BRO JAGAN
BUAT DON NO
DARI MANA DUIT
DATANG
KAH KAH KAH
DUIT CUKAI
EKSPOT
JUAL BARANG
JUAL MINYAK
JUAL SAWIT
KAH KAH KAH
PIJAM DUIT IMF
DUIT BANK DUNIA
JUAL BOND
NAK HALAL
TULIS SUKUK
KAH KAH KAH
ADA CARA LAIN?
PASTI ADA
KAH KAH KAH
CARA TRUMP
CARA AMERIKA
KAH KAH KAH
Negara banyak duit mitos kerajaan Perikatan
SEJAK Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran Malaysia, laungan dan teriakan ini selalu berkumandang: “Tun Dr Mahathir dan Lim Guan Eng tipu rakyat Malaysia!”
Dikatakan kerajaan tidak mempunyai duit dan perlu berhutang untuk berbelanja tetapi apabila Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri, berbeza pula dakwaannya.
Oleh itu, ada NGO membuat laporan polis berkenaan masalah kewangan negara semasa rejim Pakatan Harapan (PH) memerintah.
Mereka meminta suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk siasat isu Bon Samurai, penjualan aset Khazanah, Tabung Haji, LTAT dan sebagainya.
Semenjak wabak Covid-19 melanda negara, Muhyiddin sudah empat kali mengumumkan pakej rangsangan ekonomi termasuk yang pertama diumumkan oleh Dr Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri interim:
(I) Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) sebanyak RM10 bilion disuntik dalam ekonomi.
(ll) Prihatin RM25 bilion.
(III) Prihatin SME sebanyak RM10 bilion
(Iv) Penjana RM15 bilion; jumlah keseluruhan RM60 bilion.
Rakyat menjangka kerajaan PN tidak perlu meminjam kerana cukup mempunyai dana dan rizab yang besar, tidak seperti kerajaan PH yang kedekut dan menipu rakyat kata tiada duit.
Menteri kewangan pula merupakan bekas pegawai bank, sudah tentu pandai cari duit dan bijak pula berbelanja.
Apabila ditanya oleh pemberita di mana sumber kewangan bagi membiayai pakej rangsangan ini, Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz menjawab: “We will be looking into the eco-system…”.
Sudah terang lagi bersuluh, sebenarnya beliau sendiri tidak jelas wang itu datang dari mana dan melalui apa.
Akhirnya baru kita dapat tahu apabila beliau ditemuramah oleh agensi berita Reuters dan dipetik oleh The Edge Markets bahawa kerajaan akan berhutang untuk menampung pembiayaan pakej rangsangan Covid-19.
Pinjaman ini akan menyebabkan defisit bajet menjadi sekali ganda berbanding yang diluluskan dalam Belanjawan 2020.
Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh PH tahun lepas dan diluluskan akan menyaksikan defisit bajet sebanyak RM51.7 bilion atau 3.2% daripada KDNK. Defisit ini akan ditampung melalui hutang awam.
Dengan pakej rangsangan pula sebanyak RM60 bilion lagi perlu kerajaan berhutang menjadikan jumlah hutang bagi tahun ini saja menjadi RM111.7 bilion atau 6.9% daripada KDNK.
Dengan jumlah hutang sebanyak RM111.7 bilion bagi tahun 2020 dicampur dengan hutang yang masih belum langsai akan menyebabkan hutang awam negara melebihi 55% dari KDNK dan ini memerlukan kelulusan daripada Parlimen.
Jelaslah berdasarkan kenyataan menteri kewangan sebenarnya apa yang disebutkan oleh Dr Mahathir dan Lim Guan Eng sebelum ini adalah benar – negara perlu berhutang jika bajet defisit.
Saya ucapkan selamat membuat laporan polis kepada NGO yang berkenaan. – 11 Jun, 2020.
CARA ARABUN
WAL PRIN TUN
AL CEETAQ TI
EL TIPURI
WAL JAPONI
AL PISANGI
KAH KAH KUN
KAH KUN KUN