WOIT
MADEY KATA
SHAFIE MASIH
CALON PM
APA JADI DENGAN
PEMIMPIN ISLAM
ANWAR IBRAHIM
Shafie masih calon PM kami, kata Dr Mahathir dan rakan-rakan
KETUA Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal kekal menjadi calon pilihan untuk jawatan perdana menteri bagi enam orang wakil rakyat Bersatu dan parti Warisan, kata Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata demikian dalam satu kenyataan bersama lima lagi wakil rakyat Bersatu yang mahukan Shafie menjadi perdana menteri dan bukannya Anwar Ibrahim yang disokong Pakatan Harapan.
“Walaupun Majlis Presiden Pakatan Harapan telah menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri ia tidak melibatkan saya dan rakan-rakan dari Bersatu mahupun Warisan.
“Setelah beberapa perbincangan, saya dan rakan-rakan ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah mengambil ketetapan untuk berpegang kepada keputusan yang telah diambil akhir bulan Jun iaitu untuk menamakan Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri,” katanya.
Kenyataan itu turut ditandatangani Mukhriz Mahathir (Jerlun), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Maszlee Malik (Simpang Renggam), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).
Kenyataan itu dikeluarkan selepas DAP dan Amanah yang pada mulanya menyokong Shafie sebagai PM, menarik balik sokongan mereka untuk menyokong Anwar selepas mesyuarat Majlis Presiden PH pada 6 Julai lalu.
Tambah Dr Mahathir lagi, menamakan Shafie sebagai perdana menteri adalah langkah positif bagi mempertingkatkan hubungan dengan Sabah dan Sarawak.
“Ia bukan sahaja kerana kita percaya dia akan berkeupayaan untuk mendapatkan sokongan majoriti tetapi juga satu langkah ke hadapan demi mempertingkat hubungan Semenanjung dan Sabah dan Sarawak,” kata ahli Parlimen Langkawi itu.
Keenam-enam mereka turut menekankan yang mereka akan terus menjadi blok bebas dan bersama Warisan di blok pembangkang dan tidak menyertai mana-mana kerjasama politik buat masa sekarang.
“Kami juga membuat keputusan untuk kekal bersama Warisan sebagai blok bebas di dalam dan di luar Parlimen. Kami tidak bergabung dengan mana-mana gabungan.”
Dr Mahathir turut mengecam usaha kerajaan mahu menukar speaker Dewan Rakyat dan menegaskan usul tidak percayanya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan diteruskan.
“Kami juga menentang sebarang usaha untuk menggantikan Speaker dan akan meneruskan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin yang menubuh kerajaan yang tidak dipilih rakyat,” katanya.
Pada 27 Jun lalu, Dr Mahathir mengumumkan sokongan terhadap Shafie sebagai calon perdana menteri PH Plus. DAP dan Amanah kemudiannya bersetuju secara prinsip ke atas cadangan itu.
Bagaimanapun, selepas Mesyuarat Presiden PH, kedua-dua parti membatalkan sokongan dan memilih Anwar sekali lagi sebagai calon perdana menteri. – 10 Julai, 2020.
SABAR KARO
PEMIMPIN ISLAM
ANWAR IBRAHIM
AKAN MENJADI
CALON TETAP
PERDANA MENTERI
SAMA SAPERTI
TENGKU RAZALI
KECUALI KU LI
JUGA ADALAH
CALON TETAP
PRESIDEN UMNO
KAH KAH KAH