Khamis, 15 April 2021

MUHYIDIN PUN PANDAI BUAT LAWAK

 



MUHYIDIN PUN

PANDAI BUAT

LAWAK BERDIRI

Unknown commented on

 "BETUL KE ?"

Ini lah strategies Jidin woit, kalau kes turun dia pun turun tahkta, kah kah kah vaksin.slow.slow kasi lambat sampai PRU senang cerita, darurat sambung kuasa ada guna alasan Kobid fasa 3 fasa 4....


 pasar malam buka parlimen tak boleh sebab semua orang tua tua lol, kah kah lawak dunia pemimpin unggul tunggal dunia kah kah memang lah pulus habis, semua kena rompak geng depa jugak, kah kab

BERITA POTONG STIM

 

BERITA POTONG

STIM

AMIN

TAPI NIAT BAIK

AMIN

WAJIB SOKONG

KHALAS


Tiada rentas negeri untuk Aidilfitri, cadang Kementerian Kesihatan

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mencadangkan tiada kebenaran untuk rentas negeri bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan depan, kata menterinya Dr Adham Baba.

Katanya, pihak kementerian mengusulkan aktiviti rentas negeri ditangguhkan kerana penularan Covid-19 masih di tahap membimbangkan, termasuk kemunculan varian baru pandemik.

KKM mengusulkan perkara itu biarpun banyak pihak merayu kerajaan untuk membenarkan rentas negeri untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri, katanya.

“Sepertimana kita sedia maklum, kebanyakan negeri ketika ini masih di bawah PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) sehingga 28 April ini.


“Memandangkan kes harian masih meningkat dan belum stabil, maka pergerakan ini perlu ditangguhkan. Program vaksinasi (Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan) pun masih dijalankan,” katanya seperti dipetik oleh Bernama.

Umat Islam yang sedang berpuasa dijangka menyambut hari raya pada pertengahan Mei.

Pada Sabtu lepas, menteri kanan keselamatan Ismail Sabri Yaakob berkata KKM diminta untuk membuat pengumuman lebih awal berhubung status aktiviti rentas negeri untuk perayaan Aidilfitri.

Katanya, KKM lebih maklum mengenai kesesuaian kebenaran rentas negeri kerana mereka yang membuat penilaian risiko.

Beliau berkata tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas 31 kluster baharu dikesan melibatkan pergerakan rentas negeri sebelum ini.

Kebenaran rentas negeri ditarik balik apabila kerajaan mengenakan perintah kawalan pergerakan sekali lagi bermula Januari lalu.

Dr Adham sebelum ini berkata pihaknya melihat enam petunjuk berhubung penularan Covid-19 untuk membuat keputusan masa yang sesuai bagi membenarkan semula pergerakan rentas negeri.

Enam petunjuk ialah laporan kes positif harian, kes sembuh dan discaj, trend serta kadar kes kebolehjangkitan, kadar jumlah kematian, keupayaan katil dan unit rawatan rapi (ICU), serta situasi semasa petugas kesihatan.

Ketika itu beliau berkata Kementerian Kesihatan meneliti pandangan pakar supaya perjalanan rentas negeri dibenarkan selepas minggu kedua Aidilfitri iaitu selepas majoriti kumpulan rentan menerima suntikan vaksin.

Katanya, apa saja keputusan kerajaan mengenai perkara itu adalah bagi memastikan ia tidak mencetuskan jangkitan dan penularan baharu. – 15 April, 2021.


TAPI.. TAPI APA?

JENG JENG JENG

JANGAN GUNAKAN

MAT KOBID

UNTUK SAMBUNG

DARURAT 

AMIN

TAPI

GUNAKAN DARURAT

 UNTUK  HAPUSKAN

 MAT KOBID

AMIN



HARI KE TIGA BERPUASA

 


PUASA HARI KE 3


HARI INI KITA MASUK  

HARI KE 3
BERPUASA

HIDUP KITA TELAH BERUBAH
SEMUANYA JADI TAK KENA
SERANGAN KOBID
MENGUBAH SELURUH HIDUP
DITAMBAH PULA
OLEH KEKACAUAN POLITIK

SUASANA
TIDAK MENCERIAKAN

BERITA TELAH DIBACA
TAHUN INI
TAK ADA BALIK KAMPUNG
AMIN

KITA SOKONG
LANGKAH 
DARURAT DIGUNA
UNTUK LAWAN KOBID

TAPI BUKAN GUNA
DARURAT
UNTUK  TUTUP 
PARLIMEN

TAK TAHU SAMA ADA
MUHYIDIN
ADA CUKUP SOKONGAN 
ATAU TAK ADA

JALAN TERBAIK
BUKA PARLIMEN
BINCANG
AMBIL UNDI

KALAU MUHYIDIN ADA
MAJORITI
MUHYIDIN TUBUH KERAJAAN

KALAU ANWAR ADA MAJORITI
ANWAR TUBUH KERAJAAN

KALAU HADI ADA
MAJORITI
HADI TUBUH KERAJAAN

INI KERANA
DALAM SUASANA TIDAK
MENENTU
RAKYAT KURANG PERCAYA

TAK PERCAYA PADA
 ANGKA KOBID
TAK PERCAYA PADA VAKSIN

UNTUK KERAJAAN
BERJALAN TUNTAS
WAJIB  MAJORITI RAKYAT
PERCAYA PADA KERAJAAN
MELAUI UNDI
MELALUI SUARA PERWAKILAN
DALAM PARLIMEN

PASTI ADA 
YANG TERUS MENERUS
TAK PERCAYA

INI BIASA
INI  HUKUM ALAM
MALAH AMAT BAIK
UNTUK KITA MELIHAT
PANDANGAN YANG
BERBEZA DARI  PANDANGAN KITA

PANDANGAN YANG BERCANGGAH
MEBANTU KITA
MELIHAT SUDUT
YANG KITA TAK NAMPAK
AMIN

SELAMAT BERBUKA


MUHYIDIN CAKAP BETUL




MUHYIDIN CAKAP

BETUL

AMIN

TAPI RAKYAT

TAK CAYA

AMIN 

JADI MACAM MANA?

 AMIN




Tiada niat jahat di sebalik pengisytiharan darurat, kata Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin memberi jaminan bahawa tiada motif jahat di sebalik pengisytiharan Darurat seperti beberapa kebimbangan dibangkitkan sejak kebelakangan ini.

Perdana menteri berkata pengisytiharan tersebut dilakukan dengan tujuan utama membendung penularan pandemik Covid-19 serta mempercepatkan langkah perundangan berkaitan pengurusan wabak itu.

‘Ini merangkumi penggunaan aset hospital swasta, mengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih hospital swasta atau membuat permintaan menggunakan sumber hospital swasta bagi merawat pesakit Covid-19,

“Jadi, sila yakin bahawa tidak ada motif jahat di sebalik pengisytiharan Darurat ini,” katanya ketika  berucap pada sesi dialog bersama industri anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Kuala Lumpur hari ini.

Perdana menteri juga mengulangi bahawa Darurat tidak akan digunakan untuk melanggar hak asasi manusia, harta persendirian dan hak undang-undang lain.

Katanya Malaysia berpegang teguh pada prinsip kedaulatan undang-undang, justeru, ia tidak akan bertindak dengan cara yang boleh menghina prinsip undang-undang yang dipegangnya.

“Sehubungan itu, adalah penting bahawa komuniti perniagaan, baik domestik dan antarabangsa memahami ini,” katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata usaha memerangi pandemik Covid-19 adalah tanggungjawab bersama kerajaan, sektor swasta, masyarakat dan individu dan semua pihak ini perlu berganding bahu dalam membanteras krisis ini.

Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan Darurat sehingga 1 Ogos depan atau satu tarikh lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung gelaja wabak Covid-19. – Bernama, 15 April, 2021.

PANGGIL SIDANG

PARLIMEN 

SEKARANG

AMIN

AMBIL UNDI

AMIN

ADA SOKONGAN

ATAU

TAK ADA SOKOGAN

KHALAS

LEPAS ITU

DAFURARAT KE

MENGURAT KE

BARARAT KE

BOLEH  TERUSKAN

AMIN

RAKYAT TAK MARAH

AMIN

RAKYAT TAK LIHAT

KENA TIPU 

AMIN

KALAU BOLEH

CUTI LAWAT

 BALLARAT

DI AUSTRALIA

KAH KAH KAH




ASTRAZANICA VAKSIN MAT SALEH

 


ASTRAZENECA

VAKSIN MAT SALEH

ADA MASALAH

VAKSIN CHINA MERAH

ADA MASALAH

AMIN

Uknown commented on 

"AWAS - VEKSIN BUATAN 

CHINA MERAH"

TT, bukan je veksin China Merah.. Veksin-veksin Mat Saleh pun bermasalah... nampak sangat propaganda media Mat Saleh dan India tu berjaya memcumbui TT sampai TT dah terAmore naik berahi... Sekarang Mat Saleh tu nak ROJAKKAN veksin-veksin diaoang... nanti boleh panggil veksin tu VEKSIN ROJAK

LAGI PROJEK GELAP PEMIMPIN ISLAM




LAGI

PROJEK GELAP

PEMIMPIN ISLAM

Unknown commented on 

"PROJEK GELAP 

PEMIMPIN ISLAM"

tak kan benda macam ni MB Amir mengadu kepada Tee Tee. Kalau dia ada pengaruh lawan je Azmeen tu.

Unknown commented on 

"PROJEK PEMIMPIN ISLAM"

MB Amir kena buktikan dia bukan tim kartel. Kesetiaan kepada parti amat penting. bukan jadi duri dlm daging.


Unknown commented on 

"PROJEK PEMIMPIN ISLAM"

tak payah MB, kalu si azmin lawan dengan beruk pun dia akan kalah....pengundi Gombak dah tak sabar nak humban azmin ke lubang najis.

INI LAWAK KE APA?

 


NIAT TAKDA

SAPA TAHU

AMIN


Tiada niat jahat di sebalik pengisytiharan darurat, kata Muhyiddin


BETUL KE

MUHYIDIN CUKUP

NUMBO DALAM

PARLIMEN

AMIN

TIDAK DIBENARKAN MEMANDU

 



ANAK PEREMPUAN

TOWKAY 

DOKTOR PAKAR 

HOSPITAL UM

 MELARANG MEMANDU

Unknown commented on 

"SELAMAT

 BERBUKA PUASA"

semoga towkay kembali sehat seperti dulu boleh memandu hang ke bazar ramadan dan cari warong-warong kecil di pekan kecil sambil2 cari salad nak dibuat ulam kot2 selisih dengan sajat kahkahkah

BETUL KE ?

 


ALAAAMAK

APA SUDAH JADI

AMIN


Tiada rentas negeri untuk Aidilfitri, cadang Kementerian Kesihatan


BERAT LAGI

MENGECEWAKAN

AMIN


TUGAS SERPICO WAJIB DISAMBUNG

 



TUGAS SERPICO

WAJIB DISAMBUNG

panglimo potaseh commented on

 "LANGKAH TEPAT 

DARI SERPICO"

Dulu sudara gwa pon kono tukar balai dari Gemas ke Tangkak ..satu balai kono tukar ..sebab di Gemas satu balai kono dakwa lahap duwit kopi ..alhamdulilah sudara gwa cakap di Tangkak "the grass is greener" ..kahkahkah

ANWAR TAK RASUAH




ANWAR IBRAHIM

TIDAK RASUAH

Mat Tulih commented on 

"TANYA NURUL"

Abam tak rasuah walaupun sekupang? Hahahahahahaha Hihihihihihihi 

Ini skrip untuk maharaja lawak ke

HANYA SAJAT OPPS.... HANYA SALAT




INI SALAT

HANYA SAJAT

OPPS.... SILAP

HANYA SALAT


INI SAJAT

Unknown commented on 

"GUA DAH LAMA TINGGAL NASI - 

HANYA SALAT"


TT lu nak tapi kasi betul-betul lah! taip salad jadi salat gwa ingat lu nak taip sajat. bulan puasa ni woiiii!

TIKET 40 SEN

 



TIKET 40 SEN


Petang Selasa itu aku datang ke Padang Besar Kuala Klawang untuk melihat permainan bola. Pasukan P.W.D lawan  Pasukan Mata-mata. Ini berlawanan biasa bukan merebut piala  Datuk Undang Jelebu.  Menengok main bola  menjadi   hiburan utama ketika aku membesar di Jelebu selain dari menengok wayang di Panggung Ruby.

Di tepi padang aku berjumpa dengan Alin. Dia setahun lebih tua dari aku.  Aku darjah satu – dia darjah dua. Kami belajar  di Sekolah Melayu Kuala Klawang A. Alin ini dianggap  ‘budak town’.

Lepas menengok  permainan  bola aku mengekor Alin.  Aku bukan hendak ke rumahnya. Aku hendak ke Panggung Ruby.  Keluarga Alin menyewa rumah kedai dalam pekan tak jauh dari Panggung Ruby. Ayah Alin  bekas guru. Kedai Ayah Alin ini satu satunya kedai Melayu dalam pekan Kuala Klawang. Ayah Alin menjual buku-buku dan akhbar Melayu. 

Menapak ke Panggung Ruby  aku wajib  melintas di hadapan rumah Alin.  Tetiba  Alin membatalkan niat untuk masuk ke rumah. Alin  mahu menapak  bersama   ke Panggung Ruby.

Sampai di hadapan Panggung  Ruby mata aku liar memerhati poster-poster besar terpampang jelas. Poster berwarna dengan  nama filem dan pelakon   untuk   filem-filem tukaran  yang akan datang.  

Mata aku ternampak  terpampang poster – The Bridge on The River Kwai. Hati aku senang.   Hati aku lega.

Di tepi kabin jual tiket  aku ternampak iklan dalam kotak iklan Next Change – The Bridge on The River Kwai.  Sekali lagi aku merenung enam keping gambar-gambar hitam putih yang terpapar. Entah sudah berapa kali aku melihat gambar yang sama. Mata aku mencari cari. Aku sedang mencari.

‘ Aku dah tengok gazet filem ini.. filem perang... Jepun lawan Orang Putih....’ Alin menerangkan pada aku.  Aku faham apa itu gazet filem. 

Gazet ialah  filem pendek  yang mengiklankan babak babak menarik saperti babak bercium , babak kena tikam atau babak bertumbuk antara Hero dengan  Pak Krook. 

Dalam filem perang gazet filem  akan menunjukkan letupan dan tembak menembak.  Gazet filem ini dimainkan tiga empat hari sebelum filem sebenar ditayangkan . Semua ini untuk jadi iklan  tarikan kepada bakal penonton.

Tentang filem perang yang ini aku telah hafal.  The Bridge on The River Kwai ialah  Next Change ertinya  akan ditayangkan hari Sabtu ini. 

‘ Wayang  ni main  dua hari... mitnite  pun ada...’ Alin menerangkan.

Biasanya filem di Panggung Ruby hanya ada dua tayangan. Satu bermula jam 2.45 petang. Dan satu lagi jam 7.30 malam.  The Bridge on The River Kwai akan ditayangkan selama dua hari.  Dan ada juga  pula tayangan  tengah malam. Ini hebat. Untuk Panggung Ruby di  Kuala Klawang ini betul-betul hebat.  Aku sendiri belum pernah merasai menonton filem tengah malam.

Aku meraba poket. Dalam saku aku ada 25 sen. Duit ini aku ikat dan simpul dalam sapu tangan agar tidak berbunyi dan hilang.  Ini duit yang telah aku  kumpulkan semenjak aku ternampak poster The Bridge on The River Kwai.  

Ini  hasil duit saku belanja ke sekolah. Setiap pagi emak aku beri 10 sen. Sesekali dapat 15 sen. Amat jarang aku dapat 20 sen duit saku. Agaknya - jika dapat 20 sen  aku tak tahu apa yang hendak aku beli. Dari 10 sen aku simpan  5 sen. Sudah lima hari aku mengumpul duit.  Aku simpan untuk The Bridge on The River Kwai.

Tiket paling murah untuk masuk Panggung Ruby ialah 40 sen. Aku masih kurang 15 sen.  Tapi aku yakin aku akan selesaikan  masalah ini. Aku ada dua hari lagi -  Rabu dan Khamis untuk menyimpan duit saku. Jumaat dan Sabtu  sekolah Melayu cuti.

‘ Kau nak negok tak filem ini... ‘ Alin bertanya.

‘ Tengok... nak tengok...’ Dengan  gembira aku  menjawab. 

Alin tidak tahu ada cerita  belakang cerita. Ada kesah di belakang kesah. Alin tidak tahu bahawa filem ini tentang Pak Tunggal aku yang sama-sama membuat jalan kereta api ini. Alin juga tidak tahu Pak Tunggal  aku di tangkap Jepun  sebaik saja keluar dari Panggung Ruby ini.

Aku malu dan takut untuk bercerita tentang Pak Tunggal aku. Mungkin ramai kawan-kawan tak percaya. Mungkin kawan-kawan yang mendengar surah aku akan ketawa. Malah  jika aku buka kesah Pak Tunggal aku  di hadapan poster The Bridge on The River Kwai pasti mereka akan menuduh aku  ini mengada-ngada. Atau nak tunjuk hebat memandai-mandai  tahu hal wayang. 

Aku ambil sikap senyap.

Hari Rabu aku wajib simpan 10 sen. Hari Khamis  aku wajib simpan 10 sen. Jika berjaya jumlah dalam poket aku ada  45 sen. Harga tiket 40 sen. Ada lebih  5 sen aku boleh  beli gula-gula atau kuci. 

Ini rancangan yang tersusun molek bila di rancang. Tapi  gagal aku lakukan.  Waktu rehat jam 10 hari  Rabu aku digoda  oleh kuih gulung. Ini kuih yang amat aku minati. Aku hanya berjaya menyimpan 5 sen.

Hari akhir hari Khamis bila loceng rehat berbunyi aku tidak ke  kedai. Pengalaman menunjukan jika aku ke kedai aku akan digoda oleh kuih gulung.  Lalu aku ke paip air dan minum air sejuk. Amin. Aku berjaya menyelamatkan 10 sen. Cukup untuk tiket 40 sen. 

Petang Jumaat    nasib aku bertambah baik.

‘ Tolong poiee boli Wan sirih  kek kaman koling...” Wan Rahmah aku kehabisan sirih. 

Biasanya aku akan disuruh  pergi ke Kaman Keling untuk membeli sirih.  Ada seorang  Achi India yang memiliki tiga  jinjang sirih yang ditanam di tepi kawasan lapang di tepi rumah.

‘ Wan  ... upah laa sikit ...’ Aku merayu.

‘ Nah...’ Wan  membuka  bujamnya , mengeluarkan gobek buluhnya , meraba-raba dalam bujamnya  dan berjaya  mengeluarkan  20 sen. Harga sirih hanya 10 sen untuk 50 helai. 

‘ Lebih ni... upah ya...’ Aku sekali lagi merayu.

‘ Eeeemmm...’ Wah  Rahman aku membuat keputusan  yang  tidak menolak permintaan aku. 

Ini bermakna aku ada 50 sen untuk  menonton The Bridge on the River Kwai di Panggung  Ruby pada  tahun 1957.

Hari Sabtu yang aku tunggu itu sampai. Tengah hari  lepas makan aku bergegas  menapak ke Panggung Ruby. Aku sampai sebelum jam 1 tengah hari. Aku wajib datang awal sebelum pintu tiket dibuka. Ini untuk mengelakkan  tiket termurah – 40 sen – habis terjual.  Tiket 40 sen ini tiket rebutan anak muda dan anak sekolah – tiket budak-budak.

Sesampai aku disana aku ternampak Alin dan Zainal. Mereka telah datang lebih awal.  Aku rasa Zainal yang bekerja di P.W.D akan membeli tiket 65 sen. Alin pasti seangkatan dengan aku – kumpulan tiket 40 sen.

Petang itu tayangan pertama  jam 2.45 petang agak ramai yang menonton.  Tapi Ruby tak penuh.  Semua  penonton lelaki dan anak anak muda. Muka mereka pernah ternampak tapi aku tak kenal siapa mereka. Yang pasti semua warga Jelebu. 

The Bridge on The River Kwai  wayang cerita perang. Tak ada orang perempuan yang aku ternampak petang itu. Kalau wayang Hindustani lain cerita. Ramai Minah, Kakak dan Mak Cik datang menengok.

Amoi penjual tiket datang. Aku nampak daia dari jauh. Aku kenal Amoi ini. Dia anak Ah Fook tuan punya kedai kopi  dan roti bakar yang amat popular dalam pekan Kuala Klawang..

‘ Mai duit...aku beli kan..’ Alin  menawar diri untuk beratur.  

Aku menghulur duit. Zainal juga menghulur sama.  Aku tak sangka Zainal pun membeli tiket 40sen.  Nampaknya  kami  bertiga akan duduk satu baris.

Dalam poket aku ada lagi 10 sen. Lalu aku ke kedai roda  tolak  tepi panggung untuk membeli kuci dan gula-gula susu.   Kuci cap burung merak 5 sen dapat  dua bungkus. Gula-gula susu 5 sen  dapat tiga butir. 

Semua beres. Kami menapak ke pintu masuk. Aku memberi gula-gula kepada Alin dan Zainal. Kuci hanya dibuka apabila filem bermula. Mengunyah kuci ketika mata  memandang  layar perak. Ini nikmat nengok wayang.

Panggung masih terang. Suara R. Azmi berkumandang dengan lagu  Hitam Manis. Diikuti oleh Jangan Bermain Mata  nyanyian Momo Latiff. Aku ingat lagu-lagu  ini kerana setiap kali aku masuk ke Panggung Ruby suara mereka akan berkumandang. Pada ketika itu aku rasa lagu ini dimainkan dari piring hitam.

Seperti yang telah dijanjikan lampu panggung padam. Keluar iklan tidak bergerak. Gambar  sabun  buku berjenama X.  Seorang Kakak berkemban membasuh dengan susah sekali. Kemudian diikuti oleh gambar  Sabun buku Cap Kapak. Kakak membasuh dengan buih yang banyak. 

Kemudian muncul  gambar cacing dalam perut manusia. Ini  untuk iklan ubat cacing dalam kotak. Imej sabun dan cacing  sama seperti suara R. Azmi dan Momo Latiff tidak mungkin  akan aku lupakan sampai bila-bila.

Akhirnya  muncul iklan bergerak. Seorang lelaki China yang sado berseluar panjang dengan baju terbuka untuk menampakkan otot yang tegang. Dia membawa gergaji panjang  untuk memotong kayu balak. Kayu ini tumbang. 

Lelaki ini menyapu  muka membersihkan peloh. Kemudian  dia berjalan dan mengambil sebotol  beer cap anjing.  Dengan badan sado dan dada terbuka lelaki ini menuang  ke dalam gelas air hitam  yang berbuih. Kemudian  lelaki ini menghirup air  hitam ini. Muncul tulisan : Guinness is good for you.

Dua filem gazet  wayang China akan datang dimainkan.  Satu cerita China moden  pakai tali leher dan satu wayang China rambut panjang main pedang. Dua dua aku tak minat.

Panggung gelap beberapa saat.  Filem  The Bridge on  THe River Kwai ditayang.

Aku masih ingat lagi  filem ini bermula dengan tahanan perang  berkawat sambil bersiul. Siulan  para tahanan  perang  ini  tidak akan aku lupakan  sampai bila-bila. Aku kenal, aku ingat dan aku selalu mendengar  lagu ini bemain di Juke Box  di Kedai Kopi No 10 dalam Pekan Kuala Klawang sebelum dan sesudah filem The Bridge on The River Kwai ditayangkan di Panggung Ruby.

Tahanan perang yang  berkawat sambil bersiul ini dijaga rapi oleh soldadu Jepun.  Soldadu Jepun bersenjata lengkap. Pakaian orang  tahanan ini  cumpang camping. Baju mereka  bekas baju askar koyak rabak. Ramai tidak berbaju  dan menampakkan badan mereka yang kurus.  Ada yang memakai kasut  askar. Ada yang berkaki ayam. Kasut mereka  kelihatan lunyai dan berlumpur. Ada kasut tidak bertali.

Mata aku mencari cari. Aku mencari cari. Mata aku memerhati. Mata aku   memandang ke muka setiap orang tahanan perang . Putih. Putih. Putih.  Semua   Orang Putih.  Semua tahanan Jepun hadapan  mata aku Orang Putih. Yang tidak putih hanya soldadu Jepun.

Aku kecewa.  Mana Pak  Tunggal aku.

Tidak  ada muka  hitam. Tidak ada muka sawo matang.  Tidak ada muka yang yang tidak putih  untuk mewakili Pak Tunggal aku.   Aku bertanya apakah jalan kereta api maut ini hanya dibuat oleh Orang Putih. Dimana Pak Tunggal aku dibawa  dari Panggung Ruby ke  Rumah Pasung ke Seremban ke Kuala Lumpur. Kermudian  naik kereta api  melintas sempadan Siam – Burma.

Aku kecewa.

Hampir terlupa aku dengan kuci cap burung merak. Dalam gelap itu aku beri sebungkus kepada Alin. Aku mengoyak  dan mula mengunyah. Alin memberi sadikit  kuci kepada Zainal. Mereka sedang khyusuk memandang imej di hadapan mata.

Aku bukan sahaja kecewa. Malah aku tidak tahu buah butir yang berlaku. Ini filem Inggeris. Tahun 1957 tidak ada sari kata. Aku betul betul melihat  dan memahami filem ini melalui gambar bayang bergerak.

Ada yes dan ada no dalam perbualan Ketua Jepun  dengan Pegawai Orang Putih.  Yes dan NO sahaja yang aku faham -yang lain aku tak faham.  

Aku  mahu melihat  filem perang  yang ada tembak menembak.   Ada askar kena bom. Ada meriam. Wayang depan aku ini banyak bercakap. Memang layar besar – muka muka hero dan orang jahat jelas besar. Ini skrin baru untuk Panggung Ruby.

Akhirnya  dalam babak akhir The Bridge on The River Kwai baru ada adigan  aksi. Jambatan lalun kereta api yang dibuat oleh para tahanan perang itu di ledakkan.  Dum runtuh.

Filem ini agak panjang – lebih dari dua jam.  Sesudah filem selesai kami menapak menuju ke padang bola.

‘ Kau nampak muka Kapten dalam reban ayam itu tu...muka pucat... hebat make up dalam bilik kecil itu ...’ Ini kata-kata Zainal yang aku rasa dia  faham Bahasa Inggeris ketika itu.  Kata kata Zainal  ini aku   dengar pada  tahun 1957 hingga ke tahun 2021 – aku masih ingat lagi. Imej Kapten Orang Putih itu juga terus melekat dalam ingat aku.

EPILOK

Musim panas tahun 1990 aku di London. Ketika itu  belajar filem di Polytechnic of Central London. Petang Ahad  yang indah itu aku  bersama Anthony Grant -  kawan dari Brixton College  sedang meleser  di NFT – National Film Theatre – tepi Sungai Thames.  

NFT ini samalah saperti Bursa Saham di Wall Street.  Jika sesiapa  dilihat  merayau rayau di Wall Street pasti ada yang menyangka sosok ini  berduit meniaga saham.

Aku dan Tony bersiar-siar  di sekitar NFT dengan harapan akan dilihat sebagai  ‘artist-intellectual ’.  Berjalan sambil memasang jala. Mana tahu kalau kalau tersangkut anak dara dari Sweden.  Nak  ke cafe  kami tak berduit. Nak menonton kami wajib menunggu tiket   murah  satengah harga untuk pelajar dan penggangur.  Musim panas musim pelancung tiket murah tidak wujud.

Ketika  itu filem-filem arahan  Divid Lean akan ditayangkan  Aku ternampak poster The Bridge on The River Kwai. 

‘ I’ve seen that film.. ‘  Aku berbangga di hadapan Tony.

‘  When Isham...  are you sure...?  Tony memangkah.

‘ A very long time ago.... 1957 .. in my town...’ Aku menjawab.

‘  Good Lord...a  long time ago...’ Tony  terperanjat dan terbarai ketawa dengan kuat

 Dua Minah Salleh memerhati ke arah kami. Pasti mereka hairan melihat kelakuan kurang sopan dua jantan kulit hitam di wilayah seniman dan intelektual. 

‘ Yes... when I was in standard one.. 1957... how old are you now? Aku merasa bangga dalam umur 7 tahun aku telah menonton The Bridge on The River Kwai. Aku tahu Tony  baru melintas ke umur dua puluhan. 

‘ Did you like the film ?

‘ My Uncle was in it..’

‘  What.. .. you uncle acted with David Lean ?.. but that film made in Ceylon not Malaysia...’

‘ My Uncle was  a Japanese prisoner of  war.. that fucking film did not show any other prisoners except white prisoners...’ Aku meraih  simpati dari Tony  jantan berkulit hitam yang  tahu akan perasaan aku ketika itu.

‘ Isham... fucking anger is not the right response..You should make a film about your uncle... ‘ Tony melemahkan kemarahan aku.

Tony sebenarnya  tidak marah apabila aku menggunakan perkataan fucking. Ini kerana guru sastera kami dalam satu kuliahnya telah menerangkan perkataan fucking ini  bukan lucah lagi tapi sebagai kata sifat.  Malah akhbar  The London Guardian – akhbar harian berhaluan kiri liberal  bacaan  pemikir dan intelektual United Kingdom telah menggunakan berkali-kali perkataan fucking.  

EPILOK 2021

Tahun 2021 – aku bukan sahaja kerap menggunakan perkataan fucking. Malah aku  telah boleh bertutur, menulis, mendengar dan berceramah dalam Bahasa Inggeris.

Malah salepas empat tahun dalam sekolah filem dan satelah menonton  beribu filem  dari pelbagai genre yang menggunakan pelbagai jenis bahasa dari pelbagai negara – mata  aku telah terlatih untuk membaca filem dari sudut ilmuan.

Untuk membuka kembali surah Panggung Ruby dan Pak Tunggal aku sekali  lagi menonton filem The Bridge on The River Kwai. Kali ini bukan dalam Panggung Ruby  dengan skrin  layar cinemascope. Tapi  dalam Panggung Youtube.

Dalam tahun  2021 – aku faham makna dan tanda filem ini dari sudut semiotik. Filem  The Bridge on The River Kwai ini berasal  dari buku  Peranchis  yang ditulis oleh Piere Boulle pada tahun 1952 .  Skripnya telah ditulis oleh Carl Foreman dan Micheal Wilson. 

Pada tahun  1957 ketika aku melihat filem ini di Panggung Ruby nama dua sosok ini tidak muncul. Penulis skrip dinamakan Pierre Boule walau pun Pierre tidak fasih  bahasa Inggeris.  Ini berlaku kerana  Foreman dan Wilson dianggap kiri  ‘orang  komunis’ dan disenarai hitamkan di Holywood. 

Mereka telah melarikan diri dari Amerika untuk mendapat perlindungan politik di United Kingdom.  Hanya pada tahun 1984 dua sosok  ini telah diumumkan sebagai penulis sebenar  skrip The Bridge on The River Kwai. Dua arwah ini akhirnya menerima hadiah akademi atas kerja seni mereka.

Pada tahun 1958 filem ini mendapat tujuh Hadiah Academy.  Filem ini menjadi filem terbaik pada tahun itu.

Pada tahun 1997  American Film Institute menobatkan filem ini sebagai salah satu dari filem terbaik dalam dunia.

Pada Tahun 1999 British Film Institute menobatkan filem ini sebagai salah satu dari 11 filem British yang terbaik dalam kurun ke 20. Pengarahnya David Lean ialah  warga British.

EPILOK AKHIR

Menonton The Bridge on The River Kawai tahun 2021  muncul  satu babak  lagi yang tidak mungkin akan aku lupakan. Dalam babak ini  Kapten  Inggeris Lieutenant Colonel Nichloson  yang dikeluarkan dari reban ayam telah di bawa bertemu Komandan kem tahanan Colonel Saito.  

Komandan Jepun ini cuba berbuat baik dengan  Kapten Inggeris ini. Babak ini berlaku dalam bilik Colonel Saito. Pengawal Jepun semua telah diarah keluar.

Colonel Saito cuba memujuk dan mempelawa  Colonel Nicholson untuk menjamah makanan. Bayangkan makanan yang terhidang  bukan makanan penjara.

‘ English corn beef..’ Saito bersuara  sambil memotong  daging  dengan pisau.

‘ No Thank you..’  Nicholson secara bersopan menolak.

Saito mengangkat sebotol wiski. Menunjukan pada Nicholson.

‘ Product of Scotland... I prefer it from sake...” Saito menungkan wiski ke dalam gelas.

Nicholson menolak pelawaan.

‘ I study three years  London ... you know... I study at London Polytechnic...’ Saitio memberi pencerahan.

Bila dialok ini keluar  dan didengar oleh  Hishamuddin Rais pada tahun 2021  dia terbarai  ketawa. 

‘ Fuck. Mamat Jepun   yang bunuh Pak Tunggal aku rupa-rupa nya  dia belajar  di London Polytechnic... sama macam aku.. ciiis...’

Maka ijazah yang aku terima dari London Polytechnic  itu aku hadiahkan untuk Pak Tunggal aku. Itu sahaja sumbangan aku. Amin. (TT)



TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM LAMAN PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/04/15/tiket-40-sen/