RELIEK SENYUM
KETAWA
Ketua Pengarang commented on
"JADUAL PERDANA MENTERI HARI INI"
sultan erdogan tu la agong dia
PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi diberi tempoh tujuh hari oleh penyokong setia bekas presiden Najib Razak, untuk memberi pengajaran kepada Bersatu kerana membuli parti Melayu itu dalam beberapa isu.
Ahmad Zahid diberi amaran sekiranya beliau tidak mengambil tindakan terhadap Bersatu, yang diterajui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin maka tindakan akan diambil bagi menggantikan presiden Umno.
Amaran itu dibuat oleh penyokong setia Najib, Lokman Noor Adam yang mahu Ahmad Zahid keluarkan Umno daripada Perikatan Nasional.
Lokman menerusi Facebook hari ini berkata, ahli Parlimen BN perlu menyatakan pendirian mereka.
“Tujuh hari bermula hari ini, ahli Parlimen BN perlu mengambil keputusan . Mereka tidak boleh tunggu lagi.
“Sebelum ini strategi nak bersama dengan Anwar Ibrahim namun Tuanku tidak menerima Anwar kerana berada di IJN (Institut Jantung Negara). Kita tidak boleh nak buat apa-apa. Maka kita terpaksa tunggu Tuanku.
“Tetapi ahli Parlimen BN ada jalan keluar. Tidak lama lagi ada pengundian di Parlimen untuk meluluskan bajet.
“Inilah masa yang sesuai untuk kita umumkan keluar daripada Perikatan Nasional kerana hari ini kerajaan Muhyiddin jelas membuli Umno,” kata Lokman.
Minggu lalu, Zahid berkata beliau tidak dapat menghalang mana-mana ahli Parlimen Umno yang mahu menyokong Anwar sebagai perdana menteri selepas ketua pembangkang itu mengumumkan mempunyai sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan baharu.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin Umno menafikan mereka meninggalkan Perikatan Nasional.
Sementara itu, Anwar masih menunggu untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Lokman menyatakan tidak puas hati terhadap keputusan untuk tidak melantik Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin sebagai ketua menteri, dan mengatakan ia adalah penghinaan kepada Umno kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi yang lebih banyak berbanding Bersatu.
Terdahulu hari ini, Bersatu Sabah yang diterajui Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai ketua menteri walaupun parti itu hanya memenangi 11 kerusi berbanding Umno yang menang 14 kerusi pada PRN.
Lokman juga berkata, sebelum hari penamaan calon, Umno dan Barisan Nasional sudah dibuli berhubung rundingan kerusi.
Katanya, BN tidak boleh menang besar kerana gabungan itu tidak bertanding di semua kerusi.
“Parti kecil membuli parti yang lebih besar. Sampai bila kita nak dibuli oleh budak-budak ini. Cukuplah.
“Jika Zahid berani untuk membuat pendirian ini, sewajarnya tindakan beliau disokong,” kata Lokman yang menambah tidak ada ahli Umno yang akan benarkan parti itu dibuli oleh Muhyiddin.
Menurut sumber, Bung yang dilantik sebagai timbalan ketua menteri hari ini dilaporkan mempunyai perselisihan dengan Hajiji mengenai portfolio.
Sumber berkata sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk mendapatkan sokongan Umno, Perikatan Nasional menawarkan untuk melantik Bung sebagai salah seorang timblan ketua menteri dan melantiknya sebagai menteri kerja raya.
“Tiga daripada Adun berkenaan turut dimasukkan ke dalam Kabinet yang mana salah seroang daripada mereka dilantik menteri kanan sebagai balasan kepada sokongan parti,” menurut sumber berkenaan.
Namun Hajiji dilihat melanggar perjanjian itu dan sebaliknya melantik Bung ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
“Oleh sebab ini, Bung didakwa berang dan perselisihan itu diselesaikan selepas campur tangan Muhyiddin. Hajiji kemudian membuat pusingan-u dan melantik Bung sebagai menteri kerja raya,” kata satu lagi sumber. – 29 September, 2020
Nuar sanggup buang ayat ayat prinsip, reform, agenda serta bahasa bahasa kepala bapak dia.
Kali ini boleh deal dengan Jahid yang sekarang dalam kes mahkamah. Sudah pasti ada barter trade.
PAN dan DAP tak tau mana mana terus sokong.
PAN give full support. Tapi dalam FB geng pro PAN ada yang balun hentam Ketua PAN. Terpaksa aku cakap Msabu memang tak cerdik dalam tarian Nuar gila PM.
Tapi kenyataan DAP cerdik sikit dari PAN. DAP keluar kenyataan sinis akan sokong jika ada bilangan cukup.
Macai PKR melompat stim, tiba tiba diam bila dapat tau Nuar dan Jahid ada deal belakang. Pudin pernah cerita kat aku, Jahid berbahasa panggilan Imam pada Nuar. Memang betul lah cakap Tukar Tiub dalam kisah Mat Songel.
Jahid for TPM kut..Nak buat cam mana.. Badrul Amin kata Nuar itu Imam Mahdi yang bangkit di Timur. 🤓🤓🤓🤓
Selamat menjilat Nuar. 😀😀😀😀😀😅😅
Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) tidak akan berkompromi terhadap rasuah dalam usaha mengembalikan mandat rakyat.
Penegasan tersebut dicapai dalam mesyuarat bulanan Majlis Setiausaha yang membincangkan keputusan Pilihanraya Negeri Sabah (PRN), serta usaha di peringkat Persekutuan untuk mengembalikan semula mandat rakyat.
“Pakatan Harapan menegaskan walau apa sekalipun langkah yang diambil dalam mengembalikan mandat rakyat, iltizam dan komitmen terhadap perjuangan menegakkan keadilan, membanteras amalan rasuah, dan memperbaiki institusi badan kehakiman tidak boleh dikompromi.
“Pakatan Harapan turut mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong akan sembuh dari sebarang masalah kesihatan dan kekal di bawah lindungan Ilahi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan tersebut dikeluarkan bersama antara AMANAH, Dr Hatta Ramli; PKR, Seri Saifuddin Nasution; dan DAP, Loke Siew Fook.
Sokongan Umno Sabah
kepada Hajiji bukti
Zahid semakin lemah?
Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) baru menang menyatakan sokongan kepada Hajiji Noor sebagai ketua menteri, satu perkembangan menunjukkan presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi semakin hilang pengaruh di negeri itu.
“Semua rakyat tidak lagi main politik. Kita akan fikirkan masalah negeri Sabah,” kata Bung Moktar pada sidang media Gabungan Rakyat Sabah hari ini untuk mengumumkan Hajiji sebagai ketua menteri.
Ini berlaku selepas Zahid dan pemimpin veteran Umno menentang pelantikan Hajiji yang juga pengerusi Bersatu Sabah untuk memimpin negeri itu.
Hajiji, 65, yang sudah menjadi ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah selama tiga dekad, merupakan pilihan Perikatan Nasional (PN) untuk menjadi ketua menteri, manakala Umno pula mencalonkan Bung Moktar.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu lalu, PN bekerjasama dengan BN dan PBS, mendapat majoriti mudah untuk menumbangkan kerajaan Warisan pimpinan Mohd Shafie Apdal.
Pengumuman GRS hari ini menunjukkan pemimpin Umno pusat tidak mempunyai suara dalam politik Sabah.
Sebelum ini, Zahid menggesa jawatan ketua menteri diberikan kepada Bung Moktar, mengatakan Umno berhak mendapat jawatan itu selepas jawatan perdana menteri dan menteri besar Perak diambil Bersatu.
Seorang lagi pemimpin Umno, Shahrir Samad menuduh Bersatu tiada kaitan dan keperluan dalam politik Sabah.
Kritikan bekas ahli Parlimen Johor Bahru terhadap parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu tidaklah mengejutkan, kedua-dua pemimpin itu tidak mempunyai hubungan rapat sejak Muhyiddin menjadi menteri besar Johor dahulu.
Ketika Umno “hampir lumpuh” dengan penghijrahan besar-besaran wakil rakyat dan pemimpin kanan pada 2018, ramai ahli menyalahkan Zahid.
Seorang pemimpin Pemuda Umno Sabah, Ghazalie Ansing sebelum ini mendesak Majlis Tertinggi Umno meminta Zahid letak jawatan.
“Presiden tidak mempunyai ‘command and respect’ dalam kalangan pemimpin dan ahli Umno,” katanya.