Ahad, 29 November 2020

ORANG BAIL LEBIH RAMAI DARI ORANG JAHAT

 


DALAM DUNIA INI

ORANG BAIK

LEBIH RAMAI DARI

ORANG JAHAT

TERIMA KASEH

RONALD REAGAN

LAGI 5 HARI

 





LAGI 5 HARI
ANWAR AKAN

JATUHKAN

MUHYIDDIN

HARAP BERSABAR

MASALAH BUKAN PAKATAN BUKAN PKR

 



MASALAH BUKAN

PAKATAN  RAKYAT

BUKAN PKR 

AMIN

PENIMBUL MASALAH

IALAH

ANWAR IBRAHIM

AMIN



Akar umbi Pemuda Amanah

 minta parti tentukan 

hala tuju politik

PEMIMPIN muda Amanah meminta parti itu menentukan hala tuju dan pendirian politiknya selepas Pakatan Harapan dilihat tidak sepakat dalam penentuan undi Belanjawan 2021 pada Khamis lepas.

Mereka menghantar mesej itu kepada pucuk pimpinan parti menjelang mesyuarat jawatankuasa pimpinan Amanah pada malam ini, dipercayai membincangkan insiden di Dewan Rakyat minggu lalu.

“Kami hendak pucuk pimpinan parti buat keputusan kerana sekarang ini Amanah nampaknya sokong dua-dua… Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim,” kata seorang pemimpin muda Amanah yang bercakap kepada The Malaysian Insight dengan syarat tidak dinamakan.

Sumber merujuk pada tindakan ahli parlimen Amanah minggu lalu yang sebahagiannya membiarkan Belanjawan 2021 diluluskan secara undian suara sementara sebahagian yang lain mendesak untuk undian belah bahagi.

Sumber menjelaskan kepada The Malaysian Insight latar belakang dan maksud kenyataan 55 pemimpin akar umbi Pemuda Amanah hari ini yang  mempersoalkan keputusan saat akhir Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengarahkan ahli parlimen PH tidak menolak Belanjawan 2021.

Kumpulan 55 pemimpin muda Amanah itu menolak keputusan sepihak Anwar yang dibuat di luar mesyuarat serta bertentangan dengan keputusan mesyuarat PH sebelumnya.

“Tindakan ini telah mencalarkan reputasi Pakatan Harapan selaku kerajaan yang diundi oleh rakyat pada PRU14. 

“Kami juga ingin menegaskan pimpinan Amanah serta Pakatan Harapan wajib berpegang kepada prinsip serta disiplin berorganisasi dan keputusan mesyuarat,” kata 55 pemimpin akar umbi dari Pemuda Amanah.

Majlis Presiden PH yang bermesyuarat pada Selasa, dua hari sebelum pengundian Belanjawan 2021, dilapor sepakat memutuskan akan menolak cadangan kerajaan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin dalam satu tulisan menganalisis keputusan pilihan raya umum lalu dan sejarah kerjasama politik parti pembangkang, dan bertanya, apakah wajar kerjasama sedia ada diperkukuh atau sebenarnya perlu sebuah gabungan politik baharu.

Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat pada Khamis lepas secara undian suara selepas usul untuk undi belah bahagi yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar dari Amanah ditolak kerana tidak cukup 15 sokongan.

Hanya 13 ahli parlimen yang berdiri menyokong usul itu, termasuk enam dari Amanah dan semua empat wakil rakyat bebas dari Parti Pejuang Tanah Air diketuai Dr Mahathir.

Selain Mahfuz, lima ahli parlimen Amanah yang berdiri ialah Khalid Samad (Shah Alam), Mohamed Hanipa Maidin (Sepang), Mohd Hatta Ramli (Lumut), Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), dan Hasanuddin Yunus (Hulu Langat). 

Mereka juga disertai masing-masing seorang ahli parlimen dari DAP, PKR dan Parti Sarawak Bersatu.

Salahuddin yang juga timbalan presiden Amanah kemudian meminta maaf kepada ahli parti kerana duduk semua setelah awalnya berdiri untuk menyokong usul undi belah bahagi. 

Katanya, beliau berbuat demikian kerana menghormati presiden parti Mohamad Sabu, yang menerima arahan membiarkan Belanjawan 2021 lulus daripada Anwar.

Ketua Penerangan Amanah Khalid Samad pula menjelaskan semua 11 ahli parlimen Amanah sebenarnya menolak Belanjawan 2021 cuma cara mereka menunjukkan penolakan itu berbeza.

Dalam kenyataannya semalam, Mohamad berkata beliau mahu mengukuhkan kerjasama politik yang sudah terjalin, baik bersama Anwar mahupun Dr Mahathir.

“Yang lebih utama bagi kita adalah kesatuan dan persahabatan. Dalam masa yang sama kita sentiasa mencari jalan memperbanyakkan kawan dan mengurangkan lawan.

“Inilah sikap saya,” katanya.

Pemimpin muda serta akar umbi DAP sebelum ini turut mendesak parti mereka menimbang untuk memutuskan hubungan dengan PKR selepas insiden di Dewan Rakyat minggu lalu.

Pandangan itu bagaimanapun diselar oleh beberapa pemimpin PKR yang mempertahankan Anwar. – 29 November,2020.

ANWAR MERUNTUH

PAKATAN HARAPAN

DENGAN MENIPU

MAT SABU 

LIM GUAN ENG

AMIN

KEMUDIAN SEKALI

LAGI MENIPU

I GOT NUMBER

AMIN

KHAMIS LALU

TERBUKTIK SIAPA

ANWAR IBRAHIM

AMIN

BUKAN SALAH PKR

BUKAN SALAH DAP

BUKAN SALAH AMANAH

AMIN

TOLAK ANWAR

ADA PELUANG

 MASALAH SELESAI

AMIN



ANWAR TAK MINAT NAK JADI PM - TAK CAYA TANYA SYED HUSIN ALI

 

ANUAR SOSOK JUJUR

TAK MINAT JADI PM

TAK CAYA TANYA

SYED HUSIN ALI

panglimo potaseh commented on 

"INI BUKTI ANWAR 

AKAN LETAK JAWATAN"

Abam maknusia syumul dan alim ..baco kutba ..kuar machuk jil, bini totap tak lari ..tak ponah nipu ..den cayo Abam nak lotak jawatan ..tapi nanti budak2 dio yg ghoman Smeagol tu tak kasik ronti ..sobona eay PM pon Abam tak nak ..tak cayo lu tanyo Usin Ali.

ANWAR LETAK JAWATAN MINGGU DEPAN

 


ANWAR 

LETAK JAWATAN 

MINGGU DEPAN

Unknown commented on 

"INI BUKTI ANWAR 

AKAN LETAK JAWATAN"

sebelum bang non letak jawatan minggu hadapan akibat nombor tak naik lagi, bang non kata tahun hadapan akan ada nombor yang akan naik, kamu tak mau jadi pembesar seperti 22 bulan dulu. jadi pembesar, poket pun besar, perut pun jadi besar, duit pun cepat besar merupakan impian ahli politik. 

dengan ucapan itu sahaja, bang non akan disokong terus kerana ada nombor bikin ahli politik ph hilang akal untuk berfikir. ini merupakan tilikan air dalam mangkuk ayun oleh tok bomoh teropong buluh.

SALAHUDDIN DUDUK KEMBALI

 


INI PEMIMPIN

CONTOH 

AMIN

BUAT SALAH

BUAT SILAP

MINTA MAAF

TAK PERLU 

PUTAR PUTAR

AMIN


“Tindakan duduk semula adalah salah, saya mohon maaf”

Timbalan Presiden AMANAH  Salahuddin Ayub tetap mendokong bahawa belanjawan yang datang daripada kerajaan yang tidak sah harus ditolak.

Katanya, seperti mana yang telah dilakukan oleh rakan-rakan Amanah dan ahli-ahli parlimen lain yang turut bangun untuk menyokong undian belah bahagi Khamis lalu.
 
Katanya, AMANAH berprinsip teguh dengan pendirian menolak legitimasi kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional (PN).
 
Dalam pada itu, Salahuddin memohon maaf kepada parti dan ahli-ahli AMANAH kerana mengambil tindakan duduk semula setelah bangun selepas Mohamad Sabu menerima arahan saat akhir daripada Ketua Pembangkang untuk duduk.

“Tindakan saya tidak lain hanya atas dasar hormat terhadap Presiden sendiri, namun saya akui tindakan saya untuk duduk semula setelah berdiri untuk menyokong undi belah bahagi adalah salah dan saya mohon maaf.


DALAM POLITIK

KITA WAJIB KENAL

SIAPA KAKI PUTAR

SIAPA JUJUR

SIAPA KAKI BODEK

AMIN


DAAM ISLAM 4 SAKSI DAH SAH

 



DALAM ISLAM 

 4 SAKSI DAH SAH

yeop_sepet commented on

 "EMPAT YANG BERHORMAT"

kalu ikut syarak hadi awang, dah bule jadi bukti dah nie,dah ada saksi 4 mata.kahkahkah

SAPA DIA MUSUH PAKATAN HARAPAN

 




SAPA
DIA

EMPAT 

 WHY BE

MUSUH

PAKATAN

HARAPAN

EMPAT YB KAKI BOHONG

 



EMPAT YB

KAKI BOHONG

kluangman commented on

 "BERITA BERGAMBAR"

Agak² 4 YB ini boleh dikautimkan ke tidak untuk memaklumkan salah dengar, salah petik.. 4x4 baru 16, tak banyak..

ANWAR IBRAHIM MANGSA FITNAH

 




FITNAH TOHMAH

EMPAT YB

PAKATAN HARAPAN  

TELAH MEMFITNAH

PEMIMPIN ISLAM

ANWAR IBRAHIM

YANG  SYUMUL 

YANG SUCI

YANG ALIM 

LAGI WARAK 

YANG TAK PERNAH

 CAKAP BOHONG

TAK PERNAH

PUTAR PUTAR 


ANWAR IBRAHIM

SOSOK JUJUR


EMPAT YB 

PAKATAN HARAPAN 

MASIH BELUM 

DIKETAHUI 

SIAPA MEREKA


MENGIKUT

PORTAL MALAYSIAKINI

MEREKA ENGGAN

DIKENALI


 4 YB INI

ADALAH   MUSUH 

DALAM SELUAR


CARI MEREKA

KENALI MEREKA

KALAU ZAMAN

KESULTANAN  MELAKA

 DULU

4 YB INI 

AKAN DITANGKAP

AKAN DISULA 

MAYAT AKAN

DIBUANG KE LAUT

MALAH RUMAH

DAN

TAPAK RUMAH 

 MEREKA

JUGA AKAN

DIBUANG KE LAUT 

KITA WAJIB

CARI KENALI 

EMPAT YB INI

SAMPAI DAPAT

AMIN

KENA KECING JADI NGOK

 


KENA KECING

JADI NGOK

yeop_sepet commented on 

"PEMUDA DAP MINTA BERSABAR"

Kahkahkah apa punya bodo,smpai nak berdiri pun kene mintak izin anwar.apa punyer lembu la,nie jenis lembu feedlot duduk ke dlm kandang,tggu masa kene sembelih. 


cuma salahuddin x ngaku lembu feedlot,dia jenis lembu mahei daging wagyu.maklum la menteri pertanian kene la lembu breed mahei.kahkahkah

ANWAR NAFI AKAN LETAK JAWATAN

 



PEMIMPIN ISLAM

DIFITNAH LAGI

AMIN

PROJEK JAHAT

SIAPA FITNAH

PEMIMPIN ISLAM?

AMIN




Anwar nafi akan letak jawatan pengerusi PH jika gagal dapat sokongan majoriti

PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim menolak laporan yang mendakwa beliau akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi Majlis Pakatan Harapan sekiranya gagal mendapatkan sokongan majoriti di Parlimen.

Menurutnya laporan yang memetik beberapa ahli Parlimen mendakwa beliau akan letak jawatan itu hanya menimbulkan kekeliruan.

“Tindakan tidak bertangungjawab ini jelas dibuat bagi mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak,” kata pejabat Anwar dalam reaksi kepada Astro Awani.

Malaysiakini hari ini yang memetik empat ahli Parlimen melaporkan ketua pembangkang berjanji akan meletakkan jawatan sekiranya gagal membuktikan dia memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Anwar kononnya membuat janji itu pada pertemuan dengan ahli Parlimen PH pada Khamis.

Pertemuan itu diadakan selepas presiden PKR itu cuba menghalang pembangkang daripada menyokong undian belah bahagi.

Belanjawan 2021 lulus di peringkat dasar menerusi undian suara selepas pembangkang gagal mendapatkan sokongan 15 ahli Parlimen untuk undi belah bahagi  sehingga menyebabkan Belanjawan 2021 diluluskan dengan mudah.

Anwar mengakui beliau mengarahkan ahli Parlimen untuk duduk dan tidak berdiri dalam usaha untuk mencetuskan undi belah bahagi.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata Belanjawan 2021 masih akan dibahaskan pada peringkat jawatankuasa Isnin ini dan masih ada masa untuk tidak menyokongnya pada undian kali ketiga. – 28 November, 2020.

INI SATU

KONSPIRASI 

EMPAT YB

MAHU GAGALKAN

ANWAR IBRAHIM

JADI MENJADI

CALON TETAP

PM MALAYSIA

AMIN

MENGGANTIKAN

TENGKU RAZALI

KAH KAH KAH



ANWAR LEMBU ATAU LEMBU ANWAR

 



ANWAR LEMBU

ATAU

LEMBU ANWAR

cikminah commented on

 "JANJI MANIS ANWAR IBRAHIM"

Lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janji-janjinya. Anwar berkata, dia TAK PERNAH BERJANJI akan letak jawatan jika kerajaan Muhyiddon tidak jatuh, 6 hari lagi nanti. 


Jadi, tak usahlah berharap sangat dia akan menolak bajet 2021 pada bacaan ketiga, 6 hari lagi nanti. Fikir-fikirlah, adakah Anwar ini lembu atau manusia.....nilailah sendiri.

KITA AKAN MENANG TAK LAMA LAGI

 


DENGAR

we will win

we will win soon

it's hapening 

INI BUKAN 

ANWAR CAKAP

BERITA BERGAMBAR

 


BERITA BERGAMBAR


GAMBAR 
EMPAT AHLI PARLIMEN
PAKATAN HARAPAN
MELONCAT BERGUMBIRA
BILA MENDENGAR  
DATUK SRI ANWAR IBRAHIM
AKAN MEJATUHKAN 
KERJAAN MUHYIDDIN 
DALAM MASA  TUJUH HARI

PARA YB  INI TIDAK DAPAT
MENYOROKAN
KEGUMBIRAAN LALU
MELOMPAT GUMBIRA
AMIN

INI BUKTI ANWAR AKAN LETAK JAWATAN



INI BUKTI

JANJI ANWAR 

AKAN

JATUHKAN 

MUHYIDDIN

DALAM 

MASA 7 HARI

AMIN

 

MP: Anwar letak jawatan

 ketua pembangkang

 jika terbukti tiada majoriti

Presiden PKR Anwar Ibrahim berjanji untuk melepaskan jawatannya sebagai ketua pembangkang di parlimen jika gagal membuktikan dia memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat kata empat ahli parlimen.

Bercakap kepada Malaysiakini, mereka yang enggan didedahkan identiti masing-masing terdiri daripada wakil PKR dan DAP.

"Betul, betul. (Anwar) maklumkan kepada kami pada Khamis," kata seorang ahli parlimen PKR.

Menurutnya, ikrar itu dilafazkan Anwar semasa pertemuan ahli parlimen pembangkang dengannya selepas Belanjawan 2021 diterima pada bacaan kedua di peringkat dasar Dewan Rakyat.

Ahli parlimen Port Dickson itu mengejutkan orang ramai selepas dimaklumkan memberi arahan agar wakil pembangkang tidak cuba menguji Belanjawan 2021 melalui undian secara blok.

Berbeza daripada undian suara - yang ditentukan speaker melalui kumpulan mana yang lebih lantang - undian secara blok dikira melalui sokongan yang diberikan setiap ahli parlimen yang hadir.

Ia juga akan mendedahkan kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sama ada masih memiliki sokongan majoriti di parlimen atau sebaliknya.

Kebanyakan ahli parlimen pembangkang patuh kepada arahan Anwar namun mereka kemudian mempersoalkan pendirian tersebut dalam pertemuan yang diadakan selepas itu.

Diundi mengikut kementerian

Menurut wakil PKR itu, memang Anwar ada menyatakan rancangannya itu beberapa kali sebelum ini.

Tambahnya jika meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang Anwar mahu memberikan tumpuan kepada usaha memperkuat parti menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kali ni dia nak tumpu pada election (PRU). Tak kiralah (berapa lama lagi) setahun ke, dua tahun ke. Dia tumpulah, tumpu untuk kukuhkan parti.

"Memang dia dah cakap berkali kali dah, kalau tak dapat, dia akan tumpu election," katanya.

Untuk rekod semalam satu surat didakwa kononnya dikeluarkan pejabat Anwar menjadi tular. Ia berisi kenyataan didakwa janji pemimpin itu untuk meletak jawatan jika gagal membuktikan sokongan yang diterimanya.

Bagaimanapun surat itu kemudian disahkan palsu dan pejabat Anwar tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

Buat masa ini selain mengetuai PKR, Anwar juga dipilih sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH) - tempat yang ditinggalkan Dr Mahathir Mohamad selepas kerajaan yang mendapat mandat rakyat itu dijatuhkan akhir Feb lalu.

Di sebalik pengesahan itu beberapa ahli parlimen memberitahu Anwar memang ada berkata demikian.

Kata mereka, Anwar meminta tempoh seminggu untuk membuktikan sokongan yang ada padanya sekali gus memungkinkan kerajaan Perikatan Nasional dijatuhkan.

Jika gagal, mereka mendakwa, Anwar berjanji akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi PH.

Belanjawan 2021 akan melalui bacaan kali ketika minggu depan. Di peringkat jawatankuasa ia sekali lagi akan diuji melalui undian mengikut kementerian.

HEBAT

MEMANG HEBAT

DATUK SERI

ANWAR IBRAHIM

MEMANG HEBAT

AMIN