Rabu, 4 November 2020

SEMPADAN MASIH DITUTUP

 



AWAS

Mukim 12 Barat Daya 

Pulau Pinang 

dikenakan PKPB



AWAS

Pintu sempadan negara 

masih tutup, 

kata Ismail Sabri




AWAS

8 lagi maut 

dan 1,032 kes baharu

 Covid-19 direkod

1,032 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan Sabah menyumbang sebanyak 646 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Lapan lagi terbunuh, menjadikan jumlah korban wabak negara naik kepada 271 orang.

Selepas Sabah, Selangor menjadi negeri kedua tertinggi dengan 231 kes.

Negeri Sembilan dan Labuan pula masing-masing melaporkan 44 dan 28 kes.

Semalam, 1,054 kes baharu dilaporkan selepas seminggu sejak 26 Oktober, Malaysia melaporkan kes baharu harian bawah 1,000.

Dengan data terbaru itu, jumlah keseluruhan kes Covid-19 negara kini mencecah 35,425 kes.

“Sabah sekali lagi merekodkan jumlah tertinggi jangkitan, diikuti negeri di Lembah Klang dan Labuan,” kata Dr Noor Hisham.

“Semua negeri yang disebut masih berada dalam perintah kawalan pergerakan bersyarat.”

Daripada lapan korban hari ini, tujuh dilaporkan di Sabah dan satu di Perak. Tujuh orang mangsa adalah lelaki dan semua kecuali seorang adalah warga emas berusia atas 60 tahun.

Walaupun Sabah melaporkan kes harian tertinggi, negeri itu juga melaporkan kes pulih terbanyak hari ini, 472 kes daripada jumlah kes pulih hari ini sebanyak 820 kes.

Secara keseluruhannya, jumlah kes pulih di Malaysia adalah 24,815 kes.

Terdapat 10,399 kes aktif, 82 daripada dirawat dalam ICU dengan 27 orang memerlukan bantuan alat pernafasan. – 4 November, 2020.




HATI
HATI

AWAS












INI TANDA KRISIS BESAR AKAN SAMPAI

 



KRISIS BESAR

AKAN SAMPAI

AMIN

POLITIK USA

DAH MACAM

POLITIK MSIA

KAH KAH KAH

SPR USA

DAH MACAM

SPR MSIA

KAH KAH KAH


Trump dakwa menang, minta henti kiraan undi pos

PRESIDEN Donald Trump mendakwa beliau sudah menang pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS) ketika jutaan kertas undi masih dikira, yang dijangka akan mengambil masa berjam-jam atau beberapa hari lagi untuk diselesaikan semuanya.

Beliau membuat dakwaan itu selepas pesaingnya Joe Biden dari Demokrat mengumumkan keyakinan akan menang dan merampas semua White House.

“Jujurnya, kita sudah menang pilihan raya ini,” isytihar Trump selepas beliau menang di beberapa negeri utama yang memberikan jumlah undi besar untuk ke White House.

Dalam ucapannya dari White House, Trump meminta proses pengiraan undi awal dan undi pos dihentikan, malah mengumumkan kesediaan ke mahkamah untuk mempertikaikan proses berkenaan.

“Ini satu penipuan ke atas rakyat Amerika,” katanya, tanpa menyebut sebarang bukti.

Undang-undang pilihan raya di semua negeri di Amerika mensyaratkan semua kertas undi mesti dikira, walaupun sudah ada keputusan jelas siapa pemenangnya.

Jumlah pengundi yang mengundi lebih awal dan melalui pos pada kali ini lebih ramai susulan penularan Covid-19.

Media di Amerika merumuskan Trump menang di 23 negeri, sementara Biden menang di 18 negeri. Biden mengumpulkan 238 undi manakala Trump 213 undi. 

Sistem pilihan raya presiden di Amerika memberikan calon yang menang di negeri jumlah undi di negeri berkenaan untuk persaingan ke White House.

Calon memerlukan sekurang-kurangnya 270 undi untuk menang.

Trump menang di Florida, Ohio, dan Texas, iaitu antara negeri penentu yang mempunyai undi besar, sekali gus menafikan peluang Biden mendahului selesa atau menang mudah.

Biden pula yakin akan menang di tiga negeri yang sebelum ini dimenangi oleh Trump dalam pemilihan empat tahun lalu iaitu Michigan (16), Wisconsin (10) dan Pennsylvania (20), yang memberikan keseluruhan 46 undi.

“Kita yakin dengan kedudukan kita. Kita percaya kita di landasan untuk menang,” katanya dalam ucapan kepada penyokongnya di Delaware.

Trump sebelum ini berkali-kali mendakwa undi pos yang bertambah adalah penipuan. Beliau tidak memberikan sebarang bukti atas dakwaannya, sementara pelbagai pihak menegaskan undi pos adalah amalan yang sudah lama ada dalam sistem pilihan raya Amerika. – 4 November, 2020. 


TAMADUN AMERIKA

200 TAHUN

AMIN

INI TANDA TANDA

HARI HARI AKHIR

TAMADUN 

UNCLE SAM

AMIN

HEGEMONI RETAK

TAPI AWAS

LEDAKAN PERANG

AMIN

INI JALAN TERBAIK - INI LORONG BETUL

 


TAK PERLU

KLIM DIA SALAH

KITA BETUL 

AMIN

MEREKA TERPESONG

KITA YANG BENAR

AMIN



Nik Zawawi mohon maaf dakwa Bible terpesong

AHLI Parlimen Pasir Puteh Nik Mohamad Zawawi Salleh meminta maaf dan menarik balik perkataan “dipesongkan”, yang merujuk kepada kitab Injil, yang digunakannya ketika perbahasan di Dewan Rakyat pada hujung Ogos lalu, yang menyentuh sensitiviti penganut Kristian.

Nik Mohamad Zawawi membuat kenyataan yang mencetuskan kontroversi itu pada 26 Ogos semasa membahaskan rang undang-undang pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 mengenai hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk.

Katanya, penggunaan perkataan “dipesongkan” dalam perbahasan itu untuk mempertahankan keaslian Kitab Injil asal yang diturunkan kepada Nabi Isa.

“Saya mohon maaf, saya tak berniat begitu. Saya berniat untuk pertahankan kitab Injil asal yang diturunkan kepada Nabi Isa tanpa perubahan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun sebelum itu mengarahkan Nik Mohamad Zawawi menarik balik dan membuat permohonan maaf susulan notis berhubung perkara itu yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii.

“Mengenai kenyataan Pasir Puteh, semasa perbahasan Rang Undang-Undang Akta Pengangkutan Jalan (2020) Pindaan, Pasir Putih nyatakan pandangan kaca mata Islam, itu sebagai pandangan akidah Islam. Pasir Puteh secara terang dalam hansard, beliau tidak sama sekali berhasrat burukkan mana-mana agama.

“Namun dalam kehangatan perdebatan, Pasir Puteh guna perkataaan ‘dipesongkan’, dan ‘diubah’ yang mengguris hati penganut beragama Kristian.

“Saya minta Pasir Puteh mohon maaf dan tarik balik perkataan tersebut,” kata Azhar.

Nik Mohamad Zawawi sebelum ini tegas mempertahankan kenyataan tentang Perjanjian Lama melarang pengambilan alkohol.

Susulan kenyataan kontroversi itu, kumpulan Kristian di Sabah dan Sarawak serta juga Persekutuan Kristian Malaysia mendesak pemimpin PAS itu menarik balik kata-katanya dan memohon maaf.

Dua ahli Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dari Sabah turut memfailkan tindakan saman terhadap Nik Mohamad Zawawi.

Ketua Bahagian Star Tanjung Aru Marcel Jude Joseph dan ahli parti, Margaret Binsing mendakwa wakil rakyat PAS itu menghina dan gagal menghormati agama lain.

Nik Mohamad Zawawi juga diambil keterangan oleh polis yang membuka kertas siasatan selepas sekurang-kurang 22 laporan polis dibuat di seluruh negara, dengan 16 daripadanya dibuat di Sarawak. – 3 November, 2020.





SEMUA JALAN

DALAM DUNIA

MENUJU 

KE CHOW KIT

AMIN

SEMUA LORONG

DALAM DUNIA

MENUJU KE

LORONG HAJI  TAIB

AMIN 

SEMUA MANUSIA

 DALAM DUNIA INI

LAHIR  DARI 

LORONG YANG SAMA 

AMIN

DARI LORONG 

HAJI TAIB

 AMIN







CONTOHI KELUARGA CIKMINAH

 



CONTOHI KELUARGA

CIKMINAH 

cikminah commented on

 "MAZLEE DISOKONG"

Saya pun dulu orang kampung. Berjalan melalui jalan berlopak juga tetapi memakai kasut putih ke sekolah. Kasut itu diturunkan darpada kakak saya. Bila kaki saya besar, diturunkan pula kpd adik-adik saya selagi ia belum koyak-rabak. Namun, warnanya tetap kekal putih kerana pada hujung minggu saya adik-beradik mencuci kasut kami di perigi. 



Kemudian mengapornya guna kapor yg dijual pakai buku. Alhamdullilah, didikan menjaga kebersihan ini kekal hingga saya dewasa. Pakaian mesti bersih, pendapatan juga mesti bersih, hasil usaha sendiri, bukan hasil rasuah , dicuri atau menipu (scam) Tahukah anda, pakai kasut hitam ini, ertinya medidik anak jadi pemalas, pengotor dan penipu..? Kasut hitam tutup semua kekotoran. Ini mendidik anak menipu. Ia tak perlu dicuci, ini mendidil anak jadi pemalas. Sedangkan Islam meletakan kebersihan itu sebahagian dpd iman. 


Di mana letak keimanan kamu, kalau semua kekotoran ditutp....????? Tanyalah semua guru di kampung. Mereka merungut, seksanya nak mendidik anak murid supaya jadi rajin dan pembersih kerana tiada sokogan darlipada ibubapa mereka. Sebab inilah agaknya Melayu boleh menerima banduan sebagai pemimpin mereka. Semua kesalahan boleh ditutp dgn wang ringgit.

KALAU TAKDA INTERNET KITA TAK TAHU



KALAU TAKDA

INTERNET KITA

SEMUA TIDAK TAHU


TERIMA KASEH

RONALD REAGAN

PD SOLAMAT BOROKAT ABAM

 



PD SOLAMAT

 BEROKAT ABAM

panglimo potaseh commented on 

"NEGERI SEMBILAN DISERANG"

PD tak kono PKPB ..ini hasil berkat doa Tok Kotuo PD yang sangat syumul, tayabun dan borakah ..kotuo yang tak suko makan suap ..tapi suko joget koling ..

AJAR ANAK ANAK JANGAN IKUT POLITIKUS

 



AJAR ANAK 

JANGAN IKUT 

POLITIKUS

Unknown commented on 

"MAZLEE DISOKONG"

Pendidikan sekolah bukan semata baca buku, lulus ujian. Ia termasuk menanam nilai positif dan membentuk akhlak pelajar sejak kecil supaya menjadi dewasa yang bertanggungjawab dan dihormati. Cuci kasut putih tiap minggu mengajar pelajar berdisiplin and kebersihan diri, dan menghormati diri. 



Kalau perkara remeh macam ni pun elak, bagaimana nak laksana perkara penting? Tengoklah pemimpin dan politikus Malaysia sekarang. Ada yang telan duit rakyat; ada yang tak nak buat kerja tapi nak jadi perdana menteri; ada yang ajar pelajar jadi malas, pakai kasut hitam. Takkan rakyat biasa Malaysia nak anak sendiri mirip politikus dan pemimpin begini?

ARAB KAKI PUTAR TAPAI TAK BAIK BUAT MACAM TU

 




ARAB KAKI PUTAR

TAPI TAK BAIK

SEKSA DIA 

MACAM ITU

capt salai commented on

 "PERCAYA CAKAP ARAB"

Tangkap arab ni masukkan satu sel dgn abg non..baru dia rasa betapa pedihnya bontot..eh bontot sape yg pedih? Cer teka


GUA DAH CAKAP - TRUMP BUAT PERANGAI

 


GUA UDAH

BILANG TRUMP

AKAN BUAT

PERANGAI

AMIN


Trump dakwa menang, minta henti kiraan undi pos


PEGUAM SEMUA

DAH BERSEDIA

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

NAJIB PENYOKONG TEGAR TRUMP

 


NAJIB PENYOKONG

TEGAR TRUMP

Unknown commented on 

"PENYAMUN JADI KETUA"

Jangan lupo si penyamun ni pernah nak bantu perkukuhkan ekonomi amerika dgn duit kwsp. Kahkahkah. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/09/324827/malaysia-bantu-perkukuh-ekonomi-najib


Malaysia bantu perkukuh ekonomi AS - Najib

WASHINGTON DC: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Bhd merancang meningkatkan pelaburan mereka di Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri, Najib  berkata selain itu, Malaysia juga menerusi Malaysia Airlines Bhd (MAB) akan membeli lebih banyak pesawat Boeing dari negara itu.

Beliau berkata, langkah itu adalah bagi membantu mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat.

Najib berkata, KWSP sahaja dijangka melabur antara AS$3 bilion dan AS$4 bilion (AS$1 > RM4.19) di negara itu.

"Saya ingin katakan bahawa kami datang ke sini dengan membawa cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan.

"Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS," katanya pada pertemuan delegasi Malaysia dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, di sini, hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, delegasi Malaysia mempunyai tiga cadangan khusus.

Pertama, katanya, Malaysia berhasrat menambah bilangan pesawat Boeing yang akan dibeli oleh MAB.

"Kami komited untuk membeli 25 pesawat 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliners dan ada kebarangkalian besar, bukan kemungkinan, yang kami akan menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat.

"Jadi, dalam masa lima tahun, dengan pembelian tambahan itu, janji niaga itu akan bernilai melebihi AS$10 bilion," katanya.

Pesawat 737 MAX 10 bakal menjadi pesawat satu lorong paling menguntungkan bagi syarikat penerbangan berkenaant, menawarkan kos tempat duduk paling rendah, manakala 787 Dreamliner adalah pesawat enjin berkembar dengan kerangka sederhana bagi perjalanan jarak jauh.

Perbincangan dengan Trump itu adalah kemuncak lawatan kerja Najib ke AS dari 11-13 September, atas jemputan daripada Presiden AS ke-45 itu.

Najib berkata, kerajaan juga akan cuba memujuk syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd untuk membeli enjin General Electric buatan AS.

"Keduanya, kami memiliki KWSP, dana pencen utama di Malaysia. Mereka memiliki modal yang besar untuk dieksport, mereka melabur hampir AS$7 bilion dari segi ekuiti di AS dan mereka berhasrat untuk melabur tambahan AS$3 bilion hingga AS$4 bilion bagi menyokong pembangunan semula prasarana anda," katanya.

Perdana Menteri juga berkata, Khazanah Nasional, yang memiliki pejabat di Silicon Valley, California dan telah melabur kira-kira AS$400 juta dalam syarikat teknologi tinggi, juga berhasrat meningkatkan pelaburannya. - BERNAMA


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH AH KAH

HENTIKAN PEMUSNAHAN HUTAN AKIBAT JUAL BALAK

 


HENTI MUSNAH HUTAN

HENTI JUAL BALAK

Unknown commented on 

"PARTI ISLAM TOWKAY BALAK"

berhentilah memfitnah pas. baik kamu dakwah bantu islam dan bukannya tabur fitnah. cukuplah dengan fitnah.

NO PROBELM

 




NO PROBLEM

ONLY THE MALAYUS

THINKS THE WORD AMIN

EXCLUSIVE 

FOR MUSLIM ONLY 

Unknown commented on 

"PENCERAHAN"

AMIN a word of biblical Hebrew origin. So, what is the problem?

RETARD JUAL AIR LIUR

 



RETARD 

JUAL AIR LIUR 

Unknown commented on 

"SOALAN BIJAK WAJIB DIFIKIRKAN"

pertamanya tak ada yang jual beer cop halal.. walau xde cop halal.. ramai je yang minun.. sampai exciden mampus.. yang minum x mampus yang mampus orang tak minum. keduanya orang jual air liur pakai agama..yang pelik apasal ustad je yang untung.. paderi tok sami tok pekong xde yang untong..keh keh keh senang citer .. 



begini.. dua2nya ada faedah2 masing2 ada baik ada buruknya.. bergantung kepada penggunaan waktu dan ketikanya maka yang mana harus guna sijil halal.. ? tiada keperluan tanda halal bagi mana situasi .. ko ada otak ko pikir la sendiri.. tak kan nak tanya guru nanak juga kah kah kah

TERIMA KASEH RONALD REAGAN





TERIMA KASEH

RONALD REAGAN

ISLAM NI ADA

 MACAM MACAM 


BUKAN HANYA ADA

 ISLAM PAS 

DAN

ISLAM UMNO 

 

MADEMOISELLE MURIELLE

 


MADEMOISELLE MURIELLE


Je m’apple Murielle. Je suis  dactylo – une dactylo.   Je m’apple  Pierre. Je suis etudiant – un etudiant.   Nama saya Murielle. Saya seorang  taipis. Nama saya Pierre. Saya seorang pelajar. 

Inilah pengenalan ayat pertama yang aku dengar dalam  bahasa Peranchis secara formal di Wavre Belgium 1982. Ini petikan dari  muka surat pertama buku paling Asas Pengenalan  untuk  belajar bahasa Peranchis. 

Murielle dan Pierre adalah dua nama yang paling koman di Peranchis. Ini sama seperti nama  Ahmad dan Aminah di Malaysia. Atau John dan Mary di England. 

Buku Peranchis ini mengembalikan  ingatan aku ke tahun 1962.  Aku teringat : This is a man. This is a pan.  This is a dog. This is a cat.  A man and a pan. A dog and a cat.

Aku membaca ayat ini sambil melihat  melihat gambar. Mengulang  dan menghafal ayat-ayat bahasa Inggeris  ini dalam kelas SMC 1 – Special Malay Class 1 - di GES Kuala Klawang Jelebu - Government English School.  

Di GES  itu aku  bertemu dengan Mister Jai Singh,  Mister Christopher Martin dan Mister Paul Raj.  Di Athenee Royal Maurice Careme  Wavre Belgium aku  bertemu dengan Madame Michoux dan Monsieur Andre.

Guru-guru ini mempasak kepala aku untuk  mempelajari bahasa Inggeris di GES dan Peranchis  di Wavre dengan cara yang sama. Ini dipanggil ‘Method Bonda’. Aku mendengar dan mengikut seperti aku mendengar suara emak aku ketika aku membesar. Aku dengar bunyinya sehingga aku faham makna bunyi yang didengar. Diulang ulang hingga faham. 

Cuma pada tahun 1962 – aku baru bersunat. Aku tidak tahu kenapa aku wajib belajar Bahasa Inggeris. Aku hanya mengikut arus yang aku sendiri tak tahu dari mana arus ini datang menolak.

Tahun 1982 aku sudah melintasi 30an. Aku  tahu kenapa aku wajib belajar Bahasa Peranchis. Aku  sedang memasang niat untuk  masuki sekolah filem  INSAS – (Institut National Supérieur des arts) di Brussels . 

Aku sedar aku  tidak mahu dilihat ‘sesat sasau’ tak tentu arah. Buta huruf  pun tidak. Celik huruf pun tidak.   

Dalam café di Wavre aku selalu  bersendirian.  Tapi aku  tidak  dalam kesunyian. Bersendirian  status fisikal diri aku.  Kesunyian status  fikrah.  Aku tidak sunyi.  Hanya aku tahu  tanpa pandai  mengayat dalam  Bahasa Peranchis pedang aku  terus tidak berasah.

Aku telah mendaftar sebagai pelajar bahasa di UCL  - Université  Catholique Louvain  la Neuve. Dalam pusat bahasa ini ada pelajar dari Sepanyol, dari  Palestin,  dari Hong Kong, dari Turki, dari China , dari Amerika Latin dan dari Korea Selatan.  Kenalan aku  semakin meluas. 

Tapi bayangkan aku macam itik dalam kandang ayam. Kenalan baru aku juga macam kambing dalam kandang lembu.  Sedikit demi sedikit kami mula bertegur sapa.  Tapi aku belum  lagi berani mengajak sesiapa pun duduk dalam cafe.

Di Pusat Bahasa aku berkenal baik dengan Chong dan Kim  pelajar  dari  Seoul Korea. Chong anak seorang pegawai tentera berpangkat tinggi. Sepupunya pelajar tahun dua fakulti Sains di UCL.  Manakala  Kim – comel dan langsing -  anak  gadis  pegawai kerajaan.  Mereka tinggal dalam kampus. Pada ketika  ini pelajar dari Asia tidak ramai.

Chong dan aku selalu mundar mandir dalam kampus. Dari pemerhatian aku pelajar dari Korea ini semuanya dari kelas atasan. Anak pegawai  tentera pangkat tinggi atau  pegawai kerajaan. Pada ketika  ini Korea Selatan  di bawah rejim tentera.  Dari apa yang aku baca ekonomi Korea sama seperti negara Asean yang lain sedang berkembang maju. Korea Selatan negara kaya sesudah Jepun.

Chong merasa hairan kerana aku mengenali  Kim Chi-ha penyair dan dramatis dari Korea Selatan. Chong yang baru selesai sekolah menengah  tidak mengetahui latar belakang aku.  Aku pernah bersetia kawan dengan Kim Chi-ha  bekas   aktivis pelajar yang dijatuhkan  hukum mati oleh rejim tentera.  Aku pernah membaca sajak-sajak Kim Chi-ha ketika dia dalam penjara pada tahun 1974.

Chong kawan baru aku ini  dihantar ke Belgium oleh ayahnya. Ini  kerana sepupu telah sedia ada di UCL.  Hati Chong tidak pernah di Belgium. Chong berniat, bermimpi, berangan-angan saban hari hendak ke New York Amerika. 

‘ Isham  New York ma distination.. pas Belgique.. ici rien… aku nak ke New York ..disini aku takda  apa  apa…aku nak jadi kaya  di New York...ramai rakyat Korea  buka kedai disana..’ Inilah mantra  Chong yang kemarok nak  sampai ke New York. 

Satu petang aku pulang dari kampus  tuan rumah  aku  Monsieur Etienne  memperkenalkan aku dengan seorang  anak gadis sunti awal dua puluhan.

‘ Isham... Mademoiselle Murielle .. .’

‘ Je m’apple Murielle..’ Anak gadis ini  bersuara dan menghulur tangan. Aku memegang tangannya macam aku tak percaya apa yang baru aku dengar dan lihat. Biar betul.

Tidak disangka sangka  Mademoiselle  Murielle  dalam buku yang aku baca kini berdiri di hadapan mata aku. Astaga. Aku macam tak percaya. Aku nak ketawa. Tapi aku tak mahu  dianggap kurang  sopan. 

Sebenarnya aku memang hendak ketawa  kerana Mademoiselle  Murielle di depan mata aku  bukan Minah Salleh  seperti gambar dalam buku tapi Minah China. 

‘ Asiatique comme toi... origine Coree ..’ Monsieur Etienne menerangkan   penyewa baru  ini juga  dari Korea...dari Asia  seperti aku.

Bilik tingkat pertama yang telah dikosongkan oleh Monsieur Tang kini  diambil oleh Mademoiselle Murielle. Aku masih di loteng di sebelah dapur. 

Petang esok aku nampak sebuah kereta masuk ke kawasan rumah kami.  Sepasang suami isteri muncul.  Mademoiselle Murielle muncul.  Mereka mencium pipi masing-masing tanda mesra. Aku menjengok  ke bawah dari loteng. Mereka mengangkat sesuatu dari dalam kereta.

Sesudah makan malam biasanya aku akan menulis  surat kepada semua kawan-kawan aku. Setiap hari aku menulis dengan harapan setiap hari juga  aku akan menerima surat jawapan. Surat menyurat ini menjadi oxygen kepada orang pelarian seperti aku.  

Aku tidak lagi menulis dengan pen. Semenjak di Pakistan  lagi aku memiliki mesin taip kecil dan juga radio bimbit. Tangan aku mengetik  telinga aku mendengar   BBC  dari Bush House London.

Tetiba aku terdengar bunyi  musik. Aku berhenti mengetik. Aku pasang  telinga. Bunyi musik  ini datang  dari bilik Mademoiselle Murielle.  Pemusik rupanya  Minah ini.  Bunyinya yang aku dengar macam bunyi  piano. 

Hampir satu bulan aku terhibur setiap malam dengan  bunyi piano dari bilik Mademoiselle Murielle.  Hidup aku ceria. Kadang kala ketika aku makan malam piano akan berlagu. 

Satu  petang  Mademoislle Muriele datang ke dapur. Dia melihat aku masak. Di tingkat  bawah pun ada juga dapur yang lengkap.  Aku tak tahu apa yang dia  masak. 

‘ Isham... avez-vous été à Place de la Bourse…et Grand Place ...’  

‘Isham... kamu  pernah sampai ke Dataran Bursa Saham dan Grand Place.....petang kelmarin aku ke Brussels dengan kawan … aku  melintas di kawasan itu. Anggun dengan bangunan klasik… Isham...kamu pernah ke Brussels?’

Murielle  bertanya pada aku sama ada aku  pernah sampai ke Dataran Bursa Saham di Brussels. Pertanyaan ini membuatkan aku hairan. Ini seperti aku yang tinggal  di Brickfeild ditanya apakah aku pernah sampai  ke Pasar Seni. Aku merasa amat pelik dengan soalan ini.

Mustahil Mademoiselle Murielle  tak pernah sampai ke Brussels. Dia bukan baru sampai ke Belgium. Dari perbualan dia dengan  Mosieur Etienne Bahasa Peranchis amat fasih.

Sebagai tanda  persahabatan petang itu aku beri Mademoiselle  Murielle  tiga paket mee segera. Biar dia  kembali merasa lidah Asia. 

Murielle  ada  lagi  datang ke  dapur bersembang. Aku bercerita kepadanya tentang  Chong dan Kim kawan Korea aku di kampus. Murielle teringin nak berjumpa mereka.

Satu petang Murielle bertanya ‘ Malaysia sama ke macam Korea?’  Aku tak dapat menjawab kerana belum  pernah sampai ke Korea. 

‘ J'aime le temps chaud tropical… aku senang sekali dengan cuaca panas tropical...’

Bila Murielle  bercakap tentang  cuaca panas ini hati aku menjadi sayu. Aku  sendiri telah lama meninggalkan bumi tropikal. Aku hampir lupa betapa panasnya Jelebu  wilayah paling kering di Malaysia.’

‘ Isham... bila kau bercuti nanti ajak aku ke Malaysia...aku nak kembali melihat Asia...’  Ini satu permintaan yang mustahil dapat aku tunaikan . Mademoiselle  Murielle tidak tahu sejarah aku.  Dia menyangka aku ini  pelajar luar negara di UCL.

Di kampus aku cuba menarik perhatian Chong tentang Murielle  warga Korea yang pandai main  piano.  Tapi Chong tak ambil pot. Chong sedang  sibuk mencari maklumat  tentang Laker Airways – syarikat tambang murah.   

Sistem penerbangan Laker Airways  tidak ada ‘booking’. Wajib  pergi ke lapangan terbang cuba nasib kalau kalau ada  kerusi kosong.  Ini macam beli tiket bas  ke Pulau Pinang di Pudu Raya. Kalau nasib baik ada. Chong sudah dua kali ke lapangan terbang Zaventem. Tapi gagal  untuk mendapat kerusi kosong. 

Satu malam aku sedar tidak ada lagi bunyi piano. Semua senyap. Mungkin Murielle bosan bermuzik. Mungkin dia berehat. Tidak ada  bunyi piano ini berlarutan hingga ke satu minggu.  Untuk aku ada  musik atau tak ada musik adalah sama. Rutin aku terus berjalan. C’est la vie  - inilah kehidupan.

Satu petang Mademoiselle Murielle  datang ke dapor ketika aku baru nak memasak.  Dia kelihatan tidak ceria. Aku pelawa  dia  makan bersama  tapi dia menolak. Dia memerhatikan aku memasak. Aku menjadi tidak selesa.  Untuk menceriakan suasana aku berseloroh. 

‘ Aku rindu tak dengar bunyi piano... kenapa tak bermain lagi? ‘

Murielle senyap tak menjawab. Aku gugup. Apakah aku tersalah cakap. Apa silap aku. Adakah salah bertanya hal piano. Aku berhenti memotong bawang. Uncle Ben dah masak. Aku  bercadang nak masak  gulai ikan mackerel. 

‘ Isham  connais -tu bien la Belgique ..’  Murielle   dah mengguna  perkataan  tu – kau -   yang lebih mesra dari  vous  -  yang lebih formal. Dia bertanya apakah aku tahu Belgium.

‘ Comme-ci comme-ca ...macam itu macam ini...’  Jawapan selamat dari aku.

‘ Je suis une fille adoptive...  aku ini anak angkat..’  Tetiba Murielle membuka surah.

Aku tak tahu apa yang wajib aku tuturkan. Aku berhenti memasak dan duduk hadapan Mademoiselle Murielle.  Soalan piano aku telah membuka satu babak baru.

‘ Ketika aku berumur 3 tahun. Masa itu aku tinggal dalam rumah kebajikan.   Aku ada adik lelaki dan kakak perempuan. Kami dari keluarga miskin. Ayah kami entah ke mana. Ibu  kami meninggalkan kami di rumah  kebajikan.  Hanya untuk sementara katanya ‘.

Aku menarik nafas panjang. Projek gulai  ikan masak podeh berlado aku tangguhkan.

‘ Satu hari sepasang suami isteri datang ke tempat kami. Mereka  dari Belgium. Mereka berniat untuk mendapatkan anak angkat.    Bila mereka tahu umur aku tiga tahun maka aku menjadi pilihan....’

Aku hanya membuka telinga seperti lintah dalam lubuk.  Kadang kala Murielle mengulagi ayatnya yang dia agak aku tidak faham.  Hanya aku tidak mengulang sebut ayat-ayat itu seperti di hadapan Madame Michoux.

‘ Pasangan ini menguruskan semua. Aku tinggalkan  adik dan kakak aku. Pasangan ini membawa aku ke Belgium. Di rumah mereka ada seorang anak lelaki yang sebaya dengan aku. Kami tinggal di Rixensart.... mereka menjadi ibu dan ayah angkat aku...  budak lelaki itu  jadi  abang angkat yang tua  beberapa bulan dari aku....’

Aduh! Berat rasa hati aku mendengar kesah ini. Aku sedar memang ramai orang Eropah mengambil anak angkat dari Korea. Ini ketika Korea   miskin di bawah rejim tentera. 

‘ Aku diambil untuk menjadi teman  mainan abang angkat aku. Kami membesar sama. Kami ke sekolah sama.  Aku selalu mengatasi  abang angkat aku dalam kelas. Aku lebih berjaya di sekolah. Aku juga belajar musik.  Abang aku tak pernah tekun. Dia gagal. .. abang aku jadi cemburu...  aku telah diterima masuk ke  kolej.. tapi  bapak aku memberhentikan aku dari sekolah.... dia tidak mahu melihat anak angkat lebih berjaya dari anak sendiri...‘

‘ Mon frere adoptif jeloux de moi... abang angkat aku cemburu pada aku...’ Bila aku mendengar kesah ini hati aku menjadi sebak.  

‘ Emak angkat aku sayang aku... dia mahu aku terus  tinggal di  Rixensart dan terus main  piano... ayah aku berkeras ... katanya aku sudah dewasa wajib berdikari... aku wajib mencari kerja.... emak aku yang bawa piano ke sini.. tapi  ayah angkat  aku  mahu aku pulangkan piano itu... minggu lalu ayah aku datang mengambil piano kembali.... kerana itu kau tak dengar lagi aku bermain piano....’

‘ Monsieur Isham .... aku selalu teringat adik kakak dan emak aku...satu hari nanti aku nak pulang ke Korea...aku nak jumpa mereka.....’ Meletup dari mulut anak angkat.

Malam itu baru aku  faham kenapa Murielle belum pernah sampai ke  Brussels walau pun sudah lebih 10 tahun tinggal  di Rixensart.  Ada yang cemburu pada dia. 

Hati halus aku terganggu  bila aku tahu Mademoiselle  Murielle jiran aku ini hanya dijadikan bahan permainan  untuk  abang angkat.  

Esoknya aku ke kampus. Aku mencari Chong. Aku mahu  Chong berjumpa  Mademoiselle Murielle.  Aku mahu  Chong menunjukkan simpati  kepada sosok yang datang dari negara yang sama. Aku harap Chong kalau boleh   akan membantu  menunjukkan Mademoiselle Murielle  jalan pulang ke Korea.

Aku geledah  Pusat Bahasa. Aku  gagal bertemu Chong. Aku letih dan sedih. Aku masuk ke cafe biasa aku yang tidak jauh dari Pusat Bahasa. Sebelum kopi aku sampai melalui  kaca dinding aku ternampak Kim berjalan.  Aku keluar menyusul Kim.

‘ Ou est Chong? 

‘ Tu ne savais pas..kau tak tahu?’  Kim tersenyum kemudian   mengangkat tangan menjadi kepak untuk terbang.

‘ Deja a New York... dah sampai  ke New York...’

‘Fuck..’  Inilah saja ayat dari hati aku  yang sempat aku lafazkan.

EPILOK

Anak angkat Mia Farrow  dari Korea akhirnya berkahwin dengan  Woody Allen bekas kekasih Mia Farrow.

Apa terjadi kepada anak-anak angkat  Madonna dari Malawi? (TT)


TULISAN INI JUGA
DITERBITKAN DI PORTAL
MALAYSIANOW.COM

https://www.malaysianow.com/
wacana/2020/11/04/mademoiselle-murielle/