Sabtu, 26 Jun 2021

TIMBALAN MENTERI CHINA MERAH LARI ?

 


 TIMBALAN MENTERI

KEPALA INTEL 

CHINA MERAH

LARI KE AMERIKA?


 BETUL KE

ATAU

HANYA 

DRAMA SWASTA

KAH KAH KAH 

ZAMAN SEBELUM MELAYU GILA NAK JADI ARAB

 




 ZAMAN SEBELUM

MALAYU GILA

NAK JADI ARAB 

panglimo potaseh commented on

 "KHALWAT - 

BERSENDIRIAN BERFIKIR"

Abah gwa seorang guru ..ujong 60an dan awal 70an kito nonggok di kuarters banglo ala-kolonial. Sebelah rumah kitoorang ado kuaters borbontok rumah panjang 4 bijik ..yang nongok kek situ, 3 ekor guru bujang 2 molayu 1 cino ..1 cikgu molayu duduk dongan girlfren cino, putih-lawa dan seksi suko pakai skirt a-go go ..sekor cikgu koling juga dongan girlfren cino 



..kito orang tak do apo2 ..tak ambik pot ..relek jo dongan suasano a-go-go dan suasano pelbagai kaum dan igama ..kito tak tahu apo tu kholwat ..las-las cikgu2 tu somuo kawin dan kokal dgn sorang bini hinggo la ni. Tak macam Tuan Haji Ustat Senik sikit2 tunjok KOTE ..nak isap nenas. Mati teros masok syurgo-loka ..

MANA YANG LAIN ?

 

 MANA YANG

LAIN?

AMIN

KENAPA TAKUT

NAK BERSUARA

KHALAS

SIBUK

BISING HAL

GAZA

AMIN

PASAL APA

TAK BISING

HAL UIGHUR

AMIN 


Bisu Uighur punca China ceroboh?


PADA 31 Mei lalu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendedahkan pihaknya mengesan penerbangan mencurigakan 16 pesawat tentera udara China memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah dan menghampiri ruang udara nasional.

Hanya empat hari selepas insiden itu, kapal pengawal pantai China pula didakwa berlegar berdekatan Beting Patinggi Ali, Sarawak.

Kenapakah tentera China berani bertindak sedemikian? Mungkinkah kerana ia melihat Malaysia tidak berani bersuara dengan segala tindak-tanduk negara itu yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa termasuk penindasan dan kekejaman yang dilakukan terhadap etnik Uighur yang beragama Islam?

Sebagai sebuah negara Islam, semangat solidariti sesama saudara seagama bukan sahaja perlu ditunjukkan terhadap rakyat Palestin, malah perlu diberikan kepada semua umat Islam yang sedang menghadapi penindasan.

Sama seperti rakyat Palestin kehilangan tanah air yang menjadi milik Israel pada 1948, etnik Uighur juga kehilangan kemerdekaan mereka pada 1949 setelah wilayah Xinjiang diceroboh tentera komunis China.

Mereka menjadi mangsa penindasan dan kekejaman terburuk dalam sejarah dunia moden sama seperti yang dilalui oleh rakyat Palestin.

Kisah penindasan dan kekejaman terhadap etnik Uighur ini hampir terlepas daripada perhatian dunia. Hanya beberapa bulan kebelakangan ini berita penderitaan mereka mula dibangkitkan oleh media tempatan dan antarabangsa.

Laporan penindasan dan kekejaman yang dilakukan ke atas mereka sangat mengejutkan seperti dilarang memakai tudung, diharam berpuasa, menahan golongan belia selama bertahun-tahun tanpa sebab, memantau hidup mereka dengan ketat, memisahkan anak daripada keluarga dan menyeksa tahanan.

Amat menyedihkan, tiada sesiapa yang berani bersuara terhadap nasib malang yang terpaksa dilalui oleh etnik Uighur ini termasuk dalam kalangan negara Islam seperti Malaysia.

Etnik Uighur terpaksa bergantung harap dan mendapatkan bantuan daripada negara bukan Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia dari negara-negara Barat.

Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam lain. Semangat solidariti yang sentiasa dilaung-laungkan oleh umat Islam di serata dunia harus dijadikan sebagai panduan asas bagi kita membantu semua umat Islam yang teraniaya.

Protes atau bantahan keras yang berterusan harus dikenakan terhadap China tanpa mengambil kira faktor kepentingan politik, ekonomi ataupun hubungan diplomatik yang kita ada dengan mereka.

Jika faktor ini yang menyebabkan kita tidak berani bersuara terhadap penindasan etnik Uighur, maka jangan salahkan China jika mereka beranggapan kita tidak akan bertindak balas apabila ruang udara dan perairan diceroboh.

Malaysia perlu berani bersuara membela nasib etnik Uighur dan pada masa sama tidak boleh berdiam diri terhadap tindakan tentera China yang mengancam keselamatan dan kedaulatan negara kita.

Sekiranya Malaysia hanya duduk diam berhubung perkara ini, dibimbangi China akan menjadi lebih berani dan akan terus melakukan pencerobohan ke dalam kawasan milik Malaysia pada masa akan datang.

PROFESOR MADYA DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 MANA PARTI ISLAM

AMIN

MANA USTAD

YANG HEBOH

PASAL ZIONIS ?

AMIN

 

GUA TAK FAHAM


MASA KOBID

TANGKAP MEREKA

NAK BUAT APA

AMIN 



72 warga asing 


ditahan dalam


 serbuan 


di pasar borong


 pagi tadi

Cubaan sekumpulan warga asing menggunakan pelbagai taktik untuk mengelak daripada dicekup jabatan imigresen termasuk bersembunyi di dalam kotak ikan dan longkang, tidak berhasil setelah mereka ditahan dalam operasi yang dilakukan di Pasar Borong Selangor, awal pagi tadi.

Dalam serbuan bermula pukul 1 pagi itu, seramai 72 warga asing membabitkan 39 pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Bangladesh (19) , Myanmar (sembilan), Indonesia (tiga) dan masing-masing seorang warga India dan Nepal berjaya ditahan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Ismail Mohamed Said berkata kesemua warga asing berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun itu ditahan kerana disyaki tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati, ada antara warga asing yang ditahan itu merupakan pemegang kad UNHCR, namun kad yang dikemukakan meragukan.

“Sehubungan itu, siasatan lanjut dilakukan bagi mengenal pasti kesahihan kad tersebut serta pemeriksaan sama ada mereka ini mempunyai dokumen serta permit kerja berdasarkan sektor mengikut permohonan mereka.

”Kesemua mereka akan dibawa ke Jabatan Imigresen Selangor untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas menyertai pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam Op Patuh di Pasar Borong Selangor di Serdang, yang berakhir 4 pagi tadi.

Beliau berkata Op Patuh yang berkuat kuasa hari ini akan diteruskan bagi membanteras ketidakpatuhan SOP secara bersepadu dengan menumpukan aspek penyalahgunaan surat kelulusan yang dikeluarkan oleh kementerian, jabatan atau agensi yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara.

Sementara itu, dalam operasi yang turut disertai oleh kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna (KPDNHEP), Pengarah Penguatkuasanya, Azman Adam berkata sebanyak 42,552 premis di seluruh negara diperiksa dalam tempoh 1 Jun hingga semalam.

Dalam tempoh itu, pihaknya mengeluarkan kompaun berjumlah RM2.03 juta kerana pelbagai kesalahan melanggar SOP PKP.

“Pemantauan sentiasa diteruskan bagi memastikan pematuhan peniaga terutamanya mereka yang di bawah sektor yang dikawal selia KPDNHEP berada pada tahap tertinggi,” katanya.

 

OPERASI

TANGKAP

CHINA MERAH

BILA NAK BUAT

AMIN

ASIK ASIK

BANGLA

INDON

MYANMAR

AMIN

CHINA MERAH

BERIBU DAH

MASUK KE?

AMIN 



KONSPIRASI LARANG IVERMECTIN

 

 KONSPIRASI

LARANG

IVERMECTIN 

Unknown commented on 

"PROJEK 

TUTUP MATAHARI"

mengikut apa yg dinyatakan, projek redupkan cahaya matahari adalah fasa ke tiga dari, virus, vaksin(masukkan microb) dan redupkan cahaya matahari.setelah microb dah ada dalam badan, apabila matahari redup agak lama, maka microb akan semakin aktif, masa itulah mircob akan bermaharajalela dalam badan.


(secara logiknya, nampak munasabah bila ada doktor menyebut ivermectin jadi berkesan utk corona virus..kerana ubat cacing ivermectin bukan saja menghapuskan cacing2 malah virus2. Doktor malaysia melarang mengambil sembarangan ivermectin,kononnya takut kesan sampingan..perkataan 'kesan sampingan'itu sendiri mendedahkan apa saja ada kesan sampingan termasuk vaksin

FLASAFAH INI GUA DAH PAKAI LAMA

 



 FALSAFAH INI

GUA DAH 

PAKAI LAMA 

AMIN

TAK KAWIN

TAKDA  RUMAH

TAKDA KERETA

KEJE APA YG DAPAT

AMIN

Unknown commented on 
"MELEPAK ADALAH
 REVOLUSINER"

Orang lapor terlantar lentang lawan kuasa kukubesi, dia pulak tersasul kapitalis... sosial tau...

KHALWAT - BERSENDIRIAN BERFIKIR

 


BERKHALWAT

BERSENDIRIAN

BERFIKIR

hamim commented on 

"BERKHALWAT

 HARI KE 466"

Isham, dalam tahun 70an, 80an dulu Isham pernah dengar perkataan berkhalwat tak? Masa tu kalau berkhalwat siapa pelakunya dan apa yang dilakukannya? Dan apa kemungkinan berlaku selepas itu?

ANWAR ADA SOKONGAN DARI PARTI LAIN




 ANWAR ADA 

SOKONGAN DARI

PARTI LAIN

Unknown commented on

 "TUKANG HURU

 TUKANG HARA"

apa yang puak mangkuk hayun takut sangat dgn Abam , takut mampus ke kalau Abam jadi PM . Dia memang anak jantan yg ada telur & kote power kot...ooppss! sebenar Abam ni memang ada sokongan dr parti lain dlm arena politik bukan macam melayu isle yg lain berharap menang dgn kaki kangkang atau pintu belakang 

SAPA DIA NAZRI AZIZ

 


 SAPA DIA

NAZRI AZIZ 

Unknown commented on 

"ANWAR TETAP 

BAKAL PM KITA"

Nuwar tipu zahid.zahid tipo nazeri.nazeri pura2 bengang.kahkahkahkahkah. Maso nuwar jadi calon pd..nazeri declare sokong anuwar. Pastu Nazeri tarik diri sokon Mudin. Sekali hamezah zanudin bukak kes anak dia..tengok dia tukar sokong midin pulak.kahkahlah. Dna tipu gaduh sama dna tipu.kahkahkah

BUKTI KEKUATAN EKONOMI SOSIALIS

 


SEKALI LAGI

NEGARA CUBA 

MEMBUKTIKAN

KEKUATAN

EKONOMI SOSIALIS


 SEKATAN EKONOMI

SEKATAN UBAT

SEKATAN NIAGA

TAPI 

KELUATAN EKONOMI

SOSIALIS

TAK DAPAT

 DIALAHKAN

KHALAS 

MUHYIDIN TERSEPIT - JALAN KELUAR


 

 BANYAK 

PANDANGAN

AMIN

MUHYIDIN

BUAT DEK

AMIN

INI BAWA BAHAYA

KHALAS 



Muhyiddin perlu dengar nasihat semua pihak, kata penganalisis

MUHYIDDIN Yassin yang kini berdepan tekanan daripada pelbagai pihak, masih boleh dapat memenangi hati rakyat Malaysia jika beliau mula mendengar bukan saja daripada orang terdekat sekelilingnya tetapi juga suara lantang di luar termasuk pendapat diraja dan pembangkang, kata penganalisis.

Majlis Raja-Raja sudah menyatakan pendirian berkenaan isu pandemik dan ekonomi sementara pembangkang berusaha keras untuk menjatuhkannya.

Semua ini akan dapat diselesaikan dengan mudah jika Muhyiddin turun ke bawah dan mula mendengar pandangan daripada semua orang, kata penganalisis.

Isu paling utama yang perlu ditangani pada masa ini ialah mengadakan persidangan Parlimen seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong, kata mereka.

Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar berkata Muhyiddin kini nampak seperti cuba melengahkan Parlimen bersidang.

“Mesej daripada Raja-Raja sangat jelas yang Parlimen patut bersidang secepat mungkin,” kata Tunku Mohar kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata satu-satunya pilihan yang ada untuk ahli Parlimen Pagoh itu jika masih enggan mengadakan sidang Parlimen ialah membuktikan memang keadaan tidak selamat.

“Alasan itu juga tidak akan dapat menenangkan orang ramai kerana pada mereka, ahli Parlimen sudah menerima vaksin, apa yang hendak ditunggu lagi.”

Minggu lalu, Muhyiddin berkata satu jawatankuasa terdiri daripada wakil kerajaan dan pembangkang ditubuhkan untuk mengkaji aspek penting sebelum Parlimen bersidang.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan mempertimbangkan sama ada persidangan akan diadakan secara fizikal atau hibrid.

Pada 16 Jun, Agong selepas mempengerusikan Majlis Raja-Raja bertitah Parlimen patut diadakan segera untuk membahaskan isu pandemik Covid-19.

Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan berasingan berkata darurat tidak perlu dilanjutkan selepas 1 Ogos.

Tunku Mohar berkata Muhyiddin sepatutnya mendengar nasihat bukan saja daripada dalam kalangan partinya, tetapi juga institusi diraja, pembangkang dan pakar kesihatan dan perundangan.

“Kelihatan biadab seperti tidak akan membantu menaikkan imejnya.

“Beliau sepatutnya lebih telus berkenaan apa yang kerajaan akan sedia lakukan untuk mengatasi krisis ini,” katanya.

Tunku Mohar berkata pelan pemulihan dibentangkan Muhyiddin juga tidak menjelaskan bagaimana kerajaan akan membawa negara ini daripada satu peringkat dalam pelan pemulihan itu ke peringkat berikutnya. – 26 Jun, 2021.

 BUAT DEK

KES NAJIB

KES ZAHID

MEMANG TERBAIK

AMIN

BUAT DEK

CAKAP RAJA

BAWA MUDARAT

AMIN

NANTI DITUDUH

NAK  LAWAN KE?

KHALAS 



SYUMUL LAGI SUCI

 



 SYUMUL

LAGI SUCI

panglimo potaseh commented on

 "ZAHID

 TERUS DISERANG"

14 hours ago

Totok tampak sangat syumul dalam foto tu ..kopiah, jubah, kain sirban, depan nye ada kitab lagi, muka mcm nak melalak sodih nyesal. Mungkin ini yg dikata Nabi saw ..yang tampak mcm nak masok syurga tu lah yang majoriti jadi Ahlol Nuraka ..tu Nabi sabda bukan gwa .

DUN BERSIDANG - MEMBAWA MAKNA

 


 

DUN SELANGOR

BERSIDANG

AMIN

DIUMUM 

SEKARANG

KAH KAH KAH

MAKNANYA

JANGAN ADA

NIAT

 NAK SAMBUNG

DARURAT

KHALAS 



Sultan perkenan pembukaan DUN Selangor pada 23 Ogos – Speaker

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-14, 2021 yang dijadualkan bermula 23 Ogos hingga 3 Sept depan.

Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim berkata Sultan Sharafuddin melalui Setiausaha Sulit baginda, Mohamad Munir Bani, telah menghantar surat jawapan menyatakan baginda berkenan untuk pembukaan DUN pada tarikh itu rentetan surat yang dihantar oleh beliau Rabu lepas.

“Baginda juga turut berkenan berangkat bagi merasmikan istiadat pembukaan sidang DUN pada 23 Ogos nanti. Hari pertama pembukaan akan ada titah Sultan Selangor dan selepas itu, dewan akan ditangguhkan. Keesokannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan membahas usul menjunjung kasih titah ucapan tuanku.

“Untuk pembukaan sidang DUN ini, ia akan dijalankan secara biasa bukan hibrid namun dengan prosedur operasi standard yang ketat memandangkan kita masih lagi dalam situasi pandemik dan semua ADUN akan diberi masa yang secukupnya untuk berbahas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihaknya akan memberi keutamaan kepada pengamal media yang sudah melengkapkan dua dos suntikan bagi liputan pembukaan sidang DUN itu.

“Bagi liputan media, kita akan jemput semua tapi saya akan atur mereka yang sudah menerima dua dos vaksin akan diutamakan.

“Ini kerana kesemua ADUN dan ketua jabatan (yang menghadiri sidang DUN) sudah menerima dua dos vaksin. Mereka yang baru menerima satu dos, kita akan perhalusi lagi,” katanya.

Ng berkata sekiranya sidang DUN itu berlangsung ketika tempoh darurat, Menteri Besar Amirudin Shaari akan mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memohon perkenan Seri Paduka mengadakan sidang DUN pada tarikh tersebut.

 

JENG JENG JENG

KAH  KAH KAH

AMIN

KALAU ADA

RANCANGAN

NAK SAMBUNG

DARURAT 

MACAM MANA?

AMIN

MACAM MACAM

BOLIH BERLAKU

KHALAS



PAGI YANG MULIA INI

 


 PAGI YANG MULIA INI

KITA BERSYUKUR 

MUHYIDIN MULA PASANG TELINGA

 


 TEKANAN

TERUS DATANG

AMIN 



Muhyiddin perlu dengar nasihat semua pihak, kata penganalisis


 DUDUK PEKAK

ATAU

DUDUK DENGAR

AMIN 

TUKANG HURU TUKANG HARA

 


 TUKANG HURU

TUKANG HARA

TUKANG 

HURU HARA

Unknown commented on 

"ANWAR TETAP 

BAKAL PM KITA"

Pasca PRU14, kita seolah olah ada harapan mengubah negara. Seolah olah malaysia akan di 'branding'dengan wajah baru. Sudah hampir sangat2 kepada realiti tersebut, sehinggalah abam dibebaskan dari penjara. Terus hancur musnah, seperti sedang mimpi indah tiba2 terjaga. Abam berlagak seperti ekpedisi cari harta karun, masa bertahun tahun dia cari tak pernah jumpa,tapi bila atuk jumpa, abam mula nak bolot semua harta karun..piraaah abam

DUN SELANGOR AKAN BERSIDANG

 

 APA MAKNA

BERITA INI ?

KAH KAH KAH 



Sultan perkenan pembukaan DUN Selangor pada 23 Ogos – Speaker


MUSTAHIL LU 

TAK FAHAM

KAH KAH KAH 

INI SPEAKER

 


 INI SPEAKER

Unknown commented on 

"PARLIMEN 

AKAN DIBUKA"

Speaker ni amende?

BERKHALWAT HARI KE 466

 


KHALWAT KE 466

SABTU  26/6/2021
KITA MASUK KE HARI 466
BERKHALWAT

DARURAT
KE 166

PKP
4.0

PARLIMEN AKAN
DI BUKA?

SAPA SIMPAN KUNCI?
KAH KAH KAH

MUHYIDIN WAJIB
BUAT KUNCHI X-TRA
KAH KAH  KAH

PAGI INI HOKKIEN CERAH
MATAHARI DAH KELUAR
GUA DAPAT VITMIN D
MENGIKUT KATA
DOKTOR YOUTUBE
VIT D BAIK UNTUK
MEMPERKUAT ANTIBODY

LANGIT BIRU CANTIK
ADA TOMPOK AWAN PUTIH
PANAS YANG MENJANJIKAN
KITA DAH MASUK BULAN ENAM
MUSIM PANAS  DAH SAMPAI

PAGI INI YANG HEBOH
MASIH LAGI TERKUKUR
YANG LAIN TAK ADA

KECUALI
DI POKOK MENGKUDU
SIBUK BISING
TEMPUA KELUAR MASUK
MENDIRIKAN 4 BUAH
BANGLO

DEPAN POKOK MENGKUDU
GUA AMBIL
GAMBAR TAK TAK DENGAN OSCAR
MEREKA PUN NAK LIHAT
BANGLO YANG SEDANG DIBANGUNKAN
AMIN

BRO
MULAKAN 
PAGI INI MACAM 
PAGI KELMARIN
SENYUM

BRO
LU JATUH 
TUJUH KALI
LU BANGUN
LAPAN KALI

BRO
SOSOK YANG
CINTA SUCI PADA LU
TAK KAN TINGGALKAN LU
WALAU BAGAIMANA
SUSAH KEADAAN

BRO
SENYUM DAN SENYAP
DUA PERKATAAN HIKMAT
SENYUM
 BOLEH SELESAI
BANYAK MASAALAH
SENYAP
MENGELAK DARI
TIMBUL MASAALAH

BRO
KERJA TEKUN
DAN
SABAR
HANYA JAWAPANNYA

BRO
JANGAN SESEKALI
BUAT KEPUTUSAN MUKTAMAD
DALAM
PERASAAN SEMENTARA

BRO
JANGAN NILAI
SESIAPA
LU AKAN GEMBIRA
MAAFKAN APA SAJA
LU LAGI GEMBIRA
SAYANG PADA SEMUA
LU GEMBIRA SEPANJANG MASA

BRO
BENCI PADA MAT BEBAL
MACAM BAKAR RUMAH
UNTUK HAPUSKAN TIKUS

BRO
JANGAN HAKIMI
SESIAPA PUN
HANYA KERANA MENDENGAR
HUJAH ORANG LAIN

BRO
LU JANGAN MALU
PADA DIRI LU
TAK KIRA LAH
APA ORANG LAIN KATA
AMIN

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERKHALWAT