuk memulihkan parti.

“Tiada usaha untuk berbaik secara konstruktif supaya ketegangan dalam parti reda. 

“Yang banyak dibincangkan isu peralihan kuasa perdana menteri (antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar) perlu dilakukan segera… itu tidak membantu,” katanya.

Rahimah adalah antara hampir 300 ahli PKR yang dikeluarkan surat penggantungan sementara, umumnya bersabit dakwaan mengkhianati parti terkait dengan episod pertukaran kerajaan itu.

Awal minggu ini, beliau menegaskan tidak akan mengemukakan rayuan kerana menganggap tindakan lembaga disiplin mengeluarkan surat penggantungan terhadapnya adalah satu hukuman tanpa usul periksa.

Katanya, surat penggantungan tanpa menyatakan kesalahan untuk dijawab sebenarnya adalah satu hukuman.

“Saya digantung tetapi tidak nyatakan atas sebab apa. Untuk apa saya buat rayuan atas kesalahan yang saya sendiri tidak tahu,” tambahnya.

Rahimah mengakui beliau bersama Azmin dan Zuraida semasa mereka di dalam parti tetapi menegaskan itu saja tidak memadai sebagai bukti untuk keanggotaannya digantung.

Beliau menyifatkan tindakan terhadapnya dan ratusan pemimpin serta ahli parti yang lain tidak ubah seperti memburu membuta tuli mereka yang selama ini setia kepada parti.

“Kredibiliti lembaga disiplin boleh dipersoalkan… ia sudah jadi alat presiden parti,” katanya.

Rahimah, yang juga ketua Cabang PKR Kudat, berkata beliau kini meninggalkan parti bersama majoriti barisan kepimpinannya serta sekurang-kurangnya sembilan pemimpin kanan Wanita PKR Sabah.

Jelas beliau, mereka tidak menyesal kerana parti yang selama ini mereka bantu bangunkan untuk memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan untuk rakyat kini sudah diperalatkan untuk cita-cita peribadi.

Pada awal Mei, PKR Sabah mengumumkan 7 ahlinya dipecat sementara 63 digantung keahlian ketika parti bertindak menyngkirkan mereka yang dianggap bersubahat dalam komplot menjatuhkan pentadbiran PH di Putrajaya dua bulan lalu.

“Apa yang dikenakan kepada kami ini tidak adil. Kami berjuang untuk parti ketika Anwar dalam penjara. Kami keluarkan duit sendiri dan tidak kisah habiskan masa untuk kuatkan parti.

“Anwar kena ingat, parti kuat kerana sokongan semua pihak,” katanya. – 29 Mei, 2020.

INI  SUARA

DARI DALAM

PKR SENDIRI

BEKAS PEMIMPIN

YANG TAHU

SIAPA

KEPALA TAIK

SABENARNYA

AMIN