Ahad, 17 Oktober 2021

HAK BEBAS UNTUK TAK NAK DI VAKSIN

 


Anti vaksin susahkan diri sendiri, kata PM

KERAJAAN tidak akan secara sengaja menyukarkan kehidupan golongan yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19, tetapi perkara itu berpunca daripada sikap mereka sendiri, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata walaupun suntikan vaksin tidak diwajibkan buat masa ini, namun ia membantu mereka yang menerimanya untuk menjalani kehidupan lebih mudah, menerusi pelbagai kelonggaran yang diberikan termasuk kebenaran merentas negeri.

“Mereka yang tidak mengambil vaksin yang menyukarkan diri, bukan kerajaan yang sengaja menyusahkan…sebab itu saya menyeru mereka yang masih belum menerima vaksin untuk berbuat demikian, supaya semua kemudahan yang diberikan turut boleh dinikmati.

“Tambahan pula, sebagai manusia kita kena bertanggungjawab membantu melindungi orang lain, dengan mengurangkan risiko jangkitan dan mengurangkan keseriusan kesan penyakit jika dijangkiti, dengan mengambil vaksin Covid-19,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Upacara Pemakaian Pangkat kepada Ketua Polis Daerah Bera Supt Mansor Samsudin yang dinaikkan pangkat daripada DSP, di Dewan Sri Kempas Ibu Pejabat Polis Daerah Bera, hari ini. 

Upacara disempurnakan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani. Turut dinaikkan pangkat adalah Timbalan Ketua Polis Daerah Bera DSP N.Kumaran yang sebelum ini memakai pangkat ASP.

Semalam Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata kerajaan akan mengambil pendekatan tegas terhadap mereka yang enggan menerima vaksin, dengan ‘terus mengenakan pelbagai kesukaran’ terhadap mereka.

Kenyataan Khairy itu, menurut Perdana Menteri adalah merujuk kepada kesukaran yang terpaksa dilalui mereka yang tidak mahu menerima vaksin, memandangkan syarat lengkap vaksin Covid-19 bukan hanya dibuat kerajaan Malaysia, namun pelbagai pihak lain.

“... seperti hanya mereka yang lengkap vaksin dibenar mengerjakan umrah dan tahun hadapan boleh menunaikan ibadah haji. Ini syarat daripada kerajaan Arab Saudi yang sudah tentu menyusahkan diri mereka yang tidak divaksin,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada lengkap dua dos vaksin akan dijadikan syarat pengambilan baharu penjawat awam, Ismail Sabri berkata walaupun ia cadangan yang baik, ia memerlukan perincian dan kajian mendalam oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Ia (cadangan itu) mungkin boleh dipertimbangkan, namun JPA kena lihat daripada pelbagai aspek termasuk perundangan. Setakat ini, tindakan hanya boleh diambil terhadap mereka yang sudah bekerja seperti yang ditetapkan tarikh akhir penjawat awam mengambil vaksin ialah 1 Nov ini,” katanya.– Bernama, 17 Oktober, 2021.

JANGAN PAKSA

JANGAN GUNA

POCA SOSMA

ATAU MAHKAMAH

AMIN

HAK WARGA

UNTUK MENOLAK

VAKSIN

AMIN

SEBELUM DISUNTIK

KITA TANDA TANGANI

MEMBEBASKAN

KERAJAAN DARI

TANGGUNG JAWAB

AMIN

PEKARA INI RAMAI

TAK SEDAR

AMIN

JADI HAK WARGA

KALAU TAK NAK

TANDA TANGAN

AMIN

KESEHATAN MEREKA

PADA DIRI MEREKA

KITA HIDUP  

TOLONG MENOLONG

 AMIN

 BANTU MEMBANTU

 AMIN

 DALAM MASYARAKAT

SAPA NAK 

JADI BANGANG 

NAK JADI BODOH

 ITU HAK MEREKA

AMIN

 JANGAN GANGGU

TEPI KAIN ORANG

MORAL ORANG 

KITA TAK BAYAR

BIL  TALIPON DIA

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul titi. Sape nak jd bangang nak jd bodoh itu hak mrk jgn ganggu tepi kain org moral org kita tak bayar bil talipon dia. Dia nak ikut arab ke nak ikut omputeh ke nak berpakaian arab ke nak berpakaian melayu ke itu dia punya suka jgn kutuk dia. Khalas