Rabu, 16 Disember 2020
LU TAK CAYA LU GI TANYA NURUL DIA TAHU
JOHN
LU TAK CAYA
LU GI TANYA NURUL
DIA TAHU HAL GOTU
John sontoloyo commented on
"WAN AZIZAH DAN
NURUL IZAH WAJIB
BERKATA BENAR"
ah envik isham u'r bulshit wasasau samtink inside ur brain virus muhafafah.
UMNO TAK MINAT BERSATU
WOIT
TOK MAT
LU CERITA HAL
MELAYU
KAH KAH KAH
CERITA DUIT
10 JUTA YANG
HANG HANTAR
PAKAI
MONEY CHANGER
GI ANTA KE LONDON
HANG TAK ROYAK
KAH KAH KAH
Tidak perlu gagasan, perikatan baharu, kata Tok Mat
SUSUN ATUR BANGUN LAWAN
SUSUN ATUR
BANGUN LAWAN
Unknown commented on
"UMNO MASIH
SERANG MUHYIDDIN"
Umno dah menang. Minggu depan semua kes perompak perasuah akan digugurkan satu persatu. Gelaran Geng enam jahanam dah boleh padam. Semua duit umno kena beku kena bagi balik. Beg emas duit rambut pelesu kak ros kena pulangkan balik.
S.A. B. L
Cukai lhdn akan ditarik balik. Enjoi menjoi perompak semua dalam negara. Muyidin terpaksa tunduk melutut. Dan lepas ni mudin kena tanam balik dengan perompak2 negara hidup2. Kes mudin pulak kena up balik. Ajemin. Kahlahkahkahkahkah. Bodo
MAT SABU OPPS.. MAT SYABU SAMAN PAPA
BUAT APA
BUKAK KES NI
MALU PAPA
KAH KAH KAH
LU CAKAP PAPA
ENTOT DEPAN
BELAKANG
KAH KAH KAH
Khairy dapat peluang kedua cabar saman fitnah Anwar
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin memperoleh peluang kedua untuk mencabar saman fitnah difailkan terhadapnya oleh Anwar Ibrahim, 12 tahun lepas.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim hari ini membenarkan rayuan Khairy terhadap keputusan mahkamah rayuan menolak rayuannya dalam saman fitnah difailkan terhadapnya oleh Anwar.
“Kes ini dikembalikan ke Mahkamah Rayuan untuk mendengar merit kes ini,” kata Abang Iskandar yang kemudian menetapkan esok untuk pengurusan kes melalui prosiding e-review.
NANTI I BUKAK
CERITA YOU
KAH KAH KAH
YOU NAK
MINUM I KAN
KAH KAH KAH
KENAPA PARTI ISLAM TAK KEMPEN ANTI CASINO GENTING
PELIK
TETAPI BENAR
PARTI ISLAM PAS
TAK PERNAH
KEMPEN
ANTI CASINO
GENTING
KAH KAH KAH
HEBOH HAL BEER
HEBOH HAL DISCO
KAH KAH KAH
CASINO GENTING
SENYAP
KAH KAH KAH
ADA WHAT WHAT
AMIN
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan sejak 1990 - Timbalan Menteri Kewangan
TAK DENGAR
SUARA PARTI ISLAM
LAWAN CASINO
PASAL APA?
KAH KAH KAH
TAKUT APA ?
KAH KAH KAH
ADA APA ?
KAH KAH KAH
ADA WHAT WHAT
KAH KAH KAH
SELAMATKAN MALAYSIA
BERKATA BENAR
UNTUK
KESEJAHTERAAN
ORANG RAMAI
Unknown commented on
"WAN AZIZAH DAN
NURUL IZAH
WAJIB BERKATA BENAR"
untuk ratu adil; semoga boleh berterus terang tentang siapa sebenarnya susuk malaon anwar ini. jika hari ni ratu adil bersubahat menyorok segala niat kerja jahat malaon seekor ini lambat laun orang ramai akan dapat baca di internet juga. masa itu tentu ratu adil atau anaknya nurul akan tumpang malu semangkuk.
jika dedahkan perilaku tabiat malaon seekor ini membolehkan rakyat dan pengundi di PD khususnya boleh bersedia untuk terajang beliau dengan seberapa segera. selama beliau di dalam penjara negara ini aman damai. harapnya kali ini beliau akan diterajang keluar buat selama2nya. ameeennnn
KUMPUL SD SEBAGAI HOBI
PARA KANGKONG
TAK FAHAM
KAH KAH KAH
ABAM KUMPUL SD
SEBAGI BAHAN
SEJARAH
KAH KAH KAH
Anwar patut tumpu pilihan raya, bukan cari SD, kata penganalisis
MUDA LAGI DAH ROSAK
MUDA LAGI
DAH ROSAK
Unknown commented on
"HIGH NOON - DUA ATOK"
Macam mano nak kasi orang muda pimpin negara? Belum tuo lagi ada yg kaki balun jubor jantan. Belum tua lagi dah jadi scammer, perasuah nyamun duit negara! Joli katak makan shoping duit haram. Orang suruh bertobat pagi petang dia pegi angkat sumpah pulak? Kahkahkahkah.
Apo dia ingat angkat sumpah tu boleh delete dosa merompak ke? Kahkahkah Jadi terpaksalah carik balik orang tua yang tak menyamun jadi ketua jadi cikgu balik. Kohkoh
SAPO TERGOLEK
hamim commented on
"BUJET LULUS"
Bujet dah lulus PN 111 pembangkang 108 Ku Li tak datang dan tak mengundi macam mana kata ada nombo 113? Jika 113 sokong abam sure PN dah tergolek, sekarang siapa yang tergolek? Sudah sudah lah abam...jangan nak merapu lagi akuilah kenyataan dan mungkin dah memang suratan abam kekal PM menunggu
JADIKAN DIRI PELANGI DAN BUNGA
MARI KITA JADI
PELANGI DAN BUNGA
khairi rani commented on
"BERKHALWAT HARI KE 274"
BRO MARI KITA CUBA JADI PELANGI DALAM AWAN ORANG LAIN tapi jaga2 juga jangan pula memandai2 nak taman bunga di laman orang kalau lu malas nak siram kahkahkah
HATI KONGKANG
HATI KONGKANG
capt salai commented on
"DENDAM DAN CINTA"
Den ghaso kalao kau bg abg non mkn ati kongkang sekilo pun bolom tontu dio jd mcm lieh..kulit muko dio toba mcm kulit..ah maleh la den nk ckp kulit apo..ekau pn tau
RATU ADIL BERCAKAP BENAR UNTUK SELAMATKAN NEGARA
RATU ADIL
BERCAKAP BENAR
UNTUK SELAMATKAN
NEGARA
Unknown commented on
"SOALAN UNTUK WAN AZIZAH"
jika bercakap benar dalam masa yang sama dan secara tidak langsung boleh menutup aib dan menghentikan fitnah mulut jahat orang. namun sebaliknya jika seekor malaon gila jawatan PM suka berbohong temberang itu makanan harian dia, maka sampai ke mati lah tabiat buruk itu akan kekal di dalam lapisan kulit badan dia.
adapun setelah bercakap benar, ratu adil tak perlu lagi mengingati apa yang telah dicakapkan. Mark Twain ada pesan: If you tell the truth, you don't have to remember anything. ini pesan untuk diri saya sendiri juga agar sentiasa beringat untuk bercakap benar. ameeennn
BUKAN KEMALUAN
BUKAN SOAL
KEMALUAN
SOAL
KEPIMPINAN
cikminah commented on
"SOALAN
UNTUK WAN AZIZAH"
Kalau bercakap benar itu bererti membuka kemaluan yg lebih besar, tak perlulah desak WAWI bercakap benar kerana semua orang sudah maklum, bahawa KEBENARAN itu satu KEAIBAN bagi WAWI. So, leave her alone!
HUJAN LEBAT DI KUALA LUMPUR
USTAZ KAKI ENTOT
PAKAI TOPENG
ISLAM
UNTUK DAPAT
ENTOT FREE
KAH KAH KAH
WOIT
PERGILAH LAWAT
JALAN PUDU
40 RINGGIT SEPAM
OOPPS... JAUH KE
KAH KAH KAH
GI GOLOK
DEKAT SIKIT
KAH KAH KAH
NAK MURAH
BUAT ROMBONGAN
NAIK BAS
MELAWAT MASJID
YALA DAN PETANI
KAH KAH KAH
ENTOT SAMPAI
KERING
KAH KAH KAH
Ahli Majlis Daerah Hulu Terengganu bergelar ustaz dituduh cabul dua wanita
TANYA DONG ZONG KENAPA SENYAP
DONG ZONG
DENDAM DAN CINTA
DENDAM DAN CINTA
Hari ini pandangan dunia aku semakin tegar menuju ke arah rasionalis. Kalau di halusi mungkin tidak bertentangan dengan cabang mutazilah. Kalau dizaman Khalifah Al Ma’mun ( 786 – 833 ) anak kepada Khalifah Harun Aminul Rasheed ( 766 - 809) aku akan di ah lan wa sahlan di Baghdad.
Di Baghdad dizaman itu - aku akan sentiasa nyaman selesa menghirup kopi atau minum secangkir air anggur sambil mendengar puisi Abu Nawas (756-814). Jika bernasib baik aku terserempak pula dengan Abu Nawas sendiri di tebing Sungai Dajlah ditengah kota Baghdad.
Tapi pembudaayan ketika aku membesar lahir dari jalur suku Biduanda. Biduanda membawa makna Bani Sakai. Ini menjadikan perjalanan hidup aku ini tidak selurus jambatan Pulau Pinang. Tapi tak sebengkok ular kena pukul.
Wujudiah aku hari ini adalah jumlah diri aku yang terkumpul dari semalam , kelmarin dan hari-hari itu. Aku yang semalam dan kelmarin adalah aku yang membesar bersama dengan seribu satu macam makhluk halus.
Semenjak kecil lagi dunia aku dipenuhi oleh cerita-cerita bomoh , dukun , pawang , hantu dan jembalang. Pari , orang bunyian , buluh perindu dan nenek kebayan bersama-sama berganding bahu membesarkan aku.
Aku di lahirkan di Kampong Tengah Tengkek Jempol tapi membesar di Jelebu.
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat Jelobo
Tak merano badan merasai
Ini pantun identiti orang Jelebu. Kalau ada warga Jelebu dari suku apa pun yang tak tahu pantun ini maka aku cadangkan kepada Datuk Undang agar keJelebuannya wajib ditarik balik. Amin.
Orang luar selalu bertanya - apa itu komat. Komat itu ialah ilmu pengasih sakai. Pantun ini memberi ingatan terutama pada jantan luar yang datang bertandang ke Jelebu. Awas berhati hati. Jangan semberono dengan anak gadis atau Mak Janda di Jelebu. Awas komat Sakai Jelebu.
Jika terkena ilmu Sakai hidup akan merana. Jika tidak merana badan kita akan merasai. Aduh ! Merasai ini bermakna kurus kering macam kelongsong kepompong yang ibunya sudah terbang menjadi rama-rama.
Sabenarnya secara jujur aku katakan walau pun aku ini dari jalur mutazilah aku ada memiliki perasaan takut dengan orang asli. Seharusnya aku tidak takut kerana dari segi salasilah aku juga berasal dari Bani Sakai. Rasa takut ini telah ditanamkan ketika aku masih kanak-kanak lagi.
Apa sahaja yang ditanamkan semasa kita kanak-kanak amat- amat susah untuk di cabut. Contohnya :sampai hari ini setiap kali aku lalu di hadapan Batu Caves aku akan teringat ini gua ini asalnya ialah bahtera Si Tenggang yang telah menjadi batu. Bagaimana pasir mengeras menjadi batu dari pandangan ilmu moden tidak aku dengar ketika Nenek aku bersurah kesah Si Tenggang.
Rasa takut pada Sakai ini lahir kerana aku tahu ada perkara yang aku tidak tahu. Bani Sakai pula tahu ada perkara yang aku tidak tahu.
Di hujung kampung di setiap daerah di Negeri Sembilan pasti akan ada kampung orang asli. Mereka tinggal di wilayah tepi bukit di gigi hutan di hulu sungai. Ketika aku membesar Sakai yang tinggal dihujung kampung sentiasa aku lihat dengan penuh misteri.
Aku masih ingat lagi perkampungan orang asli di Guntur di hujung kampung Tengkek. Di satu petang Hasan Panjang telah membawa kawannya Gigah memboceng naik basikal. Sambil mengayuh keliling kampung Hasan Panjang telah melaungkan:
‘ Woit...woit...sapa nak nengok Sakai.. sapa nak nengok Sakai....’ Hasan menjaja kawannya di atas basikal.
Gigah orang asli dari Kampong Guntur telah bersuara dari belakang basikal, ‘... memang boto den Sakai... nak nengok apo...den memang Sakai ...’ Jawapan jujur dari saorang Sakai.
Hakikatnya hubungan Melayu dengan Orang Asli mesra. Pada ketika itu Bani Melayu masih belum menyamar menjadi Arab. Justeru agak susah hendak dibezakan Melayu dengan orang asli atau Bani Sakai.
Orang Sakai dihujung kampung akan membawa barangan hutan – rotan, manau dan damar. Ini barang jualan mereka selain dari durian, petai, jering dan kerdas yang datang bermusim-musim.
Dari kecil lagi aku telah diberi ingatan jangan sesekali berludah di hadapan Sakai. Ini perbuatan kasar. Bahaya jika disalah tafsir. Awas - beringat akan bahaya komat Sakai.
Komat sakai yang paling ditakuti ialah busung. Siapa terkena busung maka perut akan mengelembung besar dan membawa maut. Orang kampung amat takut dengan busung Sakai. Malah orang Melayu ketika bergaduh atau bertengkar akan terhambur sumpah menyumpah menggunakan busung sebagai ancaman.
‘Mampoos kau kono busung Sakai...’
Tapi bukan semua ilmu Sakai ilmu hitam lagi gelap. Dari zaman kanak-kanak lagi aku telah mendengar surah tentang buluh perindu dan minyak cenduai.
Dari apa yang aku dengar buluh perindu ini jika dibuat bangsi atau seruling dan ditiupkan maka si pendengar akan jatuh hati. Tiupan dari buluh perindu ini akan morobek hati Dara yang sedang menanak nasi di dapur. Tanpa menunggu nasi masak Dara akan bergegas mencari Uda.
Tiupan buluh perindu ini lebih hebat pukulannya dari pesanan SMS, atau panggilan Nokia atau wajah dari Instagram.
Buluh jenis apa dan bagaimana seruling buluh perindu di buat – hingga ke hari ini aku tidak tahu. Malah aku tidak yakin yang Silicon Valley akan dapat meniru membuatnya. Keilmuan ini hanya dimiliki oleh Bani Sakai.
Bukan hanya hawa telinga untuk kekasih yang disayangi. Bani Sakai juga menyediakan minyak cenduai untuk dicium. Disurahkan minyak pengasih ini jika terusik, jika tercium jika terbau maka hati akan dilamun cinta berahi yang tidak berkesudahan.
Aduh! Bayangkan jika Sultan Mahmud memiliki sebotol minyak cenduai. Tidak perlu air mata anak dara. Tidak perlu hati kuman. Tak perlu jambatan emas sebagai hantaran. Setitik minyak cenduai ini akan membawa turun Puteri Gunung Ledang masuk ke dalam kelambu Sultan Melaka.
Pernah aku dengar bahawa bunga cenduai ini hidup dipergunungan yang berbatu batu. Bunga ini tumbuh di celah batu. Ianya tidak mengarah ke matahari tapi berkembang ke arah bumi. Bunga cenduai ini amat susah hendak ditemui. Ianya diperlukan untuk menjadi ramuan membuat minyak pengasih. Disurahkan bunga ini berkembang hanya pada malam bulan purnama. Bunga yang susah lagi persusahkan.
Awalnya masa kanak-kanak aku hanya mengenal ayam jantan dan ayam betina. Sesudah mengenal ayam aku mula mengenal kucing jantan dan kucing betina. Rupa-rupanya dalam hidup ini ada jantan dan betina. Antara jantan dengan betina ini ada rahsia yang aku sendiri sampai hari ini tidak tahu.
Masuk sekolah darjah satu kesedaran jantan betina ini mula bercabang. Aku mula mencari rahsia jantan dan rahsia betina. Alangkah indahnya hidup ini jika aku memiliki buluh perindu atau minyak cenduai. Akan aku pinang anak Tok Penghulu yang satu kelas dengan aku. Aku akan tahu rahsia jantan dan rahsia betina. Aku akan berSultan di mata dan berRaja di katil. Tepok dada tanya seluar.
Sayangnya buluh perindu dan minyak cenduai hanya dimiliki oleh Bani Sakai. Cinta berahi aku tinggal angan-angan.
Cinta kasih sayang jangan di permain-mainkan. Aku selalu menulis bahawa cinta yang agung itu adalah cinta yang gagal. Wajib aku jelaskan disini. Cinta itu menjadi agung kerana cinta itu dihalang. Dua kekasih yang bercinta ini dihalang dan dipisahkan.
Aku telah merakamkan cinta Kamal dengan Saddar dihalang kerana Kamal Sunni dan Saddar Shia. Usman Awang telah menulis bagaimana cinta Uda dan Dara terhalang kerana Uda budak kampung dan Dara anak tuan tanah. Shakespears menerangkan cinta Romeo dan Juliet dihalang kerana mereka dari puak dan suku yang berlainan. Cinta Ali dan Nino mengikut Korban Said dihalang kerana Ali Muslim dan Nino Kristian.
Semua ini cinta suci. Cinta mereka merentas kelas , merentas agama, merentas suku dan puak. Justeru bila cinta mereka digagalkan maka ianya menjadi cinta agung.
Awas! Ada satu lagi kesah cinta. Ini kesah cinta ditolak. Cinta yang tidak diterima. Cinta yang tidak berbalas. Aku adalah saksi kepada cinta yang ditolak dengan penuh dendam.
Kesah cinta ini berlaku di kampung tanah pusaka aku di Kampong Chenor. Dari fakta sejarah - Datuk Manaf ayah kepada Rais adalah sosok yang membuka kampung ini. Datuk aku ini berasal dari Chenor Pahang. Apabila dia membuka kawasan baru ini dia memanggil nama kampung asalnya. Kemudian dia menjemput adik beradik sepupu sepapatnya datang ke Kampung Chenor yang baru dibuka. Maka di Tanah Melayu ada dua Chenor – di Jelebu dan di Temerloh Pahang.
Seingat aku sebelum aku masuk sekolah lagi – setiap kali aku datang ke Chenor aku akan terjumpa sosok bernama Alias. Ketika itu umur Alias mungkin baru masuk dua puluhan. Jantan bujang yang segak. Alias nama penuhnya. Kami budak kampung panggil dia Lieh.
Lieh ini sosok yang istimewa untuk Kampung Chenor. Kampong kami tidak besar - tak sampai 20 buah rumah. Jadi semua orang Chenor kenal dengan Lieh. Orang luar yang tak pernah bertandang ke Kampung Chenor akan terperanjat apabila melihat Alias.
Lieh kotor dan comot. Rambutnya tidak panjang tapi kusut masai. Biasanya dia memakai seluar pendek dengan kemeja lengan pendek. Semua yang dipakai kusam dan kotor. Ini kerana Lieh tidur di bawah pokok manggis dalam belukar bunga keladi di tepi rumah Kak Siah – kakak kepada Alias.
Aku tahu tempat tidur Lieh. Sesekali bila aku melintas ke rumah Kak Siah aku menjengok ke bawah pokok manggis. Saja menghulur kepala. Kadang Lieh ada. Selalunya Lieh tak ada. Entah ke mana Lieh menghilang. Bila hujan mungkin dia tidur di bawah rumah Kak Siah.
Sekali pandang pasti ramai akan menganggap Lieh ini orang gila. Dalam istilah moden Alias ini dipanggil ‘village idiot’ – budak kampung yang bodoh. Di setiap kampung kita akan bertemu dengan watak seperti Alias ini.
Lieh dari Kampung Chenor untuk aku bukan orang gila. Bukan juga budak bodoh. Aku masih ingat lagi sejelas malam bulan purnama di rumah Mak Long aku. Kami sekeluarga bertandang ke rumah Mak Long. Kami sedang menjamu selera makan makan. Tertiba Mak Long aku bersuara.
‘ Lieh... naik.. naik... sini..’
Mak Long aku mengisi nasi lauk dan sayur ke dalam satu pinggan. Mak Long akan membuka pintu. Dan aku nampak tangan Lieh mengambil pinggan. Kemudian Lieh menghilang dalam gelap.
Lieh memang kerap datang minta makan dari Mak Long aku. Aku rasa Lieh tahu bila rumah Mak Long bising ertinya ramai tamu maknanya ada rezeki.
Alias ada abang namanya Rosli yang bekerja sebagai anggota polis. Bila Abang Rosli pulang ke kampung maka Alias akan dimandikan. Bersih bersabun. Rambut dicukur. Alias juga mendapat pakaian baru.
Aku pernah ternampak Alias yang baru lepas mandi. Sah Alias lelaki kacak. Tapi amat susah hendak melihat mukanya dengan penuh. Lieh akan setiasa menutup mukanya dengan tangan. Alias jantan muda berambut botak yang baru lepas mandi ini amat pemalu. Lieh akan sentiasa menyorokkan mukanya.
Kami kanak-kanak menerima Alias sebagai warga asal kampung kami. Kami tidak pernah mengganggu Lieh. Tidak anggap Lieh gila. Malah kami budak budak kampung Chenor tidak pernah takut dengan Alias.
Bila aku masuk sekolah maka aku terdengar lagi kesah kesah si Alias ini. Dari apa yang aku dengar pada satu masa dahulu Alias ini dilatih untuk menjadi guru sekolah. Jika aku tidak silap Alias belajar di maktab perguruan di Kuala Lumpur.
Dari surah yang aku dengar Alias jantan kacak ini telah diminati oleh seorang perempuan. Dari apa yang aku dengar perempuan ini janda. Perempuan ini juga pemilik rumah tempat Alias menyewa bilik ketika belajar.
Apa yang saheh yang aku dengar ialah cinta perempuan ini telah ditolak oleh Alias.
Pasti Alias telah berubat. Tapi dari apa yang aku tahu ilmu sakai ini gagal dikalahkan.
Hari berjalan. Zaman beredar. Keluarga kami mendirikan rumah kami di sebelah rumah Kak Siah - kakak kepada Alias dan Rosli. Kami menjadi jiran sebelah nyebelah.
Ketika aku belajar di Kuala Kangsar bila pulang bercuti aku selalu ternampak Leih. Ketika aku di universiti Malaya aku amat jarang pulang ke Kampung Chenor. Jarang aku ternampak Lieh. Pada tahun 1974 aku menghilangkan diri.
Dua puluh tahun kemudian aku pulang ke Kampung Chenor. Aku ingat lagi sambutan saudara mara , kawan kawan dan kenalan. Rumah aku berkenduri pada hari aku sampai. Belut pulang ke lumpur. Isham pulang ke Kampung Chenor.
Tiga hari sesudah aku pulang ke Kampung aku ditahan di bawah ISA selama dua minggu.
Bila kes aku selesai dengan Kementerian Dalam Negeri aku menjengok Kampung Chenor. Lalu aku bertanya kepada adik aku Anis Rais.
‘Lieh... kek mano ... tak nampak..’ Aku selamba bertanya.
‘ Acik...Lieh dah mati Cik... maso mati dio muntah muntah ... dio muntah hati kongkang...’ Adik aku memberi penjelasan yang aku terima sebagai fakta pencarian aku terhadap dunia yang di luar dunia kita.
Esoknya aku menjengok rumah jiran. Pokok manggis dimana Alias tidur telah tidak ada lagi. Hutan bunga keladi pun telah tidak wujud.
Aku masih lagi mencari dunia di luar dunia ini. Apa yang aku fahami sekarang ia lah cinta dan dendam ini garis pemisahnya amat tipis. Mana cinta mana sayang mana benci mana dendam - semuanya ikat berikat.
Mungkin buluh perindu dan minyak cenduai dapat meleraikan.
EPILOK
Disatu malam ditakdirkan saekor kongkang memanjat tali leterik disebelah rumah kampong kami. Tiang leterik ini kami goyang. Kongkang ini jatuh dan aku tangkap.
Wow.Memang cantik binatang kongkang ini. Kakinya bergetah. Bulunya tebal macam baldu yang amat lembut.
Dua hari kemudian aku lepaskan kongkang ini ke dalam hutan Genting Perah.
Bila aku pulang ke Kuala Lumpur aku buka cerita bagaimana aku berjumpa kongkang.
‘ Mana.. mana kongkang itu... woit...susah nak dapat..Sakai selalu cari...mahal kalau dijual untuk buat ubat...’ Kata-kata dari kenalan baru yang tak faham apa makna kongkang dalam hidup aku. (TT)