Jumaat, 21 Ogos 2020

GOYANG GOYANG SEDIH







GOYANG 

GOYANG SEDIH

Lagu sedih tapi goyang goyang .. 
on 
DIKIR DAN
 KRITIK SOSIAL
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 21/08/20





GOYANG GOYANG







GOYANG GOYANG

Cerita liwat ni igp dh ckap rimas, rimas...buang masa nk siasat. Rasanya ramai yang loya tak larat dengar cerita sama camni. Kita anggap la cerita tu betul abes tu nak apa lagi, kalau nak cas mahkamah si nuar pun tak guna bukti takde dah cerita berlaku 2013.. 
Setakat nak cerita pasal SD takyah la dah tak laku tektik camtu, kalau de rakaman tu leh bawak bincang... Daripada baca SD tu baek kita pakat melancap ramai ramai hurmmmm.... 
on 
SAPA PULAK
 KENA LIWAT
Publish | Delete | Spam
Ayob Anak Tulakang
at 15:19

J

TIPU JANGAN TAK TIPU






TIPU
 
Ini cerita bunuh dua burung pakai satu peluru..Ditelan mati mak diluah mati bapak..if u cant beat them join them.. Kalau agak2 nk menipu tapi tak lepas ngaku je cepat²..
 on 
BERITA BERGOYANG
Publish | Delete | Spam
Mat Despatch
at 16:06

Ka

TAK LAKU







TAK LAKU

Sd1..ramai. sd2..sudah kurang. Sd3...sepi. kalau retis keluar gosip tak ada yg heran maka dia akan jual nasi lemak saja. Dah tak laku. 
Patut bila naik gosip maka retis tu laku. Cd laku,pirate keluar.bila pirate pun tak hingin nak copy maka retis tu dah kaput. Tak releven mcm dia cakap sendiri masa sd1. 
on 
GOYANG JADI PAU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 16:43

Ka

GADUH BAWA KEBAIKKAN









GULAI BABI

SEKAWAH

MAKIN KACAU

KAH KAH KAH 

Siap sedia bertanding solo, kata pemimpin BN Selangor

UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu bersiap sedia untuk bertanding bersendirian dengan lambang dacing dalam pilihan raya umum akan datang, kata ketua penerangan BN Selangor, Isham Jalil.

Beliau memberi peringatan itu ketika PAS mengesahkan parti Islam itu dan Bersatu antara antara penaja bersama pendaftaran gabungan Perikatan Nasional.

“Pada saya, Umno dan Barisan Nasional perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan, termasuklah jika kita terpaksa pergi berjuang dalam pilihan raya umum ke-15 secara bersendirian dengan sepanduk dan lambang Barisan Nasional seperti berpuluh tahun sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

PN adalah gabungan kerajaan yang dibentuk selepas percaturan politik pada hujung Februari lalu yang menyingkirkan Pakatan Harapan dari Putrajaya.

Ia dibentuk secara longgar sebelum ini oleh Bersatu, Umno dan komponen BN, serta PAS dan parti kecil di Sabah. Gabungan itu disokong oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Umno pada masa sama menjalin kerjasama rasmi dengan PAS atas nama Muafakat Nasional, yang dimeterai pada September 2019.

Jelas Isham, Umno dan BN bukannya hendak bersendirian tetapi ia juga tidak boleh memaksa mana-mana pihak untuk terus menjalin kerjasama dengannya.

“Benar peluang kita untuk menang adalah lebih tinggi jika kita bersama berbanding jika kita bersendirian.

“Namun jika ada mana-mana pihak yang mahu tinggalkan kita secara sukarela oleh apa jua sebab sekali pun, saya tidak rasa kita boleh memaksa mereka untuk setia bersama kita atau menghalang mereka dari meninggalkan kita, jika itu pilihan mereka. 

“Tiada paksaan dalam kerjasama politik sebagaimana juga tiada paksaan dalam Islam,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengesahkan parti Islam itu adalah antara parti penaja PN, yang pendaftarannya dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.

“PAS ada, Bersatu ada (sertai PN). BN kena tanya BN, saya tidak pasti.

“Jawatankuasa penaja boleh mana-mana pihak, lepas ditubuhkan (PN) ahli lain boleh masuk,” katanya.

Setiausaha Agung BN Annuar Musa hari ini mengulangi ketegasan Umno tidak akan menyertai PN.

Ia bagaimanapun tidak menghalang mana-mana parti lain untuk bersama dalam gabungan itu, katanya. 

PAS juga katanya tidak melanggar piagam Muafakat Nasional dengan Umno apabila terlibat sebagai penaja penubuhan PN.

Permohonan pendaftaran PN dikemukakan awal bulan ini kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS), kata naib presiden Bersatu Abdul Rashid Asari.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebelum itu mengumum pendirian rasmi Umno tidak menyertai PN tetapi mendukung kerajaan di Putrajaya dan beberapa negeri.

Umno sebaliknya kata beliau mahu memperkukuhkan kerjasama politik dengan PAS dalam Muafakat Nasional dan komponen BN. – 20 Ogos, 2020.


GEROMBOLAN

MAKIN PECAH

MAKIN BANYAK

KUMPULAN

KAH KAH KAH

LAGI RAMAI

KENA DAKWA

LAGI KACAU

GEROMBOLAN

AMIN

LAGI BANYAK

KEPALA LAGI

BESAR GADUH

AMIN

INI BAIK UNTUK

MALAYSIA  KITA

AMIN

LARI TINGGALKAN BERSATU





WOIT

NI BERITA BAIK

 TAPI

PARTI PEJUANG



BELUM DAFTAR

AMIN

KALAU GAGAL

DAFTAR APA

JADI?

AMIN



24,000 ahli Bersatu Kelantan bakal keluar parti

Bekas Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan, Sazmi Miah mendakwa seramai 24,000 daripada 42,000 ahli parti negeri itu bakal meninggalkan Bersatu dalam masa terdekat.

Menurutnya, mereka akan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang baharu ditubuhkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam sidang media di Kota Bharu hari ini juga, beliau mengumumkan 200 ahli Bersatu Kelantan keluar parti.

Beliau berkata, mereka terbabit membuat keputusan itu kerana merasakan Bersatu telah menjauhkan diri dari objektif asal parti untuk memerangi kleptokrasi.

“Kami tidak boleh menerima keputusan membawa keluar Bersatu daripada Pakatan Harapan (PH) semata-mata untuk menubuhkan sebuah gabungan kerajaan baharu yang terdiri daripada parti yang kami lawan bermati-matian pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” lapor Bernama.

Jelas Sazmi, kesemua 200 bekas ahli Bersatu yang hadir hari ini mewakili lebih 5,000 ahli akar umbi lain yang meninggalkan parti.


APAKAH

MUHYIDIN AKAN

BENARKAN 

PEJUANG BANGUN

MELAWAN?

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

AMIN

AL KACAU WAL MACAU





KACAU MACAU

TERUSKAN LAGI



Siap sedia bertanding solo, kata pemimpin BN Selangor



BERITA MENYUSUL



PAHLAWAN REMBAU







PAHLAWAN REMBAU

Kira setiap gambar ada makna, setiap abjad ada makne, setiap tanda tanya ada makna, setiap salah ejaan pun ada makne. Apa yg ko nak kias tentang KJ dengan gambar hisap debu tu? Semiotik kunun. Semiotik tu tanda tak brani tuduh terus, mcm ular menyusup dlm lalang. 
Tuduh terus jelah, ada brani? Buat mcm RPK terus tuduh tak yah semiotik semiotiknya. Mamat yg tular video pasal Mokhtar Dup ko puji brani. Ko mcm mana? Harap kan tiup je lah. 
Angin je yg lebih. 
on 
MUNCUL 
PAHLAWAN REMBAU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 21/08/20

Alh

GOYANG JADI PAU



KEBENARAN


INI KUEH PAU


INI KUEH GOYANG
TAPI
 BAGAIMANA
KUEH GOYANG
BOLEH BERTUKAR
MENJADI KUEH PAU
BUNYINYA MUSTAHIL
TAPI INILAH
YANG SEDANG  BERLAKU
KUEH GOYANG
SUDAH PAU
AMIN


BERITA BERGOYANG







WOIT

INI BERITA

ASAL

KAH KAH KAH


Dakwaan liwat: 

Lelaki dakwa diperalat buat SD


Individu yang sebelum ini mendakwa seorang pemimpin politik pembangkang terkemuka melakukan liwat terhadap dirinya kini tampil membuat penjelasan.

Menurut individu terbabit, dia telah diperalat dan dipergunakan oleh seorang pemimpin NGO untuk membuat tuduhan tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini, lelaki terbabit mengesahkan dia membuat laporan polis terhadap presiden Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia Ramesh Rao Krishnan Naidu dan bloger Raja Petra Kamaruddin.

Berdasarkan laporan polis yang dilihat Malaysiakini, dia mendakwa dipengaruhi untuk membuat akuan bersumpah (SD) berkenaan liwat yang dilaporkan sebelum ini.

Lelaki itu juga mendakwa Ramesh Rao berjanji akan memberikannya habuan atau pampasan atas tindakan tersebut.

Laporan polis dibuat setelah blog Malaysia Today menerbitkan artikel mengenai tuduhan liwat berkenaan.

"Saya telah diperalat dan dipergunakan oleh Datuk Seri Ramesh Rao Krishnan Naidu dengan melakukan penyebaran berita berunsur lucah di media sosaial keatas saya hingga menyebabkan segala maruah saya dan seluruh ahli keluarga saya tercemar dan telah menyebabkan saya diganggu oleh beberapa pihak media sehingga menyebabkan saya terganggu emosi dan tertekan.

"Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk mengambil tindakan kepada Dato Sri Ramesh Rao dan Raja Petra yang menyebarkan berita berunsur lucah ke media sosial," menurut laporan yang dikongsikan kepada Malaysiakini.

Tak pernah berjanji

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan polis mengambil kenyataan pengadu semalam dan akan memanggil Ramesh Rao untuk disoal siasat.

"Siasatan sedang dijalankan," kata Mior kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, Ramesh Rao ketika dihubungi berkata polis telah menghubunginya bagi diambil keterangan esok.

"Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya dan memberitahu perkara yang sebenarnya.

"Saya tidak pernah berjanji atau memberitahu (pengadu) bahawa (menteri) akan membiayai dia," katanya kepada Malaysiakini.

Selain itu, Ramesh Rao juga mengaku meyakinkan lelaki terbabit untuk membuat akuan berkanun berhubung dakwaan liwat terbaru melibatkan seorang ahli politik pembangkang terkemuka itu.

"Ya, saya lakukan, kerana tanpa SD bagaimana untuk membuktikan bahawa dia adalah mangsa?" katanya.

Malaysiakini telah menghubungi pembantu menteri kanan terbabit untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Dalam SD bertarikh 29 Jun lalu, lelaki terbabit didakwa melakukan hubungan seksual dengan ahli politik berkenaan di beberapa hotel pada 2013 dan diberikan upah sejumlah RM300 setiap kali bersama.

Dia turut mendakwa atas permintaan ahli politik itu, dia juga memperkenalkan seorang kawannya kepada ahli politik berkenaan dan kedua-duanya melakukan hubungan seks.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan lelaki itu juga dikatakan telah memfailkan satu laporan polis mendakwa berlaku manipulasi tetapi tidak dapat disahkan.

Malaysiakini juga telah menghubungi ahli politik itu untuk memberi komen mengenai tuduhan tersebut.


MAKIN 

BERGOYANG

KAH KAH KAH

SAPA AHLI

POLITIK ITU

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

INI KES APA NI?






KES APA

PULAK NI

AMIN


Bukit Aman akan panggil Ramesh Rao berhubung isu SD liwat

POLIS akan mengambil keterangan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Ramesh Rao berhubung satu akuan bersumpah (SD) mendakwa seorang pemimpin politik pembangkang terbabit dalam liwat.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

“Ya, beliau (Ramesh) akan dipanggil … beliau antara saksi yang akan dipanggil (untuk diambil keterangan),” katanya.

Mior Faridalathrash bagaimanapun tidak memaklumkan bila pemimpin badan bukan kerajaan itu akan dipanggil ke Bukit Aman.


Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan hubungan luar tabii.

Sebelum ini satu SD mendakwa seorang lelaki mengadakan hubungan luar tabii dengan seorang ahli politik sebanyak empat kali di hotel berbeza di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang pada 2013 tular menerusi media sosial. 

Bagaimanapun, individu yang membuat SD itu membuat laporan polis minggu ini mendakwa Ramesh mempengaruhinya agar membuat tuduhan tersebut. – Bernama, 20 Ogos, 2020.


TAHUN 2020

MASIH LAGI

TAHUN MELIWAT

MALAYSIA KE?

KAH KAH KAH

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

AMIN


AWAS LEDAKAN AKAN BERLAKU






LEDAKAN EKONOMI
BILA EKONOMI CHINA RUNTUH
AWAS
RAMAI WARGA CHINA AKAN
CUBA NYULUDUP MASUK 
KE TANAH MELAYU
SEKARANG KIAT
TAK TAHU BERAPA  TAK PULANG
SATELAH VISA PELAWAT MATI
AMIN
SEKA


TAK PERCAYA PADA ANWAR







MAKIN RAMAI

CABUT LARI

TAK PERCAYA

PADA 

PEMIMPIN ISLAM

ANWAR IBRAHIM

AMIN


Timbalan pengerusi PKR Sarawak keluar parti

TIMBALAN Pengerusi PKR Sarawak yang digantung, Baharuddin Mokshen memutuskan untuk keluar dari parti yang dibina beliau selama 14 tahun.

Baharuddin, atau lebih dikenali sebagai Baha berkata beliau tidak menyerahkan surat pengunduran diri secara rasmi namun keluar parti bagi membantah surat tunjuk sebab dan membiarkan tempoh rayuannya berakhir.

Baharuddin berkata beliau hilang kepercayaan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim, beliau mendakwa Anwar membiarkan parti PKR “dirampas oleh orang-orang yang tidak pernah memperjuangkan reformasi politik” ketika dia (Anwar) berada di penjara.

“Saya dah move on (tak peduli lagi). Tidak ada jalan untuk patah balik sekarang,” kata ketua PKR Petra Jaya itu kepada The Malaysian Insight.

Baharuddin berkata bahawa keluarnya beliau daripada PKR boleh menyebabkan ahli PKR  keluar parti secara besar-besaran terutama anggota Melayu-Melanau di sekurang-kurangnya 15 dari 29 kerusi DUN Melayu-Melanau.

Beliau berkata bahawa anggota PKR Melayu-Melanau, termasuk dirinya, telah didekati sebuah parti politik yang memerintah, namun beliau menolak tawaran menyertai parti itu.

Baharuddin turut berkata bahawa beliau masih menyokong bekas ahli parlimen PKR lain yang kini berada dalam parti kerajaan - Ali Biju, Ahli Parlimen Saratok dan Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, dan Willie Mongin, Ahli Parlimen Puncak Borneo dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi.

“Jadi saya tetap akan menyokong dan membantu mereka,” kata Baharuddin.

Biju dan Mongin adalah ahli Parlimen bebas secara teknikal namun menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. 20 Ogos, 2020.


PASAI APA

CABUT LARI

PASAI APA

TAK CAYA?

KAH KAH KAH

PASAI BANYAK

PUTAR ALAM KA

KAH KAH KAH

WAL PUTARON

MIN AL KONTOLI

AMIN

SAPA PULAK KENA LIWAT





SAPA LIWAT

SIAPA


Bukit Aman akan panggil Ramesh Rao berhubung isu SD liwat



BERITA MENYUSUL


MERAKAM YANG BERLAKU






MERAKAM 

YANG BERLAKU

awat nie TT, tak ada modal lain kah lagi? asyik JB , asyik seks AI, asyik komplot? kenapa minda tahap menjadi begini? jangan makan petai sangat, nanti bukan saja mulut busuk malah otak hati pemikiran juga jadi busuk, tengok saudara Indonesia, bagaimana negara bangsa mereka, 
lihat negara Singapura bagaimana ekonomi mereka? walau tiada apa apa, sini semua ada tapi dirompak oleh elit gerombolan menjamah sekian lama, masih tidak sedar rakyat ku ini kah kah kah 
on 
LIBYA ADA 
OMAR MOKHTAR -
 MALAYSIA ADA 
MOKHTAR SENIK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 20/08/20

siapa

JANGAN GOYANG









JANGAN GOYANG

manusia kena ada nilai, kena ada integriti, kena ada sifat manusia, kena sifat cakap serupa bikin, siapa tiada tak layak jadi manusia, nilai Amar Makruf Nahi Mungkar ? 
anak tok guru jadi pengkhianat, mana boleh percaya cakap.melayu, sekejap sini sekejap sana, orang Kerala lagi lah, depan lain belakang lain, hanya cakap Sakai N9 boleh percaya, kah kah kah itu pun asyik goyang lalalalalala 
on 
PESENJAJARAN 
SEMULA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 20/08/20

nak

LARI DARI ANWAR






CABUT LARI

Timbalan pengerusi PKR Sarawak keluar parti


BERITA MENYUSUL



JANDA BAIK KETAT SENDAT







JANDA BAIK

KETAT SENDAT
nak jatuh Nuar Berahim cukup mudah, sejak 1997 sampai ke hari ini, MO Sama, hentam belakang, hulur pisang, goyang kentut malukan satu negara, sampai budak muda sudah tahu nikmat ketat sendat mendat, keluarga hilang anak.hilang saudara hilang kaum kerabat jauh kan diri, adakah semuanya kerana nikmat nafsu ketat jugak ? 
kah kah kah 
on 
KESAH SERAM 
DI JANDA BAIK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 20/08/20

Kal

BERSATU PARAH TERSEPIT






BERSATU

PARAH TERSEPIT
Kiro eh macam bulu ketiak laa kan? 
Manjang tosopet yor. Kor, camno? 
on 
BERSATU TERSEPIT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 20/08/20

ta

TERSEPIT






TERSEPIT
Tersepit dicelah telut Titanium atok ...KAKAKAKAKAKA 
on 
MUHYIDDIN
 TERSEPIT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 21/08/20

Mo

TERSEPIT BAWAH NENAS






TERSEPIT

BAWAH NENAS
Tersepit nie macam2..tersepit celah nenas ker 
atau terspit celah kupang....tapi yg paling naya tersepit celah telur Titanium atok...KAKAKAKAK
 on 
SUSAH BERNAFAS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 21/08/20

Te

TOKOH NENAS SARAWAK






TOKOK 

NENAS SARAWAK
calon tokoh tepi katil pun tak layak..sebab dah jatuh katil kena terajang...KAKAKAKAKAKAK on 
MOKHTAR
 TOKOH NENAS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 21/08/20

Ter

BERKHALWAT 157






KHALWAT 157
HARI INI JUMAAT 21/8/2020
KITA MASUK KE HARI 157
BERKHALWAT

BIASANYA BULAN INI
AKAN HEBOH KESAH
JALUR TEMBERANG
DAN 
UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION
BUAT TEMBERANG

TEMBERANG TENTANG
MEREKA MELAWAN
HINGGA INGGERIS LARI
KAH KAH KAH

TAPI SEBENARNYA
GEROMBOLAN
MELAWAN
RAKYAT YANG
MELAWAN INGGERIS

SILA TANYA
SIAPA PEMIMPIN
UNITED MALAYS NATIONAL
ORGANISATION
YANG DITANGKAP
ATAU
DIBUNUH OLEH INGGERIS
EEEEELEEEEK 

TAPI SEMENJAK
UNTUSAN MELAYU MATI
TEMBERANG INI KURANG
KERANA  ITU
KITA KERAP TERBACA
BERITA JALUR TEMBERANG
DIPASANAG TERBALIK
KAH KAH KAH

MUSTAHIL TAK TAU
MACAM MANA NAK PASANG
JALUR TEMBERANG
KAH KAH KAH

GUA MASUK HOKKIEN
BIASA SAJA
SIMPONI CENKERIK 
TAK BERMIAN
PANAS SEMALAM POTONG STIM
HANYA TERKUKUR
TERUS BERLAGU

TIAP PAGI KITA BANGUN
KITA ADA DUA PILIHAN
TIDUR KEMBALI 
TERUS BERMIMPIKAN HARAPAN
ATAU 
BINGKAS BANGUN
UNTUK MENJADIKAN MIMPI ITU
SATU REALITI

LALUILAH JALAN 
YANG PALING SUSAH
KERANA JALAN SUSAHLAH
ADALAH
TUAN GURU YANG BIJAK
MEMBAWA PENCERAHAN

TERJATUH  KE BAWAH
ADALAH MALANG TAK SENGAJA
 TERUS DIBAWAH 
ADALAH PILIHAN

GAGAL TAK AKAN SAMPAI
JIKA 
SIKAP NAK BERJAYA
TERUS TEGUH

KALAU ADA SESUATU
YANG PENTING UNTUK DIBUAT
BUATLAH
WALAU PUN SERIBU RINTANGAN

KITA  BERJAYA
JIKA KITA MULA BERGERAK
KE ARAH
NIAT DAN RANCANGAN YANG BAIK

WALAU PUN KITA
TELAH LAKUKAN YANG TERBAIK
PASTI ADA MAMAT CACI
TUKANG KACAU
TAPI
JANGAN RISAU
TERUSKAN CAPAI KEJAYAAN

HA HA HA
SEMUA IDEA
SEMUA PANDANGAN
SEMUA PENDAPAT 
YANG KITA MILIKI SEMUANYA
BAIK BELAKA
YANG PENTING
MENJADIKAN IDEA ITU
SATU RELITI

PAGI INI KITA BANGUN
BUKAN NAK JADI 
SOSOK BIASA SAJA
KITA NAK JADI HEBAT
BERSAMA SEJARAH
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT