Isnin, 8 Februari 2021

RASAKAN NIKMATNYA

 




RASAKAN 

NIKMATNYA

KAH KAH KAH

APA BEZA DG

DAGING KANGAROO 

DALAM PASARAN

SELAMA 40 TAHUN 

KAH KAH KAH 

INI LAGI LAMA

DALAM PASARAN

 50 TAHUN 

KAH KAH KAH

GOMOK BADAN

KAH KAH KAH



Campur bebola ikan dan babi, kilang jijik diarah tutup

KEPALA BATAS – Jijik dan meloyakan apabila lipas serta najis tikus ditemui di tempat memproses makanan.

Itulah keadaan sebuah kilang bebola ikan dan daging ketika diserbu anggota Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang di Lorong Bertam Indah di sini hari ini.

Serbuan Ops Tegar pada pukul 10 pagi tadi mendapati kilang yang sudah beroperasi sejak 50 tahun itu tidak mengikut piawaian ditetapkan malah keadaannya terlalu kotor.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, hasil pemeriksaan mendapati pengendali makanan itu mencampurkan bebola ikan dengan bebola daging babi di tempat memproses yang sama.


MEK DOGAL

KENTUKI FRIED FAK

TU SAMA SAJE

KAH  KAH KAH

HANG TAHU KE

RASA DAGING APA?

 KAH KAH KAH 

40 TAHUN MAKAN

 DAGING HARAM 

LU TAK SEDAR

KAH KAH KAH

YANG 50 TAHUN

LAGI SEDAP 

KAH KAH KAH



BERILAH CONTOH KOMEN

 

WOIT

BERILAH CONTOH

KOMEN

KAH KAH KAH

BARU RAKYAT

PERCAYA

KAH KAH KAH

KALAU TIDAK

HANYA KOBA ANGIN

KAH KAH KAH




Cerca PM dalam FB Jokowi perbuatan memalukan – Papagomo

KUALA LUMPUR – Tindakan sesetengah penyokong pembangkang yang didakwa mencerca Muhyiddin Yassin dalam Facebook Presiden Indonesia amat memalukan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris kesal dengan apa yang berlaku kerana ia melibatkan hubungan dengan negara luar.

“Tak suka atau benci macam mana kita dengan pemimpin negara janganlah aibkan hingga ke negara luar. Dalam rumah kita, nak gasak kita gasaklah. Belajarlah kematangan dalam hidup.

“Saya rasa malu bila mana gerombolan mereka rakyat Malaysia masuk komen dalam FB Bapak Presiden Indonesia Jokowi dengan melemparkan bermacam macam komen yang pada saya tidak matang dan jelik,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Wan Muhammad Azri atau Papagomo, ada rakyat Indonesia yang rasa hairan dan terkejut dengan komen komen dari rakyat Malaysia menghina mencerca Perdana Menteri.

TUNJUK BUKTI

KAH KAH KAH

WAJIB ADA 

CONTOH

KAH KAH KAH

TUNJUK  BUKTI

PRINT SKRIN

KAH KAH KAH

TUNJUK

 LINK MANA

KAH KAH KAH

CAKAP SENANG

BUKTI TARAAK

KAH KAH KAH

MAHKAMAH PERLU

BUKTI

KAH KAH KAH

KALAU TAK

MANA ADA KES

KHALAS



PUNCA MASALAH

 


KETIKA SEMUA

SOKONG PAKATAN

ANWAR LAWAN

 MADEY 

AMIN

HASILNYA

PAKATAN RUNTUH 

AMIN

Anwar bawa kes cabar 

kuasa PM 

ke Mahkamah

 Persekutuan

ANWAR Ibrahim mahu Mahkamah Persekutuan memutuskan beberapa isu perundangan mengenai kuasa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung Parlimen, kata peguamnya Ramkarpal Singh.

Menurut Ramkarpal, beliau diarahkan oleh Anwar untuk memfailkan permohonan merujuk persoalan perundangan itu ke Mahkamah Persekutuan, kerana ia melibatkan isu Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berpandangan persoalan yang dibangkitkan itu perlu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

“Memandangkan perkara itu mustahak, terutamanya kerana Parlimen kini digantung, saya juga memfailkan sijil kesegeraan untuk perkara itu didengar secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara persoalan yang dikemukakan oleh Anwar ialah sama ada nasihat Jemaah Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung Parlimen tertakluk kepada pengecualian dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga mahu kepastian undang-undang sama ada nasihat itu boleh disemak oleh mahkamah.

Di bawah Perkara 150(8), keputusan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat adalah “muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan”.

Perlembagaan Persekutuan juga tidak memberi mahkamah bidang kuasa untuk melayan atau menentukan persoalan atau tindakan yang mempersoalkan keabsahan pengisytiharan darurat serta ordinan yang dimasyhurkan di bawah perintah darurat itu.

Yang di-Pertuan Agong pada 14 Januari lalu memasyhurkan warta Ordinan Darurat  (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, yang antara lain menggantung Parlimen.

Anwar juga mahu Mahkamah Persekutuan memutuskan sama ada beberapa peruntukan undang-undang termasuk Perkara 150(6) dan 150(8) bertentangan atau tidak dengan jaminan kebebasan dan kesamarataan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Anwar juga mempersoalkan sama ada undang-undang boleh digubal untuk mengetepikan kuasa sedia ada mahkamah.

Pada 25 Januari lalu, Anwar memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi semakan kehakiman mencabar kuasa Muhyiddin untuk menasihati Agong supaya menggantung Parlimen.

Sehari kemudian, tiga wakil rakyat negeri dari Pakatan Harapan juga mengemukakan tindakan sama mempersoalkan nasihat Muhyiddin kepada Agong untuk turut menggantung dewan undangan negeri.

Bekas ahli Amanah Khairuddin Abu Hassan juga memfailkan satu tindakan mahkamah berasingan membangkitkan persoalan undang-undang yang sama.

Semua tindakan mahkamah itu mempertikaikan kuasa yang ada pada Muhyiddin sebagai perdana menteri untuk menasihati Agong, ketika beliau dipercayai sudah hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat terutama selepas dua ahli parlimen Umno menarik sokongan mereka. – 8 Februari, 2021.

KETIKA SATU

NEGARA LAWAN

MAT KOBID

ANWAR LAWAN

MUHYIDDIN

AMIN

GILA NAK JADI

PM  TAK HABIS LAGI HANCUR NEGARA

KHALAS



BRO JANGAN HANYA BERCAKAP

 




BRO

JANGAN HANYA 

BERCAKAP

LAKUKAN SESUATU

BUAT NGO 

SUSUN ATUR

PUNGUT SEMUA

KES RASUH

DAN UMUMKAN

PADA ORANG RAMAI

KOMPLIN SAJE

TAK MOLEK

Unknown commented on

 "BERINGAT SEBELUM

 TERLAMBAT"

beribu ribu kes rasuah hilang lenyap, dilupakan, hebih heboh masa tangkap macam kes Najib heboh heboh kemudian lama lama dilupakan, kah kah kah,jatuh hukum pun boleh tangguh, boleh hilang, boleh rayu, mana kesudahan ? yang rasuah pun bebas kalau silap silap boleh jadi PIEM kembali, kah kah kah, 



begitu juga sistem negara selagi berpihak kepada bangsa agama keturunan ketuanan selagi itu hancus belaka, apa pun ATOK masih hidup, yang mensuburkan gejala politik wang dalam politik dan mendidik seluruh kepimpinan UMNO untuk terus mempertahankan sistem rasuah negara, tahniah ATOK kah kah kah

BURUNG SEWAH TAHU - KOEL



BURUNG

 SEWAH TAHU

DARI WIKIPEDIA
Burung Sewah Tahu [1] atau juga dikenali sebagai burung Tuwu merupakan salah satu daripada haiwan terlindung di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Eudynamys scolopaceus. [2] Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu. [3]

Burung Sewah Tahu merupakan ahli aturan burung cuckoo, Cuculiformes. Ia terdapat di Asia Selatan, China, dan Asia Tenggara. Ia membentuk superspesies dengan Black-billed dan Pacific Koel yang berkait rapat dan kadangkala dianggap subspesies. Burung Sewah Tahu merupakan parasit induk ("brood parasite") yang bertelur dalam sarang gagak dan hos lain, yang menjaga anaknya. Ia luarbiasa dikalangan cuckoos kerana sebahagian besarnya memakan buah apabila dewasa.[4] Nama Inggerisnya koel mengajuk bunyinya dengan beberapa variasi bahasa. Burung ini digunakan secara meluas dalam puisi India.[5]


SILA DENGAR

SEWAH TAHU

 SAHEH BERSUARA

HOW WOW

Unknown commented on

 "BERKHALWAT 

HARI KE 328"

Burung koel, nama burung how wow


Unknown commented on 

"BERKHALWAT

 HARI KE 328"

Burung koel, nama burung how wow, laki warna coklat, ade belang dan perempuan warna hitam


TERAS NANGKA

BUNYI LAIN

Asrul Sani commented on

 "BERKHALWAT

 HARI KE 328"

TT...burung how wow warnanya kuning. Aruah ayah gua cakap nama burung tu "teras nangka"...tapi dia tak bagi nama saintifik la pula...nak tanya, dia sudah lama tiada.... Burung warna biru tua bulu berkilat bermata merah tu tak bunyi how wow...dia berciap dan suka tedarah cili padi yang gua tanam. Gua pernah lastik kerana bukan setakat baham cilinya...daun-daun muda pokok cili itu pun dibelasahnya....


INI SUARA

TERAS NANGKA  JAWA ORANG JAWA PANGGIL 

KEPODANG EMAS

EKPOT PERTANIAN

 



EKPOT PERTANIAN

cikminah commented on

 "KETUM DAN GANJA"

Setuju! Kerajaan Malaysia wajar meluluskan Akta tanam pokok Ketom dan ganja untuk export. Pasti data export mencanak naik dan mata wang RM akan naik sejajar dgn USD. Inilah satu-satunya cara kita berusha memperbaili eknomo kita. Ada duit, semua jadi. Cash is KING!!!


PUNCA MASALH BUAT MASAALAH LAGI

 



ANWAR PUNCA

PAKATAN HARAPAN

JATUH KERANA 

GILA NAK JADI PM

AMIN

SEKARANG NAK

JATUHKAN

MUHYIDIN PULAK

KAH KAH KAH


Anwar bawa kes cabar kuasa PM ke Mahkamah Persekutuan


TAK HABIS HABIS

GILA NAK

JADI PM

KAH KAH KAH

FAKTA TEPAT - SEKARANG ANWAR NAK BUAT KERAJAAN PERPADUAN DENGAN NAJIB

 



FAKTA TEPAT

SEKARANG ANWAR

NAK BUAT KERAJAAN

PERPADUN DG NAJIB

Unknown commented on

 "NAFIKAN ANWAR BETUL"

Kan awal-awal lagi Madey dah buat cadangan kerajaan perpaduan. Masa tu, kerajaan pintu belakang belum pasti akan berjaya. Anwar yang tolak kerajaan perpaduan kerana dia fikir 92 kerusi dah cukup majoriti tubuh kerajaan... bukti dia tak tahu kira.

ANTI VAPE

 

ANTI VAPE

Unknown commented on 

"KETUM DAN GANJA"

Sama lah dengan budak budak pandai teknologi elektronik mula cipta vape. Tokan lama kata ia bahaya. Pundak la. Betul teknik nya vape boleh berenti rokok. Serupa jugak dgn jual ubat berenti rokok. Kerajaan galakkan jual. Tapi harga lagi mahal dari rokok. Dan cara guna tak disediakan.



 Mana ada ubat jual saja cara makan tak bagi. Ganja pun cara makan diberitahu. Cara nikmati ketum pun diajar. Oh ya, tahun lepas bekas menteri kesihatan tu ada promosikan ubat berhenti. Dipegang ubat gula getah itu, disengih depan kamera jurugambar. TT, kalau ikhlas menolong akan menghulurkan tangan menolong.

PANDANGAN AMAT BIJAK

 



PANDANGAN

AMAT BIJAK



capt salai commented on 

"NAFIKAN ANWAR BETUL"

Sekarang bukan masa cari salah sape atok atau abam..dua dua dh kena check mate dgn muidin..sekarang adalah masa utk susun permainan baru mungkin juga dgn pemain baru

JANGAN PAKSA MAMAT YANG TAK MINAT BIDADARI

 




JANGAN 

PAKSA MAMAT 

YANG TAK 

MINAT BIDADARI

Zali commented on 

"KALAU NAK NAK TAKPA"

"Islam" itu berserah diri.... yg tahu samada dia berserah diri atau tidak hanyalah diri sendiri bukannya mahkamah, imam, cikgu, bapak mentua atau sesiapa... Jika kamu tidak menyerah, terimalah semua yang mendatang.. selamat mencuba!!

KERANA TEMBAKAU BANYAK DITANAM DI SERAMBI MEKAH

 



TEMBAKAU BANYAK

DITANAM

DI SERAMBI MEKAH

Jungle man commented on 

"KETUM DAN GANJA -

TUMBUHAN ASLI TANAH MELAYU"

Tembakau lebih memudaratkan drp ganja kenapa tak diharamkan



BERINGAT SEBELUM TERLAMBAT

 


BANI MELAYU

BERINGAT

SEBELUM TERLAMBAT

KETUM DAN GANJA

 



KETUM DAN GANJA

TUMBUHAN ASLI

TANAH MELAYU


Aku tidak akan menggunakan nama  saintifik atau lebih tepat lagi nama kolonial terhadap dua tumbuhan asli milik bumi tropikal Tanah Melayu ini. Nama-nama yang bunyinya pelik lagi asing dan susah nak dieja. Nama-nama pelik ini   pada hemat aku ini  sengaja disebarkan  untuk menakut-nakut orang yang mendengar. 

Dalam masa yang sama nama kolonial ini digunakan untuk nak menunjukkan betapa bijaknya sosok  yang berupaya mengeja dan menyebut  nama  itu.

Dua tumbuhan asli dari  bumi tropikal Tanah Melayu yang ialah ganja dan  ketum. 

Semua warga tahu apa itu ganja. Semua tahu apa itu ketum.  Mustahil ada sosok yang mengada-ngada buat tidak tahu.

Aku yakin semua  warga yang akil baligh pernah mendengar  nama  ganja dan ketum sekurang-kurangnya sekali.  Aku juga yakin  ramai  belum melihat  rupa dua tumbuhan ini. Mungkin juga ramai juga  yang tidak tahu apa guna dan peranan dua tumbuhan ini.  

Kalau  masih  ada  lagi  Mamat atau  Minah yang klim  tak pernah mendengar ganja dan ketum – kalau aku ada kuasa -  aku akan gantung status kerakyatan hingga mereka kenal apa itu ganja dan apa itu ketum.

angan  risau dan jangan kecewa kalau  tak pernah  melihat  ganja dan daun  ketum. Tidak pernah melihat dua tumbuhan ini  bukan satu jenayah. 

Penggunaan nama Latin untuk ketum dan ganja adalah mengarut. Ketum dan ganja mustahil  akan tumbuh segar di tepi Sungai Tiber Rom Itali – tempat asal usul bahasa Latin.  

 Satu Tanah Melayu tahu bahawa ganja dan ketum boleh hidup subur membiak di belakang Kedai  Pak Usin Batu Tujuh Bendang Raja Kuala Nerang.  

Pasal itu ada daerah dan orang-orang kampung  di Tanah Melayu ini panggil Daun Ketum sebagai Daun  Biak. Kerana senang membiak dalam alam bumi tropikal.

Aku menulis tentang ketum dan ganja ini dengan tujuan yang amat jelas.  Aku menulis bukan kerana aku di upah oleh tokan ganja atau  tokan ketum.   Tidak.   

Aku menulis ini untuk membuka pencerahan kepada anak semua bangsa dan bangsa semua agama. Untuk membuka wacana baru tentang daun ketum dan daun ganja. Untuk menjadikan ganja dan ketum perbualan harian. Membawang dan berlabun tentang ketum dan ganja  dari sudut  yang segar, cerah  dan berpaksikan   sejarah dan fakta.

Akhirnya aku mahu meminta ahli-ahli Parlimen  kita  menilai kembali sikap anti ketum dan anti ganja yang mereka anuti.   Sikap anti ketum dan anti ganja ini telah melebar. Sikap anti dua tumbuhan  asli Tanah Melayu ini  muncul melalui  apa yang dipanggil akta dan undang-undang yang diluluskan melalui  apa yang dipanggil Parlimen.

Ahli Parlimen dan Senator – para YB -  bertanggung jawab membuat dan meluluskan rang undang-undang. 

Undang-undang ini adalah konstruk sosial yang diwujudkan oleh daulah. Konstruk  sosial bukan azali. Konstruk sosial ialah hasil perbuatan manusia.  Ianya  tidak natural saperti petai dan kerdas atau pisang.  

Konstruk sosial  ini diwujudkan oleh manusia seperti rumah atau reban ayam. 

Tetapi ianya bukan macam reban ayam yang boleh dilihat dan dipegang.  Konstruk sosial  tidak dapat dilihat. Tetapi ianya  wujud.  Konstruk sosial  wujud  dengan agenda dan tujuan  masing-masing. Semua kontruk sosial memiliki agenda. Amin.

Pada hemat saya para YB ahli Parlimen yang meluluskan akta dan undang-undang  ini boleh juga mengubahnya sekali lagi.

Undang–undang bukan macam air h2o  – 2  bahagian hydrogen  dan  1 bahagian oxygen  bila bercampur akan  jadi air. Kombinasi h2o ini tidak boleh diubah-ubah.

Akta  anti ganja dan anti ketum bukan begitu. Hakikatnya apa sahaja yang di buat oleh manusia boleh juga diubah atau dilupuskan oleh manusia.

Opss... awas... betul ke para YB kita yang membuat akta anti ketum dan anti ganja ini? 

Opps... gua silap.  Aku silap besar. Bila aku tanya Lebai Google  tentang akta ini baru aku sedar  apa yang sebenarnya telah berlaku. Bila aku selidiki lagi maka aku mendapat melihat dengan jelas lagi terang.  Terang macam  tengah hari jam 12. 

 Jeng jeng jeng. Pencerahan sampai pada aku.  Biar aku terangkan dan berkongsi  apa  pencerahan ini telah sampai ke dalam kepala aku.

Awal wahid  -  selesai membaca tulisan aku ini para pembaca yang budiman sila beri perhatian teliti. Baca dengan  teliti apabila membaca berita   tangkapan ganja atau ketum yang dilaporkan oleh media.

Pada hari Senin 1/2/2021  lalu Portal My Metro ada melaporkan sebuah lori dengan muatan 4.5 tan daun ketum ditahan dalam perjalanan dari Baling  Grik Kedah  ke  Serambi Mekah. 

Polis berkata : Suspek di reman sehingga 4 Februari depan untuk siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Pada 10 Jun 2020  portal Berita Harian telah melaporkan tentang sosok bernama Mat Tarzan dari  Jalan Datuk Kumbar Alor Star  telah ditahan  kerana  menanam ganja di halaman rumahnya.

Polis berkata : Kes disiasat mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana menanam pokok ganja dan Seksyen 15 (1) ADB 1952.

Satelah membaca dua berita ini adakah pembaca  nampak sesuatu? 

Bukan nampak daun ganja atau daun ketum. Tetapi sesuatu  yang amat menonjol. Selama ini  ianya  tenggelam dalam laporan berita.  Selama ini mata kita hanya memerhati berapa kilo ganja dirampas atau berapa guni daun ketum ditemui dalam lori.  Gambar polis berhadapan dengan daun ketum atau air ketum mengalihkan pandangan kita untuk menjadi teliti.

Angka  1952  - perhatikan betul -betul – angka  1-9-5-2 -  Akta Racun 1952. Akta Dadah 1952. Kuncinya disini ialah angka 1-9-5-2.

Kenapa aku mengatakan angka 1-9-5-2 sebagai kunci ?

Elementri Bro.... 1952  ialah angka tahun akta itu dibuat.  Sedarlah bahawa pada tahun 1952  kita  belum ada  Parlimen. Kita masih lagi di jajah oleh Inggeris. Maknanya  undang-undang dan akta ini adalah hukuman dari kuasa kolonial  Inggeris.  Betul atau tidak?

Ini bukan undang-undang dari  Parlimen Tengku . Bukan  Parlimen Tun Razak. Tapi  kuasa kolonial Inggeris dan Baginda Queen  yang membuat udang undang ini. 

Lu ada faham? Lu faham atau tidak faham?

Undang-undang anti ganja dan ketum ini di buat oleh kuasa kolonial Inggeris.  Sesudah fakta ini difahami maka aku akan masuk ke satu bab yang baru.

Fakta baru ini ialah di  negara yang di jajah seperti Tanah Melayu - anak buah suku sakat kaum kerabat Baginda Queen  dari  London awalnya  datang dengan syarikat  bernama East India Company. Ini sebenarnya lanun laut   yang di payung oleh Baginda Queen. Datang untuk menjarah harta kekayaan  Tanah Melayu.  

Lanun ini diberi taraf ‘perniagaan’ oleh Baginda Queen. Mereka melanun atas nama Baginda Queen. Dapat senjata dan bantuan laut dari Baginda Queen.  Ini sama macam Najib mencuri duit 1MDB atas nama United Malays National Organisation – dibantu oleh segala kemudahan negara – atas alasan  untuk menolong Melayu. Amin.

Lanun penjajah ini  telah  mendirikan kilang Tiger Beer di Singapura pada tahun  1932. Pada  tahun 1933 kilang Anchor beer didirikan juga di Singapura.  Dua  beer ini amat terkenal dalam dunia ini. Dua-dua beer ini berasal  dari air  Kallang di Singapura. 

Anak anak muda  jangan silap faham dan bertanya -  ada apa tersangkut dengan Singapura.

Singapura ini adalah sebahagian  dari Tanah Melayu. Pulau ini kita boleh nampak dari Johor Baharu. Kalau kita menonggeng  beramai-ramai dan terkentut di Johor Baru mengarah ke Singapura mungkin ada bangunan yang akan runtuh di Woodland.   

Bagaimana parti ketuanan Melayu -  United Malays National Organisation belot hingga  Singapura cabut lari – satu cerita lain. Bukan dalam surah  ganja dan ketum. Amin.

Apa yang hendak aku sampaikan disini ialah bagaimana kuasa kolonial Inggeris mahu memunculkan satu akta dan udang undang untuk melarang ketum dan ganja. Undang- undang ini di buat pada tahun 1952. Akta anti ketum dan anti hanja ini muncul 20 satelah Tiger dan Anchor bertapak di Singapura.

Nampak atau tak nampak?

Tujuan undang-undang anti ganja dan  anti ketum  dibuat  agar orang ramai  lari dari menghisap ganja dan  meninggal meninum air ketum untuk membeli beer buatan  syarikat  kolonial Inggeris. 

Satu habuk pun aku tak percaya bahawa  Baginda Queen  yang meluluskan akta anti ganja dan anti ketum ada  niat untuk  menjaga  kesihatan anak-anak tanah jajahan. Poorah.

Niat kesihatan ini tak timbul. Kuasa kolonial Inggeris datang untuk menjarah Tanah Melayu. Apa boleh dirembat akan dirembat . Apa boleh  dilanun akan di lanun.   Gali, tebang dan jual. Ini rukun iman kuasa kolonial Inggeris.

Jangan lupa  - rokok dan tembakau telah diperkenalkan ke Tanah Melayu seawal tahun 1912 – lebih awal dari Tiger dan Anchor.  Di Kelantan walau pun klim sebagai Serambi Mekah  menjadi wilayah penting untuk kaum tani menanam tembakau.  Tidak ada undang-undang anti rokok yang bersabit dengan kesihatan  sehingga tahun 1977. 

Para perancang syarikat beer pasti sedar bahawa ganja dan ketum adalah dua tanaman asli Tanah Melayu. Ini memberi persaingan yang maha hebat kepada Anchor dan Tiger. Voila! Maka undang-undang  yang berselindung disebalik kesihatan dibuat.

Konon untuk mengawal dan menjaga kesehatan anak tanah jajahan dari makan racun. Maka dimunculkan Akta Racun 1952. Pukrak mukrak  apa ? Ganja dan ketum tidak penah menjadi  racun dalam alam Melayu. Tak ada siapa kena racun. Ganja dan ketum wujud selari dalam budaya kehidupan kaum tani, nelayan dan buruh cucu cicit anak Bani Melayu.

Tetiba   Mat Salleh para penjajah ini  mengatakan ganja dan ketum ini racun. Ganja dan ketum tidak baik untuk kesihantan. Untuk berehat dan bersantai salepas memburuh di bendang atau pulang dari menangkap ikan buka sebotol  Harimau atau sebotol Sauh. 

Apakh para pembaca budiaman tidak melihat kenapa  harimau  dari hutan dan sauh dari laut telah dijadikan  logo?

Ini taktik kuasa kolonial  Inggeris di belakang Akta Racun 1952.  Tak percaya ? Tunggu minggu hadapan aku akan sambung.  (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM KOLUM
PORTAL MALAYSIAKINI.COM