Ahad, 22 November 2020

SELANGOR WILAYAH BAHAYA

 



BERHATI HATI


BERJAGA JAGA


Lebih separuh 

daripada 1,096 

kes Covid-19 

dari Selangor

SELANGOR merekodkan separuh daripada 1,096 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini dengan 603 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata jumlah kes baharu itu menjadikan kes jangkitan keseluruhan kepada 54,775.

Sabah menyaksikan peningkatan kes harian kedua tertinggi dengan 311 kes jangkitan, diikuti Perak 55.

Hanya enam kes import dilaporkan hari ini manakala baki adalah penularan tempatan.

Sementara itu, tiga kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, yang mana kesemua kes adalah di Sabah.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kepada 335. Tiga kluster baharu jangkitan turut dikesan.

Negeri lain yang melaporkan kes baharu hari ini adalah Kuala Lumpur (30), Negeri Sembilan (29), Johor (9), Kelantan (8), Perlis (1), Pulau Pinang (15), Labuan (13), Kedah (16), Putrajaya (1) dan Melaka (5).

Sementara itu, 1,104 pesakit didiscaj daripada hospital dalam tempoh 24 jam lalu selepas pulih daripada koronavirus.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 41,597.

Jumlah kes aktif pula adalah 12,843.

106 pesakit dirawat di unit rawatan rapi yang mana 46 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan. – 22 November, 2020.


RAKYAT TOLONG

RAKYAT

KITA TOLONG KITA

DATUK MUDA POTONG STIM

 


ALAAAMAK

DATUK MUDA

JANGAN 

POTONG STIM

KAH KAH KAH

RAKYAT NAK TENGOK

UMNO BUNUH 

SAMA SENDIRI

KAH KAH KAH  

MACAM PAS 

ADA PAS GANU 

ADA PAS KELANTAN 

KAH KAH KAH




Bersedialah UMNO terima hukuman kali kedua dari rakyat – Armand

KUALA LUMPUR – Perbuatan menyerang sesama sendiri menerusi media sosial dan di lapangan, satu perkara yang tidak baik bagi UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, selaku pemimpin muda, beliau mengingatkan pemimpin parti itu, musuh sebenar mereka ialah Pakatan Harapan (PH).

“Saya lihat kebelakangan ini, kita mula serang sesama kita di sosial media dan di lapangan. Bagi saya, ini satu perkara yang tidak baik buat parti UMNO jika berterusan berpanjangan.

Namun, kata Armand, apa yang menyedihkan serangan dalaman UMNO semakin rancak tanpa disedari perbuatan itu hanya akan merugikan parti.


BILA UMNO

GADUH SAMA

SENDIRI BAIK

 UNTUK NEGARA

KAH KAH KAH

NEGARA JADI AMAN

EKONOMI TAKDA

KENA KACAU

KAH KAH KAH

CUKONG SENYAP

RASUAH KURANG

DAN

BIK MAMA NAJIB

KITA SIMPAN

SENYAP SENYAP

AMIN


TAK NAK UNDI NAK TERAJANG

 



TAK NAK UNDI

NAK TERAJANG 

Unknown commented on 

"INI LANGKAH POLITIK BIJAK"

Klau undi percaya pun tak hendak undi tak percaya pun tak hendak. Habis nak undi apa..TAK KAN PM CUMA NAK BERGAYUT KAT DAHAN RAPOH . JATUH JUGA ..



KLAU memang yakin ayuh!! Klau tak yakin biarlah jatuh sendiri ..Biar TEWAS digelanggang ..itu namanya PERWIRA..Tewas tanpa berani berjuang namanya pengecut.KLAU PENGECUT JANGAN JADI PERWIRA .AYUH!!!

PEMILIK SERVER - BOLEH TENTUKAN JULAH UNDI

 



PEMILIK SERVER

TENTUKAN

JUMLAH UNDI 

Unknown commented on 

"SAPA PEMILIK SERVER -

 DIA PENJUMLAH ANGKA"

Bila dah kalah macam2 lah. Pemilik server lah, undi org dah mati lah, undi tipulah. Mintak kira undi semula, bila bilang sekali lg kalah juga pastu ugut penguasa pengundian. Susah berurusan dgn org yg mengaku awal2 lg tak mahu serah jawatan walaupun kalah. Lengit sungguh menyakitkan. Terum abis imuniti bila tak jd POTUS boleh didakwa dimahkamah tipu cukai pendapatan. Eh.. mcm pernah dengar je. Mungkin pasni ada Terum Pelaza Move bero?




Unknown commented on 

"SAPA PEMILIK SERVER -

 DIA PENJUMLAH ANGKA"

Taktik ni mcm penah ku dgr tika pemilihan partai mana yeerr...??

IRAN MENUNGGU

 



IRAN MENUNGGU

Unknown replied to a comment on

 "SELAGI ISLAM ADA SAUDI - UMAT ISLAM TERUS DIBODOHKAN"

Trump sangat picaya dgn tema menyerang Iran atau negara Islam yg tidak tunduk kpd Amerika sebelum piharaya krn tindakan populis spt itu akan buat dia menang. Ohh.. sungguh mulia lg syumul Terum ni.

AJEN ANGLO-AMRICAN-ZONIS

 


AJEN TEGAR

ANGLO

AMERIKAN-ZIONIS 


Ketua Pengarang commented on

 "SELAGI ISLAM ADA SAUDI - UMAT ISLAM TERUS DIBODOHKAN"

rata rata umat suka saudi la.. jarang ada orang islam suka dengan wahabi... tak percaya? boleh tanya zamihan, azhar idrus, abu sqafiq dan lain lain tentang wahabi.. wahabi ni minoriti... majoriti umat islam tak suka wahabi.. macam mana lu boleh cakap umat islam kena bodoh dengan saudi?

PEHA JANTAN PEHA BETINA

 



PEHA JANTAN

PEHA BETINA

yeop_sepet commented on

 "ISLAM MAKIN SYUMUL"

aiyaa TT,lu sudah lama sangat tak tgk pompuan nie.gambo atas nie jantan pakai purdah.takkan lu tak reti beza peha jantan dgn peha betina,tapi bab nie beza jantan betina nie abam paling terer.kalu betina ada 2 lubang,jantan satu lubang.mulot tak dikira sbgai lubang.kahkahkah

UMNO MAKIN RAHAI

 


GEROMBOLAN 

UMNO

 MAKIN RAHAI 

cikminah commented on

 "BERITA BAIK UNTUK MALAYSIA"

Cara Lobakman ni argue, seolah-olah UMNO masih releven. Dia terlupa kpd keputusan PRN, Sabah. Dpd 31 kerusi yg BN bertanding, cuma menang 14 kerusi. Bersatu di bawah PN, menang 17 kerusi. 



Jadi, toksah dia berharaplah PRU15 nanti BN boleh menang 2/3 dpd 222 kerusi. Nak menang 54 kerusi macam dlm Pru14 pun, belum tentu. Jadi, usahlah dia bercakap gah, seolah-olah UMNO masih power. Berpijaklah di bumi nyata.

IRAN BUKAN ARAB

 



IRAN BUKAN ARAB

MEREKA PARSI

panglimo potaseh commented on

 "RUMP AKAN SERANG IRAN?"

Satu2 nye Arab yang ado hotak adalah Iran ..tak lama dulu Iran selalu jadi Juara World Cup Ngaji ..1979 Haji Khomeini jadi idola dunia Islam termasuk Tuan Guru Nik Aziz



 ..malah di Konvensen Jordan, Iran diiktiraf sbg nigara Islam ..lu tak caya lu tanya El-Tiduri. Las2 tetiba Uncle Sam bersama Penjaga Mekah berfUCkwa yg Iran sbg SESAT ..kita pon ikut sama ..kahkahkah ..tuckbEEr ..

JANGAN JAGA JUBO SAIPOL

 



JANGAN JAGAN

JUBO SAIPOL

Blues70 commented on

 "ANWAR TAK SONGLAP DUIT NEGARA"

Jaga jubor sendiri #kitajagajubokita

GELPJOH

 


OTAK SLOO

BILA GELOJOH


hamim commented on

 "MADEY KATA ANWAR TAK SABAR"

Anwar bukan saja tak sabar tapi gelojoh

SURAT INI SATU CONTOH ANWAR IBRAHIM DIFITNAH



SURAT INI

SATU CONTOH 

ANWAR IBRAHIM

DI FITNAH 

Unknown commented on 

"ANWAR TETAP AKAN JADI PM MALAYSIA"

DSAI seorang Pejuang Reformasi yang kuat dan tiada erti mengalah.Orang yg HEBAT Allah akan uji tapi alhamdullillah beliau tetap dengan prinsip dan jadi diri y amat HEBAT. 20thn dipenjerakan demi menghancurkan karier Politik beliau ,namun DSAI tetap tabah mengharungi ujian Allah bukan seperti Tun, Muhyidin dan Semburit Azmin tidak ada jadi diri maruah berpolitik.



Mereka ini berpolitik KOTOR dan tidak bermaruah.Demokrasi bererti pilihan rakyat melalui peti undi bukan merampas melalui SD dan sebagainya.Ini menunjukan mereka ini tidak matang berpolitik dan hanya guna tektik KOTOR.Apakah ini budaya Politik Malaysia masakini?Politik tidak bermarwah kerana yg menang jadi pembangkang dan kalah jadi Kerajaan.Dlm dunia mana yg amalkan begini? Pemimpin yg memimpin sekarang tidak bermaruah dan tak layak jadi Kerajaan.Kerajaan Pengkianat yg direstui oleh YDP.

ADA BUKTI KE ? TAKDA BUKTI ?



PEGUAM TRUMP 

ADA BUKTI KE

ATAU

TAK ADA BUKTI ?

ANWAR TAK BOLEH MENANG

 


ANWAR IBRAHIM 

PUTAR

KAH KAH KAH

MADEY BAGI JELAS

KAH KAH KAH

Selepas ketepikan 

saya pun Anwar 

tidak menang,

 kata Tun M

Catatan  Dr Mahathir Mohamad bertajuk Perdana Menteri di laman blog beliau dan juga di media sosial

1. Ramai yang percaya bahawa sebabnya Anwar tidak dapat jadi Perdana Menteri ialah kerana saya menghalang.

2. Benar dahulu saya berpendapat bahawa kerana sebab tertentu dia hilang kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi apabila Najib menjadi kleptokrat, saya sanggup bekerjasama dengan Anwar untuk jatuhkan Najib. Saya tidak menentang cadangan Pakatan Harapan (PH) bahawa Anwar akan mengganti saya apabila saya letak jawatan. Tetapi belum pun sampai masanya konco-konco Anwar mendesak supaya saya letak jawatan.

3. Pada 21hb Februari, 20 20, saya diberitahu oleh Muhyiddin dan beberapa pemimpin Bersatu bahawa pada malam itu Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan akan mendesak supaya saya letak jawatan untuk Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri. Kononnya saya akan dipaksa lantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan segera.

4. Tujuan Muhyiddin ialah supaya saya setuju Bersatu keluar dari Pakatan Harapan untuk jatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan. Muhyiddin, Azmin dan Hamzah sudah rancang untuk bekerjasama dengan Muafakat Nasional untuk tubuh Kerajaan baru mengganti PH.

5. Azmin Ali pula telah sahkan bahawa apabila cadangan yang tersebut di atas dibuat dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan, beliau akan walk out.

6. Tetapi pada malam itu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, setelah berbincang dengan panjang lebar, bersetuju supaya saya diberi kuasa untuk letak jawatan bila-bila masa yang saya pilih. Ini bermakna Pakatan Harapan masih sokong saya. Pakatan jahat untuk tolak saya tidak menjadi kenyataan seperti yang didakwa oleh Muhyiddin dan konco-konconya. Saya berpendapat tidak ada sebab kenapa saya perlu bersetuju untuk Bersatu keluar dari PH.

7. Pada 23hb Februari saya telah beritahu kepada Muhyiddin bahawa perancangannya untuk Bersatu keluar dari Pakatan Harapan perlu ditangguh kerana PH masih sokong saya sebagai Perdana Menteri.

8. Apabila Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu bersidang selepas pertemuan saya dengan Muhyiddin dan rakan-rakannya, saya merayu supaya ditangguh cadangan Bersatu untuk keluar dari PH. Saya syor supaya Bersatu tunggu dan lihat akan perlakuan PH.

9. Pendek cerita Majlis tolak syor saya dan setuju Bersatu keluar dari Pakatan Harapan dengan serta-merta. Ada yang tumbuk meja dan dengan lantang sokong Muhyiddin untuk keluar dari PH.

10. Bagi saya ini adalah keputusan muktamad. Ia merupakan kepercayaan kepada saya sebagai Pengerusi parti sudah tidak ada. Keputusan itu juga bermakna Bersatu sudah keluar dari Pakatan Harapan dan Kerajaan PH sudah jatuh.

11. Sepanjang malam itu saya memikir akan kedudukan saya. Kehilangan kepercayaan kepada saya bermakna saya tidak lagi boleh menjadi Pengerusi Bersatu. Jika saya tidak lagi Pengerusi Bersatu dan PH tidak lagi Kerajaan, saya tidak lagi jadi Perdana Menteri.

12. Pada malam itu Muhyiddin Yasin bersama pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS telah berada di Hotel Sheraton. Kesanggupan Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu berada bersama dengan musuh Pakatan Harapan bermakna bahawa rancangan menubuh Kerajaan Perikatan Nasional sudah jadi kenyataan.

13. Saya buat keputusan untuk isytihar bahawa saya sudah letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu dan Perdana Menteri. Walaupun ada ura-ura bahawa saya akan diterima oleh gabungan Muafakat dan Bersatu sebagai Perdana Menteri, saya tidak dapat terima kerana penjenayah-penjenayah UMNO akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan yang saya akan pimpin.

14. Peletakan jawatan Perdana Menteri oleh saya tidak ada kena mengena dengan cadangan Pakatan Harapan supaya Anwar ambil alih jawatan Perdana Menteri selepas saya letak jawatan. Dengan Bersatu dan puak Azmin Ali keluar dari Pakatan Harapan, Pakatan Harapan sudah tidak lagi jadi Kerajaan dan saya tidak lagi jadi Perdana Menteri.

15. Yang akan jadi Perdana Menteri ialah orang yang dapat majoriti apabila pengakuan oleh ahli Yang Berhormat dihadapan Yang di-Pertuan Agong diadakan.

16. Apabila pengakuan ini dibuat 92 ahli dari Keadilan, Amanah dan DAP menamakan Anwar sebagai pilihan mereka. PH sudah tolak saya sebagai Perdana Menteri.

17. Saya hanya dapat 66 ahli.

18. Jika ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan menamakan saya sebagai calon mereka, saya akan dapat 158 undi setelah ditambah dengan 66 ahli yang sokong saya. Tetapi kerana mereka beri 92 kepada Anwar, saya kalah dan Anwar juga gagal.

19. Jika saya dapat 92 dari Pakatan Harapan dan dengan itu Kerajaan Pakatan Harapan dikekalkan saya akan kembali jadi Perdana Menteri Pakatan Harapan. Dan apabila saya letak jawatan Anwar akan jadi Perdana Menteri mengikut perancangan Pakatan Harapan.

20. Setelah pencalonan Anwar gagal, Pakatan Harapan ingin kembali sokong saya sebagai calon Perdana Menteri. Anwar juga bersetuju tetapi dengan syarat dia dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

21. Saya tidak bersetuju kerana ingin kekal kabinet lama.

22. Akhirnya Anwar bersetuju dan usaha dibuat untuk dapat jumlah yang cukup untuk Pakatan Harapan kembali jadi Kerajaan. Dengan sokongan dari ahli parti Sabah, jumlah meningkat kepada 114.

23. Malangnya Muhyiddin sudah berjaya mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong untuk dia dilantik sebagai Perdana Menteri.

24. Tetapi usaha untuk tumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional diteruskan oleh Pakatan Harapan. Pihak saya dan penyokong saya bersetuju untuk menyertai usaha ini.

25. Tetapi Anwar tolak sama sekali penyertaan saya. Jika saya ditolak, penyokong saya tidak akan menyertai cadangan ini. Dan kita tidak akan dapat tiga orang ahli Dewan Rakyat (DR) untuk mencukupi bilangan.

26. Telah dicadangkan supaya saya akan pegang jawatan Perdana Menteri selama 6 bulan sebelum menyerah kepada Anwar. Amanah dan beberapa ahli DAP bersetuju.

27. Tetapi Anwar tolak. Anwar tidak mahu saya terlibat sama sekali. Tetapi jika saya tidak diberi tempat, penyokong saya tidak akan sokong cadangan Pakatan Harapan. Lagi pun agak sukar mencari tiga orang lagi untuk mendapat majoriti.

28. Pengakuan saya untuk serah jawatan kepada Anwar selepas 6 bulan tidak diterima atau dipercayai oleh Anwar.

29. Rancangan yang munasabah ialah apabila Dewan bersidang, jika Pakatan Harapan mempunyai cukup bilang, Muhyiddin boleh dikalahkan semasa belah bahagi dengan pembangkang mempunyai 114.

30. Apa yang berlaku ialah Muhyiddin masih dapat 112 dan tidak dapat dijatuhkan semasa perbahasan berkenaan perlucutan jawatan Yang di-Pertua Dewan. Ini bermakna Muhyiddin menang dan kekal sebagai PM. Anwar kalah dan tidak jadi PM.

31. Kemudian Anwar isytihar dia sudah dapat cukup bilang dan Muhyiddin sudah tidak jadi Perdana Menteri.

32. Saya dan kumpulan saya ditolak oleh Anwar kerana dia sudah dapat jumlah sokongan yang mencukupi.

33. Tetapi kita semua tahu bahawa Anwar masih tidak dapat jadi Perdana Menteri. Kenyataan Anwar bahawa dia mempunyai cukup bilang didapati tidak benar. Dalam perancangan Anwar saya tidak ada tempat. Jelas setelah ketepikan saya pun Anwar tidak menang.

34. Pada tahun 2008 pun, Anwar gagal. Apakah saya juga yang menghalang Anwar.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
21 November 2020


KITA LIHAT 

APA JADI 

HARI KHAMIS

26/11/2020

JENG JENG JENG

BUJET BUJET 

LULUS KE GAGAL

JENG JENG JENG


ANWAR TAK SONGLAP DUIT NEGARA

 



ANWAR IBRAHIM

TAK SONGLAP

 DUIT NEGARA 

HANYA MAHKAMAH BUKTIKAN ANWAR SONGLAP 

JUBO SAIPOL  

BAHAYA BESAR

PADA NEGARA

BAHAYA KENA PAU

Sani commented on 

"AMANAH JANGAN JADI ALAT ANWAR"

Apa masalah nya dengan anwar..berapa juta dia Songlap duit Negara..hina sangat ker manusia bernama anwar Ibrahim bro..sudah2 lah bro..jangan dok Tanam kan sifat membenci Dan menghasut Apa sumbangan Kamu pada Negara Dan Dunia..boleh bagi tau tak Orang yg Kau hina kutuk,ada gak sumbangan pada Negara Kau ado


JAWA HEBAT

 


JAWA HEBAT 

Unknown commented on

 "UNDI PERCAYA UNDI TAK PERCAYA"

Jawa menggangap bahawa etnik mereke yang terbaik dikalagan etnik-etnik melayu yang lain. Klau yahudi menggangap mereka bangsa pilihan tuhan

MADEY MUDAH LUPA




MADEY MUDAH LUPA 

Mat Despatch commented on 

"MADEY KATA ANWAR TAK SABAR"

Tun madey masa jd piem ke-4 ibarat piem terbaek sepanjang zaman. Tapi lepas ph jatuh sebab madey letak jawatan rasanya madey lagi baek diam dari becakap. Lagi banyak cakap lagi banyak bohong lagi nampak bangangnya.. Becakap asik² nak salahkan orang taknak akui kesilapan sendiri.. Madey mudah lupa aritu letak jawatan pun suda lupa ka dey.. Duk je la diam² takyah nak meroyan sangat

UNDI PERCAYA UNTUK MUHYIDDIN

 



JENG JENG JENG

UNDI PERCAYA

UNTUK MUHYIDIN

KAH KAH KAH 

Umno gesa usul 

undi percaya untuk

tekan Muhyiddin, 

kata penganalisis

MAKIN KENA

TEKAN

KAH KAH KAH 

ANWAR HALANG ANWAR

 



ANWAR SENDIRI

HALANG ANWAR

JADI PM

Unknown commented on 

"MADEY KATA ANWAR TAK SABAR"

Tuan badan sendiri yang menjawab. Dr mahathir tak halang sesiapa jadi PM kecuali Anwar yang akan menghalang Anwar jadi PM. Begini. Anwar ni ada 7 orang. Anwar dalam jail masih dalam jel. Anwar timbalan 2008 masih timbalan. 



Anwar de facto PR masih de facto. Anwar abim masih abim. Jadi Dr mahathir halang 6 Anwar ni yang menghalang Anwar satu dari jadi PM. Bodo anwar.satu harinya panjang. Lain manusia abis sehari habis lah satu episode. Esok cerita lain.

MEMANG PENCURI

 


MEMANG PENCURI

Unknown commented on 

"DENGAR APA KAT KU LI"

Memang pencuri, nak bela buat APA...ramai lagi ada penganti....Dah terantuk baru ternadah....


JEMU MAKAN ANAK IKAN

 


JEMU MAKAN

ANAK IKAN 

Unknown commented on

 "ANAK IKAN"

Cba ler mkn Atok ikan ker, bapak ikan ker atau mak ikan, jemu makan anak ikan aka ikan bilis

BERKHALWAT HARI KE 250

 





KHALWAT KE 250

AHAD 22/11/2020
KITA MASUK KE HARI 250
BERKHALWAT

LAGI 5 HARI
BUJET AKAN JADI AJENDA NEGARA
LULUS ATAU TAK LULUS
KALAU LULUS
SEMUA OK

KALAU TAK LULUS
APA JADI
JENG JENG JENG

DUNIA MASIH GAWAT
KITA JUGA MASIH GAWAT
PKPP DITERUSKAN
EKONOMI KAPITALIS
MAKIN MERUNDUM
APA AKAN BERLAKU
JENG JENG JENG

DI AMERIKA
PEGUAM TRUMP
SEDANG HEMPAS PULAS
NAK BATALKAN UNDI
PADA BULAN DISEMBER
SEMUA UNDI
WAJIB MASUK
APA AKAN JADI
JENG JENG JENG

ANWAR IBRAHIM
KLIM ADA NUMBO
DUTA AMERIKA
JUMPA ANWAR
APA PUTAR ANWAR
PADA DUTA AMERIKA
JENG JENG JENG

PAGI INI HOKKIEN SEJUH
UDARA BERSIH
KUALA LUMPUR BARKABUS

OKESTRA  UNGGAS
SIMPONI CENGKERIK
TIDAK RANCAK
HUJAN LEBAT MEMBAWA  PADAH

PAGI INI
TAK TAK DAN EZI
TAK ADA TUPAI
NAK DI KEJAR

BRO
BERJAUHAN TIDAK
MEMISAHKAN KITA SESAMA KITA
TAPI SENYAP MEMISAHKAN

BRO
KEBAIKKAN MACAM
BUNGA DITAMAN
IANYA 
MENGINDAHKAN  SEMUA


BILA BUNGA TIDAK BERKEMBANG
KITA BAJAI TANAHNYA
BUKAN BUBUK BAJA
PADA BUNGA

 JARANG
KITA BERTEMU SOSOK
DIMANA FIKRAHNYA
SEINDAH DIRINYA

BRO
AWAS SOSOK YANG
SELALU BERI NASEHAT
ADALAH SOSOK YANG
DIRINYA SELALU BERMASALAH

APA YANG DATANG
DENGAN SENANG
PASTI TAK TAHAN LAMA
BENDA YANG TAHAN LAMA
DATANGNYA PAYAH

ADA SOSOK LAHIR DALAM DUNIA INI
MEMBAWA PENCERAHAN
SOSOK INI TELAH LAMA PERGI
TAPI CAHAYA PENCERAHAN
YANG DIBAWANYA MASIH BRSINAR

HIDUP INI
IALAH MENGUMPULKAN
DETIK DETIK INDAH
YANG KECIL

DALAM DUNIA INI
KITA BOLEH  PILIH
UNTUK JADI
APA YANG KITA SUKA
PILIH UNTUK JADI BAIK

BRO 
DALAM HIDUP INI
ADA DUA PEKARA
YANG AMAT BERHARGA
PERTAMA MASA
KEDUA
DENGAN SIAP KITA
GUNAKAN MASA KITA

BRO 
HIDUP KITA INI
MUNGKIN TIDAK TERSUSUN
TAPI ROH KITA
PANDAI MENARI

BRO
SEBELUM KITA LELAPKAN MATI
SIAPA  YANG KITA INGATI
DALAM KEPALA KITA
DISITULAH HATI  KITA

BRO
SOSOK  DATANG
KEMUDIAN CEPAT PERGI
MEMANG SOSOK TAK BERNIAT
NAK TINGGAL LAMA

BRO
KADANG KALA KITA BERKEMBANG
MAKA KITA TERPAKSA
MENINGGAL SESIAPA SAJA
KAWAN KITA
YANG INGIN TERUS BEBAL

BRO
MAKNA HIDUP INI
IALAH 
 KITA MENCARI HADIAH
TUJUAN HIDUP
IALAH 
 KITA MENGIHKAN HADIAH ITU

KITA LAH
ORANGNYA YANG AKAN
MENENTUKAN
APA YANG AKAN KITA
LAKUKAN DENGAN
MASA MILIK KITA

LAKUKAN  HARI INI
KETIKANYA SEKARANG
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT