Khamis, 12 November 2020

ANWAR SEBAGAI PERDANA MENTERI

 



 YA AMPOOON 

YA MULAAA

YA BEDA BEDU

Arif muluk commented on

 "PRK SOKONG NAJIB KERANA ANWAR GILA NAK JADI PM"

Penulis dah merapu, sama ada lupa makan ubat atau terkena virus anjing gila. Padahal Anwar dah nyatakan sesiapa sahaja yg menyokong beliau tidak ada syarat dibelakang. Sebagai presiden parti yg memenangi undi rakyat, sepatutnya memang Anwar lah layak duduk sebagai perdana menteri. Kecuali jika penulis merasakan bersubahat dgn pengkhianat@tebuk atap ini satu perbuatan yg mulia. Ingatlah khianat bersama kaum fasiq kelak dineraka jahanam.


MADEY KATA - RAKYAT LAPAR APA AKAN JADI ?




RAKYAT LAPAR


KITA SELALU DENGAR
DI MALAYSIA  TAKKAN ADA REVOLUSI
TAKKAN ADA PEMBEROTAKAN
KERANA
TAKDA ORANG MISKIN DAN LAPAR

TEORI INI KARUT
TEORI INI SALAH
BUKTIKAN 
KALAU MISKN DAN LAPAR
KUNCI REVOLUSI
HARI INI
INDIA PAKISTAN BANGLADESH
AKAN BERLAKU REVOLUSI
INI BUKTINYA
TEORI LAPAR 
TIADK SAINTIFIK
TIDAK BETUL
TEORI KARUT

LIHAT RAKYAT BANGUN MELAWAN
DI PARIS
DI BERLIN
DI LONDON
DI HONG KONG
DI ATHENS
DI MADRID
DI BERCELONA
MEREKA TIDAK LAPAR

HARI INI
MADEY 
KATA RAKYAT LAPAR
RAKYAT MISKIN

HASILNYA 
TAKDA APA
AKAN TERJADI
TAK ADA APA 
AKAN BERUBAH

JADI BAGAIMANA?




Rakyat sudah lapar kerana hilang pendapatan, kata Dr Mahathir

RAKYAT sudah sampai ke tahap tidak cukup makan kerana hilang pendapatan tetapi kerajaan masih belum juga mengemukakan pelan tindakan khusus untuk menangani pelbagai masalah ekonomi kesan penularan Covid-19, kata Dr Mahathir Mohamad.

Kerajaan tidak boleh bertangguh sebaliknya perlu menangani masalah ini segera kerana ada tanda-tanda jelas bahawa rakyat sedang tertekan, kata bekas perdana menteri.

“Saya menanti-nanti satu tindakan yang khusus untuk menangani masalah Covid-19 dan juga kejatuhan ekonomi, tetapi tidak ada banyak idea untuk mengatasi masalah ini, terutama kesan Covid-19 ke atas ekonomi. 

“Tidak ada satu perancangan atau nasihat dari kerajaan, bagaimana rakyat boleh mengatasi tekanan yang disebabkan oleh Covid-19.

“Ada orang yang sekarang ini kebuluran kerana pendapatan mereka sudah hilang sama sekali,” katanya, dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight, semalam.

Dr Mahathir memberikan contoh kejadian seorang pengurus kilang yang tertekan selepas dibuang kerja sehingga bertindak menyerang tempat kerjanya sebelum beliau maut dirempuh treler semasa melarikan diri, seperti laporan media baru-baru ini.

“Ini bukan satu orang saja (tertekan), banyak orang hadapi tekanan.

“Satu usaha mesti dibuat untuk mengurangkan kesan kejatuhan ekonomi ini, khususnya untuk menolong mereka yang sekarang ini menganggur,” katanya.

Mereka ini dahulu ada pendapatan yang cukup untuk menyara hidup namun sekarang ini langsung tiada pendapatan, tambahnya.

Jelas Dr Mahathir, walaupun kerajaan sudah mengumumkan beberapa bantuan, tetapi katanya “masih ramai yang tidak dapat nikmat daripada pengumuman kerajaan.”

Dr Mahathir membuat pemerhatian tentang rakyat tidak cukup makan ini ketika ada laporan mengenai tunjuk perasaan oleh penduduk di Lahad Datu, Sabah yang membantah lanjutan sekatan pergerakan ke atas mereka, yang kebanyakannya dilaporkan bekerja makan gaji hari.

Jabatan Perangkaan Malaysia dalam data terbaharu yang dikeluarkan minggu ini menunjukkan kadar pengangguran di Malaysia sekarang telah turun kepada 4.6% dengan 737,500 rakyat masing menganggur.

Angka itu bagaimanapun masih tinggi berbanding keadaan seperti sebelum pandemik pada Januari 2020 iaitu 3.2% atau bersamaan 511,700 orang.

Guna tenaga tidak penuh dari segi masa dan kemahiran juga meningkat pada September 2020 berbanding suku keempat 2019. Data ini menunjukkan semakin ramai orang bekerja tidak sepenuh masa dan tidak pula mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan.

Menurut Dr Mahathir, walaupun ada sekatan yang dikenakan bagi membendung penularan Covid-19, kerajaan masih boleh meningkatkan ekonomi dengan mengutamakan perniagaan secara dalam talian.

“Ini tidak dieksploitasi (oleh kerajaan) dengan cukup,” katanya.

Rakyat jaga rakyat

Dr Mahathir setuju slogan “Kita Jaga Kita” atau “Rakyat Jaga Rakyat” sejak kebelakangan ini lahir daripada kekecewaan dan hilang harapan rakyat kepada kerajaan.

“Memang ini mencerminkan perasaan rakyat terhadap pemerintah khususnya dan juga melibatkan ahli politik yang lain, tetapi pemerintah yang membuat dasar, pemerintah yang melaksanakan dasar,” katanya.

Rakyat beranggapan begitu, jelasnya kerana, janji-janji kerajaan tidak mendatangkan kebaikan kepada mereka.

“Sebab itu, mereka berpendapat adalah lebih baik mereka jaga diri mereka daripada bergantung kepada sebuah kerajaan yang ternampak tidak ada idea sama sekali untuk mengatasi masalah rakyat,” katanya.

Ditanya apa yang akan beliau lakukan jika masih perdana menteri, Dr Mahathir berkata, beliau akan mendengar nasihat dan berunding dengan mereka yang lebih pakar, baik yang berkhidmat dalam kerajaan mahupun di luar kerajaan.

“Saya yakin mereka ada idea yang belum difikirkan oleh kita,” katanya. – 12 November, 2020.



 JAWABNYA

RAKYAT WAJIB

DISUSUN

AMIN

WAJIB DIHASUT

AMIN

WAJIB DIBERI

PENCERAHAN

TENTANG SISTEM 

KERAJAAN

AMIN

TERANGKAN 

APA DIA SISTEM

EKONOMI

HARI INI

AMIN

YANG PENTING

DIHASUT UNTUK

BANGUN MELAWAN

AMIN

SATU GERAKAN

MASSA WAJIB

MUNCUL UNTUK

MENYUSUN

DUNIA BARU  

AMIN

MENTERJEMAHKAN KELAPARAN 

KEMISKINAN  

UNTUK JADI 

SATU GERAKAN

 YANG AMPOH

UNTUK MEMBUKA

JALAN SATU

DUNIA BARU

AMIN



CONTOH TERBAIK PEMIMPIN CINA MALAYSIA

 

 YB SIM

BUKIT MERTAJAM

CONTOH TERBAIK

PEMIMPIN CINA

MALAYSIA

AMIN

APA DALIL

TUNJUK BKTI

AMIN


Kalau syarat Puteri Gunung Ledang sekalipun, kerajaan kena setuju

ERAJAAN harus setuju waima “syarat Puteri Gunung Ledang” sekalipun sekiranya ikhlas untuk meluluskan Belanjawan Perpaduan, kecualilah jika kerajaan tak sampai hati bank “berkorban” semangkuk darah demi melanjutkan moratorium membantu rakyat dan perniagaan Malaysia.

Semalam di Dewan Rakyat, ahli Parlimen PAS dari Pasir Mas berkata bahawa syarat yang dikenakan kepada kerajaan, termasuk lanjutan moratorium secara automatik, untuk meluluskan Belanjawan 2021 bagaikan “syarat Puteri Gunung Ledang”, yakni “diminta dibuat jambatan daripada istana ke Gunung Ledang, tujuh mangkuk darah sekian tetapi syarat itu bukan dengan tujuan untuk pinangan itu diterima tetapi signal bahawa pinangan itu ditolak.”

Antaranya, beliau berpendapat bahawa bank akan menanggung beban kerugian kalau dibuat moratorium secara automatik.

Saya tidak setuju.

Malah saya bangkit ketika ucapan beliau untuk memberikan fakta berikut; bank-bank di Malaysia telah merekodkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM32 bilion pada tahun 2019, manakala moratorium 6 bulan sejak April 2020 hanya memakan kos RM6.4 bilion.

Justeru, saya berpendapat tiada masalah untuk bank-bank “berkorban” sedikit demi rakyat dan perniagaan Malaysia yang sedang menghadapi kesusahan yang amat sangat akibat krisis ekonomi pasca Covid-19.

Dalam Sejarah Melayu, Puteri Gunung Ledang meletakkan syarat-syarat berikut untuk pinangan Sultan Mahmud Syah; jambatan emas dan jambatan perak, hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata satu tempayan, air pinang muda satu tempayan, darah anak Sultan satu mangkuk.

Sebenarnya Sultan Mahmud berkata: “Semua kehendaknya itu dapat kita adakan…”, kecuali anak darah raja semangkuk itu, tiada sampai hatinya.

Saya tidak rasa syarat yang pembangkang kemukakan, termasuk lanjutan moratorium, peningkatan bantuan kebajikan kepada RM1,000 sebulan, pemansuhan Jasa dan sebagainya ialah “syarat Puteri Gunung Ledang”. 

Namun, hakikatnya dalam keadaan luar biasa ini, kerajaan harus bersetuju dengan “syarat Puteri Gunung Ledang” sekalipun sekiranya betul-betul ikhlas hendak luluskan Belanjawan Perpaduan demi kebajikan rakyat.

Kecualilah kalau kerajaan tak sampai hati melihat bank “berkorban” RM6.4 billion selepas untung berpuluh-puluh bilion, tak sampai hati darah anak raja semangkuk. – 12 November, 2020.

 BIJAK GUNA

METAPORA  SEJARAH

TAMADUN

DIMANA BUMI

DIPIJAK DISITU

LANGIT DIJUNJUNG

AMIN

BUKAN RUJUK

METAPORA TAIWAN

ATAU CHINA MERAH

AMIN



PERATURAN LONGGAR ATU ADA LENDIR

 


 PERATURAN 

LONGGAR

ATAU ADA LENDIR

Haldeli commented on 

"AIR SELANGOR KENA SABOTAJ ?"


1. Jemu dah baca laporan pencemaran bekalan disebabkan pembuangan bahan toksik ke dalam sungai yang dilakukan oleh tauke-tauke kilang. 2. Mereka ini majoriti bukan melayu dan bukan penganut agama islam. 3. Penguatkuasa yang meluluskan lesen dan pembinaan kilang tersebut tentu telah menyediakan syarat dan peraturan lengkap yang wajib dipatuhi oleh pemilik supaya kilang miliknya tidak menyebabkan kemudaratan kepada alam dan manusia di sekitarnya. 



4. Andainya syarat dan peraturan yang disediakan oleh penguasa itu lengkap dan sempurna maka sudah tentu penyeliaan rapi dapat dilaksanakan. 5. Oleh kerana insiden pencemaran sangat kerap dilaporkan bererti syarat dan peraturan yang ditetapkan sekarang adalah longgar atau ada kelemahan penguatkuasaan dari pihak penguasa. 



6. Andainya pencemaran berlaku disebabkan kelemahan perlaksanaan penguatkuasaan maka kerajaan hendaklah kenalpasti siapa mereka itu dan pastikan tindakan diambil ke atas mereka bersama-sama dengan pemilik kilang berkenaan. 7. Adalah disyorkan (jika belum ada) setiap kilang diwajibkan menyatakan bagaimana bahan buang dari kilang akan dilupuskan. Jika sistem pembuangan buangan yang dinyatakan itu baik maka bolehlah lesen diluluskan. 8. Berasakan sistem pelupusan yang diluluskan maka kilang diwajibkan menghantar laporan kepada penguatkuasa bila tarikh pelupusan hendak lakukan secara mingguan atau bulanan. 



9. Dengan pemberitahuan ini maka pihak penguatkuasa bolehlah menghantar wakil (setiap kali berlainan) untuk menyelia perlaksanaan kerja pelupusan dibuat dengan tepat dan betul. 10. Diyakini jika sistem ini diamalkan insya'Allah perbuatan suap menyuap dapat dihindarkan. Diharapkan kejujuran saja yang dapat melahiran hasil yang baik

LONDON KOTA TERLARANG


 

LONDON 

KOTA TERLARANG

Unknown commented on 

"CINTA TERLARANG"

Bab Appendik Bab LARANGAN terlebih Terlarang akan meledak tidak lama lagi, sampaikan ada yg dalam kategori Klasified...orang orang ni adalah yg terpower sekali...jentik sikit aje, beratus ratus jadi mayat kat Libya lah, Irak lah di negeri Afrika lah... Bayangkan, George Belukar yg Kecik, terpaksa togel satu grup uni kelab tengkorak dan tulang sambil cak wow berjemaah cerita segala macam berdepan cawamgan khas...kalu tak camne nak duduk kerusi empok rumah yg putih melepak?



 Mana yg skandal berskandal tertiba ini sebabnya ialah, kalau mau masuk kelab kena ada kes di khalayak ramai. Nanti baru ada kita-jaga-sama-kita...budak lama KK takde ke? Masalah nya sekarang...there's new sheriff in town, the Don is here... Ko kan berbulan bulan mengikut si Jeffrey tu yg gantung sendiri...tu lah gang dia... Masalah nya, orang yg tau benda benda ini takleh tidur until justice is done... Kah... Kah... Kah... Epilok, epilok...kota london tu salah kota terlarang...ko survive kot tu ya

PEMIMPIN ISLAM KEMPUNAN BIDADARI

 



 PEMIMPIN KAPIR 

MASYUK SYURGA

PEMIMPIN ISLAM

KEMPUNAN BIDADARI

panglimo potaseh commented on

 "ISI TEMBOLOK"

Sebut pasal pemimpin nyumbat tombolok ..gwa nak tahu pemimpin negara Kapir Laknat seperti Jopon, Korea, Taiwan, Tumasik, Sweden, Finland baco kitab apo ..nanti moreko ni kiok masok surgo tak ..jgn marah, tanyo jo ..

TANYA SEMUA YB PKR - KENAPA ANWAR KAUTIM DENGAN PENCURI

 



 TANYA SEMUA

 YB PKR

KENAPA ANWAR 

KERJASAMA

DENGAN PENCURI

Unknown commented on 

"NAJIB REMBAT DUIT KWAP"

Bukan saje Nasution dan Jo Abdul. Ini kena tanya juga 30 lebih ahli Parlimen PKR samada sokong Anwar kerjasama dengan pencuri. Berpuluh ribu rakyat undi PKR masa PRU14. Gaji ahli Parlimen PKR juga duit rakyat, diamanahkan berkhidmat kepada rakyat dan negara, bukan berkhidmat kepada Anwar. Rakyat berhak dengar jawapan. Jangan bisu membisu. Sila jawab, PKR!

HURU HARA BARU NAK MULA

 



 HURU HARA

BARU NAK MULA

Unknown commented on 

"HURU HARA DI AMERIKA"

Aku rasa TT pun paham dan tak kesah siapa menang in Amerika. Amerika huru-hara, dunia aman. Kau tengok 2 minggu yang lepas, kekecohan antara negara dah kurang

NAJIB SUCI BERSIH - SEMUA ALLAH SUSUN

 


 NAJIB SUCI BERSIH

SEMUA 

ALLAH SUSUN

panglimo potaseh commented on 

"NAJIB REMBAT DUIT KWAP"

Najib kan ko dah tak do doso ..dio dah poey Mokah woey ..dah jilat batu itam ..malah dah masok makam nabi, online lagi ..oghang tu dah boghosih ..somuo Allah susun ..


JANGAN SALAH BACA

 



 JANGAN SALAH

 BACA 

DI AMERIKA SAPA 

BUAT KEPUTUSAN



RAMAI SALAH BACA
RAMAI HANTAR TAHNIAH
PADA JOE BIDEN

RAMAI KERAJAAN  NEGARA
DUNIA KETIGA
TERMASUK MALAYSIA
TELAH UCAPKAN  TAHNIAH PADA BIDEN
SEBAGAI PRESIDEN BARU

INI SALAH

PADA TAHAP INI
UNDI MASIH DIKIRA
SAMAN BELUM DIBICARAKAN

UCAPAN TAHNIAH INI
MUNCUL DARI MEDIA AMERIKA
YANG MENGKLIM BIDEN MENANG

HARI INI BADAN PERISEK AMERIKA
PEJABAT PENGARAH NATIONAL INTELLIGENCE

MEMBUAT KENYATAN BAHAWA
BIDEN TIDAK DIBERIKAN
APA APA MAKLUMAT RISIKAN
SEBELUM DISAHKAN 
SEBAGAI PRESIDEN

DALAM PERLEMBAGAAN AMERIKA
YANG AKAN MENGSAH 
SIAPA MENANG SIAPA KALAH
JAWABNYA IALAH
CONGRESS  AMERIKA

CONGRESS AKAN DIUMUM
SECARA RESMI PADA
BULAN JANUARI

KEMUDIAN  CONGRESS
BERI ARAHAN PADA
G.S.A
GORVERMENT SERVICE ADMINISTRATION
ADA PENTABIRAN BARU
MAKA 
SEMUA BERTUKAR

CONGRESS AMERIKA  MACAM 
PEMEGANG
BOTOL BESAR OPPS ...MAAF
PEMEGANG MOHOR BESAR
RAJA RAJA MELAYU 
UNTUK UMUM HARI RAYA

CNN , ABC, NEW YORK TIMES
MACAM 
RTM , TV3 , UTUSAN
HANYA BUAT LAPORAN
BUKAN
MENGMUKTAMADKAN
PILIHANRAYA 
MEDIA AMERIKA
BUKAN
YANG MEMBUAT KEPUTUSAN
UTUSAN
RTM
TV3
TIDAK TENGOK ANAK BULAN
AMIN

SUARA DARI AUSTRALIA

 

SUARA DARI

DARI AUSTRALIA

TRUMP-BIDEN

BELUM SELESAI

NAJIB REMBAT DUIT KWAP

 



 

WOIT 

AHLI PKR 

JANGAN LUPA

NAJIB KAKI REMBAT

AMIN

DUIT KWAP

DUIT TABUNG HAJI 

NAJIB REMBAT 

SAMPAI KERING

AMIN



Hutang RM14.66 bilion 

era Najib 

bebankan kerajaan

Putrajaya kini masih dibebani hutang berjumlah RM14.6 bilion yang diwarisi daripada era pentadbiran Najib Razak, ketika bekas perdana menteri itu dilihat berganding bahu dengan ahli Parlimen pembangkang mengkritik Belanjawan 2021 yang dikatakan tidak cukup untuk membantu rakyat terkesan akibat pandemik Covid-19.

Hutang itu termasuk projek bernilai RM1.5 bilion melibatkan SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat subsidiari yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga faedah pinjaman sebanyak RM1.7 bilion, menurut penelitian rekod kewangan oleh MalaysiaNow.

Pada Julai lalu, Najib didapati bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah (CBT), pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kedudukan yang membabitkan RM42 juta dana SRC.

Dana itu merupakan sebahagian daripada dua pinjaman SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) yang bernilai RM4 bilion.

Hutang lain yang turut warisi termasuk pinjaman untuk projek Transit Aliran Massa (MRT) dan Pan Borneo berjumlah RM 3.7 bilion, dan bayaran faedah pinjaman projek Transit Aliran Ringan (LRT) berjumlah RM1.5 bilion.

Malah, kerajaan turut dibebani hutang pembiayaan semula syarikat tujuan khas (SPV) Pembinaan PFI Sdn Bhd berjumlah sehingga RM2.66 billion.

Urusan pembelian saham Felda dalam syarikat gergasi peladangan di Indonesia, Eagle High Plantations turut meninggalkan hutang berjumlah RM1.7 bilion kepada kerajaan

Kerajaan juga perlu menanggung kos penstrukturan semula Tabung Haji dan Felda.

Turut dilaporkan syarikat milik kementerian kewangan, Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) perlu memperuntukan kira-kira RM20 bilion bagi memulihkan kedudukan kewangan Tabung Haji.

Semalam, Najib dalam ucapan perbahasan Belanjawan 2021 senada dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim menuntut sekurang-kurangnya dua pindaan dalam belanjawan.

Tuntutan itu termasuk membenarkan pengeluaran sekali beri atau “one off” berjumlah RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta melanjutkan tempoh moratorium selama enam bulan.


 BERAT BERAT

MACAM MANA

PEMIMPIN WARAK

JUJUR ISLAMIK

TUAN HAJI

ANWAR IBRAHIM

NAK KERJASAMA

DENGAN PENCURI

BERNAMA 

TUAN HAJI NAJIB

KAH KAH KAH

PELIK

KAH KAH KAH

MUNGKIN

SAI NASUTION

JO ABDUL

BOLEH TERANGKAN

KAH KAH KAH 

DUA TUAN HAJI BEKERJASAMA

KAH KAH KAH




ANWAR BEKAS BANDUAN - NAJIB BAKAL BANDUAN

 




 ANAWAR BEKAS 

BANDUAN

NAJIB BAKAL 

BANDUAN


Arymanchino commented on

 "PKR SOKONG PENYAMUN ?"

Mamat ni membebel xtentu pasal.Aku tulis tu baca betul2.PRU14,Anuar msh penjenayah.Baru ni je Anuar lantik diri dia sendiri ketua PH.Yg aku kata Penyamun sokong Penjenayah..Ade faham kah..

PARTI SAMPAH NAIKAN GAJI

 




 PARTI SAMPAH

NAIKAN GAJI KETIKA RAKYAT MENDERITA

Unknown commented on 

"JANGAN SALAHKAN NAJIB - LIHAT DIRI DULU"

Tidak aku dan 19 peratus yang tidak mengundi mahu dipersalahkan...jangan tangkap pakaliaw! Contoh cukup jelas, Pekan tetap menang kerusi Pekan walau kera-jaan pimpinan dia jatuh tersungkur...itu menggambarkan sistem yang tidak boleh digunapakai dimana pemilih atau pengundi tidak berfikiran denga jelas bergantung kepada bukti bukti seluruh dunia apa yang telah disonglapkan oleh Pekan. Sistem perundangan dimana sudah jatuh hukum bersalah tapi masih bebas...sepatut nya disumbat dahulu bab merayu dibuat didalam hukuman berjalan. 



Satu lagi hukuman dikenakan serentak...dimana hukuman secara total lebih 70 tahun tapi di serentak kan hanya menjadi 12...keadilan yang dilaungkan mat songel perlu di landasan yang tepat...tapi sedangkan mat songel sendiri mendapat keadilan terpilih, kat mana peluang rakyat mendapat keadilan dan peluang yang sama rata? Tidak ada pemegang kuasa yang bersifat adil melainkan contoh para sahabat nabi Muhammad s.a.w. yang tetap takut dipersoalkan menggunakan lilin hanya diwaktu dia berurusan kerajaan tapi dimati kan cahaya dari lilin itu apabila dia perlu berbicara dengan anak nya sendiri. 



Part sampah menaik kan allowance dan gaji di persetujui pembahas parliament negeri sedang rakyat dan negeri masih berantakan. Mendapat ratusan juta dari Tun M exco mendapat habuan kereta berjenama semua...kegilaan demokrasi apakah nih?

PRK SOKONG NAJIB KERAA ANWAR GILA NAK JADI PM

 

 

PKR SOKONG NAJIB

KERAN ANWAR

 GILA NAK JADI PM

Unknown commented on 

"PKR SOKONG PENYAMUN ?"

Boleh minta TT tolong tanya pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat 2 soalan. Soalan pertama, mengapa laman web parti (https://keadilanrakyat.org/) macam kucing kurap. Senarai AJK tak ada, laman 'struktur organisasi parti' hilang, telor pun haprak ... kalau Anwar Ibrahim tak tahu urus laman web parti sendiri, nak jadi PM Malaysia lagi? Soalan kedua, dah konpirm ketua PKR, Anwar Ibrahim sokong penyamun dalam usaha nak jadi PM. 



Senarai nombor yang Anwar kemuka termasuk penyamun. Apakah pemimpin lain dan ahli PKR juga sokong penyamun? Kalau tak sokong penyamun, bila nak pecat Anwar Ibrahim dari parti? Masa PRU14, rakyat undi PKR kerana nak singkir penyamun. Bila dan menang, PKR sekarang bersubahat dengan penyamun, tipu rakyat ke! Ada apa ulasan Kak Wan, Nurul Izzah, Saifudin Nasution, Wong Chen, Michael Liong, Rafizi Ramli, Tian Chua, xavier jayakumar? Bila nak ambil tindakan disiplin terhadap Anwar Ibrahim?