Rabu, 29 Julai 2020

SUMPAH LAKNAT NAJIB






DARI FAIL 

TUKAR TIUB

7 OGOS 2017



DARI FAIL SEJARAH

Ramai kalangan Ulamak amat lantas membidaah itu ini. Namun apabila politikus pemerintah mau pun pembangkang beria-ia nak bersumpah  junjong naskhah Al Quran...sekor pun tak bersuara.

Sudah tentu lah bidaah dan haram sebab masa Nabi Muhammad SAW belum pun ada naskhah Al Quran. Semua di hafal dan ada tertulis pada tulang dan belulang. Hanya semasa Khalifah Saidina Usman cebisan2 ayat Al Quran disatukan..walaupun usaha mengumpul ayat2 di mulakan di zaman Saidina  Abu Bakar dan Umar lagi

Jika kita kembali ke zaman PRU tahun 1969. Memanda Tengku Abdul Rahman tudoh PAS ambik duit Cina Singapura dan bantu calon2 DAP. PAS dikatakan bertanding di kawasan majoriti Cina untuk pecah undi Melayu.Ini memberi keuntongan pada DAP yang melawan Perikatan yang diwakili MCA.

Dato'' Asri Hj Muda,Pemangku Presiden PAS pula tudoh UMNO dan Perikatan terima duit CIA.

Orang yang paling galak mengesyorkan Tengku Abdul Rahman dan Dato' Asri angkat Al Quran dan bersumpah adalah TPM Tun Razak....Jadi tidak heranlah anaknya Memanda Najib amat gungho dengan bersumpah pasal ketidakterlibatan dalam kes Altantuya dan dll.

Terdapat suara rasional orang ugama masa itu... Tuan Haji Mohamad Salleh bin Hassan Farid,Pemangku Imam Masjid Negara tanggal 6hb Mei 1969  memberi peringatan bahawa;

"Sumpah menggunakan Al Quran tidak sah kerana ia tiada dalam ajaran Islam.Sumpah yang ada dalam ugama Islam adalah dengan menyebut nama Tuhan....kalimah  Wallahi Wabillahi Watallahi""

Bila keadaan reda antara Tengku Abdul Rahman dan Dato Asri...Tun Razak akan hidupkan api perbalahan...Maka serentak 1230 tengah hari pada 9hb Mei 1969 Tengku Abdul Rahman bersumpah di Masjid Zahir  Alor Star didepan wakil  Pas ..Abu Bakar Umar.

Dato Asri bersumpah di Masjid Muhammadi Kota Bharu di hadapan wakil UMNO .Ku Li.

PRU pula sehari kemudian.Mungkin kerana sumpah mungkin takdir..nasib tak menyebelahi Tengku Abdul Rahman.Selangor nyaris  tumbang.Rusohan 13Mei.Hilang jawatan PM.Mangkat di luar UMNO.

Nasib Asri lebih baik.Tahun 1974 jadi Menteri Pusat tapi ditendang keluar  1977.Kemudian disisih oleh PAS.Tubuh parti kecil dan lebeh memeranjatkan mati dalam UMNO.

Jadi waspadalah tuan2.Jangan sewenang wenangnya ashek nak junjong Al Quran bersumpah,. Nanti makan diri.Ramai pemain2 utama Sumpah Laknat dimakan sumpah
Wallah uq Alam Bissawab





TAK ADA MAU PAKAT DALAM MAUFAKAT NASIONAL






PASAI APA

MENYESAL

MASUK

 KERAJAAN

KAH KAH KAH

INGAT BOLEH

KES PADAM ?

KAH KAH KAH

KENA 12 TAHUN

AMIN

Tak bijak masuk kerajaan Perikatan, kata pemimpin Umno


GABUNGAN dengan Bersatu, PAS dan puak Azmin Ali dalam Perikatan Nasional (PN) adalah tindakan yang tidak bijak, kata pemimpin kanan Umno Tajudddin Abdul Rahman.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, ini kerana Umno akan berkelahi dengan parti tersebut disebabkan isu pembahagian kerusi untuk bertanding pilihan raya umum akan datang.

Beliau menjangka demikian kerana melihat Umno kini sukar membuat tuntutan untuk bertanding di kerusi tradisinya.

Katanya, walaupun kalangan pemimpin Umno mendakwa kerusi tradisi itu akan kekal menjadi kerusi parti itu, ia tidak mudah seperti yang diperkatakan.

“Kemasukan kita dalam Perikatan Nasional adalah satu keputusan yang tidak begitu bijak. Tetapi apakan daya kita dah diheret masuk. Sekarang ini kita tak boleh keluar begitu saja.

“Saya dah beritahu kita akan hadapi cabaran (pembahagian) kerusi-kerusi dalam pilihan raya akan datang, banyak orang ambil mudah.

Katanya, tuntutan untuk kembali bertanding di kerusi yang kini menjadi milik Bersatu juga sukar kerana tidak akan dilepaskan dengan mudah oleh parti itu.

Pendirian tersebut dinyatakan sendiri oleh presiden parti berkenaan Muhyiddin Yassin dalam dua pertemuan, kata ahli Parlimen Pasir Salak itu lagi.

Dalam pertemuan itu, Muhyiddin menegaskan supaya Umno hanya bertanding di kawasan yang kini diwakilinya manakala Bersatu juga kekal mempertahankan kawasan diwakili parti tersebut.

“Tapi sebahagian daripada kita berfikiran senang dan mudah,” tambah Tajuddin dalam ucapan di satu program Umno di Alor Setar, Kedah.

Ucapan itu yang disiarkan secara langsung di Facebook Umno Kedah pada Sabtu.

Beliau turut mendedahkan, isu pembahagian kerusi bukan hanya menyebabkan Umno bergaduh dengan Bersatu malah kini dengan PAS.

Malah ia akan menyebabkan hubungan dengan parti rakan dalam Muafakan Nasional itu akan renggang, katanya.

“Kita akan kelahi dengan Bersatu untuk pembahagian kerusi. Tunggulah ini bacaan saya.

“Saya tegur PAS, macam mana perebutan PAS dengan Umno untuk tempat-tempat tertentu. Tidak mesra, tidak seronok, seperti Muafakat Nasional (MN),” katanya.

Tajuddin turut mengingatkan bahawa Umno pada asalnya mahu bertanding pilihan raya sebagai pembangkang tetapi perkara itu berubah selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.

Katanya beliau menolak pembentukan kerajaan PN sejak awal lagi dan mengaitkan dengan sokongan PAS waktu itu supaya Dr Mahathir Mohamad terus menjadi perdana menteri ketujuh.

“Apa untung kita sokong Dr Mahahir Mohamad (sebagai perdana menteri)? Semua ajak sokong Tun Mahathir, PAS ajak kita…  biar jadi perdana menteri sampai habis penggal, siapa cakap?

“Siapa cakap? PAS cakap, Umno tak cakap. Jadi kita terpaksa ikut PAS. Kita di bawah. Masuk PN, saya tidak bersetuju dengan PN daripada mula, saya cakap terus terang,” tambah beliau. – 27 Julai 2020


DAH RETAK

NAK TUNGGU

BELAH

AMIN

MUAFAKAT 

DAH TAK JADI

MUAFAKAT LAGI

SEKARANG  

PAKAT PAKAT

NAK REBUT

KERUSI 

NAK CEKIK 

KEPALA KAWAN

LAMA

AMIN

DUIT WAJIB BANYAK






DUIT WAJIB 

BANYAK
Ofkos laa. He holds the key to the many billions. Semua yang nak dibuat kena ada duit jang. Nak tukar fikrah pengundi, lagi banyak pakai duit.
 on 
INI BAHAYA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 29/07/20

Pas tid

APA TINDAKAN ZAHID




APA TINDAKAN

ZAHID

KALAU  TAK

BERTINDAK

ZAHID AKAN

MASUK SAMA

AMIN


UMNO tentukan hala tuju kerajaan PN dalam masa terdekat – Zahid

KUALA LUMPUR – UMNO akan melakukan perbincangan dalaman bagi menentukan hala tuju kerajaan Perikatan (PN) selepas  Najib  didapati bersalah dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan UMNO tidak akan duduk diam dan akan melakukan sesuatu ekoran kes ini dalam masa terdekat.

“Maka tentunya ada sesuatu yang akan dilakukan oleh UMNO. Tunggulah keputusan-keputusan yang akan kami perbincangkan.

“Maka tentunya apa yang akan kami lakukan adalah tindakan bersifat usaha bagi menentukan hala tuju kerajaan yang ada sekarang,” katanya kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri prosiding ahli Parlimen Pekan yang juga bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini.

Mahkamah Tinggi hari ini mendapati Najib bersalah terhadap tujuh dakwaan salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram SRC International bernilai RM42 juta.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan tujuh tuduhan ke atas ahli Parlimen Pekan itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO juga akur dengan keputusan itu sambil melahirkan rasa sedih terhadap nasib yang menimpa bekas Perdana Menteri itu.

“Saya bagi pihak UMNO akur dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah terhadap Datuk Seri Najib namun sebagai sahabat saya berasa simpati dan amat sedih dengan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah.

“Namun beliau (Najib) memberitahu saya, this is not the end of the world,” katanya lagi. –



TARIK SOKONGAN

PADA MUHYIDDIN

KAH KAH KAH

PAKATAN AKAN

MASUK SOKONG

MUHYIDDIN

KAH KAH KAH

NAK BIKIN APA

NAK BUAT PRU15

PAS UDAH

CABUT LARI

SOKONG 

KERAJAAN

KAH KAH KAH



INI SEN

ISLAM ISLAM INILAH DIA ISLAM






BILA LANUN

BERTEMU

PENCURI

IANYA MENJADI

ISLAM 

SUNNI WAL

RASUAH

AMIN
 

Pemimpin PAS ziarah Najib selepas keputusan mahkamah

PEMIMPIN tertinggi PAS semalam menziarahi Najib Razak selepas bekas perdana menteri itu didapati bersalah dalam perbicaraan rasuah SRC International.

Dalam catatan di Facebook, Najib berkongsi gambarnya bersama pemimpin PAS yang mengunjungi di rumahnya di Taman Duta.

Pemimpin PAS yang hadir adalah presidennya, Tuan Haji Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Tuan Haji Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung Tuan Haji Takiyuddin Hassan dan Ahli Majlis Syura, Tuan Haji Khairuddin Aman Razali.


ISLAM ISLAM

INILAH DIA

ISLAM

KAH KAH KAH

JUMPA DALIL






Tuan Haji Hadi Awang

terjumpa dalil



Presiden PAS Abdul Hadi Awang:

PAS menghormati proses mahkamah yang berteraskan prinsip kedaulatan undang-undang yang didukung oleh kerajaan Perikatan Nasional.

PAS yakin Najib Razak akan memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk mendapat keadilan di mahkamah ke peringkat seterusnya.

Walau dalam apa keadaan sekalipun, PAS menzahirkan komitmen bersama Umno dalam Muafakat Nasional di samping terus memperkukuhkan kerajaan Perikatan Nasional. – 28 Julai, 2020.


AKHIRNYA

TERJUMPA JUGA

DALIL DAN NAS

KAH KAH KAH

BUKAN DALIL

SALAH MENCURI

TAPI

DALIL BILA

DIBUKTI MENCURI

BOLEH MENIPU

DAN MERAYU

INILAH AJARAN

ISLAM

SUNNI WAL 

RASUAH

AMIN

PEMIMPIN ISLAM CONTOH




NAJIB

PEMIMPIN ISLAM

CONTOH

AMIN

NAJIB BERANI 

BERSUMPAH

INILAH CONTOH

PEMIMPIN SUCI

JUJUR WARAK

SEMBAHYANG

PERGI MEKAH

CIUM BATU ITAM

BERI SALAM

PADA KUBUR

AMIN


‘Wallahi, Wabilahi, Wattallahi. Saya tak terlibat seleweng RM42 juta – Najib

KUALA LUMPUR –  Najib  bersumpah tidak terlibat dalam penyelewengan RM42 juta di mahkamah hari ini.

Beliau berkata demikian selepas bangun membuat penyataan akhir sebelum Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali jatuh hukum kepadanya.

Najib dalam keadaan sayu dan beremosi namun tetap berkata, dirinya tidak bersalah dan tidak sesekali terlibat dengan penyewelengan dana SRC itu.

Untuk pengakuan itu, Najib juga bersumpah beliau tidak mempunyai sebarang saksi mahupun bukti untuk menyokong kenyataannya.

“Wallahi Wabilahi Wattallahi. Saya sekali lagi ingin menyatakan apa yang telah saya katakan sebelum ini.

“Sebagai seorang Islam, saya ingin katakan sekali lagi bahawa saya tidak meminta RM42 juta, mahupun ditawarkan kepada saya. Untuk ini, saya tiada bukti mahupun saksi menyatakan demikian.

“Sekali lagi saya katakan bahawa diri saya tidak tahu-menahu mengenai RM42 juta itu, itu sahaja hendak saya katakan,” katanya.



CONTOHI NAJIB

PEMIMPIN ISLAM

YANG TAK KENAL

ALTANTUYA

TAK PERNAH

BERZIANA

CONTOHILAH

PEMIMPIN 

ISLAM SUNNAH

WAL RASUAH 

JIKA MAHU

MAJU KE

SUNGAI BULUH

AMIN

PARTI MEMYUSAHKAN HIDUP





PARTI MENYUSAH

HIDUP DI DUNIA

DAH MATI

BARU BOLEH ENJOY

Parti Angkut Sampah nih kalau... - video boleh aje dikata besi... - tipu ikut syariah...nik bedal suara dah tak boleh nak claim bukan dia kantoi habis - RUU355 hanya terpakai semasa di belah pembangkang... - 
maka jatuh hukum nyer pahlawan bugis kerana bukan mahkamah PASelam dan tidak pakai Syariah Buku 355 (bunyi macam Buku 555) boleh ajer ignore... tuh sebab kepala-bungkus DiBawang siang siang dah kluar statement wont affect UMNO-PAS partnership.....has set in STONE already? Wow the wet-concrete hardened really fast eh? 
on 
TER KINI 
TER NOWW
 TER HOTT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 29/07/20

Ofk

NAJIB AKAN MASUK






NAJIB AKAN 

MASUK

kalau manusia cukup akal,cukup sempurna kena pegang nilai nilai kemanusiaan, sesekali kata Cina Merah bahaya sapa suruh kawan, ini macam penguatkuasa Melayu, sembang bab agama wah bukan main rancak, tapi menadah tangan dengan Cina juga minta duit, 
macam sedekah lah cuma guna power kuasa sikit, melayu tak pernah bagi pin, kalau bagi siap lah, India jangan harap lah, minum pon tak cukup duit lah kah kah kah, jangan lah wayang tinggi TT, high moon, Najib tak masuk mana pon akan diatur segala kah kah kah dia ada duit bukan curi susu, mahkamahnya adil.saksama...
 on 
AWAS BAHAYA 
CHINA MERAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 29/07/20

Ada la

ZAHID BERI AMARAN




AMARAN ZAHID

UMNO tentukan hala tuju kerajaan PN dalam masa terdekat – Zahid


BERITA MENYUSUL



CONTOHI PEMIMPIN ISLAM




BERANI 

BERSUMPAH


‘Wallahi, Wabilahi, Wattallahi. Saya tak terlibat seleweng RM42 juta – Najib


BERITA MENYUSUL


BELAKANG NAJIB DALAM BAHAYA




KENAPA SUKA

BELAKANG

KAH KAH KAH

SAPA PENGARUH

BERDIRI

DIBELAKANG


KAH KAH KAH

SAIPOL KE

ANWAR ?

KAH KAH KAH

BERDIRI TEGOH

ATAU

BERDIRI TEGANG

KAH KAH KAH

Ahli Umno berdiri teguh di belakang Najib

PERJUANGAN belum selesai bagi ahli Umno yang menyokong Najib Razak ketika parti itu berdiri teguh di belakang bekas presiden yang bakal berdepan fasa berikutnya dalam kes SRC International.

Pemimpin dan ahli akar umbi Umno berkata walaupun mereka menerima keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mendapati Najib bersalah, mereka berharap kebenaran akan terserlah suatu hari nanti.

Mereka menegaskan Najib masih ada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dan berharap mahkamah yang lebih tinggi akan menyebelahi beliau seperti kes jenayahnya yang lalu.

Najib semalam dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah kerana menyalahgunakan kuasanya ketika menerima dana RM42 juta daripada SRC International pada 2014 dan 2015.

Beliau juga dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga kesalahan pengubahan wang haram dan tiga tuduhan pecah amanah. 

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan hukuman tersebut dijalankan secara serentak. Najib, bagaimanapun, dibenarkan menangguhkan hukumannya itu.

Najib adalah bekas perdana menteri pertama yang didakwa dan disabitkan kesalahan di Malaysia.

Beberapa ahli Umno memberitahu The Malaysian Insight, keputusan itu adalah “tafsiran” Nazlan yang mungkin tidak dikongsi dengan hakim di Mahkamah Rayuan.

“Ini adalah tafsiran daripada seorang hakim dan keputusan itu berdasarkan tafsirannya. Kita perlu menunggu apa yang dikatakan para hakim di Mahkamah Rayuan,” kata Ketua Bahagian Umno Pokok Sena, Said Ali Syed Rastan.

Pemimpin akar umbi Umno Kedah itu berkata keputusan berkenaan juga menunjukkan badan kehakiman bebas daripada campur tangan dan meminta masyarakat menghormati kebebasan institusi tersebut.

“Dalam kes hari ini kita dapat lihat tiada gangguan terhadap badan kehakiman negara. Mahkamah bebas buat keputusan dan kita harap kes lain juga berjalan dengan proses seperti.”

Timbalan Ketua Umno Pahang, Mohd Sharkar Shamsudin berkata, kes Najib menunjukkan risiko yang diambil oleh ahli politik dalam kerjaya mereka.

“Ini adalah akibat menjadi seorang ahli politik apabila anda melakukan sesuatu yang baik untuk rakyat dan parti tetapi disalahtafsirkan sebagai sesuatu yang lain,” kata Sharkar yang juga exco negeri bagi pelancongan, alam sekitar dan perladangan.

“Tetapi kami menerima keputusan mahkamah dan berharap mahkamah lebih tinggi akan melihat semula keputusan tersebut.”

“Ahli Umno mesti bertenang dan kami akan meneruskan proses untuk membawa keadilan bagi Najib. Kebenaran akan terserlah,” kata Sharkar.

Ketua Umno Cawangan Shah Alam, Kalam Azad Abu Bakar berkata ahli akan terus menyokong Najib ketika beliau mengemukakan rayuan.

“Kita bersama berdoa dan beri sokongan kepada Najib. Perjalanananya masih panjang lagi dan ada tindakan mahkamh seterusnya. 


BERTAMBAH

CANTIK LAGI

KERAJAAN INI

BUKAN DARI

MUSUH

INI GAMIN

GEROMBOLAN

SENDIRI

KAH KAH KAH

HUMBANKAN PENYAMUN





HUMBANKAN

PENYAMUN SEGERA
humban mereka penyamun dengan segera... biar penyokong mereka berair mata darah sekalipun... humban cepat sikit, biar reti apa itu amanah, apa itu tanggungjawab, jangan nak berpolitik taik je hari2... kalau tak dibersihkan, rosak anak cucu... berambus politik menyamun...
 on 
TAMATNYA KESAH 
SEORANG PENYAMUN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 29/07/20

ka

ZAHID SILAP






ZAHID SILAP
UMNO akan ambil semula kerusi Mersing - 09 Jul 2020. Ni semua salah Zaheed. Kalau bagi kerusi Mersing tu pasti Najeeb terlepas. Harga sebuah kerusi. 
on 
TERKINI 
TER NOWW
 TER HOTT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 28/07/20

Lep

INI BAHAYA





INI BAHAYA

Ahli Umno berdiri teguh di belakang Najib


BERITA MENYUSUL


MISS DIROTAN





MISS DIROTAN
Mujur xkena rotan sbb dah tua. Klu tidak mesti Ajib jerit mama,mama,mama. Lepas ni lebih mudah nak penjarakan Wak Jahid,Tg Fraud,Geng mamak sbb kes2 mereka lebih jelas. 
on 
TAMATNYA 
KESAH 
SEORANG PENYAMUN
Publish | Delete | Spam
Arymanchino
on 28/07/20

Act

PENGUNDI MUDA AKAN TOLAK PAS




ANK MUDA

DAH BOSAN

DENGAN PARTI

POLITIK BEBAL

LAGI POYO

Data PRU14 tak jamin Perikatan rampas kerusi Parlimen Kedah, kata penganalisis


PELUANG PAS, Umno, dan Bersatu untuk menguasai lebih banyak kerusi Parlimen di Kedah tidak tidak boleh ditentukan dengan hanya mengambil kira data pilihan raya lepas, kata penganalisis.

Penganalisis dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, corak pengundian dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak boleh dijadikan kayu ukur kerana perubahan parameter.

Jelasnya, PN antara lain perlu mengambil kira pencapaian pentadbiran mereka dan faktor sokongan pengundi baharu serta sikap penyokong sedia ada dan juga para pemimpin parti.

“Corak pengundian pada PRU14 tidak boleh dijadikan panduan untuk corak pengundian PRU15 kerana jumlah pengundi bertambah dan dinamik politik juga berubah bergantung kepada pencapaian PN di pusat dan negeri.

“PN juga kena berhati-hati supaya tidak terjerat dengan keyakinan politik yang kini tinggi di Kedah.

“Ini kerana strategi politik sejauh mana hebat pun tidak mampu bawa kemenangan, sekiranya PN gagal menyatukan pemimpin dan penyokong khususnya dalam isu pencalonan,” katanya.

Beliau memberi amaran, pemimpin berkenaan akan mengundang bala kepada parti sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi.

“Pemimpin yang kecewa tidak dicalonkan mungkin akan sabotaj parti seperti yang pernah berlaku ketika PRU12, PRU13 dan PRU14,” kata Azizuddin.

Tambahnya, walaupun kerjasama erat dalam PN mampu menyumbang kepada kemenangan, faktor dua tokoh politik, Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Mukhriz tidak boleh dipandang ringan.

“Jangan pandang rendah pada kekuatan Pakatan Harapan (PH) yang merupakan negeri mantan perdana menteri, Dr Mahathir dan bekas menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir.

“Mereka dan PH ada sokongan, kekuatan, dan pengalaman untuk memenangkan PH. Namun, jika PH masih berbalah sesama sendiri… PN ada peluang cerah menang dalam PRU15,” tambahnya.

Jelasnya, pola pengundian dalam pilihan raya kecil juga tidak boleh dijadikan asas untuk mengukur kekuatan dalam pilihan raya akan datang kerana keadaan yang berbeza.

Selain itu, sokongan ke atas PAS dalam PRU14 juga tidak boleh dinyatakan sebagai undi daripada penyokong parti tersebut di Kedah.

“Semasa PRU14 kami sedar terdapat kelompok pengundi PAS tetapi dia bukan penyokong dan melihat kekuatan PAS.

“Kelompok ini mengundi PAS kerana protes terhadap Umno, Najib Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mereka juga melihat jentera PH di Kedah tidak kuat.

“Bagaimana kelompok ini mengundi pada pilihan raya akan datang, masih timbul persoalan,” katanya.

Selain itu sikap di kalangan pengundi muda yang semakin ramai dan akan menyertai proses pilihan raya buat pertama kali ini juga berbeza.


GADUH REBUT

SABOTAJ

ISLAM KE 

KAPIR KE

SEMUA SAMA

KAH KAH KAH