Selasa, 2 Mac 2021

DATUK SERI DITANGKAP ?

 


SAPA AGAKNYA 

DATUK SERI INI?

SOALAN BANGANG DARI ANWAR

 


INI SOALAN 

BANGANG

KAH KAH KAH

MUHYIDIN NAK

LAWAN KOBID

AMIN

ANWAR  BUKAN

NAK LAWAN

 KOBID

KAH KAH KAH

ANWAR NAK

LAWAN SAPO

BANYAK NUMBO

KAH KAH KAH


Kenapa Parlimen tidak bersidang, soal Anwar kepada Muhyiddin

PENGERUSI Pakatan Harapan Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berdiam diri berkenaan isu persidangan Parlimen ketika darurat.

“Kenapa tidak ada kenyataan daripada perdana menteri untuk hormat titah Agong?

“Selama ini mereka hebahkan kepada rakyat bahawa Agong perkenan dan jangan dipersoalkan,” kata Anwar di Facebook hari ini.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata sudah seminggu sejak Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa darurat. 

Anwar berkata tindakan berdiam diri Muhyiddin hanya membuktikan kerajaan Perikatan Nasional masih kekurangan majoriti untuk memerintah negara ini. 

“Sehingga mereka perlu membeli lebih ramai ahli Parlimen,” kata presiden PKR itu.

Semalam dua ahli Parlimen PKR – Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) – keluar dari parti mereka dan berjanji akan menyokong Muhyiddin.

Ia berlaku selepas dua ahli Parlimen Umno mengumumkan bahawa mereka menarik sokongan terhadap presiden Bersatu bulan lalu, meninggalkan kerajaan dengan hanya 110 ahli Parlimen di 222 ahli Dewan Rakyat. 

Anwar mendakwa Perikatan menggunakan taktik tersembunyi untuk membeli ahli Parlimen “dengan apa cara sekalipun untuk mendapatkan sokongan sebelum Parlimen bersidang semula”.

Darurat di seluruh negara diisytiharkan  pada 12 Januari dan ia termasuk penangguhan persidangan Parlimen sehingga Ogos tahun ini. – 1 Mac, 2021.

INI BEZANY

JAGA KESIHATAN

ORANG RAMAI

AMIN

DENGAN

JAGA KESIHATAN 

 NUMBO

KAH KAH KAH



MUHYIDIN TAMBAH BERAT

 




NASIB BAIK

ADA MAT KOBID

KAH KAH KAH

MAT KOBID

SELAMATKAN 

MAT LIKUL

 KAH KAH KAH

 KEMUDIAN 

MINAH DARA 

DATANG BANTU

KAH KAH KAH



Tinjauan dapati hanya 2 daripada 10 orang mahu Muhyiddin kekal PM

HANYA dua daripada 10 rakyat Malaysia mahu Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri sehingga penggalnya berakhir, menurut tinjauan dalam talian.

Tinjauan yang dilakukan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) menunjukkan hanya 19% daripada 8,352 individu percaya pemimpin berusia 72 tahun itu patut bertahan hingga pilihan raya berikutnya.

Sebanyak 46% responden berkata Muhyiddin patut meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Undian yang dilakukan secara dalam talian dari 19 Februari hingga 28 Februari itu juga menunjukkan 29% mahu Muhyiddin membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya baharu sementara 2% berkata beliau patut mengekalkan darurat untuk terus berkuasa.

Menurut IDE, sentimen paling kuat bahawa beliau patut meletakkan jawatan adalah daripada responden dalam kumpulan berumur 50 tahun ke atas.

“Sentimen paling kuat di kalangan mereka yang berusia di atas 66 pada 64% sementara 47% dalam kumpulan berusia 60 hingga 65 tahun mahu beliau mengundurkan diri sebelum pilihan raya berikutnya.

“Sentimen menggesa beliau berhenti adalah sekitar 57% dalam kumpulan berusia 50 hingga 59 tahun,” kata IDE dalam satu kenyataan hari ini.

Hanya 39% dan 42% responden dalam kumpulan umur 21 hingga 29 tahun dan 30 hingga 39 tahun mahu beliau berhenti, kata IDE.

IDE berkata sentimen menggesa beliau berhenti adalah yang paling kuat di kalangan orang Cina (57%) dan India (58%) sementara hanya 41% orang Melayu berpendapat beliau patut mengundurkan diri.

IDE adalah badan pemikir pilihan raya yang ada kaitan dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

Muhyiddin menyambut tahun pertamanya sebagai perdana menteri semalam dengan berucap pada sebelah pagi.

Presiden Bersatu memperoleh kuasa tahun lalu selepas menjatuhkan PH dengan membawa partinya keluar daripada gabungan itu dan menarik 10 ahli Parlimen PKR daripada parti itu. – 2 Mac, 2021.

TAPI INI

MALAYSIA

KAH KAH KAH

KES BUNUH PUN

TAK JADI APA

KAH KAH KAH

KES ROMPAK

BOLEH KAUTIM

KAH KAH KAH 

PUNGUTAN SUARA 

 NEGARA DUNIA 

KETIGA 

TAKDA MAKNA 

KAH KAH KAH

 SYIOK SENDIRI

KAH KAH KAH




FALSAFAH HIDUP YG BETUL




FALSAFAH HIDUP

YANG BETUL

Unknown commented on 

"BERKHALWAT 

HARI KE 350"

BRO BILA LU MAHU SATU BENDA SATU ALAM INI AKAN BERKONSPIRASI UNTUK MEMBANTU LU MENDAPATKAN NYA itu contoh ayat yang bagus. ia memberi pengertian yang lain iaitu jangan terlalu sedih jika kehilangan sesuatu benda dan jangan terlalu suka bila dapat sesuatu benda. ameeennn 

KENAPA PARLIMEN TIDAK BERSIDANG

 



SOALAN BANGANG

DARI ANWAR

KAH KAH KAH

Kenapa Parlimen tidak bersidang, soal Anwar kepada Muhyiddin



MUTAHIL TAK

TAHU JAWAPAN

KAH KAH KAH

TOKAN DADAH

 



TOKAN DADAH

C++ commented on

 "SIAPA TOKAN DADAH"

Bhai TT, Yang paling atas sekali dalam semua nih... kira paling upline aderlah geng warna kunyit... Hahaha... yang itu takdak sapa berani sentuh.. C++ CipanTapirTenuk.Blogspot

RAKYAT TAK SUKA MUHYIDDIN

 


RAKYAT TAK

SUKA MUHYIDDIN

KAH KAH KAH


Tinjauan dapati hanya 2 daripada 10 orang mahu Muhyiddin kekal PM


MACAM MANA

DI PAGOH?

KAH KAH KAH

HIDUP INI APA YANG KITA LAKUKAN

 


HIDUP INI

APA YANG KITA

LAKUKAN

Unknown commented on 

"GILA NAK JADI PM 

BAWA PAKATAN RUNTUH"

Berada disitu bukan maksudnya buat perkara itu. Buat perkara itu bukan bermaksud merencana perkara itu. hidup ini by chance and by luck. Ada lah perkara yg ditarget tapi itu target. Jadi betul betul so you are lucky la. tt perakam sejarah. Dia dah cakap dia rakam sejarah.

INI MALAYSIA BUKAN SWEDEN

 


INI MALAYSIA

BUKAN SWEDEN

Unknown commented on

 "YB CHIN TONG BANGANG ?"

pemerintah negara lain klu buat silap atau dok kuat nganga lebih dari keja,mmg ada chance la kena pecat.Kat Msia saja ok.Buat la apa pon.Rakyat suka atau tak suka,gaji tetap masyukkkkk. kulit muka ni dah mmg tebal lima inci.seret atas tar pon muka nmpk gebu lg.

LARRY KENG

 



LARRY KING

 LARRY KENG


Unknown commented on 

"POLITIK TEROK"

Ini Larry Sng sudah jadi Larry King!

 Salut orang berani.

TANGKAP JENERAL

 




ASKAR 

ANTARA BANGSA

MASUK KE MYANMAR

ATAS ARAHAN PBB

TANGKAP

 ORANG  JAHAT

TANGKAP JENERAL

SIAPA TOKAN DADAH

 



SIAPA TOKAN DADAH ?


MAHKAMAH Tinggi di Kuala Terengganu hari ini menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas seorang pemandu lori setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine bernilai RM22 juta, empat tahun lalu.

Hakim Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Ishak Ramli, 37, setelah gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagaimanapun, seorang lagi tertuduh yang turut didakwa atas pertuduhan sama iaitu Nur Muhammad Izzudin Nordin, 29, seorang kelindan lori telah dilepas dan dibebaskan.

Mohammad Ishak dan Nur Muhammad Izzudin, masing-masing didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 203.9467 kilogram (kg) di dalam ruang muatan sebuah treler jenis Volvo yang diletakkan di tepi sebuah rumah sekitar Bukit Payong, Marang, pada 11 malam, 25 September 2017 – BERNAMA 24 /2/2021

Berita di atas aku pungut dari laporan Bernama  yang terbit pada 24 Februari 2021. Kes jatuh hukum ini baru sahaja dilaporkan.

Berita seperti ini bukan satu yang ganjil atau pelik.  Malah  selang  seminggu, selang sebulan ada sahaja kita  terbaca kes tangkapan kastam , kes mahkamah , kes operasi polis dan kes jatuh hukum yang melibatkan ganja, ketum, pil kuda, syabu dan seribu satu macam jenis dadah. 

Jangan lalai dan  jangan tak faham :   Untuk aku semua  berita ini adalah  penerusan sambungan perang dadah yang dilancarkan oleh Presiden Amerika Richard Nixon pada 18 Jun 1971.

Tuan puan para pembaca  yang budiman aku ada satu permintaan. Sila  ulang baca  potongan berita laporan Bernama di atas. Baca dengan hati-hati. Kemudian fikir tenang-tenang. Gunakan fikrah yang lapang lagi rasional.

Tarik nafas panjang tutup mata dan   bayangkan tali gantung.

 Kemudian tanya diri sendiri dengan perkara-perkara ini:

1 -  Kalau  Ishak Ramli ini ada harta sebanyak 22 juta ringgit kenapa dia menjadi pemandu lori ?

2 – Kalau Ishak Ramli ini ada harta sebanyak 22 juta ringgit  kenapa dia tidak membuka syarikat lori sendiri ?

3 -  Siapa Ishak Ramli ini ? Adakah dia seorang jutawan Bumiputera? 

4 – Kenapa nama  Ishak Ramli  tidak bermula dengan Datuk atau Datuk Seri. Malah Haji pun tidak ada tersangkut  pada namanya walau pun disahkan memiliki dadah bernilai 22 juta ringgit.

Aku harap dengan fikrah yang tenang  para  pembaca akan menerima pencerahan  yang aku tuliskan disini. Kita semua wajib bersimpati dengan Ishak dan kaum keluarga Ishak. 

Hukum gantung bukan main guli. Sekali tarik padam semua. 

Pencerahan dari aku ialah : Ishak Ramli ini  hanya seorang pemandu lori. Dia bukan jutawan. Dia tidak memiliki  harta  berjumlah 22 juta ringgit. Ishak bukan tuan pemilik  apa apa syarikat pengangkutan.

Tan  Seri, Datuk atau Haji tidak  tersangkut pada namanya kerana dia hanya seorang  pemandu lori. Ishak Ramli  bukan jutawan Bumiputera.

Kalau Ishak hanya pemandu jadi siapa tuan empunya  lori?  Apa peranan Ishak? Siapa tauke Ishak? Siapa empunya dadah bernilai 22 juta ringgit ini ? Nilai dadah 22 juta ringgit ini bukan kecik anak. 
Bayangkan 22 juta ringgit ini boleh beli berapa keping roti canai? Sila tanya  YB Khairuddin Takiri  dengan 22 juta ringgit ini boleh beli berapa puluh buah kereta Audi Q7?  Atau tanya   Timbalan MB Kelantan Nik Amar Nik Abdullah berapa buah kereta Mercedes dapat dibeli dengan duit sebanyak 22 juta ringgit?

Maka timbul persoalan hakiki siapa  sebenarnya   sosok yang bernama Ishak Ramli ini ?

Biar aku beri pencerahan .  Aku tak kenal  Si Sahak ini. Pada hemat aku Si Sahak ini hanya   ‘tukang bawa’. Dalam istilah  perang  dadah – dalam istilah jabatan kastam, dalam istilah polis  -   Ishak ini dipanggil keldai. Dalam istilah Interpol – Polis Antarabangsa - Ishak ini dikenali sebagai mule. 

Mule ini keldai dalam bahasa Orang Putih.

Guna pakai perkataan keldai atau mule  bukan bertujuan untuk menghina.  Ini satu penghormatan  kerana  keldai  adalah  sejenis  bintang yang gagah  berupaya mengangkat barang yang berat  ke mana saja diarahkan. Tapi keldai ini haiwan yang agak bodoh.  

Keldai bernama Ishak ini hanya pembawa. Dia mengambil dari satu tempat dan membawa ke satu tempat yang lain. Keldai ini makan upah. Keldai ini  sedar dan tahu ada  barang yang dibawanya. Barang yang dibawa  ini berharga. Lagi mahal  nilai barang yang dibawa maka lagi ramai  duit masuk dalam saku keldai.

Jadi siapa yang tuan empunya dadah ini?

Jawapan kepada persoalan ini  bunyinya susah  untuk dijawab. Tetapi sebenarnya  pihak berwajib tahu salur galur dan rangkai dadah ini.  Pihak kastam dan pihak polis tahu siapa di belakang perniagaan dadah ini.

Kalau tahu kenapa tidak bertindak?

Bro. Sabar dulu.

Aku tahu ramai  kawan kawan kita yang memahami  dadah  apabila mereka  melihat Mat Pet sedang lek lok di tepi jalan. Atau bila Abang dan Kakak kita terbaca  di Harian Metro  tentang seorang  Mat Gian memukul ibu sendiri   dalam keadaan khayal.  Atau  membaca berita Zamani  penyanyi Kugiran Slam sedang menyanyi dalam lokap. Atau kita ketawa dan hairan apabila mendengar Rais Yatim cuba  melekatkan konsep najis kepada dadah. 

Untuk aku  semua ini hanya manifestasi dari perang  dadah yang telah  dimulakan oleh Presiden Nixon  pada tahun 1971 dahulu.

Seperti yang telah aku tulis perniagaan dadah ini telah bermula lama dahulu. Ketika Inggeris  menakluk  dunia perniagaan dadah dimiliki oleh  kuasa empayar Baginda Queen Victoria. Kota London itu didirikan dari kekayaan menjual candu dari India ke China  selain dari hasil rompakan  bijih dan emas dari Tanah Melayu.

Perniagaan dadah ini gelap. Perniagaan gelap ini amat lumayan.  Dalam dunia  kita ini perniagaan pertama yang banyak membawa untung  ialah menjual senjata. Sesudah  meniaga senjata perniagaan ke dua yang lumayan ialah meniaga dadah.   

Data dari Stockholm Internasional  Peace Research Institute ( SIPRI ) pada tahun 2018 menunjukkan perniagaan senjata berjumlah  420 bilion dolar. Manakala data Bangsa Bangsa Bersatu  menunjukan perniagaan dadah berjumlah    321.6 bilion  dolar untuk tahun 2003.

Lebih dari 1% ekonomi dunia ini bersabit dengan jual beli dadah. Ini aku pungut dari laporan World Drugs Report Bangsa-Bangsa Bersatu tahun 2005. 

Bila kita ulang baca berita Ishak Ramli dan dibandingkan dengan data Bangsa-Bangsa Bersatu maka kita disedarkan bahawa betapa ciputnya 22 juta ringgit nilai  dadah yang ditemui dalam lori Ishak.
Kalau Ishak ini keldai ciput siapa dia yang tidak ciput?

Yang tidak ciput ialah tokan dadah.  Jangan silap lihat tokan dadah bukan Mat Pet. Bukan Mat Serabai seluar koyak. Bukan Mat Lekeh penjaga parking kereta.   Jika pembaca memiliki gambaran  Mat Pet atau Ishak Ramli sebagai tokan dadah maka anggapan  pembaca adalah salah sama sekali.

Tuan empunya perniagaan dadah bukan duduk di Kampung Kerinchi atau duduk di rumah setinggan  di Balakong. Bukan. Bukan. Bukan. 

Kalau Di Kuala Lumpur tokan dadah rumahnya di Bukit Kenny kalau tidak di Country Height. Kondonya di Pavillion Bukit Bintang. Kalau di London rumahnya di Notinghill Gate. Kalau di New York fletnya  di Fifth Avenue.  Tokan dadah ini bukan kecik anak. Mereka  kaya dan raya. 

Kalau diketahui rumah, alamat, wilayah tempat tinggal  kenapa tidak di tangkap?

Bro , sabar dulu.

Perniagaan dadah ini bertali barut dengan penguasa negara.  Tokan dadah ada hubungan intim dengan penguasa daulah.

Apa? Perniagaan dadah ada hubungan dengan  kerajaan? Ada hubungan  dengan penguasa negara? Ada hubungan dengan Presiden, Perdana Menteri, Menteri, Yang Berhormat, Senator  , Tuan Hakim ?

Mai sini aku terangkan - lebih jelas dan tidak berlapik-lapik:
Perniagaan dadah ini dijalankan dengan pengetahuan kerajaan. Jual beli dadah dikendalikan oleh jentera kerajaan. Tokan dadah ialah sebahagian dari kerajaan.

Betul ke apa yang dutulis oleh  Hishamuddin Rais ini? Atau ini fitnah kerana Hishamuddin Rasis ini anti kerajaan?

Bukan fitnah Hishamuddin Rais. Ini fakta. 

Tokan terbesar dadah dalam dunia hari ini ialah CIA – Central Intelligence Agency  Amerika Syarikat.  Kuasa hegemoni, kuasa politik dunia dan kuasa ekonomi dunia  hari ini dimiliki oleh kuasa imperial Amerika justeru perniagaan dadah yang lumayan ini juga dimiliki oleh Amerika.

Ini hanya pengulangan sejarah. Dulu sebelum perang dua kedua  kuasa imperial dunia  ialah kuasa kolonial  Inggeris. Ketika itu  perniagaan candu dan dadah dimiliki, dikawal oleh suku sakat Baginda Queen. 

Apakah fakta ini susah untuk  difahami?

Tetapi jika CIA menjalankan perniagaan dadah kenapa Presiden Nixon melancarkan Perang Dadah pada  18 Jun  1971. Presiden Amerika  sendiri adalah  Ketua Angkatan Tentera Amerika. Lembaga CIA di bawah  Kementerian Pertahanan Amerika.'

Oppss... sabar dulu. Ada berita baru  masuk pada  Ahad 28/2/2021  dari Bernama: 

JELI – Polis mengenal pasti beberapa dalang utama sindiket penyeludupan dadah di negara ini yang berselindung di sebalik status ‘Tan Sri’, ‘Datuk Seri’ dan ‘Datuk’, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata Jabatan Narkotik di Bukit Aman kini dalam proses untuk mengambil tindakan terhadap tauke dadah terbabit, yang juga didapati hidup mewah dengan berselindung di sebalik perniagaan yang sah menyebabkan polis sukar untuk mendapatkan maklumat yang boleh mengaitkan mereka dengan kegiatan pengedaran dadah.

Hayati berita ini dahulu. Tunggu sambungan minggu hadapan. (TT)





KOMEN BAWA BAHAGIA

 



KOMEN LU INI

MEMBUKA BAHAGIA

Unknown commented on 

"DARURAT HARI KE 48"

gua suka la lu rekod hari2 nie... gua cuba nak selami perasaan lu, menghitung hari-hari yang lalu bile dalam kurungan.. tabah betul hidup lu kan... respect...

SEJARAH MAHKAMAH

 

MALAYSIA BUAT

SEJARAH

AMIN

MUHYIDIN  BUAT

 SEJARAH 

SAMAN PUAD

AMIN

PERTAMA KALI

PM AKAN

MASUK MAHKAMAH

KAH KAH KAH

INI TAK PERNAH

BERLAKU

KHALAS



Muhyiddin dapat injunksi sementara halang Puad Zarkashi terbit kenyataan fitnah

MUHYIDDIN Yassin hari ini memperoleh perintah injunksi sementara bagi menghalang anggota Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi daripada menerbitkan semula kenyataan fitnah membabitkan perdana menteri itu berhubung perintah kuarantin di akaun Facebook milik Puad.

Peguam Rosli Dahlan yang mewakili Muhyiddin berkata Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Firuz Jaffril membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) dikemukakan Muhyiddin petang ini yang turut dihadiri peguam D.P. Naban dan Louis Liaw, juga mewakili Muhyiddin.

“Writ saman difailkan pagi ini dengan sijil perakuan segera untuk mendengar notis permohonan bagi injunksi sementara. Hakim Mahkamah Tinggi membenarkan injuksi sementara itu sementara menunggu perbicaraan inter-parte (antara pihak) yang ditetapkan pada 12 Mac,” katanya kepada Bernama melalui pesanan aplikasi WhatsApp.

PM MUHYIDIN

NAJIB BEKAS PM

DUA DUA

MASUK MAHKAMH

INI SEJARAH

KAH KAH KAH



PEMBANGKANG HANYA MENJERIT

 


PEMBANGKANG

HANYA MENJERIT

Unknown commented on 

"YB CHIN TONG BANGANG ?"

Budak DAP ni sama acuan dengan Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim. Tak ada minda dan kaliber pemimpin pemerintah negara, hanya baik setakat kumpulan politik pembangkang. Apa bezanya kaliber pemerintah dan kaliber pembangkang? Pemerintah fikir dan mesti laksana. 


Kalau buat salah, kena bantai rakyat, kena pecat. Ada risiko. Pembangkang fikir dan jerit kuat-kuat! Kalau jerit salah, tak kena pecat, tak ada risiko. Jom jerit pasal lain. Yang baik sekali, jerit tak payah laksana apa-apa. Kau tengok negara mana yang pembangkang berjaya perintah dan tadbir negara dengan baik? ZERO!

SIAPA SOSOK INI?

 


SIAPA 

SOSOK INI?

Unknown commented on 

"PERJUANGAN SUCI 

MURNI DITERUSKAN"

benar tt ada saekor mahluk yang kotenya sangat liar.. merosakan kestabilan negara politik tahnah air. kotenya sangat liar tidak mengenal jantina dan usia.. selagi boleh disontot akan disontot.. muka macam bagala pun habis di sontotnya.

AWAS AWAS AWAS

 

GUA UDAH

BILANG

KAH KAH KAH

BAGI GEDEBE

SUNTIK DULU

KAH KAH KAH

KITA TUNGGU

TEPI SUNGAI

AMIN





Belgium considers U-turn on Oxford Covid vaccine for over-55s

Several European countries opted not to give the jab to older age groups due to lack of data


Orang yang berusia di atas 55 tahun di Belgium dapat diberikan vaksin coronavirus Oxford / AstraZeneca, ketika pemerintah berusaha untuk "mengatur ulang" program vaksinasi yang dikritik hebat.

Belgium bergabung dengan Jerman, Perancis, Poland dan Itali bulan lalu hanya memberikan vaksin kepada golongan yang lebih muda kerana kekurangan data mengenai keberkesanannya dalam rentang usia yang lebih tua dalam ujian klinikal Oxford / AstraZeneca.

Tetapi gambar pusat vaksinasi kosong dan laporan stok dosis yang belum tersentuh di dalam peti sejuk telah menyebabkan kemarahan atas kemajuan lambat dalam pemberian vaksin, dengan negara itu juga mengalami peningkatan jangkitan.

Kemasukan ke hospital pada hari Ahad meningkat 44% pada minggu lalu, menurut angka sementara. Hanya 6.96% penduduk Belgium telah menerima suntikan, berbanding dengan 30.14% di UK. Purata bahagian yang diberikan vaksin di 27 negara anggota EU adalah 7.26%.

Frank Vandenbroucke, menteri kesihatan  Belgium, mengatakan bahawa pemerintah akan mengambil nasihat pada hari Rabu dari ketua saintis dan pemimpin wilayahnya "mengenai strategi dan masalah operasi".

"Saya benar-benar mahukan penyusunan semula kempen," katanya. 

"Terdapat gangguan yang mesti diselesaikan dan yang tidak boleh diterima. Terdapat kelewatan dalam proses yang tidak dapat diterima.

 "Pemerintah sedang mempertimbangkan untuk memikirkan kembali kebijakan sebelumnya bahawa vaksin Oxford / AstraZeneca hanya harus diberikan kepada orang yang berusia di bawah 55 tahun.


BRO

SABAR DULU

BAGI PADA GEDEBE

SUNTIKAN

AMIN

KITA RAKYAT BIASA

TUNGGU TEPI

SUNGAI

AMIN

TAK PA BIAR

LAMBAT ASAL

SELAMAT

AMIN