Ahad, 14 Jun 2020

AWAS MAT KOBID MASIH BERLIGAR





AWAS

MAT KOBID

MASIH 

MENYERANG


8 jangkitan terbaru Covid-19, 986 kes masih dirawat


PUTRAJAYA: Satu korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban 121 orang.

Dalam perkembangan sama, 8 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 8,453 orang sehingga kini.

“Dimaklumkan daripada 8 kes baru yang dilaporkan, 2 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

“Daripada 6 kes penularan dalam negara, 4 kes merupakan bukan warganegara, manakala 2 kes adalah dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Kesemua 4 kes jangkitan dalam negara adalah dalam kalangan bukan warganegara daripada kluster tapak pembinaan Kuala Lumpur 2,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hariannya di sini, hari ini.

Ketika ini, seramai 986 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah itu, 4 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi. Tiada pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, 35 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 7,346 orang sehingga kini.



BERHATI HATI

BAHAYA MASIH

WUJUD

NAK JADI MB PULAK





TAK DAPAT PM

BUAT KACAU

SELANGOR  



Kosongkan DUN Sementa untuk Anwar atau Rafizi?


KUALA LUMPUR – Pemuda Negara Kapar terkesima dengan pandangan Amirudin Shari supaya Dr Daroyah Alwi meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa ekoran keputusan beliau untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ameer Asshafif yang mempersoalkan cadangan tersebut bertanya, adakah saranan Menteri Besar Selangor itu bertujuan untuk menyediakan kerusi DUN Sementa untuk  Anwar Ibrahim atau Rafizi Ramli.

BILA AMANAH

DAN DAP 

DAH TERJANGA

KE SINI PULAK

BUAT KACAU

PUKRAK MUKRAK

KUALA LUMPUR PETANG INI






MERAKAM 

SEJARAH
 KUALA LUMPUR
JAM 6.15 PETANG AHAD
14/6/2020
INDAH CERIA
NYAMAN ENAK
LE  CHATEAU
SANTAI 

PRU AKAN SELESAI MASALAH



MENCARI 

JALAN KELUAR

DARI KEMELUT

HARI INI 

Pilihan raya baharu tak selesaikan masalah Muhyiddin, kata penganalisis



KETIDAKTENTUAN politik dalam negara tidak akan selesai jika pilihan raya baharu diadakan, kata penganalisis politik.

Ia tidak akan menjadi jalan bagi Perdana Muhyiddin Yassin untuk keluar dari kemelut ini, tambah mereka.

“Beliau tidak akan menyelesaikan krisis politik dalam negara ketika ini, kerana saya tidak nampak mana-mana parti atau gabungan politik yang akan mendapat majoriti mudah untuk menghentikan ketidaktentuan ini,” pensyarah Universiti Putra Malaysia dan penganalisis politik, Jayum Jawan memberitahu The Malaysian Insight. 

Menurut Jayum, pilihan raya baharu adalah pendekatan biasa yang diambil untuk menyelesaikan kemelut politik atau kepimpinan tetapi tidak akan menamatkan ketidaktentuan politik Malaysia. 

Tambah Jayum, beliau percaya keadaan tidaktentuan ini akan tetap berterusan kerana tiada parti atau gabungan yang akan menang dengan majoriti mudah.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya pula berkata pilihan raya baharu hanya dua tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018 hanya akan menyusahkan Muhyiddin.

“Saya yakin Muhydiddin sendiri maklum ia akan jadi peluang besar seseorang dari Umno untuk jadi perdana menteri,” kata Azman.

Beliau membayangkan Muhyiddin dan Dr Mahathir Mohamad tidak akan jadi perdana menteri jika pilihan raya diadakan semula.

“Kedua-duanya tidak akan berjaya,” katanya.

Dr Mahathir menuduh Muhyiddin merancang rampasan kuasa sehingga tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.

“Muhyiddin kini dalam situasi sukar. Beliau kini tersepit.”

Menurut Azman, bukan serangan Dr Mahathir sahaja yang perlu dihadapi tetapi juga kemarahan dalam Umno.

“Bersatu tidak boleh bergantung kepada sokongan Umno selepas apa yang berlaku pada pilihan raya umum 2018.

“Umno tidak akan bertolak ansur kerana akar umbi mereka masih marah dan menyalahkan Bersatu kerana cuba memecah belahkan parti. 

“Jadi, Bersatu ini tidak kuat, tiada sokongan akar umbi dan hanya bergantung kepada tarikan beberapa pemimpin. Itupun tidak cukup kuat.” – 14 Jun, 2020.


POLITIK IALAH

SENI 

SEMUA BOLEH

SEMUA MUNGKIN

YANG PENTING

DIFIKIRKAN

DAN

DILAKUKAN

AMIN

ANWAR NAK JADI MB SELANGOR PULAK





KE SINI PULAK

ARAHNYA

Kosongkan DUN Sementa untuk Anwar atau Rafizi?


BERITA MENYUSUL


PANDANGAN BAIK






PANDANGAN BAIK
Bang non n atok bersara ler...
udah2 ler tu.. selagi kamu ber dua masih aktif....selagi itu ler tak aman politik Malaysia ni.... 
on
 LAGI YB PKR 
TINGGALKAN ANWAR
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 14/06/20

pisan

MUHYIDDIN SELESAI MASALAH





MASALAH BERAT

Pilihan raya baharu tak selesaikan masalah Muhyiddin, kata penganalisis


BERITA MENYUSUL



MAAF GUA TAK ARIF





MAAF GUA

TAK ARIFF
pisang -  kueh pau tu bahasa apa? 
bahasa jolobu agaknya.. 
on 
HARI KE 89
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 14/06/20

T

ADA TOLO SAPA DI TWEETER







ADA TOLO SAPA

DI TWEETER
Tt poie la ejek anwar kat twitter, tu pun kalau ado tolo. Kat blog sendiri boleh lah guno kuaso veto. Hanya pilih komen ikut selero sendiri.
 on 
MAZLEE 
TIBAI ANWAR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 14/06/20

Y

JNAGAN FITNAH SYED SADDIK






JANGAN FITNAH

SYED SADDIK
Ramai yang chaklibut tinggalkan Abam ..maksud gwa PKR ..yang lari lelaki tulin dan wanita ..yang tinggal boy boy jambu ..Syed Saddik nak joing PKR tak? 
on 
RAMAI CABUT LARI
 TINGGALKAN ANWAR
panglimo potaseh
at 16:11




Kah kah

DOSA PAHALA SYURGA NERAKA






DOSA PAHALA
SYURGA NERAKA  DAN BIDADARI
YANG KAU IDAMKAN PUN DARI KONSEP
HINDU SANSKRIT
khalwat, hakikat, ziarah tu
 semua bahasa arab, nama kau - 
nama bapak kau pun nama arab
 on 
HARI KE 89
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 14/06/20

Tt

RAMAI CABUT LARI TINGGALKAN ANWAR






LARI LARI

LARI


Rami lagi akan menyusul kami - 

Dr Daroyah

"SAYA yakin dan percaya ramai lagi pimpinan akan menyusuli kami selepas ini," kata bekas Ketua Wanita PKR Selangor, Dr Daroyah Alwi yang mengisytiharkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa itu berkata, beliau tidak bersendirian keluar parti itu malah seramai 35 pemimpin PKR di peringkat pusat, negeri dan cabang turut menyatakan pendirian sama.


CABUT CABUT

CABUT

ANAK MUDA SAA





S.A.A

MENGUMPUL PENGALAMAN
DARI TAK TAHU JADI TAHU


SUSUN ATUR AKSI




TAK CAYA PADA ANWAR





INI BERAT

INI KETUA PARTI

INI PEMIMPIN 

YG TAK CAYA

PADA ANWAR

Saya hilang kepercayaan kepada Anwar – Daroyah

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr. Daroyah Alwi meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Wanita Keadilan Pusat berkuatkuasa serta merta kerana sudah hilang kepercayaan kepada  Anwar Ibrahim.

“Setelah berfikir panjang dan menilai perkembangan terkini yang berlaku dalam parti PKR, saya dengan ini membuat keputusan mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Wanita Keadilan Pusat serta keluar dari parti berkuatkuasa hari ini.

“Saya terkilan dan kecewa kerana yang berjasa telah menjadi korban. Siri terancang pemecatan dan penggantungan anggota terutamanya melibatkan rakan seperjuangan yang lama memperkasa parti dan organisasi dari awal sehingga kini, nyata telah meruntuhkan permuafakatan yang dibina.

“Saya sendiri telah menerima notis tunjuk sebab pada 15 Mei 2020 kerana usaha mempertahankan barisan kepimpinan wanita yang dikenakan tindakan yang tidak adil dan luahan kebimbangan saya mengenai penguruan parti yang sangat kelam kabut juga tidak teratur,” katanya dalam sidang media hari ini.

Turut bersama beliau beberapa anggota Exco Wanita PKR Pusat, Ahli Jawatankuasa PKR dan Wanita Cabang Kapar dan beberapa pemimpin dari sayap parti itu.

Menurut Dr. Daroyah, beliau tidak mahu terlibat atau dikaitkan dalam kancah perebutan kuasa politik, mahupun dalam pembuangan anggota beramai-ramai.

Beliau yang juga Timbalan Speaker Selangor turut meletakkan semua jawatan dipegangnya dalam parti termasuk Ketua Wanita Keadilan Selangor dan Ketua Cabang PKR Kapar.

Dengan peletakan semua jawatan dalam parti itu, beliau mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

Menurut Daroyah, pimpinan parti begitu alpa mengenai idealisme perjuangan serta hala tuju parti yang kini lebih membawa kepada perpecahan.

Katanya, PKR sekarang tidak seperti dahulu, yang mana perjuangan parti kini kelihatan bukan lagi untuk agenda reformasi, tetapi untuk mendapatkan kuasa semata-mata.

“Saya percaya, dengan peletakan jawatan ini, saya tidak lagi diheret dengan masalah perebutan kuasa dalam parti.

“Justeru, saya bertekad untuk terus menjalankan tugas dan memberi sepenuh komitmen dalam memberikan perkhidmatan yang lebih efektif kepada masyarakat di kawasan saya sebagai ADUN,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, keputusan yang dibuat itu bukan bersendirian sebaliknya dikongsi oleh 13 lagi pimpinan Wanita Keadilan Selangor dan percaya ada lagi akan menyusulnya selepas ini.- MalaysiaGazette


DALAM PARTI

RAMAI TAK CAYA

PADA PRESIDEN

DILUAR PKR

LAGI MENIMBUN

YG TAK CAYA

PADA ANWAR

KAH KAH KAH

SAPA KENA TIBAI SAPA KENA LONDEH







 MINGGU INI
AKHIRNYA
MAT SABU
LIM GUAN ENG
SALAHUDDIN
CHIN TONG
KHALID SAMAD
GOVIND
MENGENALI SIAPA
KAKI PUTAR
SABENRANYA 
DULU KHALID DAN GOVIND
BUKAN MAIN ASAK
TIBAI MADEY
SEKARNG BARU SEDAR
SIAPA KAKI PUTAR 

GUMBIRALAH
KERANA AKHIRNYA
KEBENARAN MUNCUL
WALAU PUN LAMBAT

EZAM PERLI ANWAR




SEMUA SILAP

MAT EZAM  PERLI

ANWAR IBRAHIM

Mmg betoi abam sakit tenat, 
tu sbb ezam kene mulakan 
gerakan reformasi drp tanjung rambutan 
on 
BAWA BERUBAT
Publish | Delete | Spam
yeop_sepet
on 13/06/20

TT

YB TAK CAYA PADA ANWAR







INI BERAT

Saya hilang kepercayaan kepada Anwar – Daroyah



BERITA MENYUSUL


ANWAR TETAP PM





ANWAR TETAP PM
Jika abam tidak berjaya jadi PM, kepada otai otai berbisa terimalah norma baru * yang kalah jadi kerajaan, yang menang jadi pembangkang *
 on
 SOKONG 
ANWAR JADI PM
Publish | Delete | Spam
hamim
on 13/06/20

a

NAJIB ZAHID AKAN DIBEBAS?






HUJAH MADEY

MASUK AKAL

TAPI  KALAU

LANUN BEBAS

LANUN AKAN 

BUNUH 

MUHYIDDIN

KHALAS

Muhyiddin akan bebas ahli Parlimen berdepan kes rasuah, kata Dr Mahathir

DR Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kini sedang merancang untuk memastikan enam ahli Parlimen yang menghadapi tuduhan rasuah bebas daripada pertuduhan sehingga beliau dapat mengekalkan majoriti tipis kerajaannya.

Dalam catatan blog bertajuk ‘Telur di hujung tanduk’, Mahathir menyebut enam orang yang akan dibebaskan oleh Muhyiddin tersebut, termasuk Najib Razak, Ahmad Zahid Hamidi, Tengku Adnan Tengku Mansor, Abdul Azeez Abdul Rahim, Ahmad Maslan dan Bung Mokhtar Radin.

“Di waktu Muhyiddin rancang untuk terima UMNO dan Najib sebagai rakan dalam parti baru, beliau janji tidak akan sentuh perbicaraan kes-kes Najib dan lain-lain kes yang melibatkan beberapa pemimpin UMNO. Perbicaraan akan diteruskan.

“Sekarang jumlah wakil rakyat yang menyokong Muhyiddin hanya 114, iaitu tiga sahaja lebih dari separuh (111 wakil rakyat).

“Jika enam orang ini didapati bersalah oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat. Dengan itu penyokong Muhyiddin tinggal 108 – iaitu kurang dari separuh. Maka Kerajaan Muhyiddin pun akan jatuh.

“Sebab itu Muhyiddin akan tentukan enam orang wakil rakyat akan didapati tidak salah.” tulis Dr Mahathir.

Bekas perdana menteri Pakatan Harapan itu berkata kemungkinan Muhyiddin melakukan perkara itu jelas melihat bagaimana  cara anak tiri Najib Riza Aziz serta bekas ketua menteri Sabah Musa Aman yang mendapat kebebasan dalam perbicaraan rasuah mereka.

“Kita sudah lihat bagaimana Riza Aziz dilepas dan Musa Aman juga sudah dilepas.

“Sudah tentu enam orang ini juga akan didapati tidak bersalah. Maka selamatlah Muhyiddin,” tulisnya lagi.

Pemerintahan Dr Mahathir digulingkan pada akhir Februari lalu oleh pakatan politik Perikatan Nasional yang diketuai Muhyiddin dengan Barisan Nasional, PAS, pemimpin PKR yang melompat parti dan Gabungan Parti Sarawak. 

Ia berlaku setelah Muhyiddin yang merupakan presiden Bersatu mengeluarkan parti itu dari gabungan Pakatan Harapan.

Dr Mahathir, yang tidak setuju dengan langkah itu, mengundurkan diri sebagai perdana menteri, mengakibatkan kerajaan PH jatuh.

Tulisannya hari ini muncul kerana spekulasi sedang beredar bahawa Muhyiddin akan membubarkan Parlimrn bagi Muhyiddin mendapatkan mandat kerajaannya.

Dr Mahathir mengakhiri tulisan beliau dengan nada sarkastik.

“Dunia akan ketawa melihat kerajaan pintu belakang ini putar undang-undang. Yang salah tidak salah. Yang benar salah. Yang menang kalah. Yang kalah menang.

“Syabas. Norma baru sudah dicipta. ” – 13 Jun, 2020.


JENG JENG JENG

MUHYIDIN NAK

BUAT APA?

APA LANGKAH

NAK AMBIK

JENG JENG JENG

RAMAI KELUAR PKR TAK SOKONG ANWAR







MAKIN RAMAI

TINGGALKAN

ANWAR
ahli parti pun tak percaya, lari keluar. timbalan pun cabut keluar pasal tak mahu bang non jadi pm. adakah masih ada sinar pm pada bang non. yang ada hanya kentut bakal pm dan mulut busuk para otai. rasanya dap dan amanah pun tak yakin bang non jadi pm. 

dalam parti sendiri pun ahli dah hilang minat pada bang non. hanya otai reforbasi jer yang masih ingin lihat bang non jadi pm. agaknya 92 kerusi parlimen tu cukup dah bang non jadi pm ikut pintu belakang.
 tuan tt kena jaga pasal pintu belakang selalunya sukar untuk dibuktikan dengan kata-kata dan tahan berak. sebab lebai, boleh baca quran dan berkhutbah serta diselit dengan hadis, habis pintu belakang jadi pintu depan. 
on 
LAGI YB PKR 
TINGGALKAN ANWAR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 13/06/20

Pu

JADI BINI TUO







JADI BINI TUO
kapal solam tak bole solam. azilah dan sirul yg akan solam 6kaki dalam tanah. Najib solam colup dalam tiram bini muda. kahkahkah Bik Mama -Big Mah- apo cito skrg? 
on 
KAPAL
 SELAM TERBAKAR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 14/06/20

B

MUHYIDIN BEBASKAN NAJIB





NAJIB BEBAS ?

Muhyiddin akan bebas ahli Parlimen berdepan kes rasuah, kata Dr Mahathir


BERITA MENYUSUL


MAT SABU DAN LGE TIDAK MAHU DITIPU LAGI





MAT SABU 

LIM GUANG ENG

TAK MAHU DITIPU

Otai reformis masih berbisa tapi gigi nya tiada. kahkahkah kami tunjukkan jalan konon, Bang Mat dan LGE tak nak ditpu lagi,tak nak kena turun jalan raya dah. 
Bang Mat nak naik kereta atas jalan raya ada escort mcm 22 bulan lalu Abam kelentong ramasamy boleh la 
on 
MAZLEE 
TIBAI ANWAR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 14/06/20

kapa

KHALID SAMAD GADUH






TAK GADUH 

HANYA TENGKENG
Siapa lagi yg Khalid samad gaduh Kali ni?
 on 
APA KHABAR 
KHALID SAMAD
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 14/06/20

T

MABUK KUASA






MABUK KUASA
Dunia dan apa isinya, 
Hanya kau punya Segala-gala kau dah ada,Tak cukup kau masih minta tambah Mabuk nama, mabuk kuasa dan mabuk anak ikan. on 
MABOK 
NAK BERKUASA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 23:30

ah

HARI KE 89






KHALWAT KE 89
AHAD 14/6/2020
KITA MENERUSKAN KHALWAT
MENRIMA HAKIKAT
INILAH
CARI HIDUP BARU KITA

HOKKIEN PAGI INI BIASA
KUALA LUMPUR MASIH BEKABUS
MATAHARI DAH NAIK
AGAKNYA 
PANAS HARI INI

LALU SEBELAH 
DUA BIJI KERETA MENJALAR
 DITEPI JALAN

DI LERENG BUKIT
DUA LELAKI 5 PEREMPUAN
PERTENGAHAN UMUR
SEDANG ZIARAH KUBUR
ENTAH EMAK 
ENTAH AYAH
MEREKA MEMBAKAR 
KERTAS DAN COLOK
PESTA JIN MING
DAH LAMA BERLANGSUNG
BULAN APRIL
KETIKA KITA PKP

PAGI KELMARIN GUA
BERKESAH TENTANG ROSLAN
PENGURUT DARI BALING

PETANG KELMARIN
KAMI BERJAYA BERHUBUNG
BERITA KURANG BAIK
DIA TAK BAYAR SEWA KEDAI
TIGA BULAN
DI JALAN THAMBYPILLAI
MAKA
ROSLAN TUTUP KEDAI

GUA PELANGGAN TETAP
DAH BERTAHUN
GUA BERURUT DENGAN ROSLAN
KINI ROSLAN MAHU
CARI TEMPAT BARU
DI KAWASAN KAMPONG MEDAN
HAMPIR DENGAN
TEMPAT DI TINGGAL

INI HANYA SEORANG
YANG HIDUP BERDERAI
MATA PENCARIAN HILANG
AKIBAT SERANGAN MAT KOBID

KALAU ANAK KECIL
TAKUT PADA GELAP 
KITA FAHAMI KENAPA
TETAPI
JIKA BAPAK ANAK
TAKUT KEPADA PENCERAHAN
YANG KITA AJUKAN
MAKA
INI MENJADI 
SATU MALAPETAKA

DALAM HIDUP
SENGAJA ADA  
TEMBOK HALANGAN
KERANA 
NAK TENGOK SIAPA
BERANI MEMECAHKAN

SELAMAT BERKHALWAT