Rabu, 23 Disember 2020
TAK ADIL POMPUAN DAPEK SATU JANTAN DAPEK OMPEK
TAK ADIL
POMPUAN DAPEK SATU
JANTAN DAPEK OMPEK
panglimo potaseh commented on
"TERPALIT DOSA
ORANG TAK MASUK AKAL"
Tu lah kita kata Keristian tak lojik ..Keristian lak kata, (bukan Gwa kata) Islam tak lojik ..pompuan eay dapek sobijik pipit jo ..
DENGAR WALAU PUN DARI MUSUH KAMU
DENGARLAH
NASEHAT
WALAU PUN DARI
MUSUH KAMU
AMIN
Pembangkang sepatutnya cari pengganti Anwar – Nor Hizwan
KEZALIMAN DILAKUKAN ATAS NAMA AGAMA
KEZALIMAN
DILAKUKAN
ATAS NAMA AGAMA
Wak Man commented on
"SELAMAT
PENGANTIN BARU"
Agama mengajarkan pesan-pesan damai - ekstremis malah menterbalikkan nya.. Agama memang menjauhkan kita dari dosa, tapi berapa banyak dosa yang kita lakukan atas nama agama
TANGGUNG DOSA ORANG TAK MASUK AKAL - DIA ENTOT DIA PANCUT - DIA SEDAP
TANGGUNG DOSA
ORANG
TAK MASUK AKAL
DIA ENTOT
DIA PANCUT
DIA SEDAP
Unknown commented on
"PASAL APA PULAK TERPALIT -
TAK PERNAH KENAL MINAH INI"
gwa tak kenal pun minah tu takkan la gwa pun kena tanggung dosa dia dan kena soal itu ini? gwa ingat kalau masih budak2 belum cukup umur dosa dia mak ayah dia tanggung kalau dah cukup umur dia lah sendiri tanggung. tanah melayu ini ada 33juta orang kalau 1/2nya muslim kononnya buat dosa macam minah ini takkan gwa kena tanggung juga?
susahnya jadi melayu islam dalam negara ini. itu tak boleh ini tak boleh orang itu punya dosa kita kena tanggung orang ini punya dosa kita kena tanggung. tungku fraud haji jawa mamak TH, penyamun laki bini jamil khir yang main golf nazri rotweller anak jantan ada kes bunuh punya dosa lu tanggung tak? dia orang kenyang perut besar lu miskin tak cukup duit kerja siang ke malam kena tanggung dosa orang pula? whatisthebekause?
TANDA BAIK UNTUK KITA SEMAU
INI TANDA BAIK
AMIN
MAKNANYA
MALAYSIA KITA
MENGARAH
DI MASYRAKAT
YANG PERIHATIN
BUKAN HANYA
PADA MANUSIA
TAPI PADA HAIWAN
AMIN
Lelaki didenda RM9,000 kerana zalimi kera
GARIS AMANAH MAKIN JELAS
GARIS AMANAH
MAKIN JELAS
AMIN
Usah prejudis, PH Plus perkukuh blok pembangkang perangi MN, PN
GALANG
PERSERIKATAN
BESAR
AMIN
UNTUK KEBAJIKAN
ORANG RAMAI
AMIN
BUKAN NAK JADI
PERDANA MENTERI
KHALAS
SILA BERI LINKI FAKTA SEJARAH INI
SILA BERI LINK
FAKTA SEJARAH INI
zaki commented on
"SEJARAH APA INI?"
Terima kasih ronald reagan, peristiwa penawanan kota mekah 1979 oleh oytabi yang mengaku imam mahdi dan penglibatan secara rahsia tentera perancis dalam menghapuskan orang yang mengaku imam Mahdi
NAK JUMPO HANG
NAK JUMPO HANG
SAMPAI SEKARANG
PAKAI UNKNOWN
Unknown commented on
"SAWAH DAN KAHWIN"
jika ada kesempatan dan ingatan menjenguk datang, tolong luangkan masa untuk ceritakan apa yang mengetuk pintu hati untuk pulang ke tanahair selepas 20tahun merantau. adakah sebab terkenangkan cinta yang tidak berbalas? atau rindu pada pohon bambu di tepi sungai golok? atau apa?
TERPALIT DOSA ORANG TAK MASUK AKAL
TERPALIT DOSA
ORANG LAIN
TAK MASUK AKAL
Unknown commented on
"PASAL APA PULAK TERPALIT -
TAK PERNAH KENAL MINAH INI"
entah .. macam kristian jesus dikorbankan untuk menghapus dosa manusia.. tak logik bukan ?
MUJAHID KENA KELEPET
MUJADID
KENA KELEPET
Unknown commented on
"UMNO SOKONG ANWAR
BENCI MUHYIDIN"
umno tak benci muhiddin.. yang benci mudim .. puak lokman adam.. maknanya yang benci mudim ni puak jibby.. bermakna yang benci mudim ni puak puak banduan.. dia bukan benci sangat dia ni kira macam kekasih gelap .. dia boleh di kongkek.. tapi tak boleh tuntut harta sepencarian ..
begitulah. bermakna yang nak buat bercemulot dengan PH ni puak kelepet .. apa yang mujahit kempen ni buat kerja sama dengan puak kelepet .. umno kelepet nuar .. nuar kelepet mujahit.. begitulah ...
HARI GAGALIS SEDUNIA
GAGALIS
Unknown commented on
"MERAKAM SEJARAH
MELAWAN LUPA"
Sham, dah bersiap sedia ke gambar gambar gagalis untuk Feb 2021? Dah penat ni, asyik politik.
RAJIN MEMBACA RAJIN MENGKAJI
SOSOK INI
RAJIN MEMBACA
SOSOK INI
RAJIN MENGKAJI
sakai bangsar commented on
"APA MASALAH NYA ?"
Allah menyatakan dalam Al Quran surat Ali Imran ayat 19, "Agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam" Jangan jadi penganut Islam budaya yang dijajah minda oleh nafsu Jadilah penganut Islam yang rajin membaca dan mengkaji
SAWAH DAN KAHWIN
SAWAH DAN KAHWIN
Aku tak berapa ingat bila masanya aku mula kenal perkataan cinta. Atau aku memahami apa makna cinta. Tapi dalam hal kahwin berkahwin aku amat cerah. Sebelum aku ke sekolah lagi aku dah tahu apa itu kahwin.
Kahwin untuk aku ialah pesta paling menarik di kampung. Selain dari Hari Raya kenduri kahwin adalah hari yang amat menggembirakan. Gembira kerana aku berpeluang memakai pakaian cantik. Gembira kerana ada makanan istimewa. Gembira kerana ramai rakan sebaya berkumpul dan bermain.
Kalau kenduri kahwin dalam kampung sendiri atau yang kahwin sepupu atau saudara lagi seronok. Pestanya tiga empat hari. Di Negeri Sembilan kenduri kahwin panggil berolek. Dua tiga hari sebelum berolek dipanggil rolek rondam. Ini ialah hari-hari membuat persediaan - masa memasak, menggulai dan potong memotong. Ketika inilah juga Abang dan Pak Cik memasang tungku dapur, mendirikan khemah, Kakak dan Mak Cik membina pelamin atau membuat bunga telor.
Satu kampung akan heboh. Semua kerja di buat bergotong royong. Saudara mara jiran tetangga datang menolong.
Berolek godang – kenduri besar - kenduri kahwin selalunya lepas musim menuai. Padi baru sudah naik ke kepok. Beras baru sudah ditumbuk. Kalau belum cukup perlu dijemur untuk ditumbuk lagi. Kambing, lembu , ayam dan itik sudah terikat dalam kandang.
Memang zaman ini amat-amat menarik untuk aku. Jujur aku katakan pada ketika itu aku tak faham pun kenapa perlu kahwin. Kenapa bersanding. Apa makna kahwin pun aku tak faham.
Yang aku tahu pesta-pestaan. Yang aku faham kawan-kawan ramai. Makan sedap. Paling menarik ketika berkenduri kami kanak-kanak bebas di luar jagaan emak bapak. Aduh! Gembira lagi menggembirakan. Amin.
Ketika itu aku pun tidak tahu bagaimana Uda berjumpa Dara. Aku juga tidak tahu kenapa Uda nak kahwin dengan Dara. Apa guna kahwin pun aku tak tahu.
Hari ini aku mengingat ingatkan kembali – masa yang telah berlalu. Aku ini mencari zaman yang hilang. Mengali-gali ingatan. Membersihkan sawang dalam kepala untuk tersenyum sambil mengingati kahwin dan orang kenduri kahwin.
Hari kenduri kahwin sedang membuka kembali ingatan aku. Awalnya kabur. Ketika aku terus menulis ingatan aku menjadi terang. Semuanya terbuka kembali. Aku ternampak di mana aku berdiri. Baju apa yang aku pakai. Gulai apa ada dalam pinggan. Aku nampak pengantin bersanding.
Sebagai budak kampung aku membesar dalam sawah padi. Sawah adalah sebahagian dari kehidupan aku. Di Kampung Tengah Tengkek – sebahagian dari tanah pusaka keluarga kami ialah tanah sawah. Tanah kami tidak ada batu penanda. Yang jelas sempadan tanah kami hanya pada janji mulut antara kami dengan kami.
‘ Sawah kao lopeh anak sungai tu... lopeh jambatan.. sawah den ke hilir sikit sampai ke topi porigi... Limo dopo lopeh anak sungai tu... sawah Ludin...’ Ini cara kami mengingati sempadan tanah kami.
Konsep pemilikan individu ini amat longgar. Sikap kejiranan amat kukuh. Budaya gotong royong mengikat warga kampung. Berjiran sama seperti bersaudara.
Mengikut surah arwah emak aku - tanah Kampong Tengah yang dibuka oleh Tok Sidek hanya ada geran apabila Tuan Orang Puteh dari Kuala Pilah beri arahan.
Sawahlah yang bertanggung jawab melahirkan budaya. Budaya Melayu yang aku anuti adalah budaya sawah padi. Pada hemat aku tanpa sawah padi Melayu jenis aku ini tidak akan wujud. Aku Melayu kampung dari sawah. Meninggalkan sawah bermakna meninggalkan asal usul.
Bulat air kerana pembetong
Bulat manusia kerana muafakat
Ke darat sama di daki
Ke lurah sama dituruni
Hati gajah sama dilapah
Hati kuman sama di cecah
Ikutlah resmi padi
Makin berisi makin tunduk
Aku masih ingat lagi kepada Mak Mok - emak saudara aku – kakak kepada arwah emak aku. Satu pagi dia memasak nasi pulut. Kemudian nasi pulut ini akan dibalut tiga segi dalam daun palas. Ini persediaan untuk upacara menyemai benih padi.
Tanah tempat menyemai benih padi telah disediakan. Tepi sungai tak jauh dari sawah. Sebatang pokok yang memilik banyak cabang dan ranting telah disediakan. Daun pokok ini telah dibuangkan. Pulut palas akan diikat pada ranting pokok ini sebagai ganti daun. Pokok ini ditanamkan ditengah batas semaian padi.
Benih padi akan ditabur. Tiga batas padi – batas padi biasa, batas padi pulut putih dan pulut hitam. Sudah selesai menabur Mak Mok akan mengambil pulut palas yang bergantungan. Kami akan makan dengan gulai ayam. Beberapa butir pulut palas akan ditinggal tergantung atas pokok.
Ketika itu aku tidak faham makna dan tanda upacara ini. Yang aku tahu makan pulut dengan gulai ayam. Sekarang baru aku faham. Upacara ini memiliki bahasa dan nahunya. Ini adalah pengucapan Mak Mok aku sekeluarga meminta dari Yang Mah Esa agar benih-benih padi ini akan melahirkan padi yang lumayan. Selumayan pulut palas yang bergantungan. Yang kami tinggalkan tergantung itu ada pemberian Mak Mok aku kepada alam – kepada semut, unggas dan ulat. Amin.
Mengubah padi dari tapak semaikan ke sawah juga dilakukan dengan penuh tertib. Penuh hormat pada alam. Sawah telah dibajak, lumpur dan jerami telah lumat menjadi baja, parit dan anak air telah dibersihkan. Bila hujan turun padi semaian pun dialih.
Aku pernah terlihat di tengah lopak sawah ada tercacak parang patah , sabit, rembeh atau cangkul lama atau besi buruk. Bila aku tanya kenapa ini dilakukan.
‘ Ini nak mintak semangat padi ... tak runtuh dipukul dek angin... tak tumbang dibalun hujan...koreh macam semangat bosi....’
Baru aku sedar padi pun ada semangatnya.
Ketika padi sedang membesar haruan dan puyu juga sama membesar. Inilah ketikanya aku datang mengotek haruan dengan anak katak sebagai umpan. Sesekali aku juga memasang tajur dalam lubuk tepi sawah.
Aku teringat lagi malam mengemping. Malam indah di mana padi muda yang telah dituai akan digoreng dan ditumbuk untuk dijadikan emping. Malam mengemping ini kadang kala diikuti pula dengan malam mencari belalang. Orang kampung aku makan belalang padi. Cara memakan amat senang - digoreng atau disalai . Belalang yang disalai boleh digulai masak lemak santan lada api.
Tok Lebai atau Pak Aji belum heboh menjual tiket ke syurga lagi. Kami Melayu asli bukan Arab makan belalang tak ada larangan..
Sesekali baru aku sedar bahawa ketika malam mengemping dan malam mencari belalang ini adalah malam-malam indah di mana anak dara akan berperanan. Dara-daralah yang akan menggoreng dan mengemping padi. Kami budak-budak membuat sibuk menghalau kelkatu yang hinggap di pelita.
Anak-anak dara - dalam ketawa dan gelak menghilai - mereka berpindah dari satu lopak ke satu lopak menangkap belalang. Ketika inilah Uda dan kawan-kawan dari kampung Hulu datang bertandang bertanya khabar . Ceritanya - Uda ternampak cahaya pelita ditengah sawah. Disangka ada kemalangan.
Uda siap siaga sedia datang membantu. Lalu Uda menumbuk lesong. Atau membawa pelita mencari belalang.Bila aku masuk ke sekolah baru aku sedar bahawa malam mengemping dan malam mencari belalang adalah malam-malam indah di mana Uda dapat peluang bertemu Dara. Amin
Ketika emak aku menjadi guru di Batu Serambai Ulu Klawang keluarga kami ada dua jenjang sawah. Ini bukan tanah sawah kami. Kami pendatang dari luar. Kami hanya mengerjakan sawah ini. Sebahagian dari hasil padi akan kami berikan kepada tuan tanah. Agihan lepas menuai bergantung pada berapa gantang kami dapat tahun itu.
Aku tidak akan melupakan Mak Long Biah dan Pak Long Aroff. Setiap tahun lepas musim menuai Mak Long Biah tidak akan lupa membuat sambutan. Menyambut kesampaian beras baru masuk ke rumah. Lalu diadakan kenduri, bukan untuk sekampung hanya saudara terdekat dan jiran terdekat dijemput. Kenduri beras baru ini adalah tanda kami orang kampung mengucapkan terima kasih kepada Yang Maha Esa kerana beras telah sampai ke rumah.
Nasi beras baru – aku masih teringat betapa wanginya nasi dari beras baru. Nampaknya terbukti pulut palas persembahan Mak Mok aku telah berjaya membawa beras baru.
Salepas musim menuai kampung aku akan sibuk dengan kenduri. Ada sahaja rumah yang buat kenduri. Kalau tidak kenduri kahwin pastilah kenduri bertunang. Kenduri bertunang ini dipanggil kenduri tukar cincin.
Uda dan Dara yang telah berjumpa pada malam mengemping kini mahu bertukar cincin mengikat janji untuk menjadi suami isteri sehidup semati.
Awas – sebelum bertukar cincin secara senyap-senyap wakil Uda telah datang merisik ke rumah Dara. Semuanya telah diatur dengan tertib. Di sinilah adat dan tradisi memainkan peranan.
Kuat adat tak gaduhkan hukum
Kuat hukum tak gaduhkan adat
Ikut hukum muafakat
Ikut adat muafakat
Kelebihan umat dengan muafakat
Bulat air kerana pembetong
Bulat manusia kerana muafakat
Benar melutut dengan muafakatnya
Raja menobat di dalam alam
Penghulu menobat di dalam luak
Lembaga menobat di dalam lingkungannya
Orang banyak menobat di dalam teratak
Kenduri bertukar cincin ini bukan berolek godang. Hanya saudara mara yang rapat dijemput. Abang , Pak Ngah, Kak Long dan Tok Cik nak tahu Uda ini bertunang dengan Dara anak siapa dan cucu siapa. Keluarga Dara juga nak tahu si Uda ini cucu siapa - perut dan suku yang mana.
Lalu janji di buat:
Kedatangan saya ini
Pergi kerana disuruh
Berhenti kerana ditengah
Dari tempat semenda membawa sembah
Bagi membawa cincin sebentuk
Janji pun di ikat:
Kok aso sekato
Kata dibalikan
Kok tak aso sekata
Cincin dikembalikan.
Lembu dipegang pada talinya
Manusia dipegang pada cakapnya
Satelah bertukar pepatah dan petitih. Satelah tepak sirih bertukar tuan maka sampai kepada detik yang mendebarkan. Menetapkan tarikh berolek godang. Aku ingat lagi hampir setiap kenduri bertunang yang aku hadir tarikhnya hampir sama : Lopeh menuai taun dopan. Amin.
Inilah yang aku katakan bahawa kami ini lahir dari budaya sawah padi. Sawah padi menjadi rujukan dan kalender kami. Tidak pernah aku dengar ijab kabul menggunakan nama hari bulan Orang Putih.
Semua masuk akal. Lepas menuai orang kampung ada masa lapang. Tidak turun ke sawah. Ketika ini juga kepok penuh dengan padi. Kalau hendak berkenduri yang diperlukan hanya tenaga gotong royong. Ayam itik atau kambing ada di kandang. Sawah oh sawah. – tanpa kamu kami orang Melayu hilang tanda masa dan jadual hidup.
Aku masih ingat lagi kali akhir sebelum aku menghilangkan diri aku ada merayakan kenduri kahwin sepupu aku - Long Cik - yang hampir sebaya dengan aku. Ini anak bapa saudara aku – Pak Itam Hashim. Adik kepada arwah Abah aku. Pak Itam hanya ada seorang anak perempuan Long Chik – seorang misi atau nama modennya jururawat.
Ini kahwin Melayu. Penuh dengan adat istiadat mendapat menantu.
Tunggu minggu depan aku cerita lagi hal kahwin. (TT)
DISIARKAN DI PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2020/12/23/sawah-dan-perkahwinan/
MADEY LETAK JAWATAN
MADEY
LETAK JAWATAN
Unknown commented on
"MASALAH
MADEY DAN ANWAR"
madey letak jawatan.. fakta.. tapi apa masalah dengan letak jawatan ? sebelum madey letak jawatan puak mat songeh juga yan desak letak jawata.. patutnya puak yang suruh madey letak jawatan ni yang mintak maaf sebab mat songeh jelas ..
lepas madey letak jawatan .. mat songeh masih lg mat songeh aku tak paham apa masalah denga letak jawatan.. mengikut logik patut leas madey letak jawatan nuar patut orang paling gembira dalam malaysia apa masalah dengan letak jawatan ?
BETUL - RAJIN MEMBACA DAN MENGKAJI
BETUL
RAJINKAN
MEMBACA MENGKAJI
BACA TAURAT
BACA INJIL
BACA VEDAS
BHAGAVAD DITA
SEMUA SAMA
SEMUA KLIM
JALAN YANG BENAR
sakai bangsar commented on
"APA MASALAH NYA ?"
Allah menyatakan dalam Al Quran surat Ali Imran ayat 19, "Agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam" Jangan jadi penganut Islam budaya yang dijajah minda oleh nafsu Jadilah penganut Islam yang rajin membaca dan mengkaji
ISLAM MENGOLAH POLITIK
ISLAM DIGUNA
UNTUK MENGOLAH
POLITIK
HINGGA
DAPAT KUASA
cikminah commented on
"APA MASALAH NYA ?"
Alooooo... aloooooooo!!!! Apasal tetiba Dato Zulkifli Mohamad Al Bakri dah jadi LIBERAL......? Sebab dia dah jadi MENTERI ke...? Pelik sungguh perangai semua lebai sekarang. Takda sekor pun marah budak Illi tak maw masok sorga, berkawan dgn bidadari bermata air sabun.
Semua kata, sabo-sabo...... Jangan mudah hukum orang murtad. Ini dah zaman PAS jadi kerajaan. Takda siapa boleh murtad lagi walupun dia nak jadi padri gereja Angelica dan nyanyi Christmas Carol 25hb Disember ini. Semua orang dah boleh menyambut hari Natal. Aminnnn.......
PASAL APA PULAK TERPALIT - TAK PERNAH KENAL MINAH INI
PASAL APA
TERPALIT DOSA
KITA TAK PERNAH
KENAL PUN MINAH INI
AMIN
MUSTAHIL
DOSA NAJIB
DOSA ROSMAH
DOSA AZEEZ
KITA JUGA
NAK TANGUNG
TAK MASUK AKAL
Unknown commented on
"APA MASALAH NYA ?"
Di negara luar mereka lahir BUKAN sebagai Muslim. Masalahnya cek abang oi, gadis ini dilahir sebagai Muslim, mak bapak Muslim. Kalau dia MURTAD, kita semua "terpalit" dosa dia, nanti kita juga akan disoal... Kalau dia sorang-sorang tanggung dosa tak apa... Belajar agama kalau sedikit tak apa, faham mau banyak !