Khamis, 4 Februari 2021

LIHAT DOKUMENTRI INI DENGAN HATI HATI

 


PEMBACA 

TUKAR TIUB


SILA LIHAT DOKUMENTARI 
INI DENGAN TELITI
MALAYSIA ADA TERLIBAT 
DALAM DUA PEKARA

PERTAMA 
SALAH SAORANG DARI
MAFIA INI 
DUDUK DI SENTUL
BELI RUMAH DISANA

MAFIA INI KELUAR MASUK
KALI AKHIR
PULANG KE DHAKA 
KERANA KENDURI KAWIN
ANAK BUAH

BAGAIMANA INI
 BOLEH BERLAKU?

KEDUA 
SYARIKAT ZIONIS ISREAL
BERIBU PEJABAT
 DI SINGAPURA

APAKAH MALAYSIA
BERJUAL BELI
DENGAN  SYARIKAT INI?
KENAPA DI SINGAPURA?

SAPA ADA MAKLUMAT?

EMPAT MALAM DI PENJARA

 




GUA DAN TIAN

PERNAH 4 MALAM

DALAM PENJARA

TAIPING TAKDA

DENGAR SUARA

UNGKA DI KEM

KAMUNTING ADA 

BURUNG HOW WOW

hamim commented on

 "HANTAR KE JELEBU"

Hantar kat penjara Taiping, penjara Taiping dekat dengan zoo, tiap tiap malam hingga kesubuh akan kedengaran jeritan ungka, jeritan yang akan meruntun dan mmenganggu hati dan jiwa orang yang mendengarnya tambahan hati banduan didalam penjara,



 bunyi ungka akan menyebabkan mereka sayu dan cepat insaf, gangguan bunyi ungka adalah suatu hukuman yang tersendiri dan tidak ada tercatit dimana mana mengikut hukuman didalam apa apa akta dan kesalahan.....

 



OKAY


BERES


Pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta dibenar beroperasi, kata Ismail Sabri




AWAS


JANGAN TAK SABAR - CERITA BARU MULA




JANGAN TAK SABAR

CERITA BARU MULA

hamim commented on 

"OPERASI LALANG

 DARI LONDON"

Isyam, kalau ikut apa yang Isyam tulis, kat mana mana Isyam pergi senang dapat tidur dengan minah, cuba jawab dengan jujur, jika setiap saorang minah yang Isyam tiduri Isyam pancut dan jadi anak, berapa ramai anak Isyam kat luar negara? Jawab dengan jujur......kah kah kah kah kah....ada berani ka....

HIDUP HANYA SEKALI - SEKALI PUN DAH CUKUP

 



TERIMA KASEH

HIDUP HANYA

SEKALI

KALAU BERBUAT BAIK

HIDUP SEKALI PUN

CUKUP



Capteagle8 commented on 

"MEGIKUT KESAH NYA"

Happy Birthday Bro.....


Unknown commented on 

"MEGIKUT KESAH NYA"

Wahhhhhh! Sapa budak hemson tu?

 Eppy birrday, isham!



Unknown commented on 

"MEGIKUT KESAH NYA"

Kesusahan hidup akan menyebabkan kt sengaja melupakan hari kelahiran kt.



Asrul Sani commented on 

"MEGIKUT KESAH NYA"

Selamat Hari Jadi Tok Batin TT....Den doakan panjang umo Tok batin.Semogo dapek taufik dan hadayah..semogo dapek 70 bidadari nanti...main la ekau sepueh-puehnyo.


Unknown commented on 

"MEGIKUT KESAH NYA"

semoga sehat dan mampu menulis untuk pencerahan anak bangsa untuk melawan lupa untuk anak bangsa tidak dibodohkan oleh budaya arab dan melayu haprak untuk mendewasakan daya fikrah semua. sebutir biji benih yang baik dicampak ke laut menjadi pulau. ameennn

cikminah commented on 

"HIDUP HANYA SEKALI - 

KALAU BUAT BAIK

 SEKALI PUN MEMADAI"

Hari ini hari lahir Hishmuddin Rais atai blog TT....? Apa pun, kpd Hishamuddin Rais Selamat Hari Lahir. Happy Birthday, semoga diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki, dipermudahkan semua urusan dan dicerahkan akal fikiran.

JANGAN CAKAP MACAM ITU

 


PANGLIMO

JANGAN CAKAP

MACAM ITU

panglimo potaseh commented on 

"MALAM INI SAPA 

TAK LENA TIDO"

Purata jangka hayat Malaysia 76 tahun ..Haji Isa 71 tahun kono pasong 6 tahun dgn dondo RM15.4 juta ..kok tak bayar dondo kono 18 tahun. Macamano tu ..kalau ikut statistik, bayar dondo ko tidak Tuan Haji ni punyo KOBARANGKALIANG yang signifikan akan kiok dalam JAIL. Den nasihatkan Tuan Haji ambik 1500 dari 15.4 juta tu poey moli teket ko syurgo.

BETUL KE JATUH HUKUM

 


BETUL KE JATUH

HUKUMAN

Unknown commented on

 "TAHNIAH SPRM"

MENJADI KELU dan BISU spt baru pertama kali berdating dgn girlfriend. Selepas Isa Samad Najib Razak dan jika didapati bersalah akan dikuti pula oleh Bung Mokhtar, Zahid Hamidi, Ahmad Mazlan, bekas Pengerusi Mara dan beberapa orang kuat (dulu bukan main banyak cakap tapi sekarang dah jadi kelu serta bisu kerana nak "jumpa Mahkamah") UMNO. Ini semua orang Melayu. Sungai Buloh akan menjadi lebih meriah.

HANTAR KE JELEBU

 


HANTAR KE JELEBU

Unknown commented on 

"SAPA PULAK NI ?"

Kalau tak cukup penjara sg buluh tu hantar la ke penjara jelebu


ESOK HARI JUMAAT



ESOK


JUMAAT


Kes rasuah beli asrama pelajar Mara di Australia ke mahkamah Jumaat ini, kata SPRM



JENG

JENG

JENG


MEROSAK FELDA

 



MEROSAK FELDA

Unknown commented on

 "JATUH HUKUM BILA ?"

Bekas Pengerusi FELDA ni lah yang buat FELDA rosak Makcik Pakcik FELDA duk lagi sokong gerombolan Elok kesalahan rasuah ni gantung sampai mati je

TAN SERI DAN DATUK SERI

 


TAN SERI DAN

DATUK SERI

Unknown commented on

 "TAHNIAH SPRM"

Level Tan Sri tak sama dengan Datuk Seri : -Tan Sri kena pakai baju Orange Datuk Seri masih bertali leher...gelaran bertambah BossCorupt -Tan Sri angkat 3 Juta kena 15 Juta jel 6 tahun Datuk Seri sebat 45 Juta belum masuk 2 billion -Tan Sri kena hina teruk Riza-Anak terangkat Datuk Seri tak kena baju oren -



Lebih teruk dihina Tan Sri angkat 3 Juta Riza angkat 1 billon kena bayar setengah Billion untung atas kayangan jadi anak angkat percuma setengah Billion simpan kuat! So apa makna pangkat dan darjat nih ahhh? Pangkat hanya jadi kuat apabila ada cable yang melekat maka jaringan darjat dan pangkat perlu di optimunkan...


tak caya cer tengok bagaiman negara paling miskn didunia Bnagladesh, muslim country tahap corrupt dari President kepada Chief-of-Army ke Ketua Polis dimana menteri kewangan pun tak boleh nak sailang...gi check All the President's Men...AlJazeera! Tuh pasal DAP nih dan Mat Songel bukan pandai sangat tengok secara halus kat mana letak kuasa tuh!

KESAH ISA SAMAD

 




KESAH TUAH HAJI

ISA SAMAD

DatoPidi commented on

 "TUTUP KES MAT ISA"

Aku simpati atas nasib yg menimpa Shahibul Samah Haji Isa Abdul Samad. Dia nie org kg aku. Almarhum Tok Samad org Bagan Pinang. Isone Tok Isa org Kg Baru. Jaman dia jadi MB, dia Memey banyak bantu org Kg. Kau kalau DTG Port Dickson, kau kena tanya org kampong, sapa Isa tu. Kau tanya org taman yg tak tahu asal usul kg Memey kau cakap Isa nie kaki kelepet la. Dia memey kelepet.


 Kali dia tak kelepet mcm mana dia nak himpun duit nak bertanding naib presiden UMNO dulu. Bapak dia Pong bukan kaya. Bukan mantan Sultan Lukut. Kelepet ke tidak, itu urusan dia dgn Tuhan la. Tapi kalu nak bantu org kg, adun akan kautim. Rumah bocor ke, duit sekolah ke, insyallah. Janji permohonan hang genuine. 


Nak bandingkan dia dgn Pak Sheikh hang, dia lagi terbaik. Pak Sheikh, heboh nak beri bantuan kena isi gugel form dulu. Reform kepala abah dia la. Dia ingat org pangkat abah aku nie reti nak guna gugel form. Tok Isa nie Kalu dia bangang takde la 22 tahun dia jadi MB. Dia kena beli dgn Cina ke atau adun kena beli dgn dia, itu kau sendiri pikir la. 


Pasti baru kau paham si pendek nie handal ke tidak. NOTA- Kesah Isa Samad ini bolehlah kita katakan, si pendek membahan si pendek. Org pendek nie kalau di buat kawan kena hati2x. Nak pulak rambut dia ikal. Memey sial dibuatnya. Harap kesah si Isa pendek dan si Zahid bantot di jadikan iktibar.



TUTUP KES MAT ISA

 



HAKIM TUTUP 

KES RASUAH

MAT ISA

AMIN



Tiada bukti bekas pegawai berkomplot dengan individu lain, aniaya Isa Samad, kata hakim

MAHKAMAH Tinggi hari ini memutuskan bahawa tiada bukti yang menunjukkan Muhammad Zahid Md Arip, bekas pegawai khas politik kepada Mohd Isa Abdul Samad, berkomplot dengan individu lain untuk berkongsi wang suapan RM3 juta dan menganiaya bekas Pengerusi Felda itu.

Individu lain yang dimaksudkan ialah saksi pendakwaan ke-15 (SP15) iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) Mohd Zaid Abdul Jalil, bekas Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) Ikhwan Zaidel (SP16) serta Pemegang Saham dan Pengarah JV Evolution Sdn Bhd (JVESB) Azizi Abdul Wahab (SP17).

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, dalam penghakiman ringkas, berkata tiada keterangan menunjukkan Muhammad Zahid, yang merupakan saksi pendakwaan ke-21 (SP21) dan berkhidmat dengan Mohd Isa, mempunyai motif untuk menyalah guna kedudukan tertuduh bagi meminta suapan daripada Ikhwan untuk dirinya sendiri.

“Tambahan pula, apakah keperluan untuk SP16 menyerahkan lebih RM3 juta kepada SP21 yang hanya merupakan pegawai khas tertuduh dan tidak mempunyai sebarang kuasa dalam proses pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) daripada GAPSB oleh FICSB, termasuk dalam aspek rundingan, kelulusan dan pembayaran. 

“Tiada sebab munasabah untuk SP17 dan SP16 sebagai ahli perniagaan yang beroleh manfaat daripada persetujuan dan kelulusan FICSB atas pembelian MPHS daripada GAPSB, untuk merancang menipu dan menganiaya tertuduh.

“Tambahan pula, sumber wang suapan itu adalah daripada bayaran pembelian MPHS oleh FICSB kepada GAPSB yang telah membolehkan SP16 membayar komisen kepada JVESB seperti yang dijanjikan berdasarkan peranan JVESB sebagai agen,” katanya.

Mohd Nazlan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan dan denda berjumlah RM15.45 juta atau penjara 18 tahun ke atas Mohd Isa selepas mensabitkan beliau dengan sembilan pertuduhan menerima rasuah RM3 juta berhubung pembelian MPHS bernilai RM160 juta di Kuching, Sarawak oleh FICSB.

Beliau berkata mahkamah mendapati naratif yang dibangkitkan pihak pembelaan bahawa wang suapan itu dikeluarkan atas rancangan konspirasi SP15, SP17, SP16 dan SP21 untuk keperluan dana politik yang sebenarnya diseleweng oleh mereka yang berkomplot berkongsi habuan wang komisen hasil penjualan MPHS dan menjadikan tertuduh sebagai mangsa, langsung tidak mempunyai merit.

“Mahkamah tidak terima teori ini. Tiada keterangan termasuk oleh saksi pembelaan yang membayangkan perkara ini sebenarnya telah berlaku,” katanya sambil menambah Mohd Isa dalam keterangan lisan menimbulkan perkara baharu iaitu Muhammad Zahid telah mengaku bahawa beliau ada membabitkan tertuduh. 

“Menurut tertuduh, pengakuan ini berlaku bukan sekali tapi dua kali. Jelas kepada mahkamah, perkara-perkara ini langsung tidak disoal kepada SP21 di peringkat pendakwaan. Tiada soalan diajukan kepada SP21 bahawa SP21 tertekan disebabkan keadaan beliau teruk dan tidak tahan ketika direman di bangunan lama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan berhantu. 

“Lebih penting lagi, pihak pembelaan tidak langsung menyoal balas SP21 bahawa dia telah mengaku kepada tertuduh pada 28 Jan 2018 ketika beliau menziarahi kematian bapa saudara SP21 di mana SP21 meminta maaf kepada tertuduh kerana dikatakan terpaksa membabitkan tertuduh dan berjanji akan membetulkan penyataan yang diberikan kepada SPRM,” katanya.

Mohd Nazlan juga berkata tiada langsung soalan kepada Muhammad Zahid mengenai perjumpaan kali kedua di bangunan SPRM di mana tertuduh mendakwa telah mengingatkan SP21 supaya membetulkan kenyataannya sebelum perkara itu dibawa ke mahkamah dan Muhammad Zahid dikatakan berjanji akan berbuat demikian.

“Perlu juga diambil kira bahawa tertuduh tidak pernah menyoal balas SP21 bahawa perbualan di SPRM tersebut telah didengar oleh peguam bernama Bakar dan isteri tertuduh sendiri namun tertuduh tidak memanggil mereka sebagai saksi pembelaan untuk menyokong keterangan tertuduh,” katanya sambil menambah Mohd Isa tidak pula pada bila-bila masa melaporkan pengakuan SP21 itu kepada pegawai penyiasat SPRM. 

Beliau berkata perkara itu memang ganjil kerana tertuduh direman lapan hari dalam bulan Ogos 2017 dan disiasat oleh SPRM manakala dua perjumpaan dengan SP21 berlaku pada 2018 iaitu sebelum Mohd Isa didakwa namun maklumat tersebut, yang mungkin boleh membantu dirinya, tidak langsung didedahkan kepada SPRM. 

“Ini amat sukar untuk difahami dan lebih lagi dipercayai kerana perjumpaan kedua dikatakan berlangsung di SPRM sendiri dan pengakuan oleh SP21 dikatakan didengar oleh seorang peguam tertuduh sendiri. Alasan tertuduh tidak tahu beliau boleh memaklumkan kepada  pegawai penyiasat SPRM mengenai apa yang diberitahu oleh SP21 kepada beliau dan beliau tiada peluang untuk melakukannya adalah teramat lemah, tidak munasabah dan tidak boleh diterima langsung,” kata hakim itu.

Mohd Nazlan berkata dakwaan tertuduh mengenai dua pertemuan di mana Muhammad Zahid dikatakan mengaku kepada tertuduh adalah perincian khusus yang amat penting dan sepatutnya dibangkitkan dan disoal kepada Muhammad Zahid di peringkat pendakwaan.

“Oleh itu, pembelaan tertuduh adalah sesuatu yang difikirkan kemudian dan rekaan baharu semata-mata.

“Setelah meneliti semua keterangan ini, mahkamah dapati tiada justifikasi untuk tidak mempercayai keterangan SP21 yang naratifnya mahkamah dapati konsisten dan selari dengan bukan sahaja keterangan saksi lain tetapi juga keseluruhan keadaan dan situasi kes ini,” katanya.

Beliau juga berkata penglibatan Mohd Isa dalam meminta suapan dengan memberitahu Muhammad Zahid untuk menerima apa-apa yang mungkin diberikan Ikhwan dilakukan sejurus selepas kelulusan pembelian MPHS dan lawatan terima kasih oleh ahli perniagaan itu serta ALP GAPS Ibrahim Baki.

“Permintaan kemudiannya diaktifkan dengan kiriman ‘salam’ tertuduh kepada Ikhwan melalui Muhammad Zahid. Kali pertama, ia berlaku sejurus perjanjian jual beli MPHS ditandatangani dan selepas tertuduh menandatangani arahan pembayaran RM160 juta atau 10 peratus harga belian MPHS kepada GAPSB.

 “Ini diikuti dengan aturan kiriman ‘salam’ yang serupa untuk lapan permintaan yang berikutnya. Kecuali perkara yang berkaitan dengan tarikh kejadian dan jumlah wang yang terlibat, dalam setiap sembilan situasi, tertuduh memberi isyarat kepada Muhammad Zahid untuk menyampaikan ‘salam’ tertuduh kepada Ikhwan,” katanya.

Mohd Nazlan juga berkata pengeluaran wang oleh JVESB adalah bersumberkan bayaran komisen yang dijanjikan serta dibayar oleh GAPSB kepada JVESB bagi pembelian MPHS.

Katanya dalam setiap situasi, Muhammad Zahid menyerahkan wang itu kepada Mohd Isa ketika saksi itu berjumpa tertuduh di pejabat Pengerusi Felda.

“Semua ini mahkamah dapati tidak berjaya disangkal oleh mana-mana keterangan saksi pembelaan,” katanya.

Beliau berkata Muhammad Zahid sendiri menyatakan tentang kerahsiaan perkara ini dan tiada sesiapa pun yang tahu mengenai penyerahan wang kepada tertuduh malah Mohd Isa sendiri bersetuju ketika disoal balas bahawa adalah tidak munasabah SP21 membawa wang untuk diserahkan ketika ada kakitangan berhampiran pejabatnya.

 “Keterangan bekas Setiausaha Zuraida Ariffin@Shaari dan bekas Pegawai Khas Kamar Bashah Shariff pula tidak membantu pembelaan tertuduh manakala keterangan Muhammad Zahid disokong juga oleh keterangan pemberi wang suapan sendiri iaitu Ikhwan yang jelas menyatakan tujuan penyerahan kepada Muhammad Zahid adalah untuk diberikan kepada tertuduh.  

“Tiada juga keraguan tentang sumber wang tunai tersebut, yang merupakan wang Ikhwan sendiri bagi tuduhan rasuah yang pertama dan pengeluaran wang tunai di Maybank Cawangan Jelapang oleh Azizi yang juga disaksikan oleh Pengurus Maybank Cawangan Jelapang Yahya Mansur berkenaan dengan lapan pertuduhan rasuah yang lain,” katanya.

Mohd Nazlan berkata setelah menilai keseluruhan keterangan dan bukti dalam perbicaraan, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal mematahkan anggapan di bawah Seksyen 50 Akta SPRM di atas imbangan kebarangkalian bahawa penerimaan wang suapan oleh tertuduh seperti dalam sembilan pertuduhan adalah dilakukan secara rasuah sebagai upah bagi membantu meluluskan pembelian MPHS.

Beliau berkata pembelaan Mohd Isa bersifat pemikiran terkemudian, tidak konsisten serta sekadar penafian tanpa sokongan berasas atau boleh dipercayai dan oleh itu, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh dalam konteks keseluruhan keterangan kes gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah. 

“Pihak pendakwaan dengan itu telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dalam semua sembilan pertuduhan penerimaan suapan terhadap tertuduh. Oleh yang demikian, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan kesemua sembilan pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM,” katanya. – Bernama, 3 Februari, 2021.

KITA TUNGGU

RAYUAN MAT ISA

AMIN

DAPAT KURANG TAHUN PENJARA  

ATAU

KENA TAMBAH 

LIMA TAHUN LAGI

 AGAR BOLEH

 SEBILIK 

DENGAN NAJIB

KAH KAH KAH



AMERIKA ADA BLACK LIVES MATTER

 


AMERIKA ADA

BLACK LIVES 

MATTER

AMIN

MANA PEJUANG

TAK TUBUH

HUMAN LIVES 

MATTER

AMIN




Kematian anak dalam tahanan, keluarga bingung

 Sebuah keluarga di utara tanahair bingung apabila pihak berkuasa masih gagal untuk memaklumkan punca kematian anak mereka ketika ditahan di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, Kedah.

Ibu arwah Mohd Afis Ahmad, Asnah Ahmad berkata, pihak berkuasa tidak memberitahu mengenai kematian anaknya itu sehingga hari ini.

“Saya sebagai ibu rasa terkilan sebab yang mati itu anak bongsu saya, kami cuma ada anak tiga orang sahaja, dua perempuan dan seorang lelaki.

“Saya sangat sedih dengan apa yang terjadi kepada anak bongsu saya, saya minta keadilan daripada kejadian ini dan minta pihak polis siasat betul-betul mengenai kes anak saya ini, saya tidak boleh kata apa dah,” katanya kepada media pada sidang media maya yang diadakan oleh Eliminating Deaths and Abuse in Custody (Edict), hari ini.

Mangsa, Mohd Afis berusia dalam lingkungan lewat 30an meninggal dunia di dalam lokap polis antara 27 Januari dan 28 Januari lalu.

Allahyarham didakwa ditahan tanpa dimaklumkan kepada anggota keluarga dan telah dibawa oleh sepasukan enam anggota polis berpakaian preman ke kediamannya untuk menggeledah pada 27 Januari 2021 dalam keadaan berlumuran darah di kepala.

Dakwa bapa arwah, Ahmad Daud, Mohd Afis dibawa balik ke rumah dengan kepalanya penuh darah untuk proses penggeledahan.

“Dia bukan seorang yang pendiam, dia suka tolong orang. Menurut abang iparnya, ada darah keluar daripada telinga mangsa dan mereka sempat membersihkannya. Proses penggeledahan rumah kami berlangsung selama 30 minit,” kata Ahmad.

Menurut keluarga mangsa, Mohd Afis ditahan pada 27 Januari lalu di Gurun dan dibawa ke rumah ibubapa untuk tujuan penggeledahan.

Jelas Asnah, pihak polis tidak diberitahu mengapa anaknnya ditahan dan hanya menunggu panggilan daripada pihak mereka.

Keesokkannya, Ahmad mendapat panggilan telefon daripada pegawai polis yang memberitahu anaknya telah meninggal dunia di dalam tahanan.

Abang ipar Mohd Afis, Shamsul Jamaludin yang juga menyertai sidang media itu menambah bahawa polis tidak pernah mendedahkan alasan mengenai penangkapan Mohd Afis walaupun dia dibawa ke rumahnya untuk diperiksa.

“Ibu saya (mertua) bertanya di mana dia (Mohd Afis) dibawa dan mengapa, polis mengatakan dia akan dibawa ke Alor Setar dan memintanya untuk menunggu panggilan dari polis,” tambah.

Menurut pengerusi Edict, M. Visvanathan, doktor yang melakukan bedah siasat mayat Mohd Afis mengesahkan bahawa punca kematian mangsa adalah akibat hentakan objek tumpul di kepala.

“Pengesahan doktor mengeai punca kematian telah disahkan sebagai blunt force trauma to the head (pukulan objek tumpul di kepala). (Mohd) Afiz ditahan tanpa dimaklumkan kepada keluarga,” katanya. – MalaysiaGazette


BUKAN HANYA

BLACK LIVES

MATTER

ATAU

MALAY LIVES 

MATTER

AMIN

ATAU

INDIAN LIVES

MATTER

ATAU

CHINESE LIVES

MATTER

AMIN

TAPI

ALL LIVES MATTER

KHALAS



MAT ISA KES CURI

 




GHANDI KES LAWAN 

INGGERIS

MAT ISA

KES CURI

panglimo potaseh commented on

 "HOT HOT HOT"

Isa kono 6 tahun ..sobab makan duit kopi 3 juta ..dgn hokoman ini Isa pasti bobango sobab sojarah dio samo dgn pejuang nasional mcm Mahatmar Ghandi, Mandela, Ishak Muhammad, Shih Ming yg ponah di jil botahun tahung ..kahkahkah

HIDUP HANYA SEKALI - KALAU BUAT BAIK SEKALI PUN MEMADAI

 


HIDUP HANYA SEKALI

KALAU BERBUAT BAIK

SEKALI PUN MEMADAI

Unknown commented on

 "MEGIKUT KESAH NYA"

Happy birthday and thank you for the lessons...



Unknown commented on

 "MEGIKUT KESAH NYA"

Sanah helwah bro tt...moga mampu menulis dan mengkritik dan memberi pencerahan yg lebih mantap...happy birthday..



Unknown commented on

 "MEGIKUT KESAH NYA"

Selamat hari lahir tt. Murah rezeki. Luruh gigi. Semoga terus melawan. Semoga menyalakan pencerahan.

BOSS KU TERUS MENYAMUN

 



BOSS KU 

TERUS MENYAMUN

Unknown commented on

 "AIR KERING 

ADA BINI BARU"

Kalau rakyat marhaen kompom sudah duduk kat lokap atau penjara sampai hukuman dijalankan.dah jatuh hukum tapi masih mampu jadi mentri facebook, masih mampu kentut yang boleh dicium berbau basi lohe oleh rakyat marhaen.inilah kepimpinan melalui teladan, kalau tidak adil harus ditelan rakyat marhaen.###antara dua darjat

KES ISA BUKAN KES ANIAYA

 


KES ISA

BUKAN KE ANIAYA

AMIN

Tiada bukti bekas pegawai berkomplot dengan individu lain, aniaya Isa Samad, kata hakim


KES ISA

KES CURI DUIT

LULUS PROJEK

AMIN

APA NAMA BURUNG INI ?

 



APA NAMA

BURUNG INI 

Unknown commented on

 "SAPA TAHU 

NAMA BURUNG INI"

Ini burung hud hud.Hanya tukang buat dalil menghalalkan cara sahaja yang kenal mana manikam dan mana jauhari

SELAPUT DARA TU APA ?

 




SELAPUT DARA

PISANG  KE ?

Unknown commented on 

"TAK AKAN BERLAKU"

Jangan salah cara berfikir dan salah aliran kepentingan duniawi.Kalau tersalah maka menunggang moto itu boleh mengoyakkkan selaput dara apa lagi cara menunggang yang menganggang.Kalau aliran yang diikuti ok, maka menunggang motosikal dianggap sebagai kemudahan ke tempat kerja dan menjimatkan perbelanjaan minyak dan bayaran tol

BERKHALWAT HARI KE 324

 




KHALWAT KE 324


KHAMIS 4/2/2021

KITA MASUK KE HARI 324
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 23

SUASANA MASIH PALAT
SUASANA PALAT MALAT

DAH NAK SETAHUN
TERKURUNG
BOSAN RESAH RISAU

BOSAN KERANA
RUTIN YANG MEMBOSANKAN

RESAH KERANA
TAK TAHU 
APA AKAN TERJADI

RISAU
ESOK YANG
TIDAK MENENTU

TERINGAT PADA
2016 2017 2018

HOKKIEN TAKDA
YANG SPESIAL HARI INI
NAMPAKNYA
PROJEK MERACUN RUMPUT
AKAN BERMULA

INI UNTUK PERSEDIAAN
KENDURI KUBUR
DUA BULAN LEPAS
HARI RAYA CHINA

MUNGKIN TAHUN INI
KENDURI KUBUR JEMING
TAK JADI
MACAM TAHUN LALU

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUMAN
LU PUNYA SENYUM
BUAT SEMUA 
ORANG  HAPPY
AMIN

SATU PEKARA
YANG BAIK TENTANG BELAJAR
IALAH
TAKDA SAPA DAPAT CURI
APA YANG KITA BELAJAR

BRO
BUNGA YANG KITA LIHAT ITU
IALAH CARA 
BUMI KETAWA


TIDAK ADA SAPA 
DILAHIRKAN BIJAK
MASA JADI PENENTU

MASA ITU
SABENARNYA
HARTA KEKAYAAN YANG KITA MILIKI

BELAJAR
AKAN MENGUBAH OTAK KOSONG
UNTUK JADI OTAK TERBUKA

SENI ITU
SATU PEMBOHONGAN
UNTUK KITA 
MENGENAL KEBENARAN

BRO
JADI SOSOK BAIK
KERINGKAN KAKI
BUKA MATA
DENGAN HATI TENTERAM

BIJAKSANA
IALAH MELUPUSKAN
APA YANG TIDAK DIPERLUKAN

BRO
POKOK JATI ITU
SEMUANYA BERMULA
DARI BENIH 
YANG TAK BERGANJAK
DARI BUMI

BRO
JANGAN RISAU
KALAU ADA  BABAK BABAK BOSAN
LU PUNYA CERITA
BELUM SELESAI

JADIKAN SENYAP
UNTUK MEMBAWA KITA
KE PUNCA HIDUP

BRO
TIAP SOSOK YANG KITA JUMPA
PASTI DIA TAHU
ADA PEKARA YANG
KITA  SENDIRI TAK TAHU

PEKARA YANG AMAT PENTING
KETIKA BERKOMUNIKASI
IALAH APA
YANG TAK DIDENGAR TELINGA

BRO
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT