Sabtu, 2 Januari 2021

DI HANTAR KE AMERIKA ATAU TIDAK

 


JULIAN ASSANGE 

PEMULA WIKILEAKS

4 JANUARI 2021

MAHKAMAH LONDON

AKAN BUAT KEPUTUSAN

JULIAN ASSANGE

SOSOK JUJUR INI 

AKAN DI HANTAR KE AMERIKA

ATAU

DIPULANGKAN

KE NEGARA ASAL

AUSTRALIA

AMIN

LAWAN WAJIB LAWAN JANGAN CAKAP SAJE

 


LAWAN 

WAJIB LAWAN

JANGAN HEBOH

 CAKAP SAJE

AMIN



Umno tidak kerjasama

 dengan Bersatu 

dalam PRU15, 

kata Tajuddin

UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman.

Umno sebaliknya hanya akan bekerjasama dengan PAS, katanya, selepas kedua-dua parti memeterai kerjasama rasmi atas nama Muafaat Nasional sejak September 2019.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata Umno juga tidak akan mengikut langkah PAS untuk bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15, seperti yang disebut oleh naib presiden parti Islam itu Mohd Amar Nik Abdullah.

“Dia (Mohd Amar) nak bekerjasama dengan Bersatu terpulanglah kepada dia dan Umno tidak akan bekerjasama dengan parti itu dalam pilihan raya akan datang,” katanya, seperti dipetik BH Online.

Tajuddin dipetik berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat tiga sayap Umno Bahagian Pasir Salak di Teluk Intan.

Menurut Tajuddin, kenyataannya itu bukan pandangan peribadi tetapi pendirian akar umbi Umno berdasarkan tinjauan melibatkan lebih 140, atau dua pertiga daripada ketua bahagian Umno di seluruh negara.

“Jadi kita mendengar kepada akar umbi, takkan kita mahu dengar cakap Amar… tetapi kita hormat kenyataan beliau,” tambahnya.

Mohd Amar baru-baru ini berkata PAS, Bersatu dan Barisan Nasional (BN) tidak mampu bertanding bersendirian dalam PRU15 sebaliknya perlu bersama atas naam Perikatan Nasional (PN).

Tajuddin sementara itu berharap pemimpin PAS berpegang pada janji mengatur gerak kerja menghadapi PRU15 bersama Umno, termasuk memastikan tiada pertembungan kerusi antara mereka.

PAS juga perlu “cari jalan keluar” selepas bersama dengan Bersatu membentuk PN, tanpa Umno.

“Janji mesti ditunaikan dan mereka menyertai Perikatan Nasional bersama Bersatu tanpa Umno sedangkan kita sudah bersama dalam MN… jadi carilah jalan keluar,” katanya.

Beliau berkata kerjasama dengan Bersatu sebelum ini bukan melibatkan parti sebaliknya hanya melibatkan ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu, selepas percaturan politik yang menyingkirkan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020.

Sementara itu, Tajuddin yang juga ahli Parlimen Pasir Salak berkata Umno akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Manik dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kerusi yang lompat itu kita mahu ambil semula dan siapa yang mahu bertanding di situ perlu lawan dengan kita,” katanya.

Tajuddin juga membayangkan bekas senator Khairul Azwan Harun yang juga timbalannya sebagai bakal calon DUN Sungai Manik, lapor BH Online.

Adun Sungai Manik Zainol Fadzi Paharuddin keluar Umno selepas PRU14 untuk menyokong kerajaan PH. Beliau kemudian menyertai Bersatu dan kini merupakan setiausaha Bersatu Perak.

Selain DUN Sungai Manik, Adun Tualang Sekah Nolee Ashilin Mohamed Radzi juga keluar Umno untuk masuk Bersatu, selain tiga ahli Parlimen iaitu Syed Abu Hussin Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Dr Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai) dan Hamzah Zainuddin (Larut).

Hamzah kini setiausaha agung Bersatu. – 2 Januari, 2021. 

PERKEMBANGAN

YANG AMAT BAIK

AMIN

RAKYAT AKAN

MENENTUKAN

AMIN

ATAU SAPA

ADA BAYAK 

FULUS AKAN MENANG

AMIN



MELIWAT JANDA BAIK

 



MELIWAT

 JANDA BAIK

OPPS.. SILAP

MELAWAT 

JANDA BAIK


Unknown commented on 

"MELAWAT JANDA BAIK"

Ini baru pecah lepas tu bocor...

KAKAKAKA


Unknown commented on 

"YB ZURAIDAH PECAH RAHSIA"

Bocor..pecah..bocor...pecah..

KIKIKIKI

GADUH BESAR SUDAH TERBUKA

 


GADUH BESAR

SUDAH MULA

AMIN

BESATU SEDANG

KENA TIBAI

AMIN

APA AKAN JADI?

JENG JENG JENG




Bersatu tidak perlu tanding di Pahang, kata Wan Rosdy

BERSATU tidak perlu bertanding di Pahang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana parti itu langsung tiada satu kerusi pun di negeri itu baik di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.

Pandangan itu adalah pendirian Umno Pahang, katanya yang juga menteri besar Pahang.

“Saya fikir Bersatu oleh sebab tidak ada kerusi di Pahang, jadi mereka tidak perlu bertanding di Pahang,” katanya, dalam satu rakaman video selepas merasmikan mesyuarat kelompok tiga sayap Umno Bahagian Cameron Highlands, hari ini.

Wan Rosdy ialah ketua Umno Bahagian Cameron Highlands.

“Elok (Bersatu) pergi ke tempat lain atau mana-mana tempat yang mereka ada kerusi. Itu pendirian Umno Pahang,” tambahnya.

Pahang satu daripada dua negeri yang kekal di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan Umno selepas PRU14, selain Perlis ketika semua negeri lain jatuh ke tangan pembangkang dalam PRU pada Mei 2018.

BN mempunyai 26 kerusi di DUN Pahang, dengan Umno menguasai 25 kerusi dan MCA satu kerusi. Pakatan Harapan pula mempunyai sembilan kerusi, dengan tujuh daripadanya PKR dan DAP dua.

PAS yang kini bergabung dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) mempunyai lapan kerusi.

Di peringkat Parlimen pula, BN menang sembilan kerusi sementara PKR lima. Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah bagaimanapun keluar PKR semasa percaturan politik pada hujung Februari dan kini menyertai Bersatu.

Pada PRU14, Bersatu kalah di semua enam kerusi Parlimen dan sembilan kerusi negeri yang ditandinginya di Pahang. – 2 Januari, 2021.

MUHYIDIN MAKIN

PARAH

AMIN

BERSATU MAKIN

TERDESAK

AMIN

APA JALAN KELUAR

AMIN

PASTI ADA JALAN

KELUAR

KAH KAH KAH

DALAM POLITIK

SEMUA MUNGKIN

AMIN



MUHYIDDIN AKAN DILAWAN

 




JELAS

MUHYIDIN AKAN

DITENTANG 

AMIN


Umno tidak kerjasama 

dengan Bersatu 

dalam PRU15, 

kata Tajuddin


JENG JENG JENG

KAH KAH KAH

AMIN

SIFAT HAKIKI MANUSIA

 



BILA BERJAYA

RAMAI AKAN

MENGAKU AYAH

AMIN


Bukan jasa tunggal Dr. Mahathir


Dr Mahathir silap pasal DAP, kata Kit Siang


DR Mahathir Mohamad tersilap apabila mendakwa beliau membantu DAP dapat sokongan daripada orang Melayu sampai parti itu boleh menang 42 kerusi dalam pilihan raya umum yang lalu, kata Lim Kit Siang.

Veteran DAP itu berkata kenyataan Dr Mahathir bahawa DAP sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hanya boleh menang 18 kerusi saja tidak tepat kerana parti menang lebih daripada itu sejak pilihan raya umum 1986.

Jelas Lim, walaupun berdepan cabaran besar untuk mendapat sokongan Melayu, terutamanya dengan kempen pembohongan mengenainya, DAP tidak pernah mengalah.

“Saya mengaku Mahathir membantu DAP menang 42 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 2018 tetapi untuk mengatakan DAP tidak boleh menang lebih daripada 18 kerusi parlimen tidak betul sama sekali,” kata Lim dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri menjelaskan DAP menang 24 kerusi Parlimen pada 1986, 20 pada 1990, 28 pada 2008 dan 38 pada 2013, sebelum menang 42 kerusi pada 2018.

Lim juga menegaskan DAP tidak berganjak sama sekali daripada prinsip perjuangannya mahu mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia berbilang kaum yang bersatu padu.

“Marilah kita bergerak ke hadapan seiring dengan masa. 

“Langkah pertama ialah dengan seluruh rakyat Malaysia bersetuju untuk menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia terlebih dahulu, dengan slogan ‘rakyat Malaysia bersatu’ dan bukannya ‘Melayu bersatu’, ‘Cina bersatu’, ‘India bersatu’, ‘Iban bersatu’ atau ‘Kadazan bersatu’.

“Hanya dengan itu kita boleh capai cita-cita Bangsa Malaysia yang dibayangkan dalam Wawasan 2020 yang gagal,” katanya.

Dr Mahathir membuat kenyataan yang dipertikaikan oleh Lim dalam satu wawancara dengan akhbar berbahasa Mandarin, China Press.

Dalam wawancara dengan China Press, bekas perdana menteri dipetik berkata: “Saya membantu pembangkang menang (dalam PRU14) sebab saya bawa sokongan Melayu. Anda tahu DAP, yang tidak pernah boleh dapat lebih daripada 18 kerusi, dapat 42 kerusi kerana sokongan Melayu yang saya bawa.”

Dr Mahathir yang mengasaskan Bersatu pada September 2016 menyertai Pakatan Harapan (PH) sebelum PRU14 untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

PH menang PRU14 dan membentuk kerajaan di Putrajaya, namun bertahan hanya 22 bulan sebelum tumbang akibat percaturan politik yang menyaksikan Bersatu keluar daripada gabungan itu.

Dr Mahathir yang tidak bersetuju dengan langkah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kemudian tersingkir daripada parti yang diasaskannya sendiri, lalu membentuk sebuah parti baharu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang kini menunggu kelulusan pendaftaran. – 1 Januari, 2021.  

BILA GAGAL

TERUS 

JADI ANAK

HARAM

AMIN

TAKDA SAPA MAHU

MENGAKU AYAH

AMIN



TAHNIAH PENYELAMAT

 


TAHNIAH

PENYELAMAT


Sembilan lemas dalam tragedi kereta terhumban di Jeti Feri Triso di Sarawak

KUCHING – Tahun baharu 2021 di Sarawak bermula dengan tragedi apabila sembilan orang termasuk seorang bayi dan seorang kanak-kanak lelaki, lemas selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di Jeti Feri Triso, kira-kira 120 kilometer dari sini petang tadi.

Menurut maklumat awal Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak, kesemua mangsa yang merangkumi lima lelaki dan empat perempuan itu berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.


SALUT

SEMANGAT

KEKITAAN KUAT
AMIN

YES - THE FUTURE CHINA SPY

 


 CORRECT

BOTH OF THEM

THE FUTURE

CHINA SPY

Timloo commented on

 "PAKATAN HARAPAN 

PERLU ADA CALON BARU"

Let najib be pm again la. Case close. One got to wonder why massager and the stupid melayu pigs especially hisham raised dead set against Anwar. Anwar must be china spy

BAHAYA PARTI KOMUNIS CHINA


 


BAHAYA

SIAPA AJEN 

CHINA MERAH

BERAPA RAMAI

DAH MASUK

KE TANAH MELAYU

AMIN

INI ASRAMA KE KANDANG BABI?

 


 INI ASRAMA

ATAU 

KANDANG BABI 

AMIN

KANDANG BABI 

 DI NEGARA KAPIR 

GERMAN LEBIH

 BAIK DARI INI

AMIN



Dua asrama pekerja di Johor dikenakan PKPD

DUA lokaliti di Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok sehingga 15 Januari 2021, selepas berlaku peningkatan kes positif Covid-19 di asrama pekerja.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, lokaliti itu masing-masing adalah Asrama Pekerja Kejora Juara di Bukit Pasir, daerah Muar serta Asrama Pekerja Westlite 1 dan Westlite 2 di daerah Senai.

Beliau berkata PKPD di Asrama Pekerja Kejora Juara melibatkan 17 blok bangunan yang menempatkan 1,828 penghuni dan kesemuanya adalah pekerja warga asing.

Manakala Asrama Pekerja Westlite 1 dan Westlite 2 masing-masing melibatkan dua dan lima blok bangunan, yang menempatkan 4,444 penghuni dan kesemuanya juga adalah pekerja warga asing.

“Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan peningkatan kes positif Covid-19 di Asrama Pekerja Kejora Juara dan sehingga 31 Disember 2020, sebanyak 338 ujian saringan telah dilaksanakan dengan 212 kes positif direkodkan. – Bernama, 1 Januari, 2020.

 

JANGANLAH 

TINDAS BURUH

ASING

AMIN

MEREKA MENJADIKAN

RAMAI TOWKAY KAYA

AMIN

MEMBUATKAN 

KITA SELESA HIDUP

AMIN

 MEREKA SAMA 

MACAM KITA

AMIN



DAGING BABI SEDAP DAGIANG HARAM PUN SEDAP

 



DAGING BABI

SEDAP

DAGING HARAMN

PUN SEDAP

SAMA SAMA SEDAP

Unknown commented on

 "MAT SABU BERCAKAP BENAR"

Apa pun kata²/cakap² orang politik, kita sudah makan daging haram selama 40 tahun.kalau tahu haram bagus makan daging babi yang memang sudah diharamkan oleh semua agama darpada kasi makan sanak saudara daging haram yang cuma halal disebabkan ada cop halal

AWAS JANGAN KENA TIPU

 



 AWAS

JANGAN KENA TIPU

Unknown commented on 

"TAK LAMA LAGI PASTI

 ADA ISLAMIK BITCOIN"

Dah pernah beri ingatan benda alah ini tapi yang mendengar dan blog nama refuse to believe...nak buat cam mana melayu kalau boleh kena tipu ngan melayu 60 tahun ngan cina habis kena salai ngan india kena mandrem...ngan british kena jajah minda dan segala nya....dia kata dia mula bitcoin dari seposen sehingga sekarang puluh ribu...masih belum kena gigit kuttttt... 


Wang dunia kertas ke plastic ke besi ke loonie toonie semua ada lah fiat money di beri jumlah harga atas kertas itu sendiri dimana wang Dinar Dirham hendak dibuat dengan berpaksikan emas ia itu batu logam bernilai tinggi....ada apa Muammar Ghadafi di jatuhkan lalu dibunuh hanya kerana mengesyorkan wang tukaran negara negara arab...


tapi orang nusantara dan melayu masih tidak mahu belajar dari kebodohan arab walau kekayaan melimpah ruah tapi kerajaan berantakan pertahanan hancur lebur...Iraq, Syria, Libya, Egypt, Lebanon, Tunisia, Algeria dll.... so apa kena mengena dengan bitcoin you asked....matawang bitcoin ada lah duit kayangan didalam alam maya cyber tidak ada hard cash sebagaimana duit-wang seluruh dunia walau ia hanya FIAT MONEY. 


Wang bitcoin nilai speculation sebagaimana stock market....shares, money market, commodity, futures index, hedged funds, emerging markets etc.....kena belajar kemudian boleh gebang....lihat contoh Nick Leeson satu sosok tidak lepas university boleh jatuhkan Baring Bank yang antara tertua di UK melalui financial centre di Singapore 1990s...dan Jho Lo 2009-2010 adalah jelmaan Leeson. Kalau Nick Leeson main billion begitu juga Jho Lo berbillion bersamaan PM Malaysia diwaktu itu...ingat seed money is from Malaysia.....ok money market trading 101 lesson Jan 2021.

ANWAR DAN MADEY

 


ANWAR DAN MADEY


Unknown commented on 

"MAT SABU BERCAKAP BENAR"

Perbedaan yang cukup ketara antara dua tokoh ini :- 1- yang satu dekat 1 Abad otak dan strategi bergeliga 

2- lagi satu 3 suku abad 25 tahun tidak ada wawasan kecuali gila PM 

3- tokoh yang hebat kerja dia cinta pada negara walau orang kecam sebesar firaun 

4- tokoh yang banduan keluar jail perlu bantuan dan raja ampun 


5- tokoh akhlak tinggi pasangan hanya 1 sekitar sama dekat 1 abad 

6- tokoh banduan pasangan dan ransangan berbagai bagai dari belum jail masuk jail keluar jail taste tidak boleh pada yang satu itu persoalan sendiri mahu tanya...

 7- tokoh dekat 1 abad tak perlu minta PM 3 kali wei jackpot! 


8- tokoh banduan meraung, meminta, mendesak, meratib, menghengtam meja segala me me masih tidak ada nombor....gila memanjang nak jadi PM maka ada banyak lagi list untuk bariskan 2 tokoh ini dan anda semua boleh menilai dengan akal dan hati bukan dengan batang dan buah dicelah kelengkang...lesson perbedaan 101 tahun 2021....

KAPIR LAKNAT MAKAN BABI TAK MAKAN RASUAH

 



 KAPIR LAKNAT

MAKAN BABI

TAK MAKAN RASUAH

ISLAM MALAYSIA

TAK MAKAN BABI

TAPI MAKAN RASUAH

capt salai commented on 

"CARA NEGARA KAPIR LAKNAT

 BUAT KERJA"

Negaro kapir..digelar kapir sebab mkn tonyok..dimesia islam dbb tak makan tonyok..tapi rasuah halal komisen halal siap dapat gelaran bossku lagi..byak orang gomen bisnes supply barang.yg punyo komponi dpt komisen..dah tebalik lak dulu dio mkn komisen ni jam kito dibagi komisen sbb guno kompeni mampuih la cmni

PKPP DITERUSKAN

 


PKPP DITERUSKAN

PKPP dilanjut ke 31 Mac

PUTRAJAYA melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tiga bulan lagi sehingga Mac 2021, selepas tempoh sebelum ini tamat tengah malam tadi

ULANG ALIK KE MEKAH

 




 ULANG ALIK

KE MEKAH

panglimo potaseh commented on

 "CARA NEGARA 

KAPIR LAKNAT BUAT KERJA"

Orang tuo2 kg den kato ..kok nak poey Mokah kono guno duit holal ..kok tak kito sosek ..tak nampak Kaabah ..tak jumpo batu itam. Orang kampong den ado yang kono ..kahkahkah. 


Tapi polek jugak sosok cam Mappadulong, Kutti, Totok, Teukui, Azeez ulang-alik ko Mokah ..tak sosek lak. Mungking mrk guno duit haram chop halal kot ..kahkahkah ..Anak Abah bilo lak nak poey ..



JANGAN MALUKAN

 


 JANGAN MALUKAN

capt salai commented on 

"JANGAN HINA BABI - 

HINA YB OKAY"

A ah..jgn la panggil khinzir tu babi..

malu dia hahaha

BERKHALWAT HARI KE 291

 



KHALWAT KE 291 

SABTU 2/1/2121
KITA MASUK KE HARI 291
BERKHALWAT

HARI KE DUA TAHUN INI
CUACA LEMBAB
PAGI INI HOKKIEN LEMBAB
MATA HARI TAK KELUAR

UNGGAS TAK CERIA
CENGGERIK BERSIMPONI
SEKUMPULAN TIONG
TERBANG MELINTAS JALAN

KUALA LUMPUR
PAGI INI KELAM SURAM
LANGIT HITAM MASIH KELIHATAN

CUACA MENDUNG
TENGKUJUH BANJIR
DI PANTAI TIMUR
DAN DI JOHOR
PETANG MENJANJIKAN HUJAN
AMIN

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUM
INGAT APA YANG KITA BUAT
KELMARIN
DAN KETAWALAH
AMIN

KITA HIDUP HANYA SEKALI
KALAU KITA BUAT
DENGAN BETUL
SUDAH MEMADAI

TIGA PEKARA YANG
KITA TAHU TENTANG HIDUP
IA TERUS BERJALAN

ADA DUA CARA
UNTUK MELIHAT KEHIDUPAN
HIDUP  INI BUKAN SATU KEAJAIBAN
SATU LAGI MELIHAT SEMUANYA
KEAJAIBAN

BRO
KADANG KADANG 
KITA TERJUMPA SOSOK YANG INDAH
BUKAN RUPANYA
BUKAN BAHASANYA
SAHAJA DIA CANTIK INDAH

HIDUP INI BUKAN MENCARI DIRI
TAPI MEMBUAT DIRI

HIDUP INI
UNTUK ENJOY DE MENJOY
BUKAN NAK  BERSEDIH

BRO
AWAS JANGAN BERLAKUN
NANTI WATAK AKAN MAKAN DIRI

BRO
BERCAKAPLAH  DENGAN NADA
YANG SAMA 
PADA SIAPA PUN
SAMA ADA DIA TUKANG SAPU
MAHU PUN
TAN SERI PAK AJI MUFTI

HIDUP INI SUSAH
LEBIH SUSAH LAGI
JIKA KITA BEBAL

BRO
SEMUA MANUSIA INI SAMA
HANYA PERANGAI BERBEZA

BRO 
JIKA LU BUAT SILAP
DAN LU TAK BETULKAN
MAKA INI NAMANYA SILAP

UNTUK MEMAHAMI HIDUP
KIAT WAJIB MELIHAT KE BELAKANG
TAPI
UNTUK HIDUP
 KITA MELIHAT KE DEPAN

KUNCI ILMU
IALAH MEMILIKI ILMU
DAN MENGGUNAKANNYA

SEMUA AKAN
JUMPA MANCIS API
APABILA PELITA
DAH TERPASANG

BRO 
LAKUKAN KEBAIKAN
TAPI
JANGAN TUNGGU 
TERIMA KASEH
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT